2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan...

10
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1 87 MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID TAHUN 4 MEMBEZAKAN RANGSANGAN DAN TINDAK BALAS MANUSIA MENGGUNAKAN STRATEGI ANALOGI SEBAB DAN AKIBAT Umi Nasyeha binti Mustapha Zaliha binti Musa [email protected] [email protected] Rosidah binti Abdollah [email protected] Abstrak Berdasarkan bukti-bukti yang saya temui hasillembaran kerja murid, pemerhatian dan juga temubual, masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya ialah merekatidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas manusia.Sehubungan dengan itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan murid membezakan rangsangan dan tindak balas manusia.Untuk mencapai matlamat tersebut, saya menggunakan strategi Analogi Sebab dan Akibat yang terdiri daripada tiga langkah iaitu Memadan, Menyanyi dan diikuti dengan Cuba Jaya.Strategi ini menekankan kepada kefahaman konsep dan definisi rangsangan serta tindak balas melalui analogi sebab dan akibat.Empat orang murid yang menjadi subjek kajian ini adalah terdiri daripada murid Tahun 4 dari SK Permai yang memperoleh markah terendah dalam lembaran kerja.Sepanjang melaksanakan strategi, data dikumpulkan melalui kaedah temubual, pemerhatian yang dicatatkan dalam nota lapangan dan analisis dokumen yang terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca.Dapatan kajian menunjukkan keempat-empat muridtelah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian pra.Hasil temubual dan pemerhatian juga menunjukkan peningkatan kebolehan murid membezakan rangsangan dan tindak balas.Ini bermakna strategi analogi sebab dan akibat telah berjaya membantu murid membezakan rangsangan dan tindak balas manusia. PENDAHULUAN Konteks Kajian Saya merupakan seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)opsyen Sainsyang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR).Praktikum fasa ketiga telah menempatkan saya di SK Permai selama 12 minggu bermula 30 Januari sehingga 27 April 2012.Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan terletak di antara perkampungan kaum Bidayuh dan Melayu. Berdasarkan kepada rekod statistik tahun 2012, jumlah enrolmen murid pada tahun ini mencecah hampir 300 orang dan saya telah berpeluang untuk mengajar murid Tahun 4 bagi subjek major iaitu Sains. Murid Tahun 4 berjumlah 46 orang iaitu 22 orang murid lelaki dan 24 orang murid perempuan. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sebagai seorang guru, saya berusaha untuk mempelbagaikan bahan dan kaedah pengajaran supaya pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih menarik dan murid-murid seronok mempelajari sains. Semasa saya mengajar tajuk“Manusia Bertindak Balas terhadap Rangsangan”kepada murid-murid Tahun 4, saya telah cuba menggabungkan beberapa kaedah pembelajaran. Antaranya ialah saya menggunakan kaedah tayangan video agar murid saya dapat memahami dengan mudah konsep rangsangan dan tindak balas manusia.Menurut Martin (2012, ms. 377), “Technology enables children to spend less time and achieve greater accuracy in data collection and mathematical manipulation, thus providing more time for processing and interpreting experimental data”. Saya juga menggunakan banyak contoh bergambar dengan harapan murid saya dapat melihat perbezaan rangsangan dan tindak balas dengan jelas.Saya percaya, menggunakan gambar adalah salah satu cara untuk membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap sesuatu perkara,“A picture really is worth a thousand words. It provides another mode for learning, and it is helpful for memory retention”(Martin, 2005, ms. 72). Justeru itu, saya memilih untuk menggunakan gambar kartun agar dapat memaksimumkan tumpuan murid terhadap aktiviti. Menurut Keogh dan Naylor (1997, ms. 12) dalam Skamp (2012, ms. 86), Concept cartoons can be a powerful means of providing starting points for investigations, particularly for children who have poor literacy skills, who lack confidence in science or who are reluctant learners, as well as the more able”.Ternyata dua kaedah tersebut dapat menarik perhatian dan minat murid-murid tahun 4 semasa aktiviti P&P dijalankan.Namun begitu, saya mendapati murid-murid

description

2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun

Transcript of 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan...

