20140825050721 06. hbml4203 topic 2

24
P T p T T PENG Pernahkah an Teater Muzika penonton di P Sum T T o o p p 2 2 HASI L Pada akhi 1. Men 2. Men 3. Men 4. Mem GENALAN nda mendeng al Puteri Gun anggung Bud R mber: http://w p p i i k k L PEMB E ir topik ini, an nyatakan mak njelaskan mak nghuraikan m mbezakan dua N gar tentang T nung Ledang daya pada tah ajah 2.1: Puteri www.fl ickr.com Kes Me Tra E LAJAR A nda seharusny ksud dan genr ksud dan genr maksud dan ge a kumpulan u Teater Muzik (Rajah 2.1) te hun 2006. i Gunung Leda m/photos/moh susa elayu adisi A N ya dapat: re naratif lisan re naratif tuli enre prosa tul utama puisi M kal Puteri Gu lah dipersem ang hdimran/76727 astera u: ional n; san; lisan bukan n Melayu tradis unung Ledan mbahkan kepa 7710/ aan l naratif; dan ional. ng? ada

Transcript of 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

Page 1: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

PTp

TT

� PENG

Pernahkah anTeater Muzikapenonton di P

Sum

TToopp

22

HASIL

Pada akhi

1. Men

2. Men

3. Men

4. Mem

GENALAN

nda mendengal Puteri Gunanggung Bud

Rmber: http://w

ppiikk

L PEMBE

ir topik ini, an

nyatakan mak

njelaskan mak

nghuraikan m

mbezakan dua

N

gar tentang Tnung Ledang daya pada tah

ajah 2.1: Puteriwww.fl ickr.com

� KesMeTra

ELAJARA

nda seharusny

ksud dan genr

ksud dan genr

maksud dan ge

a kumpulan u

Teater Muzik(Rajah 2.1) te

hun 2006.

i Gunung Ledam/photos/moh

susaelayuadisiAN

ya dapat:

re naratif lisan

re naratif tuli

enre prosa tul

utama puisi M

kal Puteri Gulah dipersem

ang hdimran/76727

asterau: ional

n;

san;

lisan bukan n

Melayu tradis

unung Ledanmbahkan kepa

7710/

aan

l

naratif; dan

ional.

ng? ada

Page 2: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

25

Persembahan itu telah mendapat sambutan hangat daripada penonton. Tahukah anda bahawa cerita itu diambil daripada khazanah Kesusasteraan Melayu Tradisional?

Kita harus menyedari bahawa ketika membuat penelitian terhadap hasil-hasil Kesusasteraan Melayu, kesusasteraan tradisional mempunyai peranan yang sangat penting di samping kesusasteraan moden. Ini kerana komponen pertama itulah yang menjadi akar kepada komponen kedua.

Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu prosa dan puisi. Karya-karya dalam kategori prosa Melayu tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu prosa naratif dan prosa bukan naratif.

Dari sudut lain, kita boleh membahagikan prosa Melayu tradisional kepada tiga kategori utama iaitu naratif lisan, naratif tulisan dan prosa tradisional bukan naratif (Rajah 1.2). Ketiga-tiga kategori dalam Rajah 2.2 ini mempunyai genrenya yang tersendiri.

Rajah 2.2: Tiga kategori utama prosa Melayu tradisional

Begitu juga karya dalam kategori puisi. Ia juga mempunyai pecahan dan genrenya yang tersendiri. Semua ini akan anda pelajari dalam topik kedua ini.

Apakah yang anda faham dengan prosa dan puisi? Bincangkanbersama rakan-rakan dan buat perbandingan jawapan anda.

AKTIVITI 2.1

Page 3: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 26

NARATIF LISAN

Apakah yang dimaksudkan dengan naratif lisan?

Perkara ini berlaku kerana pada suatu masa dahulu wujud tukang cerita profesional iaitu ppenglipur lara yang menyampaikan cerita lisan kepada khalayak. Di samping itu, cerita lisan turut disampaikan oleh orang-orang tua kepada anak atau cucu mereka dari semasa ke semasa sehingga cerita-cerita tersebut menjadi warisan bangsa.

Terdapat tiga genre dalam naratif lisan Melayu iaitu mmitos, llegenda dan ccerita rakyat (Rajah 2.3).

Rajah 2.3: Naratif lisan Melayu

Dalam ccerita rakyat, ia terbahagi kepada tiga subgenre iaitu ccerita jenaka, ccerita binatang dan ccerita dongeng. Kesemua genre dan subgenre yang telah disebutkan tadi mempunyai bentuk, ciri dan fungsi yang tersendiri.

2.1.1 Mitos

Apakah yang anda faham tentang mitos? Apakah maksudnya?

Mitos ialah nnaratif lisan paling tua dalam masyarakat di dunia ini. Ia mengandungi ccerita tentang dewa-dewi, bberunsur keagamaan dan ddianggap benar oleh masyarakat yang melahirkannya.

Naratif lisan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional ialah karya yang menjadi milik masyarakat, disebarkan dari mulut ke mulut dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

2.1

Page 4: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

27

Di samping itu, mitos juga mengandungi unsur kuasa ajaib, semangat, roh, tidak berdasarkan logik dan tidak cenderung kepada sejarah. Namun demikian, isi-isinya dianggap kudus oleh pendukungnya.

