20 amalan mulia

22
Mutiara Kata Dinar Emas JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA 20 Amalan Mulia Pasti Membuka Pintu Rezeki Kita Website Kedai : www.dinarmas.com Website Forum : www.Dinar-Emas.com Facebook : http://www.facebook.com/Forum.DinarEmas Tarikh Edaran Buku: Sabtu, 16 Oktober 2010, 06 Zulkaedah 1431 Jumlah Mukasurat : 22 helai

Transcript of 20 amalan mulia

Page 1: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Website Kedai : www.dinarmas.com

Website Forum : www.Dinar-Emas.com

Facebook : http://www.facebook.com/Forum.DinarEmas

Tarikh Edaran Buku: Sabtu, 16 Oktober 2010, 06 Zulkaedah 1431

Jumlah Mukasurat : 22 helai

Page 2: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka

Pintu Rezeki Kita

Page 3: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Assalamualaikum kepada semua peminat-peminat setia Dinar-Emas.COM

Pada hari ini,

kami tampil untuk menerbitkan 1 buku (ebook) untuk manfaat bersama,

supaya seluruh warga Nusantara termasuk diri anda,

yang memahami Bahasa Melayu dengan fasih ini,

dapat mengamalkan 20 Amalan Mulia secara berterusan setiap hari tanpa henti,

supaya hidup kita di planet bumi yang sementara ini,

sentiasa dipayungi rahmat Allah yang berterusan,

sebelum kita dibawa ke alam akhirat yang kekal abadi.

Amalan-amalan yang ingin anda baca ini,

boleh menjadi sebab Allah melimpahkan kepada anda,

( termasuk semua makhluk & hamba-Nya )

dengan keluasan rezeki dengan kesan mendadak hasil amalan-amalan mulia ini,

iaitu kesannya berupa rasa kaya & “cukup” dengan pemberian-Nya.

Tuan-puan semua…

berdasarkan konsep rezeki yang telah dibentangkan sejak Nabi Adam diturunkan,

Allah membuka jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki,

dalam pelbagai bentuk dan cabang,

yang sentiasa menjadi punca kebaikan amalan di dunia,

dan kesan amalan mulia ini mempunyai siri rantaian yang kekal ke alam akhirat.

Di antaranya,

akan anda perhatikan 1 per 1 mulai mukasurat seterusnya:

tentang 20 Amalan Yang Pasti Membuka Pintu Rezeki Kita.

Di akhir mukasurat ini,

kami akan sediakan jadual amalan pintu rezeki,

supaya anda boleh tandakan mengikut kemampuan amalan anda,

dengan kepercayaan yang ingin kami tanamkan dalam minda anda iaitu:

((( Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam )))

((( Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini )))

Page 4: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

AL - FATIHAH Sebelum memulakan 20 amalan mulia yang akan anda mula membacanya selepas ini,

anda digalakkan untuk membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari:

Dan selepas selesai membacanya,

Anda niatkan seperti di bawah:

(salin atau cetak & jadikan amalan setiap hari sampai bila-bila)

Ya Rabb… Ya Rabb… Ya Rabb…

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (ibu & bapa) ku,

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diri aku,

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad) Rasul ku,

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua-dua (atuk & nenek) ku,

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua (adik-beradik) ku,

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam (yang hidup & yang mati),

aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku,

berkatilah hidup mereka semuanya,

dan masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan kami di sana,

payungilah Rahmatmu kepada kami dari dunia sampai ke syurga,

dan kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam syurga mu,

temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga mu Ya Allah,

aku telah bermohon pada mu tuhan ALAM SEMESTA,

makbulkan doaku ini,

jika tidak di dunia kau zahirkan, maka makbulkanlah di akhirat nanti,

SESUNGGUHNYA KAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI.

Page 5: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 1.

Menyempatkan diri beribadah - Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,

seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:

"Wahai anak Adam,

sempatkanlah untuk menyembah-Ku,

maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.

Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,

dan Aku tidak menutup kefakiranmu."

(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Amalan 2.

Memperbanyak istighfar -

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,

yang menjadi sebab Allah merasa sayang dan kasihan pada hamba-Nya,

lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba yang meminta itu.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar,

maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,

menyelesaikan segala masalahnya,

dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari

Abdullah bin Abbas r.a.)

