2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

12
Buku Panduan Pendaftaran PBU Halaman 1 EDISI KE LAPAN BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIK SESI JUN 2015

Transcript of 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Page 1: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU Halaman 1

EDISI KE LAPAN

BBUUKKUU PPAANNDDUUAANN PPEENNDDAAFFTTAARRAANN

PPOOLLIITTEEKKNNIIKK

SSEESSII JJUUNN 22001155

Page 2: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU

Halaman 2

PERINGATAN

SILA PASTIKAN DOKUMEN ASAL IAITU:

SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM

SLIP PEPERIKSAAN SEMESTER EMPAT BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SIJIL POLITEKNIK

i. Bawa SEMASA PENDAFTARAN.

ii. SALINAN FOTOSTAT TIDAK DITERIMA walaupun telah diakui sah.

BAHAGIAN A

MAKLUMAT AM Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar proses pendaftaran anda sebagai pelajar di politeknik ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

A-1 Latar Belakang Politeknik Balik Pulau (PBU)

Politeknik Balik Pulau (PBU) merupakan politeknik ke – 21 di Malaysia dan kedua ditubuhkan di negeri Pulau Pinang. PBU telah ditubuhkan pada 1 Februari 2007 dan ianya beroperasi di kampus sementara iaitu di Politeknik Seberang Perai (PSP). Pada Sesi Julai 2007, PBU telah membuat ambilan pertama dengan menawarkan Program Sijil Teknologi Maklumat (SIT) kepada 30 orang pelajar. Bermula Sesi Julai 2008, pelajar PBP telah berpindah ke kampus transit iaitu di Bangunan Ideal Avenue, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mulai November 2013, PBU kini telah beroperasi di kampus tetapnya di Balik Pulau.

PBU kini telah dipenuhi dengan enrolmen pelajar sebanyak 216 orang pelajar, 29

staf akademik dan 28 staf sokongan. PBU terdiri daripada 3 jabatan akademik iaitu Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dan Jabatan Pengajian Am (JPA). JTMK adalah jabatan akademik induk yang melaksanakan program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).

PBU tetap beroperasi selari dengan politeknik konvensional yang lain dan

mengamalkan kualiti mengikut dokumen MS ISO9001:2008, pengiktirafan MQA 01 dan mengamalkan pelaksanaan persekitaran kerja kondusif iaitu Amalan 5S.

Page 3: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU Halaman 3

A-2 Bagaimana ke PBU?

Anda boleh menuju dengan mudah ke PBU dengan berpandukan kepada pelan lokasi di bawah :

POLITEKNIK BALIK PULAU

A-3 PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a. Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari pendaftaran. Bawa semua DOKUMEN ASAL yang dikehendaki oleh PBU pada hari pendaftaran. Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhak menarik balik tawaran belajar di PBU sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan ke Kementerian Pendidikan Malaysia semasa memohon ke politeknik.

b. Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Buku Panduan

Pendaftaran ini sebelum diserahkan kepada PBU semasa pendaftaran.

Rajah A-1 : Pelan Lokasi PBU

Page 4: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU

Halaman 4

A-4 BAYARAN UNTUK PENDAFTARAN

Bawa bersama:-

a. Surat Tawaran memasuki politeknik.

b. Semua pelajar baru perlu menjelaskan bayaran seperti berikut:-

i). Yuran pengajian bernilai RM200.00 dan yuran asrama bernilai RM60.00 hendaklah dibuat melalui Bank Islam – Rujuk Jadual A-1 di halaman 4.

ii). Yuran Pelbagai bernilai RM600.00 (tidak termasuk yuran pengajian & asrama ). – Rujuk Jadual A-1 di halaman 4.

Bayaran ini termasuklah untuk baju bengkel/blazer, baju batik, yuran Sukan Politeknik, koperasi, bayaran ko-kurikulum, peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok dan lain-lain.

PERHATIAN! Setelah bayaran dibuat pelajar hendaklah melakukan perkara berikut:

i. Bawa slip BANK ISLAM semasa Hari Pendaftaran Politeknik dan serahkan di kaunter Kutipan Yuran PBU.

ii. Bawa Salinan ”Customer Copy” bagi pembayaran yuran pendaftaran dan buat satu salinan fotostat untuk diserahkan di kaunter Koperasi semasa Hari Pendaftaran Politeknik.

PERINGATAN: i. Semua bayaran secara WANG TUNAI tidak akan diterima.

PELAJAR YANG MENDAPAT TAJAAN DIKEHENDAKI: i. Membuat bayaran BANK ISLAM terlebih dahulu. (Bayaran

Balik akan dilakukan kemudian). ii. Bawa surat asal daripada pihak penaja. Contoh: Majlis Agama

Islam, Biasiswa JPA.

Page 5: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU Halaman 5

MUSTAHAK!