Page 1: 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan Strategi Analogi Sebab Dan Akibat

JURNALPENYELIDIKANTINDAKAN2012, JILID1,BIL.1

87

MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID TAHUN 4 MEMBEZAKAN RANGSANGAN DAN TINDAK BALAS MANUSIA MENGGUNAKAN STRATEGI

ANALOGI SEBAB DAN AKIBAT

Umi Nasyeha binti Mustapha Zaliha binti Musa [email protected] [email protected] Rosidah binti Abdollah [email protected]

Abstrak

Berdasarkan bukti-bukti yang saya temui hasillembaran kerja murid, pemerhatian dan juga temubual, masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya ialah merekatidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas manusia.Sehubungan dengan itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan murid membezakan rangsangan dan tindak balas manusia.Untuk mencapai matlamat tersebut, saya menggunakan strategi Analogi Sebab dan Akibat yang terdiri daripada tiga langkah iaitu Memadan, Menyanyi dan diikuti dengan Cuba Jaya.Strategi ini menekankan kepada kefahaman konsep dan definisi rangsangan serta tindak balas melalui analogi sebab dan akibat.Empat orang murid yang menjadi subjek kajian ini adalah terdiri daripada murid Tahun 4 dari SK Permai yang memperoleh markah terendah dalam lembaran kerja.Sepanjang melaksanakan strategi, data dikumpulkan melalui kaedah temubual, pemerhatian yang dicatatkan dalam nota lapangan dan analisis dokumen yang terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca.Dapatan kajian menunjukkan keempat-empat muridtelah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian pra.Hasil temubual dan pemerhatian juga menunjukkan peningkatan kebolehan murid membezakan rangsangan dan tindak balas.Ini bermakna strategi analogi sebab dan akibat telah berjaya membantu murid membezakan rangsangan dan tindak balas manusia.

PENDAHULUAN

Konteks Kajian Saya merupakan seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)opsyen Sainsyang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR).Praktikum fasa ketiga telah menempatkan saya di SK Permai selama 12 minggu bermula 30 Januari sehingga 27 April 2012.Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan terletak di antara perkampungan kaum Bidayuh dan Melayu. Berdasarkan kepada rekod statistik tahun 2012, jumlah enrolmen murid pada tahun ini mencecah hampir 300 orang dan saya telah berpeluang untuk mengajar murid Tahun 4 bagi subjek major iaitu Sains. Murid Tahun 4 berjumlah 46 orang iaitu 22 orang murid lelaki dan 24 orang murid perempuan. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sebagai seorang guru, saya berusaha untuk mempelbagaikan bahan dan kaedah pengajaran supaya pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih menarik dan murid-murid seronok mempelajari sains. Semasa saya mengajar tajuk“Manusia Bertindak Balas terhadap Rangsangan”kepada murid-murid Tahun 4, saya telah cuba menggabungkan beberapa kaedah pembelajaran. Antaranya ialah saya menggunakan kaedah tayangan video agar murid saya dapat memahami dengan mudah konsep rangsangan dan tindak balas manusia.Menurut Martin (2012, ms. 377), “Technology enables children to spend less time and achieve greater accuracy in data collection and mathematical manipulation, thus providing more time for processing and interpreting experimental data”. Saya juga menggunakan banyak contoh bergambar dengan harapan murid saya dapat melihat perbezaan rangsangan dan tindak balas dengan jelas.Saya percaya, menggunakan gambar adalah salah satu cara untuk membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap sesuatu perkara,“A picture really is worth a thousand words. It provides another mode for learning, and it is helpful for memory retention”(Martin, 2005, ms. 72). Justeru itu, saya memilih untuk menggunakan gambar kartun agar dapat memaksimumkan tumpuan murid terhadap aktiviti. Menurut Keogh dan Naylor (1997, ms. 12) dalam Skamp (2012, ms. 86), “Concept cartoons can be a powerful means of providing starting points for investigations, particularly for children who have poor literacy skills, who lack confidence in science or who are reluctant learners, as well as the more able”.Ternyata dua kaedah tersebut dapat menarik perhatian dan minat murid-murid tahun 4 semasa aktiviti P&P dijalankan.Namun begitu, saya mendapati murid-murid

Page 2: 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan Strategi Analogi Sebab Dan Akibat

JURNALPENYELIDIKANTINDAKAN2012, JILID1,BIL.1

88

belum dapat menguasai tajuk ini dengan baik kerana masih terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menyatakan contoh rangsangan dan tindak balas pada lembaran kerja.Andaian awal saya tentang penggunaan gambar dalam P&P ternyata kurang berkesan kerana tidak semua individu mempunyai kemahiran yang sama dalam menginterpretasi sesuatu gambar. Oleh itu, semasa P&P kali kedua, saya cubamenggunakan kaedah ekspositori dengan memberi penjelasan kepada murid-murid tentang definisi rangsangan dan tindak balas secara lisan dan demonstrasi.Malangnya, kaedah tersebut juga kurang berkesan ke atas pembelajaran murid-murid.Tanpa saya sedari, saya telah mengabaikan teknik penyampaian dan penjelasan saya tentang konsep rangsangan dan tindak balas. Akibatnya, murid saya hanya mengetahui contoh rangsangan dan tindak balas berdasarkan apa yang saya sebutkan semasa P&P sahaja tetapi mereka tidak dapat memahami konsep rangsangan dan tindak balas yang sebenarnya dengan baik.Saya mendapati seramai empat orang murid saya tidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas manusia dengan tepat.

TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

Selesai sahaja P&P yang kedua pada tarikh 20 Februari 2012 berkaitan tajuk “Manusia bertindak balas terhadap rangsangan”, saya telah memberikan lembaran kerja 1 kepada 42 orang murid Tahun 4.Lembaran kerja tersebut memerlukan murid untuk mengenal pasti rangsangan dan tindak balas yang wujud berdasarkan situasi yang dinyatakan.Hasil semakan terhadap lembaran kerja berkenaan, saya mendapati 12 orang daripada 42 orang murid telah gagal menjawab lebih daripada dua soalan dengan tepat. Dua kesalahan yang lazim dilakukan oleh murid-murid tersebut iaitu salah untuk kedua-dua soalan rangsangan dan tindak balas, ataupun salah hanya pada soalan tindak balassahaja (Jadual 1). Bagi murid yang salah untuk kedua-dua soalan rangsangan dan tindak balas,ia adalah kerana mereka menulis jawapan secara terbalik. Jawapan rangsangan dinyatakan sebagai tindak balas dan sebaliknya (Rajah 1).Manakala kesalahan yang kedua iaitu kesalahan pada jawapan tindak balas adalah kerana jawapan yang ditulis oleh mereka tidak terdapat pada situasi yang ditunjukkan.Antara jawapan yang diberikan oleh mereka ialah terkejut dan melarikan diri. Jadual 1: Analisis jawapan 12 orang murid yang membuat kesilapan dalam lembaran kerja 1

Bil

Murid

Soalan Jumlah markah

/5 1 2 3 4 5

R TB R TB R TB R TB R TB 1 Jacquelin √ X √ X √ X X X √ X 0 2 Matius √ √ X X √ √ √ √ √ √ 4 3 Christina √ √ √ √ X X X X √ √ 34 Joanna √ √ √ √ X X X X √ √ 3 5 Peter √ X √ X √ X √ X √ X 0 6 Azin √ √ X X X X X X X X 1 7 Syazwani X X X X X X X X X X 0 8 Arvine √ X √ X √ √ √ X √ √ 2 9 Fred X √ √ √ √ √ √ X X X 2 10 Fedra √ X √ X √ X √ X √ √ 1 11 Balqis X X X X X X X X X X 0 12 Zureen √ √ X X X X X X X X 1

Nota: R = Rangsangan TB= Tindak Balas

Antara faktor yang mempengaruhi jawapan murid iaitu murid hanya dapat mengingat contoh yang saya nyatakan semasa P&P dan arahan saya yang kurang jelas.Perkara ini menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan lembaran dengan baik. Selain itu, saya mendapati bahawa sebahagian daripada 12 orang murid ini dapat menjawab soalan berkaitan rangsangan dan tindak balas dengan baik semasa P&P (Nota Lapangan 20/2/12). Oleh yang demikian, saya telah mengedarkan lembaran kerja 2 kepada 12 orang murid berkenaan. Bilangan soalan dan situasi adalah sama seperti lembaran kerja 1 tetapi struktur soalan diubahsuai dan arahan dinyatakan dengan lebih jelas. Didapati, lapan orang murid telah lulus lembaran kerja

Page 3: 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan Strategi Analogi Sebab Dan Akibat

JURNALPENYELIDIKANTINDAKAN2012, JILID1,BIL.1

89

ini manakala empat orang selebihnya gagal (Jadual 2). Bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh empat orang murid yang gagal tersebut, kesemuanya adalah jawapan terbalik. Mereka menyatakan contoh rangsangan sebagai tindak balas dan sebaliknya.

Rajah 1: Contoh Jawapan Azin bagi Kesalahan Rangsangan dan Tindak Balas

Jadual 2: Analisis jawapan 12 orang murid pada lembaran kerja 2 Bil Murid Soalan Jumlah

markah /5

1 2 3 4 5 R TB R TB R TB R TB R TB

1 Jacquelin √ √ √ √ √ √ X X √ √ 4 2 Matius √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 5 3 Christina √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 5 4 Joanna √ √ X X X X X X √ √ 2 5 Peter √ √ √ √ √ X √ X √ √ 3 6 Azin √ √ X X X X X X X X 1 7 Syazwani √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 58 Arvine √ √ √ √ √ √ √ X √ √ 49 Fred √ √ √ √ √ √ √ √ X X 4 10 Fedra √ √ √ X √ √ √ X √ √ 3 11 Balqis X X X X X X X X X X 012 Zureen √ √ X X X X X X X X 1 Nota: R = Rangsangan TB = Tindak Balas = Gagal Markah lulus = 3-5  

