201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

21
Setelah mengikuti bab ini, pelajar dapat: • Menjelaskan konsep dan ciri-ciri sebuah tamadun. • Menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa. • Menganalisis faktor kekuatan dan kelemahan sesebuah tamadun. Hasil Pembelajaran Pengenalan Ilmu Ketamadunan BAB 1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan Hubungan Tamadun dengan Agama, Budaya dan Bangsa Konsep Tamadun Faktor-faktor Kemunculan dan Kejatuhan Tamadun Dunia Kesan Positif dan Negatif Pertembungan antara Tamadun Ciri-ciri Tamadun Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Interaksi Tamadun Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Transcript of 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

Page 1: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

Setelah mengikuti bab ini, pelajar dapat:

• Menjelaskan konsep dan ciri-ciri sebuah tamadun.

• Menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa.

• Menganalisis faktor kekuatan dan kelemahan sesebuah tamadun.

Hasil Pembelajaran

Pengenalan Ilmu Ketamadunan

BAB 1

Pengenalan Ilmu

Ketamadunan

Hubungan Tamadun dengan Agama, Budaya dan Bangsa

Konsep Tamadun

Faktor-faktor Kemunculan dan Kejatuhan Tamadun Dunia

Kesan Positif dan Negatif Pertembungan antara Tamadun

Ciri-ciri Tamadun

Kelahiran dan Perkembangan Tamadun

Interaksi Tamadun

Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun

01Bab 1_1-21_F.indd 101Bab 1_1-21_F.indd 1 3/23/12 12:10:23 PM3/23/12 12:10:23 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 2: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E2

1.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan konsep dan ciri-ciri tamadun dari sudut etimologi pelbagai

bahasa. Seterusnya, bab ini menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya

dan bangsa. Di samping itu, bab ini juga menganalisis faktor kekuatan dan kelemahan

sesebuah tamadun.

1.1 Sejarah Tamadun dan Pengajian Ketamadunan

1 Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun

(1332–1406 M) pada abad yang ke-14 M melalui kitabnya Mukaddimah. Ibn Khaldun

menggunakan latar belakang sejarah sebagai asas memahami realiti masyarakat,

bangsa dan umat. Beliau berjaya mengeluarkan teori, faktor, analisis kemajuan dan

kemunduran umat terdahulu untuk menjadi panduan kepada umat mendatang.

Analisis beliau menepati kehendak al-Quran supaya menjadikan peristiwa sebagai

pengajaran berdasarkan fi rman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya kisah para nabi itu mengandungi pengajaran bagi orang yang

mempunyai akal fi kiran. Al-Quran itu bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan,

tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab yang sebelumnya dan

sebagai keterangan yang menjelaskan segala sesuatu, serta menjadi hidayah dan rahmat

bagi kaum yang (mahu) beriman”.

(Surah Yusoff: 111)

2 Sungguhpun sejarah menjadi asas kepada pengajian ketamadunan, namun ada

perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Pengajian ketamadunan membicarakan

teori, konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak.

Manakala sejarah tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh

sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran

atau ringkasnya kajian tentang masa lampau. Secara umum, pengajian ketamadunan

tidaklah begitu terikat kepada batasan masa atau zaman, manakala sejarah

tamadun lazimnya dibatasi oleh faktor masa. Pandangan di atas tidaklah bertujuan

mengetepikan pengajian sejarah daripada pengajian tamadun kerana kedua-duanya

saling memerlukan dan tidak boleh dipisahkan.

1.2 Konsep Tamadun

Memahami dan mengkaji asal usul istilah atau lebih dikenali dengan kajian etimologi

amat penting kerana dapat memudahkan pelajar memahami konsep dan falsafah bidang

pengajian tamadun itu. Lazimnya bahasa menggambarkan bangsa seperti pepatah Melayu

yang menegaskan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Pemahaman yang baik terhadap asal usul bahasa

dapat membina takrif yang tepat terhadap sesuatu istilah dalam pengajian.

01Bab 1_1-21_F.indd 201Bab 1_1-21_F.indd 2 3/23/12 12:10:25 PM3/23/12 12:10:25 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 3: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 3

1.2.1 Pengertian Tamadun dari Sudut Bahasa

1 Dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya dua istilah yang sering digunakan untuk

maksud tamadun, iaitu ‘tamadun’ dan ‘peradaban’. Kedua-dua istilah itu juga

bukanlah kata asal bahasa Melayu. Kedua-duanya ialah pinjaman daripada perkataan

Arab. Dalam Kamus Dewan, tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan atau

peradaban. Manakala peradaban berasal daripada perkataan ‘adab’ yang merujuk

kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) dan istilah beradab ditakrif

juga sebagai telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), iaitu bertamadun.

2 Namun demikian, istilah tamadun merupakan istilah yang paling popular digunakan

dalam masyarakat Melayu untuk menjelaskan tentang kebudayaan, kemajuan,

pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa.

3 Dalam bahasa Inggeris pula, istilah civilization diambil daripada perkataan Latin

civitas yang bermakna ‘bandar’.

4 Dalam bahasa Arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubungkan dengan maksud

tamadun iaitu ‘umran, hadharah, tamaddun, madinah dan madaniyyah.

• Istilah yang mula digunakan untuk maksud tamadun ialah ‘umran. Tokoh pertama

yang menggunakannya ialah Abdul Rahman Ibn Khaldun (1332–1406 M) berasal

dari Tunisia. Profesor Rosenthal menterjemahkan ‘umran sebagai urbanization

(perbandaran) dan civilization (tamadun). Istilah ‘umran bermaksud membangun

dan memakmurkan bandar.

