bahasa melayu stpm sem 1 - Sistem ejaan bahasa melayu dan tanda baca
2 sistem ejaan
-
Upload
khairul-azlan-taib -
Category
Documents
-
view
3.994 -
download
5
Transcript of 2 sistem ejaan
MPW 1113MPW 1113BAHASA KEBANGSAAN ABAHASA KEBANGSAAN A
SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU
JABATAN PENGAJIAN UMUM
Khairul Azlan TaibBSc .(hons) UiTM
Bunyi dan hurufBunyi dan hurufAbjad – 26 abjad
Vokal – 6 [ a/ e pepet/ e taling/ i/ o/ u ]
Konsonan – 21 Diftong – 3 [ ai au oi ]Digraf – 5 [ kh gh ng ny sy ]
Pola Keselarasan VokalPola Keselarasan Vokal18 pola keselarasan vokal18 pola keselarasan vokal
Keselarasan vokal
Contoh perkataan
a-a amal baka masak
a- i masjid balik alih
a- u barut patut datuk
e (pepet ) – a sedar jelas emak
e (pepet) – i betik lentik detik
e (pepet) – u -- telur belum tebus
e (taling) –a elak ekar helah
e taling e leleh telek remeh
e taling o esok bengkok cedok
i - a bilang pinang kilas
i - i pilih didih sirih
i- u tidur hibur hidup
o-a otak rosak bosan
o-e (taling) oleh boleh toleh
o-o obor borong colok
u-a ulat bulat tumpat
u-i ulit kulit guling
u-u untuk buluh suluh
Ejaan kata pinjamanEjaan kata pinjamana) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu
- cc- ks access menjadi akses- x- ks express menjadi ekspres
b) Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama
- ff- f traffic menjadi trafik
c) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal
- oo-u boot menjadi but
d) Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan penyesuaian
- block menjadi blok- draft menjadi draf
Samb…Samb…e. Huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan
BI ditulis sebagai g dan disebut sebagai [g] dalam BM- generation menjadi generasi- agent menjadi agen
f. Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, -sional-lotion menjadi losen; section menjadi seksyen
g. Pengekalan kata yang berakhir dengan –ism - nationalism menjadi nasionalisme
h. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap- pencil menjadi pensel
- action menjadi aksi - dial menjadi dail
Penulisan kata sendi Penulisan kata sendi namanama
Kt sendi nama ialah perkataan yg hadir di hdpn frasa nama.
Kt sendi mempunyai tugas yang berlainan dan kehadiran dalam ayat sering disalahgunakan. Antaranya:-
a) kt sendi nama di
- kt sendi nama di digunakan di hdpn kt nama atau frasa nama yg menunjukkan tempat spt:
a) di sekolahb) di jalan
- Tidak boleh menerangkan waktu, masa atau zaman.- cth :
a) Di pagi hari (salah) Pada pagi hari (betul)
b) Di kurun ke-15 (Salah) Pada kurun ke-15 (betul)
c) Di zaman itu (Salah) Pada zaman itu (betul)
Samb…Samb…
b) Kt sendi nama ke
Kt sendi nama ke digunakan di hdpn kt nama atau frasa nama yg menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.
Ke tidak boleh digunakan di hdpn kt nama atau frasa nama yg menunjukkan manusia atau binatang.
Cth :
- Ke pihak polis (salah)
kepada pihak polis (betul)
- Ke Ali (salah)
kepada Ali (betul)
Samb…Samb…c) Kt sendi nama dari
Kt sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat dan waktu atau masa
Cth : Bertiup daripada selatan (Bertiup dari selatan)
Daripada kiri ke kanan (Dari kiri ke kanan)
Daripada pukul 10.00 pagi (Dari pukul 10.00 pagi)
d) Kt sendi nama daripada
Kt sendi nama daripada digunakan di hadapan kt nama atau frasa nama yg menyatakan punca bg manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan.