Sebagai contoh, Gunung Jerai dikatakan berasal daripada sebuah kapal yang membawa Tuan Puteri Jerai. Teguran Sang Gedembai telah menyebabkan kesemuanya bertukar menjadi gunung. Hikayat Banjar pula mengisahkan Tuan Puteri Tanjung yang berasal daripada buih. Dalam Sejarah Melayu pula, ia mengaitkan jurai keturunan raja-raja Melayu dengan Iskandar Zulkarnain dari Makadonia.

Pernahkah anda mendengar tentang mitos tapak kaki kambing? Kononnya, kulit keras pada tapak kambing dikatakan berasal daripada kasut ayam yang enggan dipulangkannya. Sebab itulah ayam selalu berkokok seolah-olah menyebut „pulangkan kasut aku‰.

Mitos lain ialah tentang nama negeri Melaka. Ia dikatakan diambil daripada nama pokok tempat Raja Iskandar bersandar semasa menyaksikan anjing perburuan baginda ditendang oleh pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam air.

Walau bagaimanapun, mitos tidak lagi wujud dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional pada masa ini. Perkara ini berlaku semenjak orang Melayu memeluk agama Islam. Mereka tidak lagi mempercayai dewa-dewi dan semua kejadian yang dianggap tahyul. Jika ada sekalipun, kehadirannya dianggap sebagai cerita dongeng tinggalan zaman pra-Islam.

2.1.2 Legenda

Tahukah anda apa maksud legenda?

Selalunya, perwatakan tokoh-tokoh dalam cerita ini dilebih-lebihkan untuk menambah kesan dramatik terhadap cerita tersebut. Genre ini selalu dianggap benar kerana mempunyai tanda atau simbol secara realiti yang menyamai cerita yang disampaikan. Contohnya, di Sumatera, terdapat sebuah batu yang berbentuk manusia. Ia dikatakan sebagai Malim Kundang yang telah disumpah menjadi batu oleh ibunya.

Legenda ialah cerita tentang wwatak manusia yang pernah hidup atau dipercayai pernah hidup dan ada hubungan dengan ssejarah.

Page 5: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 28

Legenda terbahagi kepada empat kategori seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Empat kategori legenda

Legenda pendosa menceritakan aanak derhaka yang disumpah ibunya sehingga menjadi batu. Contoh adalah seperti Cerita Nakhoda Tanggang dan Malim Kundang.

Dalam masyarakat Melayu terdapat cerita-cerita lisan tentang langsuir, toyol, pelesit, puntianak dan hantu raya. Cerita ini tergolong dalam llegenda memorat iaitu ccerita tentang hantu dan makhluk halus.

Legenda tokoh ternama mengisahkan tentang ttokoh agama dan ttokoh sejarah. Tokoh sejarah pula terbahagi kepada dua iaitu ttokoh sejarah setempat dan ttokoh sejarah menjelajah.

Tokoh sejarah setempat yang paling popular ialah Hang Tuah. Cerita tokoh sejarah menjelajah pula ialah legenda yang dibawa masuk dari negeri asing ke Alam Melayu. Tokoh sejarah menjelajah yang terkenal di seluruh dunia ialah Iskandar Zulkarnain.

Akhir sekali, llegenda tempat pula menceritakan aasal usul nama sesuatu tempat. Misalnya, Samudera mendapat nama setelah rajanya terlihat semut besar.

2.1.3 Cerita Rakyat

Apakah yang boleh anda katakan untuk menerangkan maksud cerita rakyat?

Cerita rakyat merupakan rrekaan dan disampaikan secara llisan daripada satu generasi ke satu generasi. Ia merupakan hhasil tinggalan nenek moyang, ttidak diketahui penciptanya dan dianggap sebagai mmilik bersama.

Page 6: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

29

Corak masyarakat yang melahirkan cerita rakyat ialah masyarakat kecil yang hampir tertutup dan terpencil seperti masyarakat tani atau nelayan yang tinggal di pedalaman atau pesisir pantai. Cerita jenis ini menjadi sumber hiburan, bahan pengajaran, alat untuk mengenali warisan nenek moyang dan alat komunikasi.

Terdapat ttiga jenis cerita rakyat iaitu ccerita jenaka, ccerita binatang dan ccerita dongeng.

(a) Cerita Jenaka Anda atau mungkin juga anak anda akan ketawa terbahak-bahak apabila

menonton aksi lucu lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang. Begitu juga apabila menonton lakonan yang serupa oleh Allahyarham A. R. Tompel dalam filem Abu Nawas. Tahukah anda bahawa kedua-dua filem ini diadaptasi daripada cerita jenaka yang terdapat dalam khazanah Kesusasteraan Melayu Tradisional?

Cerita jenaka adalah berlatarkan rakyat biasa. Watak-watak utamanya ialah manusia biasa dan bukannya golongan bangsawan atau raja-raja dalam suasana masyarakat Melayu lama. Lokasi penceritaannya pula ialah di kawasan desa. Subgenre ini mengisahkan tindakan-tindakan watak utama yang menimbulkan kelucuan.

Antara faktor yang menimbulkan kelucuan ialah:

(i) Sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar. Contohnya, Pak Pandir dan Pak Belalang.