Keempat-empat murid yang gagal lembaran kerja 2 saya uji sekali lagi dengan menggunakanUjian Diagnostik untuk memastikan bahawa isu tidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas wujud dalam kalangan murid-murid tersebut.Ujian ini mengkehendaki mereka untuk membezakan rangsangan dan tindak balas pada ayat pernyataan yang disertakan dengan gambarajah.Murid perlu membulatkan ayat yang menunjukkan rangsangan manakala menggariskan ayat yang menunjukkan tindak balas.Hasil ujian mendapati keempat-empat murid tersebut ternyata tidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas (Jadual 3).Azin, Balqis dan Zureen salah untuk kedua-dua soalan A dan B manakala Joanna dapat menjawab soalan A dengan betul tetapi salah untuk soalan B (Rajah 2).

Page 4: 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan Strategi Analogi Sebab Dan Akibat

JURNALPENYELIDIKANTINDAKAN2012, JILID1,BIL.1

90

Jadual 3: Analisis jawapan keempat-empat orang murid dalam ujian diagnostik

Bil

Nama murid

Soalan

Jawapan murid Rangsangan Tindak balas

1

Azin

A Siti menarik tangan Siti tersentuh duri pokok kaktus B Ali menarik tangan Ali tersentuh seterika panas

2

Balqis

A Siti menarik tangan Siti tersentuh duri pokok kaktus B Ali menarik tangan Ali tersentuh seterika panas

3

Zureen

A Siti menarik tangan Siti tersentuh duri pokok kaktus B Ali menarik tangan Ali tersentuh seterika panas

4

Joanna

A Siti tersentuh duri pokok kaktus Siti menarik tangan B Ali menarik tangan Ali tersentuh seterika panas

Nota: = Jawapan Betul

Rajah 2: Contoh Jawapan Zureen dalam Ujian Diagnostik Perkara ini turut disokong oleh pemerhatian saya terhadap murid-murid semasa P&P. Joanna merupakan antara murid yang sering menjawab soalan rangsangan dan tindak balas secara tidak konsisten.Adakala jawapan yang diberikan Joanna tepat dan adakalanya jawapannya juga silap (Nota Lapangan, 20/02/12). Saya juga telah menemubual empat orang murid yang telah diberikan Ujian Diagnostik tersebut.Hasil temubual mendapati semua murid berkenaan masih tidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas dengan betul.Apabila saya meminta murid untuk menyatakan rangsangan dan tindak balas yang wujud berdasarkan situasi, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Contoh jawapan murid adalah seperti berikut: Guru : Andaikan kamu terjumpa bangkai kucing yang sangat busuk di tepi jalan, kamu terus menutup hidung. Bolehkah kamu nyatakan apa rangsangan yang terlibat dalam situasi ini? Joanna : Emm…tutup hidung Guru : Tindak balas pula? Joanna : Bau bangkai…

(TB1-27/02/12) Saya mendapati, punca mereka tidak dapat membezakan contoh rangsangan dan tindak balas adalah kerana mereka tidak tahu perbezaan rangsangan dan tindak balas.Apabila disoal tentang perbezaannya, jawapan yang mereka berikan ialah “tidak tahu”.Perkara ini secara langsung menjelaskan mengapa keempat-empat subjek kajian tidak dapat menyatakan jawapan yang betul dan konsisten untuk setiap soalan rangsangan dan tindak balas yang saya ajukan.Contohnya hasil temubual bersama Balqis, dia tahu rangsangan dan tindak balas adalah berbeza tetapi tidak boleh menyebut perbezaannya.

Page 5: 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan Strategi Analogi Sebab Dan Akibat

JURNALPENYELIDIKANTINDAKAN2012, JILID1,BIL.1

91

Guru Balqis Guru Balqis Guru Balqis

: Ada tak perbezaan antara rangsangan dengan tindak balas? : Ada… : Apakah perbezaannya? : Emm…(mengangkat bahu) : Kamu tahu? : (menggelengkan kepala)

(TB4-27/02/12)

