2. Struktur PBSM

6
Struktur dan organisasi Palang Merah peringkat antarabangsa (JAPM/ICRC/IFRC) Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merah mengandungi tiga komponen. 1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) 2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah (International Federation of RC/RC Societies, IFRC) 3. Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan. 1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah atau lebih dikenali lagi dengan nama International Committee of the Red Cross (ICRC) adalah komponen yang paling prihatin terhadap pembangunan Undang- Undang Kemanusiaan Antarabangsa seperti yang dinyatakan terlebih dahulu dalam risalah ini. Ianya ditubuh oleh lima orang Wargakota Geneva pada tahun 1963 dan masih merupakan sebuah organisasi Swiss yang bersendirian. Malah ianya adalah sebuah badan yang bebas daripada pengaruh kerajaan atau mana-mana badan yang lain. Peranan JAPM adalah untuk melindungi dan menolong orang-orang awam dan mangsa-mangsa anggota tentera dalam konflik bersenjata atau rusuhan awam. JAPM adalah merupakan asas kepada pergerakan ini dan komponen pertama yang ditubuhkan. 2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Komponen ini yang dikenali dahulu dengan nama Liga Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah ditukar namanya kepada Persekutuan seperti di atas pada tahun 1991. Ianya ditubuh pada tahun 1919, selepas Perang Dunia Kedua untuk menyelaras tindakan-tindakan dan kegiatan-kegiatan Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam masa aman. Kegiatan utamanya adalah untuk membekalkan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana alam dan kepada orang-orang pelarian, menggalak penubuhan dan pembangunan Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam seberapa banyak negara yang mungkin dan mewujudkan perhubungan, penyelarasan dan bantuan kepada Persatuan-persatuan Kebangsaan; segala bentuk kerja-kerja kemanusiaan yang akan menyumbang terhadap mengurangkan penderitaan dan mengekalkan keamanan.

description

Struktur pbsm

Transcript of 2. Struktur PBSM

Page 1: 2. Struktur PBSM

Struktur dan organisasi Palang Merah peringkat

antarabangsa (JAPM/ICRC/IFRC)

Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merah mengandungi tiga komponen.

1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)

2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah

(International Federation of RC/RC Societies, IFRC)

3. Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan.

1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah atau lebih dikenali lagi dengan nama

International Committee of the Red Cross (ICRC) adalah komponen yang paling

prihatin terhadap pembangunan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

seperti yang dinyatakan terlebih dahulu dalam risalah ini. Ianya ditubuh oleh lima

orang Wargakota Geneva pada tahun 1963 dan masih merupakan sebuah

organisasi Swiss yang bersendirian. Malah ianya adalah sebuah badan yang

bebas daripada pengaruh kerajaan atau mana-mana badan yang lain. Peranan

JAPM adalah untuk melindungi dan menolong orang-orang awam dan mangsa-

mangsa anggota tentera dalam konflik bersenjata atau rusuhan awam. JAPM

adalah merupakan asas kepada pergerakan ini dan komponen pertama yang

ditubuhkan.

2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang

Merah/Bulan Sabit Merah

Komponen ini yang dikenali dahulu dengan nama Liga Persatuan Palang

Merah/Bulan Sabit Merah ditukar namanya kepada Persekutuan seperti di atas

pada tahun 1991. Ianya ditubuh pada tahun 1919, selepas Perang Dunia Kedua

untuk menyelaras tindakan-tindakan dan kegiatan-kegiatan Persatuan-persatuan

Kebangsaan dalam masa aman. Kegiatan utamanya adalah untuk membekalkan

bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana alam dan kepada orang-

orang pelarian, menggalak penubuhan dan pembangunan Persatuan-persatuan

Kebangsaan dalam seberapa banyak negara yang mungkin dan mewujudkan

perhubungan, penyelarasan dan bantuan kepada Persatuan-persatuan

Kebangsaan; segala bentuk kerja-kerja kemanusiaan yang akan menyumbang

terhadap mengurangkan penderitaan dan mengekalkan keamanan.