(ii) Kewujudan unsur-unsur kebetulan dalam cerita.

(iii) Kelucuan yang ditimbulkan oleh plot cerita.

(iv) Kewujudan permainan kata-kata yang melucukan.

Cerita jenaka Melayu yang popular ialah Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Pak Belalang dan Mat Jenin. Cerita jenaka yang dipinjam daripada luar atau disadur ke bahasa Melayu ialah Abu Nawas dan Musang Berjanggut.

Apakah fungsi cerita jenaka? Subgenre ini berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk mmenghibur, mmengkritik masyarakat, mmemberi pengajaran dan mmenggambarkan sistem sosial dalam masyarakat Melayu lama.

Page 7: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 30

(b) Cerita Binatang Apakah maksud cerita binatang?

Haiwan yang diberi sifat manusia menjadi watak utama dalam cerita jenis ini. Terdapat ttiga jenis cerita binatang dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Tiga Jenis Cerita Binatang dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional

Jenis Cerita Huraian

Asal Usul � Menceritakan tentang asal usul harimau, beruang dan lain-lain.

� Diambil daripada cerita-cerita mitos.

� Tujuannya untuk memberi pengetahuan dan pendidikan kepada masyarakat di samping memberi hiburan.

Dongeng Binatang (Fable)

� Bertujuan untuk memberi teladan dan pengajaran serta nasihat yang berguna kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

� Menggunakan watak dan perwatakan yang diberikan kepada binatang-binatang tertentu; kritikan terhadap sifat-sifat manusia yang tamak, malas, penipu, kejam dan sebagainya.

� Contoh: cerita anjing dengan bayang-bayang dan arnab berlumba dengan kura-kura.

Epik Binatang (Beast Epic)

� Merupakan cerita binatang yang paling popular dalam sesebuah masyarakat.

� Ceritanya berpusat kepada satu pelaku atau watak utama sahaja. Contohnya watak Sang Kancil atau pelanduk yang merupakan watak utama.

� Dua buah epik binatang yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.

(c) Cerita Dongeng Tahukah anda bahawa sastera rakyat Melayu berbentuk naratif yang

terkenal ialah cerita dongeng? Apakah maksudnya?

Cerita dongeng bermaksud cerita yang ddiada-adakan kejadian atau kewujudannya.

Cerita binatang ialah ccerita teladan yang secara tersirat mengandungi pengajaran.

Page 8: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

31

Ia boleh dibahagikan kepada ddua jenis iaitu llipur lara dan ccerita teladan. Apakah yang dimaksudkan dengan lipur lara?

Isi lipur lara merupakan naratif rrekaan semata-mata. Kesemuanya disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Lipur lara ialah warisan nenek moyang orang Melayu. Pengarangnya tidak diketahui. Anggota masyarakat menganggapnya sebagai milik bersama. Cerita jenis ini lahir dalam masyarakat yang bersifat tertutup dan terpencil. Kandungannya berpusat pada golongan bangsawan. Kewujudannya terdedah kepada pengubahsuaian sama ada dalam bentuk penambahan, pengurangan atau pembuangan.

Tema utama lipur lara ialah ppengembaraan. Tema lain ialah percintaan dan peperangan. Watak-watak utamanya ialah putera dan puteri raja. Fokus pengisahan ialah pengembaraan putera raja selaku wira dan puteri raja selaku wirawati. Walau apa pun yang berlaku, ceritanya pasti berakhir dengan kesudahan yang gembira (happy ending).

Struktur lipur lara terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ppengenalan, perkembangan dan ppeleraian. Bahagian pengenalan terisi dengan kelahiran luar biasa wira dan wirawati. Bahagian perkembangan terisi dengan pengembaraan dan pertarungan. Pertarungan melibatkan penggunaan alat magis seperti pedang sakti. Bahagian peleraian pula mengisahkan kejayaan wira.

Dari segi watak dan perwatakan, wira memiliki paras yang tampan dan memiliki alat magis. Manakala wirawati memiliki wajah yang cantik. Mereka mempunyai pengikut atau pembantu yang setia. Pengikut setia wira dipanggil Bujang Selamat. Pembantu wirawati dipanggil Si Kembang Cina. Di samping itu terdapat seorang perempuan tua yang selalu menghulurkan pertolongan. Dia dipanggil nenek kebayan.

Terdapat pantun, gurindam, seloka, talibun serta bahasa berirama digunakan dalam bahagian tertentu lipur lara. Puisi-puisi tersebut digunakan untuk menggambarkan kebesaran dan kemuliaan golongan istana, kemeriahan majlis dan kegagahan wira yang luar biasa.

Lipur lara ditakrifkan sebagai rroman rakyat (folk romances). Lipur bermaksud hibur. Orang yang menghibur disebut sebagai ppenglipur. Lara bermaksud sedih. Oleh itu, maksud istilah itu ialah mmenghiburkan orang.

Page 9: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 32

Antara cerita lipur lara yang dikenali ramai ialah Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

Sekarang kita beralih pula kepada jenis cerita dongeng kedua iaitu cerita teladan. Apakah yang dimaksudkan dengan cerita teladan?