Cth : Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
Lebih baik Ahmad daripada Ali.
e) Kt sendi nama kepada
Hadir di hdpn kt nama atau frasa nama yg merujuk manusia, haiwan, unsur mujarab dan perubahan keadaan.
Cth : - Ke kerani itu (salah)
Kepada kerani itu (betul)
- Ke orang tuanya (salah)
Kepada orang tuanya (betul)
- Ali mengirim surat ke abangnya (salah)
Ali mengirim surat kepada abangnya (betul)
Perlu juga mempunyai perseimbangan ungkapan dari-ke, daripada -kepada spt:-
- Dari semasa kepada semasa (salah)
Dari semasa ke semasa (betul)
Penggunaan tanda bacaPenggunaan tanda baca1 ) tanda baca noktah (.)
- berakhirnya sesuatu ayat.- digunakan utk menyatakan singkatan.- Cth : Hj. ,Prof. ,Y.B ,Abd.
2) tanda baca sempang (-)a) sebagai tanda kata ganda- cth : rumah-rumah,pemimpin-pemimpin, berlari-lari,
gunung-ganang.
b) antara ke dgn angka- cth : ke-10, ke-100
c) antara angka yg merujuk thn dgn akhiran –an- tahun 20-an, tahun 50-an
Samb…Samb…d) Antara huruf kecil dgn huruf besar
- Huruf besar iaitu merujuk kpd tuhan atau nama khas.
- Tanda sempang ini digunakan utk memisahkan huruf besar dgn huruf kecil.
- Cth: Hamba-Mu, Rahmat-Nya, Pro-Malaysia, Pan-Malaysia.
3) Tanda baca seru (!)
- tanda seru hadir di akhir ayat seruan.
- Salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru.
- cth : Wah! cantiknya baju itu.
Aduh! sakit kakiku.
Sepatutnya, Wah, cantiknya baju itu!
Penulisan kata ganti nama Penulisan kata ganti nama singkatsingkat
4 singkatan kata ganti nama – kau, ku, mu,nyaContoh: kulihat, kusedari, kautulis,
kausedari
Mu dan nya bagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempangContoh: Ampunilah hamba-Mu ini, ya
Tuhan.Mereka memohon rahmat-Nya.
Penulisan partikelPenulisan partikel4 partikel = -lah, -kah, - tah, & -pun
Partikel –lah, -kah, & –tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya.
Contoh: berilah, diakah, manatah
Partikel -pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya.
Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjaya
Partikel -pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan, iaitu:
adapun, sekalipun, walaupun, lagipun
Penulisan kata Penulisan kata berimbuhanberimbuhan
IMBUHAN
AWALAN- kata nama- kata kerja
-kata adjektif
AKHIRAN- Kata nama- Kata kerja
APITAN-Kata nama- Kata kerja
- Kata adjektif
SISIPAN-Kata nama- kata Kerja
- Kata adjektif
Awalan kata namaAwalan kata namaAwalan kata nama
1. peN- (pe-, pem-, pen-, peng-, penge-)
2. pe- ( tidak melibatkan sebarang perubahan bunyi seperti:- pe + suruh =pesuruh)
3. peR- (tidak produktif dan tidak melibatkan sebarang perubahan bunyi pada awal kata dasar seperti:- peR + tapa = pertapa)
4. ke- ( hanya bergabung dengan beberapa perkataan sahaja dan tidak melibatkan perubahan huruf pada kata dasar seperti:- ke + tua = ketua, ke + kasih= kekasih)
5. Juru ( awalan juru mendukung makna ahli @ org yg t,libat sec lgsung dgan pekerjaan yang didukung seperti:-
- bahasa = jurubahasa- jual = jurujual- tera = jurutera
Awalan kata kerjaAwalan kata kerja Awalan kata kerja
1. meN- ( me-, mem-, men-, meng-, menge-)
2. beR- ( awalan ini bergabung dengan k.dasar utk m,bentuk k.kerja tak transitif sperti:- bercukur, berlari )
3. teR- ( awalan ini bergabung dengan semua gol k.dasar utk m,bentuk k.kerja transitif, k. kerja transitif pasif dan k.kerja tak transitif seperti:- - saya terpijak kaca itu (k.k transitif)- kaca itu terpijak oleh saya (k.k transitif pasif)- budak itu terjatuh ke dalam longkang (k.k tak transitif)
4. mempeR- ( awalan ini bergabung dengan kata nama, kata adj dan kata tugas utk m,bentuk k.k.transitif aktif seperti:-- memperalat kawannya.- memperluas bilik darjah- memperoleh hasil
Samb…Samb…5. di- (awalan ini bergabung dgan kata dasar utk m,bentuk
k.kerja ayat pasif yang subjeknya terdiri drpd org ke-3 seperti:-- dibunuh oleh perompak itu.- dipukulnya
6. dipeR- (awalan ini bergabung dengan kata nama, kata adj dan kata tugas utk m,bentuk k.kerja pasif diri ke-3 seperti :-
diperkawan, diperbanyak, diperoleh.