Perkara ini juga disokong melalui catatan refleksi saya selepas P&P. Di awal P&P, saya cuba mencetuskan idea murid tentang rangsangan dan tindak balas. Kebanyakan murid hanya menjawab tak tahu dan menggelengkan kepala semasa ditanyakan soalan terutamanya tentang perbezaan rangsangan dan tindak balas (Refleksi,16/02/12). Fokus Kajian Saya sedar kefahaman murid terhadap konsep rangsangan dan tindak balas adalah penting agar murid menjadi lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan menghargai organ seperti kulit.Malah, jika murid boleh menguasai tajuk ini, maka lebih mudah untuk murid mempelajari tajuk yang lebih kompleks contohnya seperti tajuk gerak balas tumbuhan terhadap ransangan.Oleh yang demikian, berdasarkan data-data tinjauan awal yang telah diperolehi, maka fokus kajian saya adalah untuk meningkatkan kebolehan murid membezakan rangsangan dan tindak balas dengan mendedahkan kepada mereka konsep serta definisi rangsangan dan tindak balas.Justeru, objektif kajian saya ini adalah untuk meningkatkan kebolehan murid-murid Tahun 4 membezakan rangsangan dan tindak balas melalui kaedah Analogi Sebab dan Akibat. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 4 SkPermai. Tiga daripada mereka ialah murid perempuan iaitu Balqis, Joanna dan Zureen serta seorang murid lelaki iaitu Azin.Keempat-empat subjek kajian saya adalah murid biasa di dalam kelas dan tidak mempunyai masalah pembelajaran seperti tidak boleh membaca atau menulis.Prestasi akademik mereka dapat dikatakan pada tahap yang rendah terutamanya bagi subjek Sains.Markah yang diperolehi mereka dalam peperiksaan akhir tahun 2011 bagi subjek Sains adalah dalam julat 40–60 peratus. Azin memiliki saiz tubuh yang kecil berbanding rakan-rakannya yang lain.Azin merupakan seorang murid yang aktif di dalam kelas terutamanya semasa aktiviti P&P Sains.Malah, dia seorang yang gemar menanyakan soalan apabila dia tidak memahami sesuatu perkara yang saya ajar. Dia akan menunjukkan reaksi muka yang keliru sebelum dia menanyakan soalan kepada saya. Joanna juga merupakan seorang murid yang aktif di dalam kelas.Joanna seorang murid yang periang dan ramah.Tidak seperti Azin dan Joanna, Zureen pula adalah seorang murid yang pendiam.Dia gemar duduk di bahagian belakang kelas.Zureen mudah hilang tumpuan semasa P&P terutamanya semasa saya sedang memberi penjelasan tentang sesuatu perkara.Namun, Zureen seorang yang aktif dalam aktiviti berkumpulan.Dia bersungguh-sungguh melakukan aktiviti dan mudah memberikan kerjasama kepada ahli kumpulannya.Balqis juga seorang yang pendiam dan agak pemalu.Suara Balqis amat kecil dan sukar didengar.Namun begitu, dia seorang murid yang gemar memberikan senyuman.

STRATEGI TINDAKAN Perancangan Tindakan Masalah yang dihadapi oleh murid saya ialah mereka tidak dapat membezakan rangsangan dan tindak balas.Masalah ini berpunca kerana murid saya tidak memahami istilah rangsangan dan tindak balas.Oleh sebab itu, saya telah merancang satu strategi yang boleh membantu subjek kajian memahami definisi rangsangan dan tindak balas dengan lebih mudah.Saya menggunakan perkataan sebab dan akibat sebagai analogi untuk menggantikan perkataan rangsangan dan tindak balas.Menurut Vygotsky (1962), bahasa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan mental dan membantu pembelajaran kanak-kanak. Justeru, saya memilih untuk menggunakan bahasa yang mudah agar ia sesuai dengan pengalaman dan peringkat umur subjek kajian. Strategi analogi sebab dan akibat ini juga adalah satu penambahbaikan terhadap kelemahan saya semasa memberi penerangan dalam P&P yang lalu.

Page 6: 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan Strategi Analogi Sebab Dan Akibat

JURNALPENYELIDIKANTINDAKAN2012, JILID1,BIL.1

92

Saya memilih kaedah deduktif dalam melaksanakan strategi ini. Menurut Indah (2008), dalam proses deduktif, pembelajaran bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh. Oleh itu, murid saya harus mempelajari dan memahami teori atau formula terlebih dahulu sebelum dapat menyatakan contoh-contoh rangsangan dan tindak balas. Dalam strategi ini, langkah pertama yang saya ambil adalah membantu murid memahami apakah definisi rangsangan dan tindak balas dengan menggunakan formula sebab dan akibat.Setelah itu, barulah saya membimbing murid untuk membina contoh rangsangan dan tindak balas yang betul.Kamarudin Hj Husin (2003) turut menyatakan bahawa penggunaan pemikiran berbentuk deduktif membolehkan seseorang berfikir untuk mencari dan mengenal pasti sesuatu yang telah diketahui kepada yang tidak diketahui.

Langkah-langkah Pelaksanaan Tindakan Saya telah menggunakan tiga langkah utama iaitu bermula dengan memadan, menyanyi dan diteruskan dengancuba jaya.Ringkasan kepada pelaksanaan strategi adalah seperti ditunjukkan dalam model strategi analogi sebab dan akibat dalam Rajah 3 dan Jadual 4.