Misalnya, jangan sekali-kali menggores hati ibu kerana akibatnya amat buruk. Ibu yang tergores hatinya „dimakan‰ batu seperti dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup. Cerita ini juga mengajar khalayak mengenang jasa orang lain seperti yang dilakukan oleh Melur. Teladan yang lain ialah penganiayaan membawa bencana. Ini disampaikan dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah.

NARATIF TULISAN

Tahukah anda bahawa naratif tulisan wujud dalam bahasa Melayu setelah Islam menganugerahkan tulisan Jawi? Sungguhpun sebelum Islam sudah ada tulisan, tetapi penggunaannya tidak meluas.

Karya dalam kumpulan ini terbahagi kepada tiga genre iaitu ssastera hikayat, sastera epik dan ssastera sejarah.

2.2

Cerita teladan mempunyai struktur yang sama dengan lipur lara. Perbezaannya terletak pada ttema dan ppersoalannya. Oleh sebab itu, plot yang disampaikan membawa maksud memberi ccontoh teladan kepada khalayak.

1. Jelaskan perbezaan antara mitos dengan legenda.

2. Anda telah pun mengetahui maksud „lipur lara‰. Cuba andaberikan definisinya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

AKTIVITI 2.2

Page 10: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

33

Sastera hikayat pula terbahagi kepada lima subgenre iaitu hhikayat romantik, hikayat tentang Nabi Muhammad SSAW, hhikayat nabi-nabi, hhikayat tokoh agama dan hhikayat berbingkai. SSastera epik pula terbahagi kepada dua subgenre iaitu epik Melayu-Islam dan eepik kebangsaan. Akhir sekali bagi ssastera sejarah, dua genre pecahannya ialah pprosa dan ppuisi. Rajah 2.5 berikut meringkaskan genre dalam naratif tulisan.

Rajah 2.5: Genre dalam naratif tulisan

Kesemua genre ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

2.2.1 Sastera Hikayat

Kata „hikayat‰ adalah berasal daripada kata „haka‰ dalam bahasa Arab atau „hekaye‰ dalam bahasa Parsi. Ia bermaksud ccerita panjang berbentuk prosa dan isinya ialah ccerita rekaan, llegenda dan sebagainya.

Genre ini tidak diketahui pengarangnya, tarikh dikarang atau disalin. Ia menggunakan kata-kata „sahibul-hikayat‰ atau „yang empunya cerita‰ atau „kata yang empunya cerita‰ sebagai rujukan pengarang.

Hikayat mengisahkan golongan bangsawan, pembesar-pembesar atau para pedagang. Pada peringkat awal, hikayat disadur atau diterjemahkan daripada bahasa Arab atau Parsi. Struktur ceritanya bermula dengan pengenalan, diikuti dengan perkembangan dan diakhiri dengan peleraian yang berbentuk penamat yang gembira (happy ending).

Page 11: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 34

Sastera hikayat ini boleh dibahagikan kepada lima subgenre seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Lima Subgenre dalam Sastera Hikayat

Subgenre Huraian

Hikayat Nabi Muhammad SAW

Merupakan genre yang pertama sekali berkembang di Alam Melayu. Aktiviti budaya seperti sambutan maulid, membaca kisah mikraj dan sambutan awal Muharram menyumbang kepada perkembangannya. Contohnya Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi Wafat. Hikayat yang pertama menceritakan anak raja mendapat semula kaki dan tangannya yang hilang. Antara cerita dalam hikayat kedua ialah wajah orang yang mencium pusat Rasulullah menjadi berseri-seri. Unsur ini sebenarnya mitos, legenda dan khayalan pengarangnya sahaja.

Hikayat Nabi Berdasarkan kisah yang terdapat dalam al-Quran. Kisahnya bermula daripada Nabi Adam hingga Nabi Isa. Sebahagian isinya menyampaikan ajaran tauhid. Amanatnya menekankan pentingnya mengamalkan ajaran Islam. Namun demikian, kisah-kisah yang dimaksudkan itu menggunakan latar belakang sejarah tetapi diolah dengan menggunakan daya kreatif melalui mitos dan legenda serta memasukkan unsur-unsur keindahan untuk menarik perhatian khalayak. Oleh sebab itu, cerita jenis ini hanya baik untuk dikaji tetapi tidak boleh dijadikan pegangan.

Hikayat Tokoh Islam

Ia mengandungi kisah sahabat Rasulullah SAW dan orang-orang soleh. Contohnya Hikayat Tamim al-Dari, Hikayat Ali Kahwin dan Hikayat Sultan Ibrahim bin Adham. Hikayat yang pertama berunsur dakwah. Isinya memberi gambaran tentang alam akhirat, menyatakan balasan perbuatan baik dan jahat serta hukum-hukum Islam. Hikayat yang kedua berunsur Syiah. Isinya menggambarkan Allah memberi wahyu menyuruh Rasulullah SAW menikahkan Fatimah dengan Ali. Hal ini dilakukan pengarang berfahaman Syiah untuk meninggikan status Saidina Ali. Hikayat ketiga pula menceritakan tokoh yang mengamalkan ajaran sufi. Oleh itu, beliau digambarkan menolak keduniaan untuk mencari ketakwaan.