• Istilah hadharah (juga digunakan oleh Ibn Khaldun) bermaksud kehidupan

menetap (sedentary life). Hadharah bermaksud sebuah wilayah, daerah atau ibu

kota atau bandar atau kampung dan kawasan tanah yang ditanami.

• Istilah tamaddun dan tamadyun berasal daripada perkataan madana (maddana)

yang bermaksud membina dan membangunkan bandar.

• Istilah madinah berasal daripada perkataan madana, jamaknya mudun atau mada’in

bererti bandar-bandar atau nama kepada Yathrib yang kemudiannya diberi nama

oleh Rasulullah SAW dengan Madinah-al-Munawwarah.

• Istilah madaniyyah bermaksud bandar dan kehidupan bandar (city life). Pada akhir

abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, istilah ini dipopularkan semula oleh Syeikh

Muhammad Abduh dan Muhammad Farid Wajdi dengan maksud tamadun.

5 Daripada pelbagai istilah yang digunakan di atas, hanya dua istilah yang meluas

digunakan oleh penulis-penulis Arab, iaitu hadharah dan tamadun. Daripada dua

istilah itu pula, istilah tamadun lebih sesuai digunakan untuk menyatakan konsep

tamadun pada zaman moden.

6 Istilah tamadun dan bandar memang ternyata mempunyai kaitan yang sangat rapat.

Hal ini kerana setiap tamadun yang agung itu mempunyai bandar-bandar yang besar,

manakala bentuk-bentuk asas tamadun pula dengan mudah dapat diperhatikan di

bandar-bandar.

1.2.2 Pengertian Tamadun dari Sudut Peristilahan

1 Menurut Idris Abdul Rauf al-Marbawi, tamadun membawa maksud kehalusan adat

atau kemurnian pencapaian manusia yang hidup di kota dan memiliki peraturan

01Bab 1_1-21_F.indd 301Bab 1_1-21_F.indd 3 3/23/12 12:10:25 PM3/23/12 12:10:25 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 4: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E4

yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran

serta penghasilan teknologi yang membantu menyempurnakan kehidupan kota yang

bahagia.

2 Arnold Toynbee menjelaskan tamadun sebagai kebudayaan yang berkembang di

dalam kota. Beliau menambah lagi, tamadun ialah suatu kumpulan pemikiran daripada

berbagai-bagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang

bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.

3 Syed Muhammad Naquib al-Attas mendefi nisikan tamadun sebagai keadaan

kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan

kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

4 Abu al-A’la al-Maududi pula mentakrifkan hadharah sebagai segala apa yang

dihasilkan oleh suatu bangsa yang bersumberkan ilmu pengetahuan, adab, kesenian

yang indah, pembuatan, ciptaan, perkembangan terhadap kehidupan peribadi dan

masyarakat serta cara-cara yang digunakan dalam kehidupan politik.

Sebagai kesimpulan, tamadun dapat diertikan sebagai pencapaian gemilang manusia

dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di bandar-bandar. Ia terhasil

dalam bentuk seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kepercayaan, undang-

undang, pentadbiran dan politik.

1.3 Ciri-ciri Sebuah Tamadun

Pandangan beberapa tokoh tentang ciri-ciri sesebuah tamadun adalah seperti berikut:

1 Lucien Goldmann berpendapat, unsur utama yang menjadi perbezaan antara

sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world

view/weltanschauung/tasawur). Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun

manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama, iaitu:

(a) Tamadun materialistik

(b) Tamadun intelektual

(c) Tamadun mistik

(d) Tamadun berasaskan wahyu

Namun demikian, dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap

peningkatannya yang dapat diukur berdasarkan dua asas utama, iaitu:

• Pencapaian fi zikal yang dapat dilihat dari segi penubuhan sesebuah kerajaan atau

empayar yang luas melalui penggabungan beberapa buah pusat perbandaran yang

berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan.

• Pencapaian intelektual yang dapat dilihat dari segi penemuan fi kiran yang

baharu ataupun penemuan, penyuburan dan tafsiran kembali fi kiran lama yang

membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.

2 Darcy Roberio telah memberikan sembilan ciri tamadun yang masih berada dalam

proses perkembangan, iaitu:

(a) Berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan peralatan baharu dalam

bidang pertanian.

01Bab 1_1-21_F.indd 401Bab 1_1-21_F.indd 4 3/23/12 12:10:25 PM3/23/12 12:10:25 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 5: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 5

(b) Bermulanya aktiviti penternakan dan pengkhususan kerja berasaskan kelompok

kemahiran.

(c) Pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial, menggunakan sistem

pengairan untuk pertanian, penggunaan peralatan tembaga dan gangsa serta

wujud sistem tulisan, angka dan kalendar.

(d) Penggunaan sistem pengairan secara meluas.

(e) Penciptaan berteknologi daripada besi, inovasi peralatan baharu, perkembangan

perkapalan dan perkembangan mata wang syiling sebagai perantaraan per-

dagangan.

(f) Revolusi penternakan.

(g) Revolusi perdagangan.

(h) Revolusi teknologi.

(i) Revolusi perindustrian.