 

 

 

 

 Rajah 3: Model Kaedah Analogi Sebab dan Akibat 

Jadual 4: Pelaksanaan strategi

Langkah– langkah strategi analogi sebab dan akibat 1. Memadan

• Murid memadankan gambar rangsangan dan tindak balas pada jadual kad manila • Murid membaca ayat pasangan gambar yang telah dipadankan menggunakan kata hubung

"kerana" • Murid dijelaskan tentang perbezaan rangsangan dan tindak balas menggunakan analogi sebab dan

akibat: Rangsangan ialah sebab yang berlaku dahulu kemudian diikuti dengan tindak balas sebagai akibat

STRATEGI ANALOGI SEBAB DAN AKIBAT

MEMBEZAKAN RANGSANGAN DAN TINDAK BALAS MANUSIA

Page 7: 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan Strategi Analogi Sebab Dan Akibat

JURNALPENYELIDIKANTINDAKAN2012, JILID1,BIL.1

93

2. Menyanyi

• Murid diberi kad lagu Upin Ipin • Murid menyanyi mengikut rentak lagu Upin Ipin

3. Cuba Jaya

• Murid disediakan dengan lima bahan maujud berbeza dan sebuah lembaran kerja. • Murid bertindak ke atas bahan tersebut untuk mengenalpasti tindak balas sahaja kerana

rangsangan diberikan (Pelaksanaan kali pertama). • Muridbertindak ke atas bahan dan mengenalpasti rangsangan dan tindak balas yang wujud

(Pelaksanaan kali kedua). • Murid menulis jawapan dalam lembaran kerja.

DAPATAN KAJIAN

Sepanjang strategi dilaksanakan, data telah dikumpul menggunakan tiga kaedah iaitu melalui temubual, pemerhatian yang dicatatkan ke dalam nota lapangan serta analisis dokumen yang terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca.Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pasca, saya mendapati berlaku peningkatan kebolehan murid dalam membezakan rangsangan dan tindak balas setelah strategi dilaksanakan (Jadual 5 & Jadual 6).Kebolehan murid membezakan rangsangan dan tindak balas dilihat berdasarkan kebolehan murid dalam;

1) Mengkategorikan contoh-contoh rangsangan dan tindak balas (soalan bahagian A) 2) Mengenalpasti rangsangan dan tindak balas daripada situasi yang diberikan (soalan bahagian B)

Jadual 5: Perbandingan skor ujian pra dan ujian pasca (Bahagian A)

SUBJEK KAJIAN

BAHAGIAN A PENINGKATAN MARKAH UJIAN PRA UJIAN PASCA

Azin 4 10 6 Balqis 8 9 1 Joanna 10 10 0 Zureen 0 10 10

Berdasarkan keputusan markah yang diperolehi oleh subjek kajian (Jadual 5), tiga daripada mereka iaitu Azin, Zureen dan Balqis menunjukkan peningkatan pada skor markah yang diperolehi dalam soalan-soalan bahagian A. Azin dan Zureen menunjukkan peningkatan yang amat ketara apabila memperolehi skor markah

Apa rangsangan? Itu sebab ! Apa tindak balas? Itu akibat !

Page 8: 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan Strategi Analogi Sebab Dan Akibat

JURNALPENYELIDIKANTINDAKAN2012, JILID1,BIL.1

94

yang tinggi dalam ujian pasca. Kedua-dua mereka memperoleh markah penuh iaitu 10 markah dalam ujian pasca.Balqis pula hanya menunjukkan peningkatan sebanyak satu markah dengan memperoleh sembilan markah dalam ujian pasca.Peningkatan yang ditunjukkan oleh Azin, Zureen, dan Balqis menunjukkan bahawa mereka telah mula memahami perbezaan rangsangan dan tindak balas. Perkara ini dibuktikan melalui peningkatan kebolehan mereka mengkategorikan pilihan jawapan ke dalam jadual rangsangan dan tindak balas dengan betul pada ujian pasca, kecuali Joanna yang kekal memperolehi markah yang sama untuk kedua-dua ujian pra dan pasca. Jadual 6 pula menunjukkan perbandingan skor markah yang diperolehi oleh subjek kajian dalam ujian pra dan ujian pasca untuk bahagian B. Pada bahagian B, subjek kajian diuji dengan soalan-soalan yang mencabar berbanding soalan dalam bahagian A. Murid-murid harus mengenalpasti rangsangan dan tindak balas berdasarkan situasi yang diberikan. Situasi yang diberikan adalah contoh situasi yang tidak pernah saya gunakan semasa P&P dan semasa melaksanakan strategi tindakan. Jadual 6: Perbandingan skor ujian pra dan ujian pasca (bahagian B)