Page 2: 2. Struktur PBSM

Persekutuan ini sekarang mempunyai 164 Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit

Merah Kebangsaan dengan keahliannya melebihi 250 juta ahli.

3. Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan

Pembangunan Konvensyen Geneva merupakan satu bahagian daripada usaha

kemanusiaan yang terkandung dalam buku ‘Kenangan di Solferino’. Bahagian

yang lainnya ialah wawasan Dunant untuk mewujudkan Persatuan-Persatuan

Kebangsaan, di mana peranan utamanya ialah untuk memberI penjagaan

perubatan kepada mereka yang sakit dan luka di medan pertempuran. Pada

bulan Oktober 1863, beberapa buah kerajaan negara telah menghantar wakil-

wakil mereka ke suatu perhimpunan di Geneva yang memutuskan bahawa

Persatuan bantuan perubatan perlu ditubuhkan. Perhimpunan ini diadakan hasil

daripada usaha Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah yang baru sahaja

ditubuhkan pada ketika itu.

Pada permulaan, lebih 20 Persatuan Kebangsaan ditubuhkan di Eropah. Pada

hari ini, wujud 164 buah Persatuan Kebangsaan dan satu daripadanya ialah

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Tujuan utamanya masih lagi kekal

seperti tujuan asalnya iaitu member bantuan perubatan kepada mereka yang

sakit dan luka di medan peperangan. Dalam masa aman, mereka berlatih

menyediakan diri untuk membolehkan mereka memain peranan yang lebih

berkesan lagi dalam masa perang. Di samping itu mereka juga terlibat dalam

pelbagai aktiviti yang lain bertujuan meringankan penderitaan manusia. Ini

termasuklah Latihan Pertolongan Cemas (First Aid), bantuan semasa bencana

alam (seperti kebakaran, banjir, dll) dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan

kesihatan dan kebajikan.

Persidangan Palang Merah Antarabangsa

Ketiga-tiga komponen ini beserta dengan kerajaan-kerajaan yang telah menandatangani

Konvensyen Geneva berjumpa empat tahun sekali untuk Persidangan Palang Merah

Antarabangsa.Persidangan Antarabangsa ini merupakan satu badan membuat

keputusan yang tertinggi bagi pergerakan Palang Merah. Semua Palng Merah/Bulan

Sabit Merah beserta dengan kerajaan-kerajaan yang telah menandatangani

Konvensyen Geneva adalah terikat dengan keputusan dan resolusi yang dibuat oleh

Persidangan ini.

Page 3: 2. Struktur PBSM

Kerajaan-kerajaan pihak dengan Konvensyen Geneva

Pergerakan Palang Merah Antarabangsa

Struktur dan Organisasi Palang Merah di Malaysia

Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan

Sabit Merah

Pergerakan Palang Merah dan

Bulan Sabit Merah Antarabangsa

atau

Palang Merah Antarabangsa

Majlis Delegrasi

Persatuan-Persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

IFRC

Persekutuan Antarabangsaan

Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

Jawatankuasa Antarabangsa Palang

Merah Geneva ditubuhkan 1863

Suruhanjaya Bertugas

Page 4: 2. Struktur PBSM

Struktur organisasi persatuan

1. Satu organisasi pusat mengandungi

a. Senat PBSMM

b. Majlis Kebangsaan

c. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan

d. Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan

2. Cawangan –cawangan dan jawatkuasanya serta beberapa jawatankuasa kecil

masing-masing di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysia.

3. Unit-unit kecil dan jawatankuasa masing-masing.

Organisasi Pusat

Senat PBSMM

1. Senat PBSMM adalah badan tertinggi sekali dalam struktur organisasi

PBSMM.

2. Tidak mempunyai kuasa eksekutif.

3. Ada tidak lebih daripada 25 senatorpada sesuatu masa.

4. Pelantikan senator PBSMM ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan

dan dilantik daripada kalangan ahli-ahli PBSMM yang terkenal sebagai

pengiktirafan pada perkhidmatan mereka yang terpuji dan cemerlang kepada

persatuan dan negara.