3 Edward L. Farmers memberikan tujuh ciri utama tamadun, iaitu:

(a) Petempatan kekal

(b) Revolusi pertanian

(c) Stratifi kasi sosial

(d) Kewujudan agama

(e) Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi

(f) Urbanisasi

(g) Sistem tulisan

4 Maududi berpendapat sebuah tamadun mesti mampu menggambarkan lima ciri

penting, iaitu:

(a) Kehidupan duniawi

(b) Tujuan hidup

(c) Keyakinan dan pemikiran asas

(d) Pendidikan perseorangan

(e) Organisasi masyarakat

5 Ibn Khaldun pula menyenaraikan lima ciri

bagi ‘umran, iaitu:

(a) Pegangan agama yang tinggi (kuat)

(b) Sistem kenegaraan yang tersusun rapi

(c) Kehidupan cara bandar

(d) Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi

(e) Kepakaran dalam bidang seni lukis dan

seni reka

Berdasarkan pengertian-pengertian dan ciri-

ciri yang dikemukakan, konsep ketamadunan

sepatutnya dilihat daripada perspektif yang

meliputi pencapaian tatasusila dan moral

yang tinggi serta kemajuan petempatan dan

kemudahan yang sempurna. Walau bagai-

manapun, konsep ketamadunan yang sering Gambar 1.1 Ibn Khaldun

01Bab 1_1-21_F.indd 501Bab 1_1-21_F.indd 5 3/23/12 12:10:25 PM3/23/12 12:10:25 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 6: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E6

difahami oleh masyarakat manusia hari ini lebih menjurus kepada perkara yang

berkaitan dengan kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata.

Lebih buruk daripada itu, tasawur terhadap kemajuan petempatan dan kemudahan

disempitkan lagi kepada persoalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan.

Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukanlah semata-mata digambarkan oleh

limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan ‘umran

yang digunakan oleh Ibn Khaldun. Kemakmuran yang sebenar ialah kemakmuran

masjid sebagaimana yang telah ditegaskan dalam al-Quran:

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman

kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat

dan tidak takut (kepada siapa pun) selain Allah, maka merekalah orang-orang yang

diharapkan termasuk golongan yang mendapat petunjuk.”

(Surah at-Taubah: 18)

1.4 Hubungan Tamadun dengan Agama, Budaya dan Bangsa

1.4.1 Hubungan Tamadun dengan Agama

1 Dalam konteks Islam, tamadun dan agama mempunyai pertalian yang amat rapat.

Agama Islam telah menjadi sumber inspirasi dan kekuatan umat Islam untuk

membentuk tamadun Islam. Tamadun Islam ialah manifestasi ajaran agama yang

bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya, tamadun Barat tidak bersumber-

kan ajaran agama, tetapi bersumberkan fahaman kebendaan atau materialisme. Islam

bukanlah agama yang lahir daripada perkembangan tamadun, tetapi Islam itu sendiri

melahirkan tamadun yang berteraskan sumber ajaran Islam.

2 Dari sudut sumber rujukan, kehidupan beragama dan cara hidup atau kebudayaan

bersumberkan ketuhanan dan kepercayaan, sementara tama dun bersumberkan

pemikiran dan usaha manusia untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang

kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

3 Dalam konteks hubungan pula, agama mementingkan hubungan yang sejahtera

sesama manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan. Manakala hubungan dalam

konteks tamadun hanya menekankan aspek hubungan manusia sesama manusia dan

hubungan manusia dengan benda atau alam sekitar.

4 Nilai-nilai yang terhasil daripada sebuah tamadun adalah nisbi. Misalnya, nilai

kecanggihan, keberhasilan dan ketekunan. Sementara nilai agama bersifat mutlak

seperti pahala dan dosa, wajib, haram, makruh dan sunat.

5 Pencapaian yang gemilang dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi matlamat

utama tamadun adalah juga matlamat utama pencapaian sebuah kehidupan agama

yang tinggi.

6 Kemunculan tamadun silam merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama

yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji.

Perkara ini dapat dilihat berdasarkan peninggalan bangunan dan artifak tamadun silam

yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.

01Bab 1_1-21_F.indd 601Bab 1_1-21_F.indd 6 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 7: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 7

7 Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi oleh agama sebagaimana tamadun

Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan. Selain

itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang

berbeza sebagai pegangan. Fenomena ini dapat dilihat pada zaman tamadun Islam

yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri daripada

penganut Islam.

1.4.2 Hubungan Tamadun dengan Budaya

1 Defi nisi budaya mengikut Kamus Dewan ialah tamadun, peradaban dan cara

berkelakuan. Manakala kebudayaan membawa maksud keseluruhan cara hidup yang

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan segala hasil kegiatan serta penciptaan

yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.

2 Menurut Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization

mendefi nisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu

negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan.

3 Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History menjelaskan bahawa tamadun

sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Beliau menambah

lagi bahawa tamadun merupakan suatu kumpulan pemikiran daripada pelbagai

manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab

membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.

4 Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat

yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan

sesebuah masyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran

(termasuk persekitaran sosial) dalam mengurus kehidupan secara kolektif. Masyarakat

yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan

moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun. Walau bagaimanapun,

tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat daripada dua keadaan berikut:

• Pengaruh daripada natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan

pengaruh daripada natijah budaya. Dengan pengertian lain, sesuatu natijah

budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun.

Contohnya, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam

masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada

keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan

pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam

tempoh 100 tahun ini.

• Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya

selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu sahaja. Tamadun Islam

misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang

berbeza. Contohnya, budaya berpakaian masyarakat Islam di rantau Melayu

berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka

berada di bawah naungan tamadun yang sama.

01Bab 1_1-21_F.indd 701Bab 1_1-21_F.indd 7 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 8: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E8

1.4.3 Hubungan Tamadun dengan Bangsa

1 Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara meskipun terdapat

beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun

China dan tamadun India. Lazimnya sesebuah bangsa mempunyai pertalian yang

rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Sebaliknya sifat

tamadun merentasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan

kebangsaan.

2 Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih daripada satu bangsa.

Contohnya tamadun Barat yang mengandungi pelbagai bangsa seperti Inggeris,

Jerman, Perancis, Itali dan lain-lain.

