2011 Mt t1 s2 Manual

6
MNBSK/SJKC/SJKT © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NKRA - PENDIDIKAN MANUAL INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS SARINGAN 2 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 1 JULAI 2011

description

linus2011 tahun1 s2manual

Transcript of 2011 Mt t1 s2 Manual

Page 1: 2011 Mt t1 s2 Manual

MNBSK/SJKC/SJKT

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NKRA - PENDIDIKAN

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS

SARINGAN 2 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 1

JULAI 2011

Page 2: 2011 Mt t1 s2 Manual

MNBSK/SJKC/SJKT

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT Tahun 1 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

2

KAEDAH PELAKSANAAN

• Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 24 – 29 Julai 2011

• Semua murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1 mesti menduduki

saringan ini

• Guru perlu membantu murid memahami tugasan item

• Murid ditaksir secara telus dan jujur

• Guru mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang Prestasi Individu

yang dilampirkan pada halaman belakang Instrumen Numerasi Bertulis

kemudian memindahkan kepada BPI dan BPPI seperti di lampiran di Manual

Am Numerasi

• Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-dua item

yang mengukur konstruk tersebut

TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN Selepas Saringan 2 dijalankan, murid-murid akan ditempatkan mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah:

Saringan 2 Tidak Menguasai Konstruk 1 – Konstruk 2 (dibimbing oleh guru pemulihan khas) Tidak Menguasai mana-mana Konstruk 3 – Konstruk 9

Program LINUS

Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 10

Kelas arus perdana

Murid-murid yang tidak melepasi Saringan 2 akan menduduki

Saringan 3 Tahun 1 Bertulis yang akan diadakan pada 30 Oktober - 4 November 2011. Program LINUS dilaksanakan oleh guru Matematik.

Page 3: 2011 Mt t1 s2 Manual

MNBSK/SJKC/SJKT

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT Tahun 1 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

3

PENERANGAN INSTRUMEN SARINGAN 2 (BERTULIS) Item 1 Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

• Guru membaca tugasan item • Murid menulis semula angka-angka yang diberi • Murid menguasai tugasan ini jika menulis angka 7, 5, dan 9 pada tempat

yang disediakan Item 2 Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

• Guru membaca tugasan item • Murid memadankan angka - angka yang sama • Murid menguasai tugasan ini jika memadankan angka 6 dengan 6, 8 dengan

8 dan 10 dengan 10 dengan betul Item 3 Konstruk 2 : Keupayaan membilang

• Guru membaca tugasan item • Murid membulatkan objek mengikut nombor yang diberi • Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan tujuh seluar dan lima sarung

kaki dengan betul • Terima jawapan jika murid menanda selain bulatan yang menepati

kehendak soalan

Item 4 Konstruk 2 : Keupayaan membilang

• Guru membaca tugasan item • Murid membilang belon dan menandakan (√ ) pada petak angka yang betul • Murid menguasai tugasan ini jika menandakan (√ ) pada petak angka 5

Item 5 Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

• Guru membaca tugasan item • Murid membilang dan membulatkan nombor mengikut bilangan objek • Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan nombor 6 pada gambar

tapak sulaiman dan nombor 8 pada gambar sotong

Page 4: 2011 Mt t1 s2 Manual

MNBSK/SJKC/SJKT

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT Tahun 1 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

4

Item 6 Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

• Guru membaca tugasan item • Murid memadankan nombor dengan bilangan kereta • Murid menguasai tugasan ini jika memadankan nombor 7 dengan tujuh kereta, nombor 9 dengan sembilan kereta dan nombor 6 dengan enam kereta

Item 7 Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

• Guru membaca tugasan item • Murid memilih jawapan yang betul • Murid menguasai tugasan ini jika dapat membulatkan perkataan

Wednesday/Rabu (bahasa pengantar di sekolah) • Terima jawapan jika murid menanda selain bulatan yang menepati

kehendak soalan

Item 8 Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

• Guru membaca tugasan item • Murid memadankan waktu yang betul • Murid menguasai tugasan ini jika dapat memadankan perkataan day/siang

dengan gambar di sebelah kanan Item 9 Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

• Guru membaca tugasan item • Murid memadankan gambar dengan operasi • Murid menguasai tugasan ini jika memadankan gambar dengan 2 + 7 = 9

Item 10 Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

• Guru membaca tugasan item • Murid menandakan (√ ) pada operasi yang betul • Murid menguasai tugasan ini jika menandakan (√ ) pada 6 – 3 = 3

Item 11 Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

• Guru membaca tugasan item • Murid menulis jawapan yang betul • Murid menguasai tugasan ini jika menulis 6

Page 5: 2011 Mt t1 s2 Manual

MNBSK/SJKC/SJKT

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT Tahun 1 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

5

Item 12 Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

• Guru membaca tugasan item • Murid memadankan jawapan yang betul • Murid menguasai tugasan ini jika memadankan 60 sen – 20 sen dengan 40

sen Item 13 Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

• Guru membaca tugasan item • Murid menandakan (√) pada haiwan yang lebih ringan • Murid menguasai tugasan ini jika menandakan (√) pada gambar arnab

Item 14 Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

• Guru membaca tugasan item • Murid menandakan (√) pada gambar botol yang betul • Murid menguasai tugasan ini jika menandakan (√) pada

gambar botol mempunyai isi padu separuh penuh (sebelah kanan)

Item 15 Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

• Guru membaca tugasan item • Murid menulis simbol (+) atau (─) dalam kotak yang disediakan • Murid menguasai tugasan ini jika menulis simbol (─) pada petak

yang disediakan Item 16 Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

• Guru membaca tugasan item • Murid melengkapkan cerita • Murid menguasai tugasan ini jika menulis nombor 5 pada petak

yang disediakan

Page 6: 2011 Mt t1 s2 Manual

MNBSK/SJKC/SJKT

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT Tahun 1 (2011) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

6

Item 17 Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

• Guru membaca tugasan item • Murid melengkapkan ayat matematik pada petak yang disediakan • Murid menguasai tugasan ini jika menulis nombor 7 dalam petak yang

disediakan Item 18 Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

• Guru membaca tugasan item • Murid melengkapkan ayat matematik di dalam petak

yang disediakan • Murid menguasai tugasan ini jika menulis nombor 6 dalam petak kosong

yang disediakan

Item 19 Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

• Guru membaca tugasan item • Murid melengkapkan ayat matematik di dalam petak yang disediakan • Murid menguasai tugasan ini jika menulis nombor 70 dalam petak yang

disediakan Item 20 Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

• Guru membaca tugasan item • Murid menggariskan hari yang betul • Murid menguasai tugasan ini jika menggariskan Tuesday/ Selasa