Hikayat Romantik Bermaksud roman atau cerita yang menggambarkan pengembaraan dan/atau percintaan antara watak utamanya. Fokus pengisahannya ialah golongan bangsawan atau saudagar. Strukturnya terbahagi kepada tiga iaitu pengenalan, perkembangan dan peleraian yang biasanya berakhir dengan kegembiraan. Hikayat romantik dalam bahasa Melayu kebanyakannya diterjemah daripada karya-karya Arab-Parsi. Antaranya ialah Hikayat Jauhar Manikam, Hikayat Qamar al-Zaman, Hikayat Hasan Damsyik dan Hikayat Amir Arab.

Page 12: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

35

Hikayat Berbingkai

Berasal daripada Kesusasteraan Hindu yang dipanggil „akhyayika‰. Ia bermaksud percakapan yang menyenangkan. Ia meresap ke dalam Kesusasteraan Arab dan Kesusasteraan Parsi kemudian masuk ke dalam Kesusasteraan Melayu melalui penterjemahan. Ia dimulakan dengan cerita induk. Cerita yang disampaikan oleh watak utama cerita induk dipanggil cerita sisipan. Jika dalam cerita sisipan itu ada lagi cerita lain, cerita itu dipanggil cerita sisipan terbitan. Setelah selesai, peleraiannya kembali kepada cerita induk. Cerita induk menjadi bingkai hikayat itu. Contoh karya dalam hikayat ini ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Kalilah dan Dimnah, Hikayat Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam. Ia berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk memberi nasihat, pengajaran dan membentuk moral yang baik.

2.2.2 Sastera Sejarah

Tahukah anda bahawa sastera sejarah dikenali juga sebagai hhistoriografi? Oleh sebab historiografi dikategorikan sebagai karya sastera, maka kandungannya terisi dengan unsur sejarah dan unsur kesusasteraan. Oleh sebab itu, konsep sejarah dalam karya sastera sejarah tidak sama dengan sejarah yang difahami pada masa ini, iaitu peristiwa yang sahih fakta-faktanya.

Walau bagaimanapun, jika dirujuk kepada catatan oleh pengembara Barat dan China, ternyata bahawa fakta tentang budaya bangsa Melayu, proses pengislaman dan dasar politik Kesultanan Melayu Melaka adalah benar.

Karya dalam genre ini menggunakan perkataan „hikayat‰, „salasilah‰, „silsilah‰, „tawarikh‰, „misa‰ dan sebagainya. Contohnya ialah Hikayat Raja-Raja Pasai, Silsilah Melayu dan Bugis, Tawarikh Salasilah Negeri Kedah dan Misa Melayu. Terdapat juga karya yang menggunakan judul dalam bahasa Arab. Misalnya, Sulalatus Salatin (Salasilah Raja-Raja) dan Tuhfat al-Nafis (Hadiah yang Berharga).

Sastera sejarah ada dua bentuk iaitu pprosa dan ppuisi. Prosanya mengisahkan sejarah sesebuah negeri untuk jangka masa lebih daripada seratus tahun. Contohnya ialah Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu. Puisinya terhad kepada penceritaan tentang sesuatu peristiwa, tempat atau tokoh tertentu. Contohnya ialah Syair Perang Makassar dan Syair Sultan Maulana.

Page 13: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 36

Isi kandungan sesebuah karya sastera sejarah ialah:

(a) Asal usul keturunan raja;

(b) Asal usul pembukaan negeri;

(c) Asal usul kedatangan agama Islam;

(d) Salasilah raja-raja yang diceritakan; dan

(e) Kejatuhan kerajaan yang diceritakan.

Kesemua hal yang dikisahkan dalam sastera sejarah ditulis oleh pujangga istana. Oleh sebab itu, kita selalu membaca pernyataan yang mengagung-agungkan raja dalam sastera tersebut. Aspek ini disampaikan melalui mitos dan legenda.

Walau bagaimanapun, unsur-unsur tersebut turut digunakan untuk mengkritik golongan bangsawan secara tersirat. Misalnya, raja digambarkan kurang bijaksana apabila menitahkan rakyat berkubukan betis semasa Singapura dilanggar todak. Sultan Mahmud digambarkan sebagai raja yang mementingkan diri sendiri apabila mahu mengambil darah puteranya Raja Ahmad sebagai hantaran untuk peminangan Puteri Gunung Ledang.

2.2.3 Sastera Epik

Genre ini dikenali juga sebagai ssastera kepahlawanan. Fokus utamanya ialah nilai-nilai kepahlawanan dan keperibadian mulia seseorang watak. Genre ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) Epik kebangsaan; dan

(b) Epik Melayu-Islam.

Satu-satunya epik kebangsaan dalam sastera Melayu ialah Hikayat Hang Tuah. Dalam karya tersebut Hang Tuah digambarkan sebagai pahlawan Melayu yang gagah perkasa dan setia kepada rajanya. Watak ini terus diingati hingga kini.

Epik Melayu-Islam pula diwakili oleh Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Kedua-dua epik itu disebut di dalam Sejarah Melayu, cetera ke-34. Cetera itu mengisahkan pahlawan Melaka meminta Hikayat Muhammad Hanafiah untuk dibaca bagi menaikkan semangat mereka semasa menghadapi serangan Portugis. Sultan Ahmad memberikan Hikayat Amir Hamzah supaya mereka berani seperti Amir Hamzah.

Page 14: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

37

Cerita-cerita jenis ini dikarang untuk membangkitkan semangat cinta kepada negara, agama dan bangsa. Namun demikian, unsur-unsur mitos dan legenda masih melekat dalam kandungannya.