3 Tamadun Islam juga mengandungi pelbagai bangsa yang turut menyumbang

kegemilangannya seperti bangsa Arab, Barbar, Turki, Moghul, India, Melayu, China

dan lainnya.

1.5 Kelahiran dan Perkembangan Tamadun

1 Tamadun awal bermula di lembangan sungai. Manusia berhijrah dan membina

petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah

dengan membina sistem pengairan.

2 Aktiviti ini membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung

keperluan penduduk yang semakin bertambah. Walau bagaimanapun, terdapat

kawasan petempatan yang tidak menghasilkan bahan mentah. Barangan seperti

logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk dari luar untuk ditukar dengan

hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk lembangan sungai.

3 Perubahan kehidupan sebuah masyarakat yang tidak bertamadun kepada kehidupan

bertamadun boleh berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik.

1.6 Faktor-faktor Kemunculan dan Kejatuhan Tamadun Dunia

1.6.1 Faktor-faktor Kemunculan Tamadun Dunia

Antara faktor kemunculan tamadun dunia adalah sebagaimana yang berikut:

Kedudukannya yang Strategik 1 Petempatan awal masyarakat bertujuan memperoleh sumber semula jadi demi

kelangsungan hidup.

2 Faktor lokasi yang merujuk kepada kesesuaian faktor geografi telah dilihat

menggalakkan kemunculan tamadun China di lembangan sungai Hwang-He dan

Yangtze, tamadun India di lembangan sungai Ganges dan Brahmaputra, tamadun

Mesopotamia di lembangan sungai Tigris dan Euphrates dan tamadun Mesir di

lembangan sungai Nil.

01Bab 1_1-21_F.indd 801Bab 1_1-21_F.indd 8 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 9: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 9

Rangsangan Keagamaan dan Kerohanian 1 Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai

kehidupan yang murni serta membentuk kehidupan bertamadun.

2 Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha

membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan nilai dan

ketinggian budaya. Inilah permulaan kehidupan bertamadun.

3 Contohnya kemunculan tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh penghayatan cara

hidup Islam.

Penghayatan yang Tinggi terhadap Moral 1 Nilai-nilai murni yang wujud pada sesebuah masyarakat seperti kreativiti, ketekunan,

kerajinan dan semangat berdisiplin menggalakkan kecintaan kepada ilmu.

2 Pemimpin yang mempunyai nilai moral terpuji seperti adil dan bertanggungjawab

akan mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara.

3 Penghayatan nilai-nilai murni telah dilihat wujud pada hampir kesemua tokoh

tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung

Fu-Tze dalam tamadun China, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-

Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam.

Kesengsaraan Hidup 1 Situasi kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat

untuk bekerjasama menggembleng tenaga bagi membebaskan diri mereka daripada

belenggu tersebut. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah masyarakat

itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan.

2 Hakikat ini bersesuaian dengan pepatah Inggeris yang menyatakan necessity is the

mother of invention (ke perluan kehidupan merupakan ibu segala reka cipta).

3 Dalam konteks zaman moden, kemunculan Jepun sebagai negara maju sering kali

dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang

Dunia Kedua.

Toleransi yang Tinggi terhadap Sumbangan Tamadun Lain 1 Toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka

untuk menerima sumber yang baik daripada tamadun tersebut dan seterusnya

membantu kemunculan tamadun baharu.

2 Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi

dan saling interaksi antara tamadun. Contohnya sikap terbuka tamadun Islam yang

menerima sumber-sumber tamadun lain seperti Yunani, Parsi, India dan China.

Budaya Masyarakat yang Tinggi 1 Tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian telah memakmurkan

kehidupan masyarakat yang mendorong ke arah kegemilangan.

2 Pada zaman kegemilangan sesebuah tamadun, dapat diperhatikan pencapaian yang

luar biasa dalam pelbagai bidang termasuklah kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan

falsafah.

01Bab 1_1-21_F.indd 901Bab 1_1-21_F.indd 9 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 10: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E10

3 Kegemilangan sesebuah tamadun juga dapat dilihat dari segi penciptaan teknologi

yang seterusnya berkembang dalam tamadun-tamadun selepas itu.

Politik yang Kukuh 1 Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat

sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan

Kod Hammurabi (1792–50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem

hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal

dengan sistem beraja dan sistem pembesarnya seperti empayar Melaka.

2 Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang di

sekitar 1400 M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan

Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang

bermula di lembangan Sungai Kuning (Hwang-He) juga ditentukan kesinambungan

hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.

Ekonomi yang Mantap 1 Ekonomi tamadun awal banyak bergantung kepada sungai sebagai sumber air,

pertanian dan keperluan harian. Kegiatan perdagangan, perkapalan dan sistem cukai

juga berpusat di sungai.

2 Ini dapat dibuktikan kerana hampir semua tamadun awal di dunia telah bermula di

sekitar lembah atau lembangan sungai. Contohnya, Sungai Indus di India, Sungai Nil

di Mesir, Sungai Hwang-He di China, Sungai Tigris dan Euphrates di Mesopotamia

dan sungai serta pelabuhan di Selat Melaka.

Interaksi antara Tamadun 1 Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun lain merupakan

rangsangan kepada kehidupan bertamadun. Hal ini kerana, sikap toleransi kepada

sumbangan tamadun lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai

yang baik daripada tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan

tamadun baharu.

2 Interaksi antara dua tamadun atau pelbagai tamadun memungkinkan berlakunya

penyebaran pengaruh positif dalam bidang agama, politik, ekonomi, sains dan

sebagainya.

