2 pembelajaran-kemahiran-motor

27
UNIT 3: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR

Transcript of 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Page 1: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

UNIT 3: PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN MOTOR

Page 2: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Magill (1989), kemampuan individu untuk mempamerkan perubahan dan peningkatan yang kekal dalam kemahiran motor hasil daripada praktis atau pengalaman.

Page 3: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan.

Page 4: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor boleh digambarkan melalui lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor. Ciri-ciri lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor seperti berikut:

Page 5: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang seimbang sepanjang proses pembelajaran Semakin banyak praktis yang dijalani,semakin tinggi kesan pembelajaran yang diperolehi. Contohnya, dalam kemahiran menjaring bola keranjang, semakin banyak latihan yang dilakukan, semakin tinggi kecekapan menjaring.

Page 6: 2 pembelajaran-kemahiran-motor
Page 7: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang tinggi di awal proses pembelajaran dan kadar peningkatan yang beransur kurang pada penghujung proses tersebut. Ketika awal praktis, pelatih mengalamipeningkatan pembelajaran yang mendadak sehingga kemahiran asas dicapai dan selepas tahap ini pelatih mengalami kadar peningkatan yang berkurangan.

Page 8: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Contohnya dalam permainan tenis, kemahiran memukul boleh diperolehi dengan kadar yang cepat. Selepas tahap ini, penguasaan kemahiran memukul (stroke) dengan laju dan terkawal berlaku dengan kadar yang perlahan.

Page 9: 2 pembelajaran-kemahiran-motor
Page 10: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Lengkok pembelajaran ini menggambarkanpeningkatan prestasi yang sedikit di awal pembelajaran dan peningkatan mendadak dialami pada penghujung proses tersebut. Contohnya menguasai kemahiran-kemahiran asas berenang seperti teknik pernafasan mengambil masa yang lama. Apabila kemahiran-kemahiran ini telah dikuasai keupayaan menguasai gaya-gaya renang seperti kuak dada boleh berlaku dengan kadar yang cepat.

Page 11: 2 pembelajaran-kemahiran-motor
Page 12: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang berlaku melibatkan kombinasi ciri-ciri lengkok linear, cembung dancengkung sepanjang proses pembelajaran. Contohnya sukan gimnas atau gimnastik (kemahiran siri).

Page 13: 2 pembelajaran-kemahiran-motor
Page 14: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Pembelajaran kemahiran motor dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah iaitu :

Perbezaan individu Pemindahan pembelajaran

Page 15: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang dikemukakan oleh Fleishman (1972) Dalam aspek kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi keupayaan motor yang dikemukakan olehnya:

Keupayaan persepsi motor (11) Kecekapan fizikal (9)

Page 16: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Koordinasi pelbagai anggota. Melibatkan interaksi semua anggota badan yang terlibat dalam sesuatu pergerakan. Contoh menangkap bola dan membuat hantaran memerlukan koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan-kaki. Ketepatan kawalan. Merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti pergerakan yang dihasilkan. Contohnya, seorang penerjun dapat mengawal postur semasa membuat terjunan.

Page 17: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Orientasi respons. Merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan respon yang sesuai dengan keperluan persekitaran. Contohnya keupayaan penjaga gol bola sepak untuk mengurangkan sudut penjaring bagi menjaringkan gol dan keupayaan pemain badminton untuk memberikan respons yangpaling berkesan daripada pelbagai pilihan respons yang ada.

Page 18: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Masa reaksi. Merujuk kepada tempoh yangdiambil untuk memulakan pergerakan selepas menerima rangsangan. Contohnya masa yang diambil oleh seorang pelari 100m untuk memulakan larian selepas mendengar tembakan permulaan. Kelajuan pergerakan tangan. Keupayaan untuk mengubah tangan daripada kedudukan asal ke kedudukan lain dengan pantas. Sebagai contoh, penjaga gol secara spontan bertindak menepis keluar bola yang datang kearahnya dalam keadaan dia tidak bersedia

Page 19: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Kadar kawalan. Kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan dan kaki supaya selaras dengan respon persekitaran.Sebagai contoh seorang pemain badminton yang menukar rentak permainan dan pukulan balas secara tiba-tiba agar dapat mengelirukan pihak lawan. Ketangkasan manual. Keupayaan pergerakan keseluruhan bahagian tangan memanipulasi alatan yang bergerak laju. Sebagai contoh seorang pemain bola jaring dapat menerima bola yang bergerak laju.

Page 20: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Kecekapan jari. Keupayaan jari memanipulasi objek-objek kecil. Sebagai contoh, penggunaan jari-jari dalam permainan dart dan pitching dalamsofbol. Ketegapan tangan. Keupayaan untuk mengubah kedudukan tangan dengan tepat supaya dapat meminimakan kekuatan dan kelajuan. Sebagai contoh seorang pemain tenis melakukan hantaran kilas. Ketegapan tangan yang tegap untuk melakukan hantaran kilas membantu meminimakan tenaga yang digunakan.

Page 21: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Kelajuan jari dan pergelagan tangan. Keupayaan jari dan pergelangan tangan dalam melakukan pergerakan alternatif dengan pantas. Sebagai contoh seorang pemain badminton yang boleh melakukan pukulan kilas dengan laju dan tepat Membidik @ mensasar. Kebolehan membidik atau mensasar sesuatu objek dengan tepat menerusi pergerakan pantas. Sebagai contoh, dalam acara menembak, memanah dan menjaringkan bola atau bola keranjang.

Page 22: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Kekuatan statik Kekuatan dinamik Kekuatan eksplosif Kekuatan bahagian anggota atas Kelenturan statik Kelenturan dinamik Koordinasi asas Keseimbangan asas Daya tahan

Page 23: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk kepada kesan kemahiran sedia ada ke atas kemahiran baru yang hendak dipelajari. Situasi pemindahan pembelajaran boleh dilihat apabila pembolehubah pengalaman pembelajaran lepas mempengaruhi proses pembelajaran yang sedang berlangsung.

Page 24: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang umum ialah:

Pemindahan positif Pemindahan negatif Pemindahan sifar

Page 25: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada membantu pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya dalam permainan badminton dan tenis di mana kemahiran pukulan pepat dalam permainan badminton boleh mengganggu pembelajaran kemahiran pukulan kilas dalam tenis.

Page 26: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada mengganggu proses pembelajaran kemahiran baru. Contohnya seorang yang mempunyai kemahiran gimnastik akan lebih mudah mempelajari kemahiran acara terjun.

Page 27: 2 pembelajaran-kemahiran-motor

Merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada tidak memberi sebarang kesan ke atas proses pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya kemahiran bola sepak tidak mempengaruhi keupayaan untuk mempelajari kemahiran golf.