5. Peranan utamanyaadalah bagi meningkatkan imej dan matlamat persatuan

sejajar dengan prinsip-prinsip pergerakan.

Majlis Kebangsaan

Majlis Kebangsaan adalah badan terpenting yang mempunyai kuasa mengendalikan

pengurusan serta pengawalan semua hal ehwal persatuan. Anggota-anggota adalah

seperti berikut:

1.Pengerusi kebangasaan.

2. Timbalan pengerusi kebangsaan.

3. Empat naib pengerusi kebangsaan. Seorang daripadanya dipilih di kalangan

pengerusi cawangan.

4. Pengerusi jawatankuasa-jawatankuasa kebangsaan.

5. Tidak terlebih daripada 5 ahli yang dipilih

Page 5: 2. Struktur PBSM

6. Dua orang wakil daripada tiap-tiap cawangan terdiri sama ada pengerusi

cawangan, naib pengerusi, pengarah cawangan, setiausaha kehormat dan

bendahari kehormat cawangan.

7. Pengarah Perkhidmatan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

8. Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia(MMA).

9.Seorang wakil daripada tiap-tiap kementerian kerajaan yang bertanggungjawab

berkenaan pendidikan, alam sekitar, hal ehwal luar negara, kesihatan, hal ehwal

dalam negeri dan belia.

Majlis kebangsaan mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali mesyuarat dalam setahun

dan memerlukan satu pertiga kehadiran ahli bagi membentuk korum.

Jawatan Eksekutif Kebangsaan.

Pengurusan bekenaan hal ehwal persatuan adalah tanggungjawab Jawatankuasa

Eksekutif Kebangsaan yang harus pada sebilang masa bertindak sejajar dengan arahan

dan keputusan Majlis Kebangsaan. Ahli jawatankuasa ini adalah terdiri daripada

1. Pemegang jawatan utama (pengerusi dan timbalan kebangsaan, naib-naib

pengerusi dan bendahari kehormat kebangsaan).

2. Pengerusi jawatankuasa kebangsaan.

3. Wakil daripada setiap lima zon.

Pengrusi Kebangsaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kebangasaan yang

mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam dua bulan. Antara lain, kuasa

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan adalah:

1. Menamakan calon bagi pelantikan setiausaha agung oleh Majlis Kebangsaan

serta melantik kakitangan yang bergaji serta menentukan syarat-syarat

perkhidmatan mereka.

2. Memberu pertimbangan dan melulus ataupun sebaliknya pelantikan ahli-ahli

jawatankuasa cawangan yang dipilih selain daripada pengerusi cawangan yang

dicalonkan oleh jawatankuasa cawangan.

3. Mendisiplinkan dengan pertimbangan yang saksama dalam menentukan

pemberhentian, pembuangan atau memansuhkan keahlian mana-mana ahli

persatuan yang tidak termasuk ahli-ahli senat PBSMM atau ahli-ahli Majlis

Kebangsaan.

4. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan bole melantik jawatankuasa kecil yang

difikirkan dari masa ke semasa.

Page 6: 2. Struktur PBSM

Jawatankuasa Kebangsaan.

Semua aktiviti-aktiviti PBSMM di bawah tanggungjawab pelbagai Jawatankuasa

Kebangsaan. Pada masa ini, ada 10 Jawatankuasa Kebangsaan dan setiap satu

diketuai oleh pengerusinya masing-masing. Jawatankuasa-jawatankuasa kebangsaan

terdiri dari:

1. Pekhidamtan ambulans

2. Pentadbiran dan pengurusan

3. Bangunan

4. Reaksi kecemasan

5. Program darah

6. Perkhidmatan kesihatan dan masyarakat

7. Hal ehwal antarabangsa

8. Perhubungan raya dan kutipan derma

9. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hal ehwal perundangan

latihan dan tenaga manusia

Pengerusi Jawatankuasa ini adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan dan juga

ahli Majlis Kebangsaan dan mereka dipilih dalam mesyuarat agung tahunan.

Carta organisasi PBSMM