3 Walau bagaimanapun, setiap tamadun (dalam sejarah) mengalami zaman kemerosotan

masing-masing. Tidak dapat dinafi kan bahawa terdapat beberapa tamadun berlangsung

untuk satu tempoh masa yang begitu panjang. Contohnya, tamadun Romawi

berlangsung dari zaman Augustas sehingga ke zaman Aurelius (30 S.M–180 M).

Begitu juga dengan tamadun Islam Uthmaniyah dari tahun Masihi 1299 sehingga

1922, lebih daripada enam abad.

4 Benarkah kemerosotan sesebuah tamadun itu disebabkan hukum sejarah yang pasti

berputar setiap masa? Menurut Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun itu ialah

putaran sejarah (cyclic history). Pada peringkat permulaan ia berjaya kerana mempunyai

nilai-nilai yang baik, tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot

01Bab 1_1-21_F.indd 1001Bab 1_1-21_F.indd 10 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 11: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 11

kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan. Sebaliknya, para sarjana yang lain

berpendapat sesebuah tamadun itu merosot bukanlah disebabkan hukum sejarah.

Kemerosotan sesebuah tamadun itu boleh dielakkan sekiranya mereka belajar daripada

sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik.

EROPAH

Laut Mediterranean

Laut HitamLaut Kaspia

S. Eupharates

Harappa

S. In

dus

S. BrahmaputraS. Ganges

S. YangtzeMESIR

S.N

il

Teluk Parsi

LAUTAN HINDI

LAUT CHINA SELATAN

AFRIKA MohenjoDaro

Cheng-chou

Huang H

o

Anyang

Loyang

Troy S. Tigris

Byblos

Tyre

Ur

CHINA

U

INDIA

Laut Merah

Memphis

Mycence

Knossos

PENARATIBET

Pusat PeradabanTamadun Pertama

Peta 1.1 Tamadun Dunia Terawal 3500−1500 S.M: Mesopotamia, Mesir, Crete, Indus dan Shang

1.6.2 Faktor-faktor Kejatuhan Tamadun Dunia

Sesebuah tamadun akan mengalami zaman merosot dan diikuti dengan kejatuhan

apabila kepimpinan dan rakyatnya tidak mampu mengatasi faktor-faktor yang membawa

kejatuhan. Antara faktor berkenaan adalah:

Jurang Kaya–Miskin 1 Ketidakadilan berlaku dalam masyarakat apabila wujud jurang perbezaan yang ketara

antara kaya dengan miskin.

2 Situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada abad

ke-3 dan ke-4 M. Begitu juga dapat diperhatikan di penghujung pemerintahan

kerajaan Turki Uthmaniyah.

3 Jurang antara kaya–miskin akan menimbulkan konfl ik dan pertentangan yang

membawa kepada keruntuhan masyarakat dan negara.

Penindasan dan Kezaliman 1 Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan

dan perundangan tidak dihormati.

2 Berdasarkan sejarah, kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun

Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai, terutama dalam

kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shauqi Bek pernah menukilkan:

“Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu disebabkan ketinggian moralnya.

Sekiranya moral mereka hilang, maka umat tersebut akan lenyap”.

3 Wilayah-wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun Barat telah

tumbang disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan.

01Bab 1_1-21_F.indd 1101Bab 1_1-21_F.indd 11 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 12: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E12

4 Berlakunya keruntuhan moral dan nilai masyarakat, terutama dalam kalangan

pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang

murni dan mulia.

Sikap Tertutup 1 Sikap tidak menerima perubahan, terutamanya perubahan teknologi atau perubahan

dalam struktur politik, ekonomi dan sosial salah satu faktor keruntuhan sesebuah

tamadun. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi

sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan

yang beku atau jumud berpanjangan.

2 Seorang tokoh pemikir Barat semasa, Edward de Bono menyatakan bahawa sikap

tertutup merupakan halangan yang paling besar terhadap anjakan paradigma.

3 Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana tamadun Islam Uthmaniyah mengalami

keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima

perubahan teknologi dan sosial.

Malapetaka atau Bencana AlamFaktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sese buah tamadun.

Walau bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada

berlaku. Misalnya, kejadian Tsunami yang melanda Acheh dan Jepun.

Keruntuhan Akhlak/MoralKeruntuhan akhlak umat terutama para pemimpinnya menandakan saat keruntuhan

negara dan tamadun. Apabila sesebuah umat mengabaikan penghayatan nilai-nilai murni

dalam kehidupan maka akan tersebar luas gejala keruntuhan moral. Seorang penyair

Arab, Ahmad Shawqi Bey pernah bermadah yang maksudnya, “Sesungguhnya tertegak

sebuah umat itu disebabkan ketinggian akhlaknya, sekiranya akhlak mereka runtuh maka

umat tersebut akan turut lenyap”.

1.7 Interaksi Tamadun

Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi

antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mem-

pengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan

semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun

dengan sesebuah tamadun yang lain. Sikap demikian menyebabkan bercambahnya ilmu

dan budaya serta mengelak daripada berlaku kemerosotan sesebuah tamadun.

1.7.1 Faktor-faktor Interaksi antara Tamadun

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi interaksi antara sebuah tamadun dengan

tamadun yang lain, antaranya:

(a) Kepimpinan—peranan pemimpin melalui pelaksanaan visi dan misi untuk

memajukan bangsa dengan aktiviti interaksi.

01Bab 1_1-21_F.indd 1201Bab 1_1-21_F.indd 12 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 13: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 13

(b) Peranan golongan agamawan—melalui motivasi agama dan dakwah.

(c) Geografi —kedudukan yang strategik memungkinkan berlakunya interaksi.

(d) Perkahwinan—antara pasangan yang berlainan etnik, bangsa dan budaya yang

menyebabkan berlaku asimilasi.