PROSA TULISAN BUKAN NARATIF

Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan prosa tulisan bukan naratif?

Ada empat genre dalam kategori ini iaitu:

(a) Sastera kitab;

(b) Sastera ketatanegaraan;

(c) Sastera undang-undang; dan

(d) Sastera sufi.

2.3.1 Sastera Kitab

Sejak Islam masuk ke Alam Melayu, Kitab Jawi atau Kitab Kuning dijadikan bahan pengajaran dalam majlis mengaji kitab. Tradisi itu berterusan hingga kini di masjid dan surau. Kitab-kitab yang menjadi bahan pengajaran dan pengajian itu terdiri daripada kitab ilmu fikah, tauhid, tasawuf, tafsir, akhlak dan sejarah Nabi.

Kitab-kitab tersebut digolongkan sebagai karya kesusasteraan kerana pengarang memasukkan unsur-unsur sastera ke dalamnya. Antaranya ialah naratif, dialog dan hiperbola. Selain itu, bahasa-bahasa kiasan seperti simile, metafora dan personifikasi juga turut digunakan. Contohnya ialah seksaan dalam neraka yang dinyatakan amat dahsyat sehingga tidak terjangkau oleh pemikiran manusia biasa. Begitu juga halnya dengan pernyataan tentang burung merak malu kepada Allah SWT.

Harus diingat bahawa dalam sejarah perkembangannya, sastera kitab bermula dengan terjemahan kitab-kitab dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu oleh pengarang karya-karya kesusasteraan. Walaupun mereka amat ghairah, namun keterbatasan pengetahuan dalam bidang ilmu Islam menyebabkan idea keislaman yang dikemukakan terpesong. Oleh sebab itu, ada unsur syirik,

Prosa tulisan bukan naratif bermaksud karya prosa yang menggunakan bahasa Melayu lama tetapi kkadar naratifnya amat sedikit.

2.3

Page 15: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 38

bidaah dan khurafat dalam sastera jenis ini. Sungguhpun demikian, Kitab Jawi yang dihasilkan pada abad ke-16 dan 17 Masihi oleh ulama Aceh khasnya dan Nusantara amnya dianggap sebagai karya-karya yang unggul dan murni.

Sejarah Melayu ada menceritakan tentang sebuah kitab agama yang berjudul al-Dur al-Manzum. Kitab ini dibawa oleh Maulana Abu Bakar dari Mekah ke Melaka. Pokok pembicaraannya ialah tentang ilmu tasawuf. Sultan Mansur Syah menitahkan kitab ini dibawa ke Pasai untuk diterjemah dan disalinkan ke bahasa Melayu. Kitab Jawi yang pertama dalam bentuk cetak ialah Babu Khalq al-Samawat wa al-Ard (Bab Kejadian Langit dan Bumi) dikarang oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri. Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani pula menulis kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin.

2.3.2 Sastera Ketatanegaraan

Apakah maksud sastera ketatanegaraan? Berikut ialah maksudnya:

Sehubungan itu, genre ini turut membicarakan tanggungjawab raja, menteri, hulubalang dan rakyat. Oleh sebab itu, genre ini bolehlah ditakrifkan sebagai karya yang mengetengahkan tatacara pentadbiran negara yang perlu dijadikan panduan oleh raja, pembesar dan rakyat.

Pada zaman Aceh, terdapat dua buah karya yang berjudul Taj al-Salatin karangan Bukhari al-Jauhari dan Bustanus Salatin karya Syeikh Nuruddin al-Raniri. Kedua-duanya mencatatkan tanggungjawab pemerintah seperti raja, para pembesar dan pegawai-pegawai lain. Turut dinyatakan ialah sejarah kerajaan-kerajaan Islam di Asia Barat dan di Nusantara. Selainnya ialah tentang hukum-hakam agama Islam.

Di samping itu, ada sebuah lagi karya yang tergolong dalam kategori ini. Ia bertajuk Kitab Nasihat Segala Raja-Raja. Kitab ini dihasilkan oleh Sultan Zainal Abidin III yang memerintah negeri Terengganu itu disadur daripada versi Arab yang dikarang oleh Syed Abdul Qadir.

Sastera ketatanegaraan bermaksud karya sastera yang mengandungi uunsur aturan, kkaedah dan ccara penting dalam ppemerintahan dan kerajaan. Ia turut membicarakan kkewajipan raja dan para ppembesar dalam menjalankan pentadbiran negara.

Page 16: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

39

2.3.3 Sastera Undang-undang

Sebelum kita pelajari tentang sastera undang-undang, mari kita pelajari dahulu apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang. Tahukah anda apakah maksud undang-undang?

Bagi memastikan peraturan-peraturan itu dipatuhi, kerajaan mengadakan pasukan polis, mahkamah dan badan-badan lain.

Walau bagaimanapun, Undang-undang Melayu Lama tidak boleh disamakan dengan undang-undang yang ditakrifkan tadi. Undang-undang itu pada mulanya berbentuk lisan. Isinya digubal dan disusun oleh para pembesar dengan persetujuan raja. Teksnya hanya ditulis sesudah tulisan Jawi yang sistematik terhasil.

