2. PERATURAN

5
LAMPIRAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK SEMBILAN (9) SEBELAH PIALA PENGARAH IPG KAMPUS IPOH 2014 1.0 NAMA 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak Sembilan (9) Sebelah Piala Pengarah Ipg Kampus Ipoh 2014 2.0 PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini adalah TERBUKA kepada semua MAHASISWA Institut Pendidikan Guru sahaja. 3.0 YURAN PENYERTAAN 3.1 Yuran penyertaan kejohanan berjumlah RM200.00 bagi satu kumpulan/team. Yuran penyertaan hendaklah dijelaskan secara “bank-in” ke akaun Bank Islam – 08013023812986, di atas nama pemilik Nabihah Diyana binti Rosli dan dikepilkan resit pembayaran sebagai bukti bersama borang pengesahan penyertaan. 4.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN 4.1 Kecuali apa yang tersebut di dalam Peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka undang-undang permainan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badan Berkanun Malaysia hendaklah diikuti. Perubahan tempat, masa dan jadual pertandingan adalah kuasa mutlak pihak Penganjur. 5.0 PEMBENTUKAN PASUKAN DAN MASA BERMAIN 5.1 Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan seperti berikut : BIL PERKARA JUMLAH 1 Pegawai 2 orang 2 Jurulatih Pasukan 1 orang

description

ipg

Transcript of 2. PERATURAN

LAMPIRAN

PERATURAN PERTANDINGANBOLASEPAK SEMBILAN (9) SEBELAH PIALA PENGARAH IPG KAMPUS IPOH 2014

1.0NAMA

1.1Pertandingan ini dinamakanPertandingan Bola Sepak Sembilan (9) Sebelah Piala Pengarah Ipg Kampus Ipoh 2014

2.0PENYERTAAN

2.1Pertandingan ini adalah TERBUKA kepada semua MAHASISWA Institut Pendidikan Guru sahaja.

3.0YURAN PENYERTAAN

3.1Yuran penyertaan kejohanan berjumlah RM200.00 bagi satu kumpulan/team. Yuran penyertaan hendaklah dijelaskan secara bank-in ke akaun Bank Islam 08013023812986, di atas nama pemilik Nabihah Diyana binti Rosli dan dikepilkan resit pembayaran sebagai bukti bersama borang pengesahan penyertaan.

4.0UNDANG-UNDANG / PERATURAN

4.1Kecuali apa yang tersebut di dalam Peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka undang-undang permainan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badan Berkanun Malaysia hendaklah diikuti.

Perubahan tempat, masa dan jadual pertandingan adalah kuasa mutlak pihak Penganjur.

5.0PEMBENTUKAN PASUKAN DAN MASA BERMAIN

5.1Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan seperti berikut :

BILPERKARAJUMLAH

1Pegawai2 orang

2Jurulatih Pasukan1 orang

3Pemain15 orang

JUMLAH18 orang

5.2Setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang pemain sebelum bermula sesuatu perlawanan. Jika kurang daripada ini, pasukan tersebut dikira menerima kekalahan dengan jaringan 3-0.

5.3Peruntukan masa bermain bagi peringkat kumpulan adalah 7 x 1 x 7 bagi setiap perlawanan.

5.4Peringkat separuh akhir hingga akhir masa permainan adalah 10 x 1 x 10

5.5Pasukan yang menang akan mendapat tiga (3) mata, seri satu (1) mata dan kalah tidak mendapat mata.

5.6Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar Peraturan akan dikira kalah dan pasukan lawan dikira menang serta akan memperolehi jaringan percuma sebanyak dua (2) jaringan tanpa balas (0) dan tiga (3) mata kemenangan

6.0PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN

6.1Pemain dilarang menggunakan atau memakai sebarang peralatan berbahaya kepada dirinya atau pemain-pemain lain termasuk sebarang barang-barang kemas.