Page 6: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 3.

Tinggalkan perbuatan dosa - Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.

Dosa bukan saja membuat hati resah,

malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."

(Riwayat at-Tirmizi)

Antara perbuatan dosa yang hari-hari kita buat:

- pandang aurat manusia – umpat berlebihan (juga melalui internet pakai keyboard)

- buruk sangka – pandang rendah keupayaan manusia lain – rasa diri bagus

- buang sampah keluar dari kereta – dan perkara2 yang anda tafsirkan sebagai jelek

Amalan 4.

Sentiasa ingat Allah - Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.

Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman (iaitu Islam).

Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati

Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."

(Al Quran, Surah Ar-Ra'd, Ayat 28)

Antara amalan ingat Allah yang boleh kita buat:

- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak perlu gerakkan mulut pun)

- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda yang tersendiri)

- mulakan setiap 1 perkara dengan Bismillah (kalau anda mampu)

- dan apa sahaja perbuatan “baik” asalkan minda anda sentiasa mempunyai

“connection” dengan Allah tanpa “disconnect” dengan Allah.

Page 7: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 5.

Berbakti dan mendoakan ibu bapa - Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,

Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,

agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya,

hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya,

maka kebahagiaanlah buatnya,

dan Allah akan memanjangkan umurnya."

(Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,

berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,

nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. "

(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Amalan 6.

Berbuat baik dan menolong orang yang lemah - Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah,

menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,

juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,

melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu."

(Riwayat Bukhari)

Page 8: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 7.

Tunaikan hajat orang lain - Menunaikan hajat orang,

menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,

seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..."

(Riwayat Muslim)

Amalan 8.

Banyak berselawat -

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,

kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,

selawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki,

selawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.

Wallahu a'lam.

Page 9: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 9.

Buat kebajikan banyak-banyak - Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,

kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.

Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,

menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. "

Amalan 10.

Berpagi-pagi - Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,

berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah)

adalah amalan yang berkat.

Page 10: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 11.

Menjalin silaturrahim - Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,

maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. "

(Riwayat Bukhari)

Amalan 12.

Melazimi kekal berwuduk - Seorang Arab desa menemui Nabi Muhammad s.a.w.

dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)

nescaya Allah akan memurahkan rezeki."

(Diriwayatkan daripada Sayyidina Khalid al-Walid)

Page 11: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 13.

Bersedekah - Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair,

ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,

yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.

Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,

nescaya Allah membanyakkan baginya.

Dan siapa yang menyedikitkan,

nescaya Allah menyedikitkan baginya."

(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Amalan 14.

Melazimi solat malam (Solat Tahajud) - Rekod menunjukkan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki,

menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang

dan doanya dimakbulkan Allah .

Page 12: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 15.

Membiasakan Solat Dhuha - Waktu Solat Dhuha

- iaitu 28 minit selepas waktu syuruk

- waktu syuruk = waktu terbit matahari

- waktu maksimum Dhuha ketika kulit anda dapat merasai bahang matahari

Solat Dhuha lazimnya dibuat waktu ketika manusia sibuk dengan urusan dunia

(aktiviti harian),

Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang Maha Luar Biasa.

Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam,

jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang

(solat Dhuha),

nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."

(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Page 13: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 16.

Bersyukur kepada Allah - Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .

Lawannya adalah kufur nikmat.

Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya!

Jika kamu bersyukur,

nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,

dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,

sesungguhnya azab-Ku amat keras."

(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)

Allah berfirman lagi:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."

(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)

Page 14: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 17.

Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu - Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma'ul Husna (99 Nama Allah)

selain dapat menenangkan hati manusia,

malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati,

amalan berzikir mengandungi fadilat khusus untuk

- keluasan ilmu

- terbukanya pintu hidayah,

- dimudahkan untuk memahami agama,

- diberi kemanisan iman

- dan dilapangkan rezeki.

Misalnya,

2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129)

jika dibaca secara berterusan 7 kali selepas solat fardhu,

dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah ,

al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibacakan selalu;

misalnya dibaca

"Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang,

diiringi doa:

"Ya Allah ,

bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,

bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu,

ya Fattah ya 'Alim."