Awalan kata adjektif
- awalan yang m,bentuk k.adjektif terbitan ialah teR- dan se- seperti:-
terbaik (bermaksud paling baik)sebijak (bermaksud sama bijak)
Akhiran kata namaAkhiran kata namaAkhiran kata nama –an- membawa makna hasil drpd melakukan maksud yg t,kandung
dalam k.dasar spt kritikan (hasil m,kritik), tulisan (hasil menulis).
- Membawa makna kaw @ bidang yg luas spt lautan (laut yg luas), lapangan (kawasan lapang yg luas)
- Membawa makna yg banyak spt barangan- Membawa makna org @ haiwan @benda yang m,jadi penderita
kerja spt:-
Tahanan (org yg dithn),Buruan (org @ haiwan yg diburu)Minuman (benda yg diminum)
- Membawa makna s,suatu yg mempunyai sifat yg t,kandung dalam kata dasar spt manisan (sesuatu yg mempunyai sifat manis).
- Membawa makna tempat melakukan sesuatu spt kurungan (tempat utk mengurung)
- Membawa makna ukuran @kiraan spt bulanan dan jutaan.
Akhiran kata kerjaAkhiran kata kerja Terbahagi kepada 2 iaitu -i dan –kan Kedua2 imbuhan akhiran ini m,bentuk kata kerja transitif. Imbuhan akhiran ini hanya hadir dalam 2 ayat sahaja iaitu:-
- Ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua. Contohnya:-
i) Kereta yang rosak itu akan saya baiki. ii) Masalah itu kamu selesaikan sendiri.
- Ayat suruhan. Contohnya:- i) Ikutilah rancangan kami setiap hari. ii) Ceritakan rahsia itu kepada saya.
Apitan kata namaApitan kata nama peN-…-an (pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an
dan penge-…-an) Pe-…-an (jumlah kata terbitan ini adalah terhad,
membawa 2 makna iaitu menunjukkan tempat spt petempatan dan menunjukkan makna hal keadaan yg t,kandung dlm kata dasar spt peperangan.
peR-…-an (apitan ini boleh b,gabung dengan semua kata dasar)- membawa makna tempat spt perairan dan perhentian.- membawa makna hal yg b,kaitan dgn kata dasar@hasil daripada melakukan maksud k.dasar spt;-
i) persengketaan = hal bersengketaii) pertuturan = hasil bertutur
Ke-…-an (biasanya apitan ini b,gabung dengan kata dasar daripada k.nama, k.kerja dan k.adjektif utk m,bentuk kata nama yg bersifat abstrak spt kejujuran, kementerian dan ketidakadilan.