SUBJEK KAJIAN

BAHAGIAN B PENINGKATAN MARKAH UJIAN PRA UJIAN PASCA

Azin 6 10 4 Balqis 4 10 6 Joanna 6 8 2 Zureen 0 10 10

Hasil dapatan menunjukkan bahawa Azin, Balqis dan Zureen berjaya memperolehi markah penuh iaitu sebanyak 10 markah dalam ujian pasca.Peningkatan markah berlaku pada ketiga-tiga subjek kajian ini.Peningkatan yang amat ketara ditunjukkan oleh Zureen yang memperolehi markah sifar semasa ujian pra tetapi memperolehi 10 markah dalam ujian pasca.Manakala Joanna memperolehi enam markah dalam ujian pra tetapi meningkat kepada lapan markah dalam ujian pasca.Walaupun tidak banyak perubahan markah yang diperolehi olehnya.Pada soalan bahagian B, kebolehan Joanna benar-benar teruji jika dibandingkan dengan hasil keputusan markah yang diperolehinya pada bahagian A (Rajah 4).

Rajah 4: Jawapan Joanna dalam Ujian Pra Soalan Bahagian B

Peningkatan markah yang diperolehi oleh keempat-empat subjek kajian untuk bahagianA dan B dalam ujian pasca menunjukkan bahawa subjek kajian dapat membezakan rangsangan dan tindak balas dengan baik. Perkara ini turut disokong oleh pemerhatian saya semasa melaksanakan strategi untuk kali kedua.Murid-murid memperlihatkan peningkatan kebolehan membezakan rangsangan dan tindak balas melalui aktivti hands-on dalam langkah Cuba Jaya.Hasil semakan yang telah saya lakukan terhadap lembaran kerja murid,

Page 9: 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan Strategi Analogi Sebab Dan Akibat

JURNALPENYELIDIKANTINDAKAN2012, JILID1,BIL.1

95

kesemua subjek kajian mendapat markah penuh berbanding markah pada lembaran kerja yang pertama.Saya mendapati bahawa berlaku peningkatan markah dan jawapan yang diberikan oleh dua orang subjek kajian iaitu Zureen dan Balqis. Azin dan Joanna pula dapat mengekalkan prestasi markah dengan memperolehi markah penuh dalam lembaran kerja kali kedua.(Nota Lapangan, 12/07/12) Selepas melaksanakan strategi sebanyak dua kali, saya turut menggunakan temubual berstruktur ke atas keempat-empat subjek kajian.Hasilnyamenunjukkan berlaku peningkatan dari segi kefahaman murid terhadap konsep rangsangan dan tindak balas.Bukti kefahaman murid tentang perkaitan rangsangan dan akibat dikukuhkan lagi apabila saya mengajukan soalan lanjutan tentang perbezaan rangsangan dan tindak balas kepada subjek kajian.Azin, Zureen dan Joannamemberitahu rangsangan ialah sebab yang berlaku dahulu, kemudian diikuti dengan tindak balas.Berikut ialah perbualan saya bersama Joanna. Guru : Berbeza ke tidak rangsangan dan tindak balas tu? Joanna : Berbeza Guru : Apakah perbezaannya? Joanna : Macam…sebab dan akibat, sebab dulu, baru akibat.

(TB1-16/07/12) Balqis pula hanya dapat memberikan definisi iaitu dia menyatakan rangsangan ialah sebab dan tindak balas ialah akibat. Selain boleh menyatakan definisi rangsangan dan tindak balas dengan betul, mereka juga boleh menyatakan perkaitan rangsangan dengan sebab dan tindak balas dengan akibat.Perkara ini juga dibuktikan daripada hasil pemerhatian saya semasa melaksanakan strategi pada kali kedua iaitu semasa sesi soal jawab.Subjek kajian telah dapat membezakan rangsangan dan tindak balas dengan betul.Ada yang menyebutkan tentang analogi sebab dan akibat yang telah saya jelaskan.Misalnya, Zureen menyatakan rangsangan ialah penyebab yang terlebih dahulu berlaku, manakala tindak balas ialah akibat daripada penyebab tersebut (Nota Lapangan, 12/07/12). Bukan itu sahaja, keempat-empat subjek kajian berjaya memberikan jawapan yang betul apabila saya mengajukan soalan tentang rangsangan dan tindak balas yang wujud daripada situasi yang dinyatakan.Mereka telah dapat mengenalpasti rangsangan dan tindak balas yang wujud daripada situasi tersebut. Kebolehan subjek kajian mengenalpasti rangsangan dan tindak balas berdasarkan apa yang mereka tahu dan situasi yang diberi dibuktikan lagi oleh pemerhatian saya semasa strategi dijalankan. Subjek kajian telah dapat membezakan rangsangan dan tindak balas dengan baik.Kesemua subjek kajian berjaya memadankan rangsangan dan tindak balas pada jadual dengan betul tanpa ada yang terbalik(Nota lapangan, 12/07/12).