Ada juga hadis menyebut,

siapa amalkan baca Surah al-Waqi'ah setiap malam,

dia tidak akan ditimpa kepapaan & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini.

Wallahu a'lam.

Page 15: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 18.

Berdoa - Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah,

penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.

Dalam Al-Quran,

Allah suruh kita meminta kepada-Nya,

nescaya Dia akan perkenankan.

Nota:

- tanggungjawap manusia kekalkan berdoa kepada Allah (jangan putuskan amalan ni)

- peranan Allah memakbulkan apa sahaja permintaan manusia

- gabungkan formula doa ini mintak di waktu mustajab (pukul 2~3 tengah malam)

Inilah buktinya…

Allah berfirman lagi:

“…dan tuhanmu berfirman,

berdoalah kepada-Ku,

niscaya akan Ku-perkenankan bagimu…”

(Al-Quran, Surah Ghafir, Ayat 60 )

Page 16: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 19.

Berikhtiar sehabisnya - Siapa yang berusaha, dia akan dapat.

Ini sunnatullah.

Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang

dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya,

tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.

(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang Islam yang beriman,

tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki

dalam skop yang luas.

Misalnya,

hendak tenang dibacanya Al-Quran,

hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi,

hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal,

hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik,

hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik dulu,

hendak rezeki berkat dijauhinya dari sumber yang haram,

dan sebagainya.

Page 17: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

20 Amalan Mulia

Pasti

Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 20.

Bertawakal - Dengan tawakal,

seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah .

Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah ,

nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ."

(Al Quran, Surah At-Thalaq, Ayat 3)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,

nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,

ia pagi hari lapar dan petang hari ia telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Page 18: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

Kesemua 20 amalan mulia yang disebut ini,

adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.

Dengan takwa,

Allah akan beri

"jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,

dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya."

(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3)

Pendek kata,

bagi orang Islam,

untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya,

kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah,

lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan

pemberian-Nya.

Selamat Beribadah

dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah,

dan mintaklah pada Allah,

supaya kita semua dapat berjumpa di galaksi SYURGA,

bersama-sama kita semuanya kekal di sana,...........

Sila pergi ke mukasurat sebelah,

untuk melihat jadual amalan anda untuk hari ini,

boleh cetak supaya anda boleh tandakan setiap hari supaya sasaran amalan anda

tercapai,

dengan mengguna pakai formula ini,

((( Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam )))

((( Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini )))

Page 19: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

Jadual Harian

Amalan Mulia

Page 20: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

Jadual Harian Amalan Mulia

(Penyebab Pintu Rezeki Dibuka Untuk Anda) Status Bilangan Amalan

Pagi Petang Malam

01 Hadiahkan Al-Fatihah 02 Solat Fardhu 03 Solat Dhuha

04 Solat Tahajjud 05 Solat Hajat 06 Banyakkan Selawat 07 Banyakkan Istighfar 08 Doa Untuk Ibu Bapa 09 Tunaikan Hajat Orang Lain 10 Menjalinkan silatur-rahim 11 Sentiasa Berwudhuk 12 Derma / Sedekah

13 Banyakkan Bersyukur 14 Amalan Zikir (bila-bila masa) 15 Membaca Surah Al-Waqiah 16 Banyakkan Berdoa 17 Amalan Ayat 1000 Dinar 18 Ikhtiar Sehabis-habisnya

19 Sentiasa Mempunyai Minda Positif 20 Fokus Pada Misi

21 Akhlak Mulia & Atitud Yang Betul 22 Gandakan Usaha Sedia Ada

23 Buat Sampai Jadi

24 Pasang Keinginan Tinggi 25 Utamakan Yang Lebih Utama 26 Bertawakkal

Page 21: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

TAMAT

Page 22: 20 amalan mulia

Mutiara Kata Dinar Emas

JUJUR – AMANAH – TAAT – SETIA

Suntingan Terakhir:

16 Oktober 2010, 6 Zulkaedah 1431, Sabtu, 11:55 pm.

(Waktu Malaysia)