Apitan kata kerjaApitan kata kerja meN-…-kan (m,bentuk k.kerja transitif aktif drpd semua gol
k.dasar). Membawa 3 mkna iaitu:-- membuat sesuatu yg t,kandung dlm k.dasar spt menceritakan, merundingkan.- membawa mksud kausatif @ menyebabkan spt mengindahkan, menaikkan dan mendirikan.- membawa makna benefaktif @ manfaat spt:-
Mencarikan = mencari untukMembawakan = membawa untuk
beR-…-kan (m,bentuk k.kerja tak transitif). Akhiran -kan dlm apitan ini ialah kependekan kata sendi nama “akan” yg mewakili k.sendi nama yg lain spt dengan, pada dan tentang. Contohnya:-
-berdasarkan bukti = berdasar pada bukti-bersenjatakan pistol = bersenjata dengan pistol-bertanyakan khabar = bertanya tentang khabar
beR-…-an (m,bentuk k.kerja tak transitif). Membawa 3 makna iaitu:-- membawa makna “banyak yg berlaku” spt:-
berterbangan = banyak yg terbang Berguguran = banyak yg gugur
- membawa makna perbuatan ant. 2 pihak @ bersalingan spt:-
Bertembakan = saling menembak Bersalaman = salam bertukar salam
- membawa makna berulangan, berterusan @berpanjangan spt berdebaran dan berkibaran
di-…-kan (apitan ini ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan) contohnya:-
- melakukan (aktif) = dilakukan (pasif)- memerlukan (aktif) = diperlukan (pasif)
meN-…-an ( m,bentuk k. kerja transitif aktif drpd kta2 dasar dlm semua golongan dan membawa makna lokatif)- akhiran -i boleh mewakili kata sendi nama di, pada, kepada, untuk, akan, terhadap dan daripada.
Contohnya:-
Membanjiri = menjadi banjir dimemagari = menjadi pagar padaMenghadiahi = memberikan hadiah
kepadaMembiayai = mengadakan biaya
untukMencintai = cinta akanMencurigai = curiga terhadap
di-…-i ( merupakan bentuk pasif bagi meN-…-i) contohnya:-
menemui (aktif) = ditemui (pasif)memagari (aktif) = dipagari (pasif)menyakini (aktif) = diyakini (pasif)melalui (aktif) = dilalui (pasif)
mempeR-…-kan (umumnya apitan ini m,bentuk k.kerja transitif aktif drpd k. nama dan k.kerja. Ia tidak boleh diimbuhkan dengan k.adj dan membawa 2 makna iaitu:-
- Makna kausatif iaitu menjadikan @ menyebabkan spt:- Mempertanggungjawabkan = menjadikan bertanggungjawab.Memperhentikan = menyebabkan berhenti
- Makna menyebabkan org lain melakukan perbuatan yg t,kandung dlm maksud k.kerja spt:-
Memperkenalkan = menyebabkan org mengenalMempertontonkan = menyebabkan org menonton
mempeR-…-i ( membentuk k. kerja transitif aktif drpd kata2 yg pada umumnya k.kerja tak transitif berawalan beR-. Contohnya:-
Bersenjata= mempersenjataiBelajar= mempelajariBeringat = memperingati
ke-…-an (apitan ini membentuk k.kerja dlm ayat pasif). Contohnya kehujanan, ketinggalan, kepanasan.