REFLEKSI Kajian tindakan ini telah memberikan satu semangat baru kepada sayauntuk terus mengkaji amalan P&P saya sendiri terutamanya apabila bergelar seorang guru kelak. Kajian tindakan ini mengajar saya bagaimana cara untuk memahami murid-murid dengan lebih baik. Setiap murid mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Sebagai guru, saya tidak boleh membuat kesimpulan terhadap sesuatu masalah murid dengan hanya membuat andaian tanpa bukti yang kukuh. Bertitik tolak daripada itu, saya mula menyedari akan pentingnya pemikiran kritis dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai seorang guru, saya tidak boleh mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan yang terbaik kepada murid-murid. Di sini timbul kesedaran dalam diri saya sendiri dan kefahaman akan pentingnya saya menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang seronok dan sesuai dengan tahap kebolehan murid. Melalui refleksi amalan P&P yang telah saya lakukan dalam kajian ini, ternyata amalan saya kurang berkesan sehingga menimbulkan masalah kepada pemahaman murid tentang tajuk yang saya ajar.Setelah melaksanakan strategi baharu, barulah murid saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang tajuk berkenaan iaitu rangsangan dan tindak balas manusia.

Page 10: 2 Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Membezakan Rangsangan Dan Tindak Balas Manusia Menggunakan Strategi Analogi Sebab Dan Akibat

JURNALPENYELIDIKANTINDAKAN2012, JILID1,BIL.1

96

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bermula daripada proses mengumpulkan data sehinggalah ke peringkat menganalisis masalah, saya mendapati pelbagai kelemahan yang memungkinkan hasil dapatan saya kurang memuaskan dan berkualiti. Walaupun saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data selepas strategi dilaksanakan, namun saya merasakan bahawa kaedah-kaedah tersebut belum mencukupi untuk menyokong hasil dapatan saya.Dalam kajian tindakan ini, saya hanya menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah lain seperti senarai semak tidak dilakukan. Menggunakan senarai semak akanlebih memudahkan saya untuk memerhatikan setiap aspek pada setiap subjek kajian dengan lebih tersusun. Perkara ini perlu diambil kira kerana bahan-bahan tersebut juga dapat membantu menyokong hasil dapatan kajian saya.Selain itu, soalan yang dimuatkan di dalam ujian pra dan ujian pasca adalah terhad. Saya merasakan bahawa hasil dapatan daripada kedua-dua ujian ini adalah penting kerana ia dapat membuktikan sesuatu objektif kajian tercapai. Oleh itu, soalan yang dikemukakan perlu lebih terperinci.Contohnya dengan menanyakan lebih banyak soalan yang membuktikan murid dapat membezakan rangsangan dan tindak balas.Untuk kajian tindakan seterusnya, mungkin saya perlu menambah bilangan soalan yang terdapat dalam ujian pra dan pasca supaya data yang diperolehi lebih bermakna dan sah untuk diambil tindakan. Strategi memainkan peranan yang penting untuk mencapai sesebuah objektif kajian.Strategi yang telah saya gunakan untuk mencapai objektif kajian saya adalah analogi sebab dan akibat.Saya hanya melaksanakan strategi tersebut sebanyak dua kali ke atas subjek kajian. Saya mendapati, walaupun strategi ini berjaya meningkatkan kebolehan murid dalam membezakan rangsangan dan tindak balas, tetapi ia boleh ditingkatkan untuk mencapai suatu hasil yang lebih cemerlang. Sekiranya strategi ini dilaksanakan lebih daripada dua kali, dapatan yang lebih baik boleh diperolehi.

RUJUKAN

Indah (2008).Education Is My Priority: Pendekatan Deduktif. Diakses pada 5 Julai 2012: http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-deduktif.html

Kamarudin Hj Husin (2003). Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi.Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd. Martin, D.J. (2012). Elementary Science Methods; A Constructivist Approach (6th ed.). United States:

Wadsworth Cengage Learning. Martin, R., Sexton, C., Franklin, T., & Gerlovich, J. (2005).Teaching Science for All Children; An Inquiry

Approach (4thed.).United States of America: Pearson Education, Inc. Skamp, K. (2012). Teaching Primary Science Constructively (4thed.).Australia: Cengage Learning.

Vygotsky, L. (1962). Thought and Language.(E. Hanfmann & G. Vakar, Eds. and Trans.) Cambridge, MA: MIT Press.