Oleh sebab itu, Undang-undang Melayu Lama merupakan satu lagi genre selain historiografi yang mengesahkan kekuasaan dan kedudukan raja. Raja berkuasa penuh sama ada melaksanakan peraturan yang ditetapkan ataupun mengetepikannya. Peraturan tersebut merupakan adat resam yang dipusakai secara turun-temurun bagi menjaga negara dan kedudukan raja. Oleh sebab itu, kewujudannya menandakan bahawa orang Melayu hidup berpandukan adat dan peraturan.

Undang-undang Melayu Lama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

(a) Adat Perpatih yang digunakan di Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka.

(b) Adat Temenggung yang meliputi hukuman-hukuman jenayah, undang-undang laut serta pelabuhan yang terletak di bawah pentadbiran Raja-Raja Melayu.

(c) Undang-undang Islam yang didasarkan kepada hukum fikah Mazhab Syafie tentang nikah-kahwin, cerai-talak dan pembahagian harta pusaka.

Antara karya yang tergolong dalam genre ini ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Hukum Kanun Johor dan Undang-Undang Kedah.

Undang-undang ialah kkeseluruhan peraturan yang digubal oleh kkerajaan dan ia mmesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.

Page 17: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 40

2.3.4 Sastera Sufi

Apakah yang dimaksudkan dengan sastera sufi?

Ia mempunyai enam ciri utama seperti berikut:

(a) Berjiwa tinggi;

(b) Dalam maknanya;

(c) Khayalannya melayang jauh;

(d) Menggambarkan sesuatu dengan menggunakan rumus yang pelik;

(e) Pernyataan-pernyataannya bersifat ketaksaan; dan

(f) Patuh secara keseluruhannya kepada Allah.

Hasan Basri ialah seorang zahid atau zuhud yang awal sekali membicarakan ilmu kebatinan, kemurnian akhlak dan penyucian jiwa. Pandangan tasawuf beliau ialah selalu bersedih hati kerana takut tidak dapat menunaikan perintah dan larangan Allah. Rabiatul Adawiyah pula ialah zahidah yang turut mengemukakan pandangan tasawuf, iaitu cinta suci murni kepada Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan daripada-Nya. Lain-lain tokoh tasawuf ialah Husin bin Mansur al-Hallaj, Ibnu Arabi dan Jalaluddin Rumi.

Dua orang tokoh sufi di Alam Melayu ialah Hamzah Fansuri dan Syeikh Syamsuddin al-Sumatera-i. Antara karya sufi yang ditulis oleh Hamzah ialah al-Muntahi dan Syaraf al-Asyikin. Syeikh Syamsuddin pula menulis Miratul Muhaqiqin, Miratul Mukminin dan lain-lain.

Sastera sufi ialah genre kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang yang mengamalkan aajaran tasawuf.

1. Nyatakan dua subgenre sastera epik dalam Kesusasteraan MelayuTradisional.

2. Apakah fungsi sastera ketatanegaraan dan sastera undang-undang kepada masyarakat Melayu lama?

SEMAK KENDIRI 2.1

Page 18: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

41

PUISI MELAYU TRADISIONAL

Tahukah anda bahawa puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia? Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu pula menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan awal bangsa Arab juga ditulis dalam bentuk puisi. Puisi-puisi yang terbaik digantung di KaÊabah pada Zaman Jahiliah. Orang Melayu pula berbangga dengan puisi milik mereka yang dinamakan pantun.

Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu:

(a) Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu; dan

(b) Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam.

2.4.1 Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu

Puisi dalam kumpulan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu tterikat (pantun dan gurindam) dan bbebas (seloka).

(a) PPantun Bentuk-bentuk Pantun:

(i) Bentuk-bentuk pantun yang paling popular ialah pantun dua kerat dan pantun empat kerat.

(ii) Contohnya:

Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

(iii) Bentuk-bentuk yang lain ialah pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat.

2.4

Page 19: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 42

Ciri-ciri Pantun:

(i) Setiap baris pantun mempunyai empat hingga lima patah perkataan.

(ii) Setiap baris mempunyai lapan hingga dua belas suku kata.

(iii) Baris pertama dan kedua pantun empat kerat dinamakan pembayang atau sampiran.

(iv) Dua baris kemudiannya disebut maksud.

(v) Pantun empat kerat memakai skema rima a-b-a-b.

(vi) Setiap rangkap pantun melengkapkan satu idea yang hendak disampaikan.

(vii) Pantun berkait memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan idea yang hendak disampaikan.

Jenis pantun Terdapat enam jenis pantun seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2.6.

Rajah 2.6: Enam jenis pantun

Peranan dan Fungsi

(i) Pantun memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu seperti dalam upacara meminang, majlis berbalas pantun, penghias ucapan dan sebagainya.

(ii) Antara fungsinya ialah mendidik, menyindir, menyatakan perasaan, menyampaikan buah fikiran dan menghibur.

Page 20: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

43

(b) GGurindam Kata „gurindam‰ berasal daripada bahasa Sanskrit. Ia tergolong sebagai

satu daripada Puisi Melayu Tradisional dalam kategori bukan naratif.

Ciri-ciri gurindam ialah:

(i) Setiap untai mengandungi dua baris ayat.

(ii) Baris pertama disebut syarat, manakala baris kedua disebut jawab.

