2 unsur keterangan frasa kerja
-
Upload
fitri-ibrahim -
Category
Education
-
view
267 -
download
5
Transcript of 2 unsur keterangan frasa kerja
UNSUR KETERANGAN
PISMP SEM 5BAHASA MELAYU C
Ahli Kumpulan:
Nur Afifah Bt AhmadFitri Norlida Bt IbrahimFarah Fazriyana Bt Basri
Nor Azrina Bt Mohd ZainolIza Kasmadiana Bt Kasmijan
TUGASAN ISL
Berdasarkan mana-mana petikan cerpen, nyatakan jenis-jenis unsur keterangan dan huraikan contoh-contoh diperolehi.
UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA KERJA
• Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi.
• Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba.• Dalam ayat susunan biasa unsur keterangan hadir sesudah kata kerja.
• Bagi kata kerja transitif,unsur keterangan hadir selepas objek.
• Dari segi struktur binaan,unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama,frasa adjektif,frasa nama dan kata adverba.
Contohnya : Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang
kenaikan gaji.Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap
perlahan-lahan.Bunga rampai itu berbau sungguh harum.Rombongan pengantin itu tiba pada malam tadi.Kumpulan pelajar Malaysia itu bertolak esok pagi
ke Jepun.Mereka berjuang mati-matian.Murid-murid itu menjawab serentak apabila
ditanya.
Keterangan Tempat atau
Arah
Keterangan Waktu
Keterangan Cara
Keterangan Penyertaan
Keterangan Alat
Keterangan Tujuan atau Harapan
Keterangan Hal
Keterangan Bagai
FRASA KETERANGAN
Keterangan Tempat atau Arah
• Unsur yang membincangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa atau keadaan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.
• Kata sendi namanya ialah di,ke,dari,daripada,kepada dan pada.
Contoh dalam cerpen :1. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat
yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.2. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan
melihat Sang Kura-kura masih jauh. 3. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-
sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura.4. Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan
permulaan sehingga garisan penamat. 5. Dia memenangi pertandingan dengan
meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
6. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
7. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar.
8. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang
9. Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang.
10. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat.
11.Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar.
12.Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Keterangan Waktu
Dua bentuk keterangan waktu.
1. Frasa Sendi Nama yang mengandungi kata sendi nama pada,dalam,sejak dan hingga.
2. Frasa Nama seperti semalam dan dua dekad yang lalu.
Contoh :
1. Kuliah itu tamat pada pukul lima petang.2. Dia menyelesaikan kerjanya dalam masa tiga
jam.3. Kursus itu bermula sejak dua belas tahun
yang lalu.
Keterangan Cara
Dua bentuk keterangan cara.
1. Terdiri daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai kata adverba.
2. Frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembenda-nya
Contoh dalam cerpen :
1. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar.
Keterangan Tujuan atau Harapan
• Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.
• Kata sendi namanya ialah demi, untuk dan bagi.
Contoh dalam cerpen :1. Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan
Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan.
2. Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura.
3. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua.
3. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang.
4. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga.
5. Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Keterangan Alat
• Unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang digunakan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.
• Kata sendi namanya ialah dengan.
Contoh :
1. Rombongan pelajar itu datang dengan bas.2. Dia memukul ular itu dengan buluh.3. Saya memotong tali itu dengan pisau belati.
Keterangan Penyertaan
• Unsur yang menerangkan maksud ikut bersama-sama yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.
• Kata sendi namanya ialah dengan.
Contoh dalam cerpen :
1. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Keterangan Hal
• Unsur yang menerangkan keadaan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.
• Kata sendi namanya ialah tentang,mengenai dan terhadap.
Contoh dalam cerpen :1. Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan
Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju.
2. Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang.
3. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Keterangan Bagai
• Unsur yang menerangkan keserupaan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.
• Kata sendi namanya ialah seperti, bagai, sebagai dan bak.
Contoh dalam cerpen :
1. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.
2. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang.
3. Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.