2 Prinsip Abm

4
PRINSIP MENGOLAH BAHAN PENGAJARAN Proses mengolah bahan bermaksud membuat adaptasi, perubahan, dengan membaik pulihkan isi dan keadaan bahan pengajaran sebelum bahan tersebut digunakan. Melalui proses ini, aspek-aspek yang kurang difahami akan diperjelaskan, perkara-perkara yang kurang penting akan digugurkan atau dibuangkan dan sekiranya terdapat hal-hal yang tidak lengkap akan ditambahkan. Kesemua ini bertujuan menjadikan bahan-bahan tersebut lebih sempurna sifatnya, sesuai serta bertepatan dengan keperluan pelajar dan pengajaran yang dirancang. Proses ini memerlukan guru-guru untuk memberikan perhatian terhadap beberapa perkara berikut: a. Inspirasi dan kreativiti Bahan-bahan yang digunakan boleh memberikan galakan kepada pelajar untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif dan bernas. b. Menjadikan dialog bersifat komunikatif Sekiranya bahan yang digunakan mengandungi dialog, guru perlulah menjadikan dialog tersebut bersifat komunikatif iaitu penggunaan bahasa yang betul dan membolehkan pelajar berinteraksi sesama sendiri, di samping menguasai kecekapan berbahasa. c. Menjadikan aktiviti pembelajaran relevan dan berguna Bahan-bahan pengajaran perlu disesuaikan supaya berkaitan dengan objektif pembelajaran, berfaedah dan dapat diaplikasikan oleh pelajar apabila pelajar menguasainya.

description

prinsip abm yang boleh dijadikan rujukan serta panduan semasa melaksanakan aktiviti pnp bahasa melayu.

Transcript of 2 Prinsip Abm

Page 1: 2 Prinsip Abm

PRINSIP MENGOLAH BAHAN PENGAJARAN

Proses mengolah bahan bermaksud membuat adaptasi, perubahan, dengan membaik

pulihkan isi dan keadaan bahan pengajaran sebelum bahan tersebut digunakan. Melalui

proses ini, aspek-aspek yang kurang difahami akan diperjelaskan, perkara-perkara yang

kurang penting akan digugurkan atau dibuangkan dan sekiranya terdapat hal-hal yang tidak

lengkap akan ditambahkan. Kesemua ini bertujuan menjadikan bahan-bahan tersebut lebih

sempurna sifatnya, sesuai serta bertepatan dengan keperluan pelajar dan pengajaran yang

dirancang. Proses ini memerlukan guru-guru untuk memberikan perhatian terhadap

beberapa perkara berikut:

a. Inspirasi dan kreativiti

Bahan-bahan yang digunakan boleh memberikan galakan kepada pelajar untuk

mencetuskan idea-idea yang kreatif dan bernas.

b. Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Sekiranya bahan yang digunakan mengandungi dialog, guru perlulah menjadikan dialog

tersebut bersifat komunikatif iaitu penggunaan bahasa yang betul dan membolehkan pelajar

berinteraksi sesama sendiri, di samping menguasai kecekapan berbahasa.

c. Menjadikan aktiviti pembelajaran relevan dan berguna

Bahan-bahan pengajaran perlu disesuaikan supaya berkaitan dengan objektif pembelajaran,

berfaedah dan dapat diaplikasikan oleh pelajar apabila pelajar menguasainya.

d. Memberikan contoh yang praktikal

Bahan-bahan pengajaran sebaik-baiknya mengandungi contoh-contoh yang praktikal yang

boleh mempercepatkan kefahaman pelajar, di samping mereka dapat menyesuaikannya

dengan situasi sebenar.

e. Memenuhi keperluan pelajar

Bahan-bahan pengajaran yang digunakan sebaik-baiknya dapat memenuhi keperluan para

pelajar sama ada dari segi luaran (contohnya: dapat membantu pelajar dalam kerjaya

Page 2: 2 Prinsip Abm

mereka kelak) dan dari segi psikologi (contohnya: minat, kebolehan mental, umur,

kecenderungan dan sebagainya).

PRINSIP PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN

Peringkat seterusnya ialah peringkat pembinaan bahan-bahan pengajaran. Setelah guru

selesai memilih dan mengolah bahan-bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu

memberikan penekanan terhadap beberapa aspek yang berkaitan dengan pembinaan

bahan-bahan pengajaran. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Bentuk dan fungsi

Apa dia bentuk-bentuk bahasa? Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi,

tatabahasa, perbendaharaan kata dan wacana. Manakala fungsi pula merujuk kepada

proses menyampaikan maksud. Oleh yang demikian, bahan-bahan pengajaran perlulah

dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa kerana ia dapat menyatakan maksud dan fungsi.

Tanpa bentuk-bentuk komunikasi, verbal tidak akan berlaku. Aspek-aspek ini perlu diberi

perhatian untuk membolehkan pelajar mengenal dan menggunakan bahasa dengan betul.

b. Ketepatan

Ketepatan di sini merujuk kepada ketepatan bahasa yang digunakan, terutama sekali yang

berhubung dengan fungsi dan konteks sosial. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus

dapat menerapkan situasi sosial dan kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang

digunakan dengan situasi ketika itu.

c. Kepelbagaian

Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan untuk mendedahkan

pelajar kepada beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat.

Pengetahuan pelajar terhadap variasi-variasi bahasa membolehkan pelajar memilih variasi

yang bersesuai dengan konteks dan situasi yang tertentu.

d. Kemahiran bahasa

Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran mendengar dan

membaca dan kemahiran pada aras pelahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur.

Page 3: 2 Prinsip Abm

Keempat-empat kemahiran ini perlu dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan

bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kesemua kemahiran ini perlu

digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih berkesan.

e. Standardisasi dan simplikasi

Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang

dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini bahan-bahan disunting, diubah

suai selaras dengan kebolehan para pelajar. Melalui prinsip ini bahan akan disesuaikan

berdasarkan perbezaan umur dan jantina, kawasan, pendidikan dan social dan sebagainya.

f. Penerapan nilai dan Pengetahuan

Satu unsur penting yang perlu diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai

dalam semua mata pelajaran. Strategi ini dapat menambah pengetahuan baru dan member

kesedaran serta kefahaman tentang tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang

dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Seorang guru tidak sepatutnya mewujudkan

unsur-unsur yang bertentangan dengan kesejahteraan rakyat dan semangat perpaduan

dalam sebarang bahan pengajaran yang digunakan.