6.2Alatan asas yang diwajibkan ialah:

6.1.1Jersi atau baju bernombor dan berlengan

6.1.2Seluar Pendek / Seluar Thermal-Sama warna seluar dan baju

6.1.3Stoking

6.1.4Shin Guard

6.1.5Alas Kaki Yang Bersesuaian

6.1.6 Inner / Seluar Thermal thight -Sama warna seluar dan baju

7.0PERTUKARAN PEMAIN

7.1Seramai tiga (3) orang pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa. Pemain yang telah diganti tidak boleh bermain semula didalam permainan yang sama.

7.2Pemain gantian mestilah terdiri daripada pemain-pemain yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran.

8.0PENDAFTARAN PEMAIN

8.1Lima belas (15) minit sebelum bermulanya perlawanan, setiap pasukan hendaklah mengemukakan nama Sembilan (9) pemain dan enam (6) pemain simpanan di dalam borang pendaftaran pemain yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.0SISTEM PERTANDINGAN

9.1Peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan manakala pusingan kedua hingga ke perlawan akhir secara kalah mati.

9.2Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak kepusingan kalah mati.

9.3Tiada masa tambahan diperuntukkan pada pusingan kalah mati. Jika permainan berakhir dengan keputusan seri, tendangan penalti akan di beri.

9.4Jikalau masih juga seri , tendangan penalti secara Sudden Death akan dijalankan.

10.0CARA MEMTUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

10.1Secara Liga

10.1.1Cara memberi mata:Menang - 3 mataSeri - 1 mataKalah - 0 mata

10.2Sekiranya di akhir perlawanan dalam satu kumpulan, kiraan mata diperolehi sama oleh 2 atau lebih pasukan, maka keputusannya akan ditentukan seperti berikut;

10.2.1Pasukan yang menang perbezaan gol yang lebih(Goal Difference) akan diisytiharkan pemenang;

10.2.2Sekiranya perbezaan gol sama, maka pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira pemenang;

10.2.3Sekiranya jaringan gol sama, maka pasukan yang kena bilang gol paling kurang(Goal Conceded) akan dikira menang;

10.2.4Jika semua perkara diatas didapati sama juga, maka keputusan muktamad akan dibuat secara lambungan syiling.

11.0SISTEM KALAH MATI DAN SEPAKAN DARI TANDA PENALTI

11.1Sekiranya tamat sepenuh masa permainan keputusan masih lagi seri, maka tiga (3) sepakan dari tanda penalti akan diadakan, jika masih lagi seri maka penalti secaraSudden Deathakan dilakukan sehingga ada pemenang

12.0PENANGGUHAN

12.1Jika permainan dihentikan olah pengadil atas sebab pergaduhan atau campurtangan penonton, maka kedudukan keputusan perlawanan akan di tentukan oleh jawatankuasa Tatatertib, begitu juga tindakan ke atas pegawai dan pemain terlibat.

13.0MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

13.1Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai

14.0BANTAHAN

14.1Keputusan para Pengadil dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad dalam menjalankan kejohanan ini.

14.2Segala bantahan yang hendak dibuat hendaklah disertakan wang bantahan sebanyak RM300.00 beserta bukti bantahan dalam tempoh tidak lebih daripada 10 minit selepas sesuatu perlawanan tamat. Jika bantahan yang dibuat diluluskan oleh Jawatankuasa Penganjur, maka wang pertaruhan akan dikembalikan tetapi jika didapati sebaliknya wang tersebut tidak akan dikembalikan.

15.0TINDAKAN TATATERTIB PERMAINAN

15.1Mengenakan penggantungan automatik (1) satu perlawanan bagi pemain yang dikenakan (2) dua kad kuning;

15.2Mengenakan penggantungan automatik (2) dua perlawanan bagi pemain yang dikenakan kad merah atau buang padang;

15.3Penggantungan pemain yang mendapat kad kuning sahaja secara automatic akan terbatal apabila pasukan mereka layak memasuki Peringkat Separuh Akhir.

15.4Mana-mana pemain atau pasukan yang cuba mengganggu atau memukul pengadil perlawanan / pegawai kejohanan atau mencetuskan pergaduhan akan disingkir daripada kejohanan dan, laporan polis akan dibuat sekiranya perlu.

16.0PERCANGGAHAN

13.1Perkara (19) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.