dipeR-…-kan (merupakan bentuk pasif bagi mempeR-…-kan). Contohnya:-
mempertikaikan (aktif) = dipertikaikan (pasif)mempersendakan (aktif) = dipersendakan (pasif)Mempertemukan (aktif) = dipertemukan (pasif)Mempelbagaikan (aktif) = dipelbagaikan (pasif)
dipeR-…-I (merupakan beentuk pasif bagi mempeR-…-i). Contohnya:-
memperingati (aktif) = diperingati (pasif)
Apitan kata adjektif Hanya melibatkan ke-…-an. Membawa makna “bersifat seperti” yg t,sebut pada kata
dasar. Contohnya:kemelayaan = bersifat melayukebaratan = bersifat org barat
Sisipan kata namaSisipan kata namaSisipan yg membentuk kata nama ialah -el-, -
er-, dan -em-.Membawa maksud sesuatu yg mempunyai ciri yg
terkandung dalam kata dasar. Contohnya:-kemumur = kelemumur
kuping = keruping
kuncup = kemuncup
Sisipan kata adjektifBentuk-bentuk sisipan kata adj ialah -em-, -el-, -
er- dan -in-. Contohnya:-Guruh = gemuruhSerak = selerakGodak = gerodakSambung = sinambung
Sisipan kata kerjaSisipan kata kerja
Berdasarkan bahasa Melayu, tiada sisipan yang berlaku tetapi kata nama dan kata adj yg bersisipan boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contohnya:-
- kelupas = berkelupas- kelemumur = berkelemumur- keruping = berkeruping
Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata banyak melibatkan pengimbuhan. kata banyak melibatkan pengimbuhan. Terdapat kesalahan seperti:Terdapat kesalahan seperti:
1) Tidak menggunakan imbuhan- Ayat dalam bahasa melayu terbentuk dengan frasa kerja.- Dalam frasa kerja, kata kerja merupakan kata utama.- Namun, ada kata kerja yang tidak menggunakan imbuhan spt:-
a) Mereka jalan ke sekolah (salah)
Mereka berjalan ke sekolah (betul)
b) Dia hendak beli buku (salah)
Dia hendak membeli buku (betul)
c) Ali bawa ikan (salah)
Ali membawa ikan (betul)
2) Menggunakan imbuhan yang salah- Menggunakan peraturan penggunaan yang salah
contohnya:-# Pekerja-pekerja baharu sedang menjalankan kursus – digantikan dengan menjalani.
# Mereka berbincang perkara itu – digantikan dengan membincangkan.
# Kami menumpu perhatian kepada persoalan itu – digantikan dengan menumpukan.
- Kesalahan dari segi awalan meng-# awalan menge- merupakan variasi awalan meng-, iaitu digunakan dengan perkataan2 satu suku kata.
# kesalahan berlaku apabila menggunakan awalan meng- dan tidak awalan menge-. Contohnya:-
- mengsahkan (salah) = mengesahkan (betul)
- mengbom (salah) = mengebom (betul)
3. Tidak sedar bentuk itu imbuhan- Ramai tidak menyedari bahawa bentuk2 seperti juru-,
maha-, pro-, -pra- dan sebagainya merupakan awalan.- Ditulis terpisah dari kata dasar.- Contohnya:-
Juru jual (salah) = Jurujual (betul)Maha siswa (salah) = Mahasiswa (betul)Pro komunis (salah) = Prokomunis (betul)Pra sejarah (salah) = Prasejarah (betul)Tata susila (salah) = Tatasusila (betul)Eka bahasa (salah) = Ekabahasa (betul)
4. Perbezaan ant apitan peN-…-an dengan peR-…-an- Terdapat perbezaan ant kedua2nya.- Ada perktaan yg dpt menerima kedua2nya, ada yg hanya dpt
menerima salah satu daripadanya.- Kesalahan berlaku apabila pilihannya tidak tepat.
Contohnya:-Perlantikan (salah) = pelantikan (betul)perlaksanaan (salah) = pelaksanaan (betul)pelumbaan (salah) = perlumbaan (betul)pejuangan (salah) = perjuangan (betul)
Penulisan kata gandaPenulisan kata gandaPenulisan bagi perkataan bentuk kata
ganda hendak menggunakan tanda sempang ( - ).
daun-daun, bergoyang-goyang, kejar-mengejar, serba-serbi
Prinsip dan dasar bahasa Prinsip dan dasar bahasa bakubaku
Dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ membawa pengertian yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan.
Bahasa Melayu baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa.
Bahasa Melayu Baku yang digunakan dalam penulisan rasmi ialah Bahasa Melayu yang digunakan setiap hari dalam urusan rasmi.