(iii) Rima hujungnya sama, iaitu a-a.

(iv) Isinya ialah hal-hal yang berat dan serius.

(v) Puisi bertulis.

Contoh gurindam ialah:

Barang siapa mengenal Allah, Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

Barang siapa tiada mengenal agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.

Peranan dan fungsi gurindam ialah:

(i) Berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk mendidik khalayak.

(ii) Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah iman dan moral yang baik.

(c) SSeloka Kata „seloka‰ berasal daripada bahasa Sanskrit „shloka‰. Puisi jenis ini

digunakan dalam epik Mahabharata dan Ramayana. Walau bagaimanapun, seloka Melayu tidak sama dengan seloka Sanskrit.

Ciri seloka ialah:

(i) Sejenis puisi bebas;

(ii) Rangkapnya tidak tetap;

(iii) Tidak tetap jumlah baris serangkap;

(iv) Tidak tetap jumlah perkataan sebaris; dan

(v) Ada yang berima dan ada yang tidak berima.

Page 21: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 44

Contoh seloka:

Baik budi emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan,

Tiada berkayu rumah diruntuh, Anak pulang kelaparan,

Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusukan.

Peranan dan fungsi seloka ialah sebagai alat yang berfungsi untuk menyindir, mengejek, bergurau senda atau berjenaka.

2.4.2 Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam

Tahukah anda bahawa genre puisi yang paling popular ialah syair? Kata „syair‰ berasal daripada kata „syiÊr‰ dalam bahasa Arab yang bermaksud puisi.

Ciri-ciri syair ialah:

(a) Sejenis puisi naratif dalam bahasa Melayu;

(b) Bentuknya berangkap-rangkap;

(c) Setiap rangkap yang biasa ada empat baris;

(d) Setiap baris mengandungi purata empat patah perkataan;

(e) Setiap baris mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata;

(f) Rima hujungnya sama, iaitu a-a-a-a;

(g) Tidak mempunyai pembayang dan maksud seperti pantun; dan

(h) Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan sesuatu idea.

Terdapat empat jenis syair seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Empat jenis syair puisi Melayu tradisional warisan Islam

Page 22: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

45

Syair agama telah diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri untuk menyampaikan hal-hal keagamaan. Contohnya ialah Syair Sidang Fakir dan Syair Perahu.

Syair romantik mempunyai struktur dan isi yang sama dengan cerita dongeng. Contohnya ialah Syair Siti Zubaidah Perang China dan Syair Dandan Setia.

Syair sejarah pula mengandungi kisah berunsur sejarah. Contohnya ialah Syair Singapura Terbakar dan Syair Sultan Maulana.

Akhir sekali, syair kiasan menggunakan watak binatang untuk menyedarkan khalayak melalui sindiran tajam. Contohnya ialah Syair Burung Pungguk dan Syair Ikan Terubuk.

Berikut adalah contoh serangkap syair:

Ada kepada suatu hari, Saya ke pasar berlari-lari,

Berjumpa dengan seekor nuri, Sangatlah bijak ia berperi.

Apakah peranan dan fungsi syair? Peranan dan fungsi syair adalah sebagai alat untuk memberi hhiburan dan ppendidikan.

� Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua bentuk iaitu prosa

dan puisi.

� Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada tiga cabang utama iaitu naratif lisan, naratif tulisan dan prosa tulisan bukan naratif.

� Naratif lisan mengandungi tiga genre iaitu mitos, legenda dan cerita rakyat.

� Naratif tulisan terbahagi kepada tiga genre iaitu sastera hikayat, sastera sejarah dan sastera epik.

1. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara ciri-ciri pantun dansyair.

2. Apakah fungsi gurindam kepada masyarakat Melayu?

SEMAK KENDIRI 2.2

Page 23: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

� TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 46

� Prosa tulisan bukan naratif terbahagi kepada empat genre iaitu sastera kitab, sastera ketatanegaraan, sastera undang-undang dan sastera sufi.

� Dua kumpulan utama puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu tradisional warisan Melayu dan puisi Melayu tradisional warisan Islam.

� Puisi Melayu tradisional warisan Melayu terbahagi kepada dua bentuk iaitu terikat (pantun dan gurindam) dan bebas (seloka).

� Genre puisi yang paling popular dalam puisi Melayu tradisional warisan Islam ialah syair. Ada empat jenis syair iaitu syair agama, syair romantik, syair sejarah dan syair kiasan.

Cerita rakyat

Genre

Gurindam

Legenda

Maksud

Mitos

Naratif lisan

Naratif tulisan

Pantun

Prosa tulisan bukan naratif

Puisi Melayu tradisional warisan Islam

Puisi Melayu tradisional warisan Melayu

Sastera epik

Sastera hikayat

Sastera ketatanegaraan

Sastera kitab

Sastera sejarah

Sastera sufi

Sastera undang-undang

Seloka

Syair

Harun Jaafar. (2004). Ikhtisar kebudayaan dan prosa Melayu klasik. Tanjong

Malim, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 24: 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL �

47

Ismail Hamid. (1987). Perkembangan kesusasteraan Melayu lama. Petaling Jaya, Malaysia: Longman.

Jamilah Ahmad, & Jalila Sharif. (1993). Kesusasteraan Melayu tradisional. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.