(e) Perdagangan—melalui proses hubungan dua hala antara negara-negara yang

berdagang.

(f) Misi politik—melalui pelbagai pendekatan sama ada penaklukan, penjajahan atau

kerjasama antara pelbagai negara.

1.7.2 Jenis-jenis Interaksi

Terdapat dua bentuk atau jenis interaksi, iaitu:

1 Interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang sama adalah bercirikan:

(a) Semua sempadan adalah sama.

(b) Perbezaan kecil dari segi variasi kerana perbezaan geografi .

(c) Mudah berinteraksi dan perubahan adalah kecil, malah berlaku pemantapan

(positif) atau tertutup (negatif).

(d) Devian (penyelewengan) mudah dikenali dan ditolak kerana masih mengekalkan

sempadan yang ada, misalnya teorisme dan ajaran sesat.

(e) Pemimpin yang ingin menguasai dunia akan menimbulkan kacau-bilau dan

peperangan (seperti Hitler, Bush dan Nepoleon).

(f) Semangat nasionalisme yang sempit (ultranasionalisme) seperti usaha Jepun

meletakkan seluruh dunia di bawah satu bumbung penguasaan Jepun atau hakko-

ichui; membawa kepada penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

(g) Persaingan menguasai sumber ekonomi negara lain bagi memenuhi keperluan

ekonomi kapitalis seperti negara-negara Barat menjajah hampir seluruh dunia

dengan matlamat 3G (Gospel, Gold and Glory).

2 Interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang berbeza adalah bercirikan:

(b) Interaksi antara budaya dengan peradaban yang berbeza.

(c) Interaksi antara peradaban yang dominan dengan yang tidak dominan.

(d) Contoh interaksi antara masyarakat Islam dan Hindu Buddha di Asia Tenggara.

1.7.3 Penghalang Interaksi

Antara faktor yang boleh menghalang berlaku interaksi adalah:

(a) Daerah/geografi

(b) Semangat nasionalisme yang sempit (unilateral)

(c) Kaum migran dan bukan migran (tiada toleransi)

(d) Bahasa (kebangsaan, antarabangsa dan etnik)

(e) Kepercayaan (Islam dan bukan Islam)

(f) Budaya (kebangsaan, Melayu dan etnik)

(g) Penguasaan ekonomi (bukan bumiputera [minoriti] dan bumiputera [majoriti])

(h) Penguasaan politik (bumiputera [majoriti] dan bukan bumiputera [minoriti])

(i) Tiada kumpulan yang dominan

01Bab 1_1-21_F.indd 1301Bab 1_1-21_F.indd 13 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 14: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E14

(j) Pemikiran penjajah (pendidikan [Barat bukan Barat], status sosial, elit)

(k) Penguasaan teknologi

(l) Konfl ik dan pergaduhan antara etnik

(m) Peperangan dan keselamatan

(n) Tradisional dan moden

(o) Defi nisi bangsa, budaya dan peradaban

Perkembangan dan kemajuan dalam bidang komunikasi kini, terutama kecanggihan

dan pencapaian maklumat tanpa sempadan mengurangkan faktor penghalang dan

meningkatnya hubungan antara tamadun.

1.7.4 Pelbagai Contoh Interaksi Negatif

(a) Perang Salib antara Kristian dengan Islam yang memakan masa lebih 200 tahun

(b) Pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh pemeluk agama Kristian Eropah

pada abad ke-9, ke-8 dan abad ke-20 (Nazi)

(c) Pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin yang sederhana dan cintakan keamanan

(misalnya keluarga Gandhi, keluarga Ismail Faruqi dan Hasan al-Banna)

(d) Pembunuhan orang Islam dan pemusnahan masjid oleh orang Hindu di Ayudhya,

India

(e) Peristiwa atau tragedi 13 Mei 1969 dan tragedi di Kampung Medan

(f) Peristiwa pembunuhan ke atas umat Islam di Tak Bai, Pattani

(g) Peristiwa serangan Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) pada 11 September

2001

(h) Ethnic cleansing di Bosnia dan lain-lain

1.7.5 Contoh Interaksi Sejarah dalam Konteks Malaysia

1 Interaksi dengan tamadun India

(a) Bahasa

Percampuran bahasa antara bahasa Sanskrit dengan bahasa Melayu, bahasa Tamil

dengan bahasa Melayu seperti perkataan amma, appa, pancaindera, maharaja,

mahaguru (Indo–Eropah, pura, kepala, mantra, kaca dan cinta).

(b) Kesenian

Lahirnya seni taman, seni binaan yang berunsur India seperti Masjid India, semua

binaan mempunyai kubah ke atas merujuk kepada Tuhan yang esa.

(c) Kesusasteraan

Wayang kulit, Hikayat Seri Rama, Pendawa Lima dan sebagainya.

(d) Pengaruh dalam sistem pemerintahan

• Institusi beraja

• Konsep dewaraja

• Istana dibina atas tanah tinggi

• Pembinaan candi

• Upacara pertabalan

• Penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32

01Bab 1_1-21_F.indd 1401Bab 1_1-21_F.indd 14 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 15: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 15

(e) Penggunaan gelaran seperti:

• Duli Yang Maha Mulia

• Seri Paduka Baginda

• Seri Nara Diraja—bertugas mengisytiharkan pelantikan Raja

• Bendahara—sebagai menteri

• Laksamana—sebagai ketua tentera

2 Interaksi dengan tamadun China

(a) Kebudayaan

Budaya Baba−Nyonya.

(b) Kesenian

Seni bina Cina dalam pembinaan masjid seperti Masjid Tanjung Kling, Masjid

Tengkera, seni kaligrafi dan lukisan cat minyak.