Dapat dibezakan menerusi pilihan kata, ungkapan dan ayat kerana maksudnya juga berbeza-beza.
Oleh sebab sifatnya rasmi, maka bahasanya perlu gramatis (mematuhi peraturan dan prinsip berbahasa).
Peristilahan kata umum Bahasa Peristilahan kata umum Bahasa MelayuMelayu
Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:
(a) Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
(b) Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: hospital dan rumah sakit, dipilih hospital fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi.
(c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
Unsur dan Proses tatabahasa Unsur dan Proses tatabahasa dalam peristilahandalam peristilahan
1. Penggunaan Kata Akar/Bebas Istilah dapat dibentuk daripada kata akar (yakni kata bebas).
Misalnya: gaya,sudut, kaji, rumpuk, watt, volt, asid.
2. Proses Pengimbuhan Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang
tersusun antara bentuk dan maknanya. Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan
istilah yang berbeza-beza.
Kata dasar/akar Pelaku/alat Hal/keadaan/tempat
tani petani pertanian (hal bertani)
usaha pengusaha perusahaan (hal berusaha)
Samb…Samb…3. Proses Penggandaan Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan (kecil),
kumpulan, atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan. Contoh :
kacang kacang-kacang
jari jejari
rumput rerumput
4. Proses Penggabungan Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya
berbentuk singkat. Contoh :
meja tulis
Kerjasama
kapal korek.
Istilah singkatan dan Istilah singkatan dan lambanglambang
1. Singkatan Istilah singkatan terbentuk dengan empat cara melalui
penggunaan:
(a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih daripada dasarnya. contoh : lab (oratory)
(b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. contoh: cm – sentimeter
(c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Contoh : tadika / cerpen/ kugiran
(d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Contoh : JKR (Jabatan Kerja Raya) / TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia)
Samb…Samb…2. Lambang Huruf dan Bilangan Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan
kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.
Nama dan lambang unit mengikut System International d’Unites (SI) (Sistem Unit Antarabangsa).
Kuantiti Fizikal Unit Dasar Lambang
panjang meter m
jisim massa kilogram kg
waktu saat s
Samb…Samb…3. Lambang Gambar
Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar.
Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan oleh bidang masing-masing.
Contoh :
jantan
matahari
omega Ω
Kaedah pengejaan istilah Kaedah pengejaan istilah PinjamanPinjaman
1. Jenis Ejaana. Ejaan Grafemik
Ejaan rumi
b. Ejaan Etimologi / Asal Jika timbul kekaburan spt istilah yg sama sebutan dan ejaan spt media massa,
kedua-dua s dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa.
c. Ejaan Transliterasi Contoh transliterasi Arab : bismillahirrahmanirrahim.
d. Ejaan Transkripsi Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan
spt; bureau – biro police – polis ambulance - ambulans
Samb…Samb…
2. Penyesuaian Ejaan
a) istilah asing yang pengucapanya sudah sebati dalam bahasa Melayu spt; pencen, stesen tidak diubah.
b) istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc dikekalkan seperti dalam bahasa sumber
c) istilah yang baru dipinjam dan belum sebati daripada segi sebutan dan ejaan dilakukan dengancara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat spt: haemoglobin = hemoglobin,
automatic = automatik
Samb…Samb…3. Penyesuaian Ejaan Imbuhan Asing
Daripada satu pihak, imbuhan asing dapat dianggap sebagai sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap. Ia jarang dianggap sebagai imbuhan. Contoh: Aktif Primer antropologi.
Pada pihak lain imbuhan asing dapat diserap sebagai imbuhan yang boleh pula digunakan untuk pembentukan istilah lain. Contoh: inframerah Prasejarah semivokal
Samb…Samb…
4. Gugus Konsonan
Gugus konsonan yang dimiliki bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata/istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Contoh:
Gugus konsonan perkataan
bl- blok, blaus
dr- drama, draf
-rd standard
-nk bank, link
Sekian….Terima Kasih!!!!