Jadual A-1: Ringkasan yuran bagi pelajar baharu program diploma (lulusan SPM/Lulusan Sijil Politeknik/Lulusan Sijil Kolej Komuniti):

Bil. Perkara Jumlah Bayaran

(RM) Cara Bayaran

1. Yuran Pengajian

200.00 Bayar ke Akaun BANK ISLAM di atas nama POLITEKNIK KPT

2. Yuran Asrama

60.00 Bayar ke Akaun BANK ISLAM di atas nama POLITEKNIK KPT

3. Bayaran Pelbagai

600.00

Bayar ke Akaun Maybank di atas nama KOPERASI POLITEKNIK BALIK PULAU

BERHAD (No. Akaun: 507134241505).

Pelajar dinasihatkan menggunakan RESIT SIMPANAN DEPOSIT dan serahkan salinan resit di kaunter Koperasi semasa Hari Pendaftaran Politeknik berlangsung.

PERINGATAN:

SILA BAWA RESIT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN (RM200.00), YURAN ASRAMA (RM60.00) DAN SLIP MAYBANK

(RM600.00) SEMASA ANDA MENDAFTAR DI POLITEKNIK BALIK PULAU

A-5 KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL/TAWARAN ASRAMA

PBU MENAWARKAN kemudahan tempat penginapan/asrama.

Sila berhubung dengan penyelia asrama untuk mengetahui status kekosongan bilik.

Page 6: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU

Halaman 6

A-6 BANTUAN KEWANGAN

PBU TIDAK MENJAMIN sebarang bentuk bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa politeknik.

Adalah menjadi tangungjawab pelajar untuk menyediakan wang

perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pelajaran, buku dan lain-lain.

Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat

dan seterusnya (sekiranya layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PBU. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon dari Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis.

PERHATIAN KEPADA CALON PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK PINJAMAN PTPTN Anda dikehendaki melaksanakan perkara-perkara i hingga iii di bawah bagi tujuan permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). i. Membuka Akaun Bank Islam (BIMB). ii. Anda digalakkan Membuka Akaun Skim Simpanan Pendidikan

Nasional (SSPN). iii. Beli NO. PIN PTPTN di mana – mana Cawangan Bank Simpanan

Nasional (BSN) bagi tujuan Permohonan On-Line PTPTN. Harga untuk setiap pin ialah RM5.00.

Page 7: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU Halaman 7

contoh

A-8 Gambar Berukuran ‘Passport’

i. Anda perlu membawa 8 keping gambar warna yang terbaru berukuran pasport pada hari pendaftaran. Semua pelajar lelaki dimestikan bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Bergambar memakai baju-T tidak dibenarkan.

ii. Pelajar perempuan perlu bergambar dengan pakaian yang sopan, menutup aurat (muslim) dan baju-T juga tidak dibenarkan.

iii. Sila catatkan nama dan nombor kad pengenalan anda di belakang setiap keping

gambar dengan pen mata bola sebelum anda datang mendaftar pada hari pendaftaran.

Page 8: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU

Halaman 8

A-9 RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR

Semua pelajar PBU adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta semua kaedah, peraturan dan arahan-arahan bertulis berhubung dengan tatatertib sebagai seorang pelajar politeknik.

Oleh yang demikian, semasa mendaftar semua pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika rupa diri semasa hari pendaftaran sebagaimana berikut:

a. Pakaian Pelajar Lelaki.

Memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah.

Bertali leher – pastikan tidak mempunyai corak atau gambar yang tidak wajar dan keterlaluan.

Berseluar panjang jenis ‘slack’ berwarna gelap – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.

Bertali pinggang biasa berwarna hitam – pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.

b. Pakaian Pelajar Perempuan.

Berbaju kurung pesak.

Bertudung berwarna putih dan melebihi paras bahu.

Pelajar perempuan bukan Islam bolehlah memakai baju kemeja berwarna cerah dipadankan dengan kain atau seluar slack berwarna gelap.

Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan yang sensitif adalah tidak dibenarkan sama sekali.

c. Kasut Pelajar Lelaki.

Berwarna gelap dan bertutup penuh.

Memakai stoking dengan sempurna.

Kasut sukan tidak dibenarkan.

d. Kasut Pelajar Perempuan.

Berwarna gelap dan bertutup penuh.

Memakai stoking dengan sempurna.

Kasut bertumit tinggi dan kasut sukan tidak dibenarkan.

e. Rambut Pelajar Lelaki.

Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan atau mengikut potongan fesyen rambut tertentu. belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

Page 9: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU Halaman 9

Rajah A-2 : Jenis Pakaian Yang Dibenarkan Dan Peraturan Rambut

Pakaian yang dibenarkan di dalam kampus .... (pakaian hendaklah sentiasa kemas dan tidak menjolok mata)

Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek dan kemas, tidak mewarnakan rambut, tidak menutupi telinga, tidak menutupi dahi dan tidak mencecah kolar baju; juga tidak dibenarkan memakai rantai, gelang dan subang.

f. Rambut Pelajar Perempuan (Bukan Islam).

Kemas sama ada diikat atau dengan cara yang seumpama dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen.

g. Lain-lain.

Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

Pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri seperti yang dinyatakan di atas, TIDAK akan dibenarkan untuk mendaftar

Page 10: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU

Halaman 10

BAHAGIAN B

ATURAN PENDAFTARAN PELAJAR

B-1 PERKARA YANG MESTI DISEDIAKAN PADA HARI PENDAFTARAN POLITEKNIK

Sebagai panduan kepada anda, semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda sebelum datang mendaftar di Politeknik Balik Pulau: (PERINGATAN : Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL semasa datang mendaftar akan mengakibatkan anda TIDAK akan didaftarkan sebagai pelajar PBU )

Dokumen ASAL 1. Kad Pengenalan ….. ….. .…. .…. .…. 2. Surat Tawaran ke Politeknik ….. ….. ….. ….. 3. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPMV ….. ….. 4. Keputusan Peperiksaan Akhir - semua semester / Transkrip Peperiksaan Politeknik (lulusan Politeknik)..... ..... ..... 5. Transkrip Peperiksaan Kolej Komuniti (lulusan Kolej)….. ..... 6. Dokumen-Dokumen / Sijil-Sijil Ko-Kurikulum (jika berkaitan - terutamanya yang mewakili negeri dan negara)….. ….. ..... 7. Sijil Ko-Kurikulum Peringkat Politeknik (lulusan

Politeknik - jika berkaitan) ..... ..... ..... ..... 8. Sijil Berhenti Sekolah (pelajar lulusan SPM/SPMV) ….. ….. 9. Surat Akuan / Testimonial Sekolah (jika berkaitan) ….. ….. 10. Surat Majikan (jika berkaitan) ….. ….. ….. Borang Yang Lengkap Diisi 11. HEP1 (Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung)….. ….. ….. 12. HEP2 (Laporan Pemeriksaan Kesihatan) ….. ….. ….. 13. HEP3 (Perakuan Kebenaran Bius dan Pembedahan) ... ….. 14. HEP4 (Akuan Pelajar dan Akuan Ibubapa/Penjaga) ….. ….. Bayaran Yuran 16. Resit BANK ISLAM bagi

bayaran Yuran Pengajian ….. ….. ..... ......... ..... 17. Slip MAYBANK* (bank-in slip) yang telah dibuat bayaran mengikut jumlah yang ditetapkan….. ….. ….. ….. Lain-lain 18. Slip pendaftaran secara online................................

19. 8 keping gambar warna terbaru ukuran pasport ….. ….. (sila pastikan anda menulis Nama, No. Kad Pengenalan terlebih

dahulu dan No. Pendaftaran di belakang gambar di hari pendaftaran kelak)

ANDA PERLU MENYUSUN DOKUMEN DAN BORANG

MENGIKUT TURUTAN BILANGAN DI ATAS DAN KLIPKAN SUPAYA MUDAH DOKUMEN ANDA DISEMAK DAN

Page 11: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU Halaman 11

DIAMBIL (BORANG-BORANG & SLIP BANK) OLEH PETUGAS

B-2 PROSES/ATURAN PENDAFTARAN Calon Pelajar dikehendaki mengikuti aturan berikut semasa proses pendaftaran :

PENDAFTARAN SECARA ON-LINE Saudara/saudari dikehendaki mendaftar secara online melalui laman Web www.pbu.edu.my dibahagian Perkhidmatan online (e-daftar pelajar baharu

spmp) sebelum mendaftar di PBU.

Kaunter C – DAFTAR PROGRAM/KAMSIS Tunjukkan kad pengenalan.

Serahkan resit BANK ISLAM dan slip BANK MBB Tunjukkan dokumen asal (perkara 1 hingga 10 di halaman 9) untuk disemak.

Serahkan fail pelajar yang mengandungi ‘Butiran Pemohon’.

Kaunter B – ANGKA GILIRAN & BORANG KAJI SELIDIK Dapatkan nombor giliran.

Dapatkan borang kaji selidik pendaftaran

Kaunter E – Koperasi dan MSK

Dapatkan barangan MSK setelah anda tunjukkan Slip Bank. (RM600.00)

SELESAI DAFTAR

Pendaftaran selesai dan berkumpul semula untuk Taklimat MSK.

Kaunter D – SERAHAN FAIL PELAJAR & TERIMA KAD SEMENTARA PELAJAR

Serahkan Fail pelajar yang mengandungi borang-borang HEP1/2/3/4. Pakai Kad Matrik Sementara anda

Kaunter F – SERAHAN BORANG KAJI SELIDIK

Serahkan borang kajiselidik pendaftaran

Page 12: 2015-buku-panduan-pendaftaran-politeknik-sesi-jun.pdf

Buku Panduan Pendaftaran PBU

Halaman 12

JJAABBAATTAANN HHAALL EEHHWWAALL PPEELLAAJJAARR

PPIINNAANNGG NNIIRRAAII MMUUKKIIMM 66

1111000000 BBAALLIIKK PPUULLAAUU

PPUULLAAUU PPIINNAANNGG

TTeell:: 0044--88668899000000

FFaaxx:: 0044--88669922006611//88666611447788

wwwwww..ppbbuu..eedduu..mmyy