(c) Kesusasteraan

Pertalian bahasa Cina dengan bahasa Melayu seperti tauke, teh, bihun, tauhu,

bakmi, mi, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang

kaki), tauhu, kincam, lai, laici, teh, behoon, samsu, apek, loki, nyonya, taukeh,

kongsi, cincau, ampau, gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong,

tekong, banci, cuak, loting, pangkin, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca,

langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi dan dacing.

(d) China peranakan/Cina kampung seperti Cina peranakan di Kelantan

3 Interaksi dengan tamadun Arab

Dari sudut bahasa dan kebudayaan, lahirnya tulisan Jawi, buku-buku sastera Arab

seperti Kisah Seribu Satu Malam dan Pahlawan Islam. Dalam bidang pendidikan,

kurikulum pendidikan agama dan bahasa Arab di sekolah-sekolah agama; nama-

nama Arab dan nama-nama Nabi dan sahabat digunakan dalam menamakan anak-

anak yang baru dilahirkan; selain itu, makanan Arab seperti nasi Bukhara, nasi Arab,

pakaian Arab seperti jubah, seni bina masjid dan rumah, fi lem Arab dan lain-lain.

4 Interaksi dengan tamadun peribumi

Pertalian antara bahasa orang asli dengan bahasa Melayu dari aspek perubatan

tradisional.

1.8 Kesan Positif dan Negatif Pertembungan antara Tamadun

Pertembungan antara tamadun telah memberi impak yang mendalam ke atas bangsa

dan umat antara kedua-dua buah negara sama ada aspek positif dan negatif; antara kesan

positifnya adalah:

1.8.1 Kesan Positif Pertembungan antara Tamadun

1 Mendapat perlindungan, keamanan dan kestabilan. Contohnya tamadun Islam

dengan Yahudi Arab dalam Perlembagaan Madinah pada zaman Nabi Muhammad

SAW, Empayar Umaiyah dan Abbasiyah memberi perlindungan, keamanan dan

kemakmuran kepada semua rakyatnya tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

01Bab 1_1-21_F.indd 1501Bab 1_1-21_F.indd 15 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 16: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E16

2 Interaksi antara tamadun India dengan China telah memungkinkan penyebaran

agama Buddha, seni mempertahankan diri, teknologi pengeluaran gula daripada

tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara China. Sebaliknya,

pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas daripada

tamadun China dapat dipelajari oleh tamadun India.

3 Sementara itu, interaksi antara pedagang Arab−Parsi dengan negara China telah

mengembangkan perdagangan dan ekonomi. Lebih daripada itu, ramai pedagang

Arab telah menetap di negara China dan berkahwin dengan wanita tempatan.

Pada zaman pemerintahan Dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul

beberapa orang tokoh pemimpin Islam dalam pemerintahan negara China. Ini telah

memungkinkan penyebaran Islam dengan lebih meluas dan kewujudan komuniti

Islam di negara China.

4 Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu telah melibatkan kemajuan

dalam teknologi dan kebendaan, tetapi tidak mengubah pemikiran beragama.

Barangan dan perdagangan seperti gula, sutera, tembikar dan logam datangnya dari

tamadun China. Hubungan diplomatik negara China dengan Melayu juga semakin

berkembang, khususnya pada zaman Dinasti Yuan dan Ming serta Kesultanan Melayu

Melaka.

5 Hubungan tamadun China dengan tamadun Jepun juga telah membawa kesan yang

amat positif di mana negara China telah membantu masyarakat Jepun dalam aspek

falsafah, agama, kesusasteraan, pertanian dan penggunaan logam.

1.8.2 Kesan Negatif Pertembungan antara Tamadun

1 Penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai

pada abad ke-9, ke-18 dan Perang Dunia Kedua. Ini disebabkan oleh faktor agama,

falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.

2 Pada Zaman Pertengahan di Eropah, telah berlaku Perang Salib antara orang Islam

dengan penganut agama Kristian kerana tindakan agresif pemimpin Kristian dan

faktor lain termasuk politik, ekonomi dan sosial.

3 Begitu juga dengan kes di India, yang mana penganut Islam dan Hindu sering

berperang, tegang serta saling berbunuhan.

4 Hubungan antara tamadun India dengan tamadun China juga bermasalah, yang mana

pada peringkat awal perkembangan agama Buddha di negara China, ia mendapat

tentangan hebat daripada penganut Confucius. Para sami Buddha telah ditangkap,

dipenjarakan dan kuil-kuil Buddha telah dimusnahkan.

5 Hubungan antara tamadun Islam dengan tamadun China juga ber masalah. Contohnya

pada tahun 751 M, Panglima Ziyad bin Saleh telah menyerang negara China

sedangkan pada masa itu hubungan baik wujud antara Empayar Abbasiyah dengan

Dinasti Tang. Masalah cemburu dengan kemakmuran orang Islam di negara China

pada zaman Dinasti Han dan masalah perbezaan agama juga menyebabkan berlaku

pemberontakan serta penghijrahan orang Islam Cina ke Asia Tenggara.

6 Setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-

masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun disebabkan

01Bab 1_1-21_F.indd 1601Bab 1_1-21_F.indd 16 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 17: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 17

putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni, tetapi

selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan

dan penyelewengan.

7 Namun, ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot

bukanlah disebabkan hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka

belajar daripada sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik. Berdasarkan

sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan faktor-faktor berikut:

• Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dengan yang kaya.

• Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia

diketepikan.

• Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat, terutama dalam kalangan

pemimpin.

• Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan, terutama dari segi sains

dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Hal ini kerana sikap tertutup

ini menghalang kepada peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan

masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran. Misalnya, tamadun Islam

Uthmaniyah runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak mahu menerima

perubahan teknologi dan sosial.

• Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besar-

besaran. Walau bagai mana pun, faktor ini di luar kemampuan manusia untuk

menghalangnya dari pada terjadi.

• Ketidakstabilan politik juga dianggap sebagai kelemahan yang membawa

kepada ke me rosotan dan keruntuhan sesebuah tamadun. Contoh nya, Tamadun

Mesopotamia yang tidak mempunyai sistem pertahanan semula jadi seperti Mesir,

begitu juga empayar Melaka yang runtuh akibat ketamakan kuasa, tidak bersatu

dan serangan Portugis pada tahun 1511 M.

1.9 Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun

1 Disebabkan tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang

yang tersendiri, maka terdapat begitu banyak persamaan dan perbezaan antara

sesebuah tamadun.

2 Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat, terutamanya dalam

konteks teologi dan etika. Contohnya, persoalan teologi berhubung dengan konsep

monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafi zik Buddhisme yang tidak menerima

konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep

Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan

Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama

monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.

3 Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat.

Percanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu

tamadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah

tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan

01Bab 1_1-21_F.indd 1701Bab 1_1-21_F.indd 17 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 18: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E18

persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang menimbulkan kontroversi.

Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh

berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan

etika. Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh

persoalan etika berikut dikemukakan:

Jadual 1.1 Persamaan dan Perbezaan Tamadun

Etika Persamaan Perbezaan

Alam Sekitar • Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama.

• Alam sekitar ialah anugerah Tuhan; manusia dipertanggung jawabkan sebagai khalifah yang berperanan sebagai pentadbir alam sekitar.

• Dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Kuasa Dewa (Divine Power).

Keluarga • Keluarga sebagai asas pem bentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamadun tradisional.

• Wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan perempuan; amalan ini menjadi warisan turun-temurun.

• Pengabaian terhadap nilai perhubungan kekeluargaan masyarakat Barat moden merupakan penafi an hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.

• Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati.

Komuniti • Komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia.

• Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati.

• Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

Kerajaan • Menekankan persoalan akhlak dan moral sebagai dasar sesebuah kerajaan.

• Sifat raja adil dan saksama merupakan tema utama tamadun-tamadun.

• Kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-lunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.

Kegiatan ekonomi

• Dalam tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks “Moral Semesta” (Moral Universe). Oleh sebab itu, wujud

• Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat

01Bab 1_1-21_F.indd 1801Bab 1_1-21_F.indd 18 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 19: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 19

Etika Persamaan Perbezaan

konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada Jalan Lapan Lapis (eight fold path).

ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia.

Pendidikan • Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun tradisional ialah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building).

• Manusia tidak digalakkan mengusai persekitaran luaran tanpa perubahan dalaman.

• Dalam ajaran Islam, persoalan Tauhid memainkan peranan penting bagi transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Kesihatan • Mengetahui persoalan konsep kesihatan dalam tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Faktor penting konsep kesihatan tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh.

• Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

1 Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelaslah bahawa

teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup

dalam tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan.

2 Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang

berkaitan dengan teologi, wujud beberapa perbezaan yang harus kita

fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan

tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap

toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat.

3 Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan

ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk

berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

Rumusan

01Bab 1_1-21_F.indd 1901Bab 1_1-21_F.indd 19 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 20: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E20

Al-Attas, S.M. Naquib (1996), Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan, Konvensyen

Masyarakat Madani, September 19−21, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Azhar Mad Aros et al. (2002), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kertas 1, Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Esposito, J.L. (1995), The Oxford Encylopaedia of the Modern Islamic World, Vol. IE, Oxford:

University Press.

Osman Bakar et al. (2009), Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ibn Khaldun (terjemahan) (1955), Mukadimah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Said Ramadhan al-Buti (1982), Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah fi al-Qur’an, Damsyik:

Dar al-Fikr.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2001), Siri Teks Pengajian Tinggi, Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya (UM).

The New Encyclopaedia Britannica (1998), Vol. XVI, Chicago.

Wing Tsit Chan et al. (1969), The Great Asian Religions, an Anthology, New York: Macmillan

New York, Amerika Syarikat.

Rujukan

Budaya—tamadun, peradaban dan cara berkelakuan.

Hadharah—sebuah wilayah, daerah atau ibu kota atau bandar atau kampung dan kawasan

tanah yang ditanami.

Interaksi—tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain.

Kebudayaan—keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan

segala hasil kegiatan serta penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu

masyarakat.

Nisbi—bergantung pada bandingan dengan yang lain, tidak mutlak atau relatif.

Peradaban—berasal daripada perkataan ‘adab’ yang merujuk kepada tingkah laku serta tutur

kata yang halus (sopan).

Tamadun—kebudayaan, kemajuan atau peradaban.

Teologi—ilmu berkaitan ketuhanan.

‘Umran—bermaksud membangun dan memakmurkan bandar.

Glosari

01Bab 1_1-21_F.indd 2001Bab 1_1-21_F.indd 20 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

Page 21: 201307081854168291_BUKU-TEKS-TITAS-2E-2012.pdf

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 21

Bincangkan soalan di bawah ini secara berkumpulan.

1 Bincangkan dua faktor kelahiran tamadun dan kepentingannya dalam memantapkan sesebuah tamadun?

2 Huraikan dua faktor keruntuhan sesebuah tamadun dan jelaskan bagaimana faktor tersebut boleh diatasi?

3 Bincangkan tiga faktor kejatuhan tamadun menurut perspektif Islam?

Soalan Perbincangan

01Bab 1_1-21_F.indd 2101Bab 1_1-21_F.indd 21 3/23/12 12:10:26 PM3/23/12 12:10:26 PM

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012