2015 PSPM Kedah BM2 w Ans

24
SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2015 2%jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2015 MAJUS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL2 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas modu/ ini mengandungi empat soa/an. 2. Jawab semua soa/an. 1103/2 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c),Soalan 2(d) dan Soalan4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5; 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kerlas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan daripada guru yang bertugas. 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas modul ini mengandungi 10 halaman bercetak. 1103/2 © Hak Cipta terpelihara MPSM(Cawangan Kedah) [Lihat halam.an sebelah SULIT j2k

description

2015 Percubaan SPM Kedah Bahasa Malaysia 2

Transcript of 2015 PSPM Kedah BM2 w Ans

SULIT

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2015 2%jam

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5

TAHUN 2015

MAJUS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

MODUL2

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

Dua jam tiga puluh min it

JANGAN BUKA KERTAS MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas modu/ ini mengandungi empat soa/an.

2. Jawab semua soa/an.

1103/2

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c),Soalan 2(d) dan Soalan4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5;

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kerlas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan daripada guru yang bertugas.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas modul ini mengandungi 10 halaman bercetak.

1103/2 © Hak Cipta terpelihara MPSM(Cawangan Kedah)

[Lihat halam.an sebelah

SULIT

j2k

2

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan p.okok dalam kehidupan manusia dan langkah-langkah menggalakkan masyarakat menanam pokok. Panjang rumusan hendak/ah tidak melebihi 120 patah perkataan.

"Wah, seronoknya balik karnpung! Udara di sini nyaman. Walaupun tiada penyaman udara di dalam rumah, tapi kita masih rasa selesa". ltulah ungkapan yang dituturkan oleh seorang cucu kepada datuknya ketika pulang ke kampung untuk berhari raya. Mungkin hal ini bukan sahaja dirasai oleh cucu itu, tetapi turut dirasai oleh orang lain yang tinggal di bandar. Hakikatnya, cuaca di bandar lebih panas berbanding di kampung. Sebab itulah permintaan terhadap penyaman udara semakin meningkat pada setiap tahun. Pada waktu dahulu, mungkin sebuah rumah memerlukan seunit penyaman udara. Namun begitu, pada waktu ini, setiap bilik memerlukan penyaman udara. Di kampung, penyaman udara tidak perlu dibeli, apatah lagi ditukar selang beberapa tahun akibat rosak. Penyarnan udara di karnpung juga tidak menggunakan tenaga elektrik yang pastinya meningkatkan jumlah penggunaan tenaga elektrik. Uniknya, penyaman udara ini terletak di luar rumah dan bilangannya bukan satu, tetapi banyak, iaitu di sekeliling rumah. Penyaman udara yang dimaksudkan ini ialah pokok yang menjadi teduhan bagi sesebuah rumah.

Kini, penyarnan udara semula jadi ini semakin sukar didapati terutamanya di kawasan bandar. Biasanya, apabila suatu kawasan dibangunkan bagi membina bangunan, sama ada rumah, kedai atau pejabat, kawasan itu dibersihkan daripada sebarang unsur yang dapat mengganggu kelancaran projek itu. Antara unsur yang menjadi penghalang termasuklah pokok. Hakikatnya, pokok memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia .. Menerusinya, bekalan oksigen yang menjadi nadi kehidupan manusia diperoleh. Bukan itu sahaja, pokok juga boleh menjadi penebat haba yang menghalang haba daripada masuk ke dalam rumah. Fungsi pokok tidak terhenti di situ sahaja · kerana pokok turut melindungi manusia daripada terik cahaya matahari, malah angin daripada pergerakan daun pokok mernbantu menyejukkan badan.

Wujudnya pokok juga untuk mernbantu menghalang hakisan tanah kerana tujahan air hujan ke tanah dapat diredakan dan sekali gus membolehkan akar pokok memegang tanah serta menyerap nutrien berbahaya. Pokok juga panting kerana dapat menyerap dan mengurangkan kadar kelajuan air hujan. Selain itu, menerusi Dasar Landskap Negara yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai taman terindah, usaha menanam pokok landskap giat dilakukan. Usaha ini bukan sahaja. boleh mencantikkan pemandangan dengan pokok yang teratur, tetapi dapat membantu mengembalikan fungsi

1103/2 ©Hak Cipta Terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

j2k

··-:_)

3

SULIT 1103/2

kebergantungan manusia terhadap penyaman udara moden. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghijaukan bumi ini dengan pokok-pokok bagi meningkatkan kualiti kehidupan.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana "Penyaman Udara Semula Jadi" oleh Mohd Syukri Anwar, Dewan Kosmik, Oktober 2014)

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata unsur yang menjadi penghalang. [2 markah]

(ii) Mengapakah permintaan terhadap penyaman udara semakin meningkat setiap tahun? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku jika jumlah pokok semakin berkurangan di bumi. ini? ·

Berikan tiga kesan. [4 markah]

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

j2k

4

SULIT 1103/2

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya sakit. Dia tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah tidak lagi menemaninya. Cuma ayah harap, engkaulah penerus dan pewaris untuk menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan dadanya sakit, biarkan ia terus berbakti, selama-lamanya."

Mir mengangguk dan menyunggingkan senyuman. "Amirah" Mir memandang ke sisi. Hakimah dengan wajah cerah, tiba-tiba. sahaja

terpamer di muka pintu. Ada kebahagiaan terpancar pada mata bening itu. "Kau bercakap dengan siapa, Mir" "Aku bercakap dengan ombak, dengan samudera. Ayah menyuruhku

menjaganya. Jangan sampai dikhianati. Biarkan pantai dengan bangunan mewah, asal jangan menyakiti samuderaku, biarkan ia bergelombang dan bergelora. Jangan mengkhianati dan mengotorinya."

Dipetik daripada cerpen 'Biarkan Samudera' oleh Raihanah Salleh

dalam antologi Harga Remaja D ewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah pendapat ayah tentang samudera sebagaimana terdapat dalam petikan? [2 markah]

(ii) Seandainya Mir ialah anda, apakah yang pertu anda lakukan apabila mendengar pesanan ayah tentang pembangunan di kawasan pantai? [3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai yang terdapat dalam cerpen ini. [4 markah]

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

j2k

5

SULIT 1103/2

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan telit1; kemudian jawab soalan­soafan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk, "Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenamya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal."

"Kalau begitu," kata Awang Su lung pula, "memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah

·1:) berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih."

Oleh sebab terlalu hampa mendengarkan titah Awang Sulung itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hendak terjun ke laut, tetapi segera dihalang oleh hulubalang yang ada di situ lalu dibawanya masuk ke magun. Di situ Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah tidak sedarkan diri.

"Ampun Tuanku, janganlah Tuanku sakat lagi puteri itu, kalau berlaku sesuatu hal kita juga yang susah," sembah hulubalang itu.

Dipetik daripada 'Pelayaran yang Penuh Peristiwa' dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud memohonlah kakanda kembali dalam petikan di atas. [2 markahJ

(ii) Berdasarkan petikan, apakah tindakan hulubalang apabila melihat perbuatan Tuan Puteri? [3 markah]

(iii) Perbuatan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang mahu terjun ke laut adalah tidak wajar.

Berikan alasan anda.

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah)

[3 markah]

SULIT

j2k

6

SULIT 1103/2

Soalan 2 (d) - Gurindam

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Tonggak Dua Betas

Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati Jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan rnenjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak mernbazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan keboJehan Jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat sernoga aktif.

Mohd Sidek Mohd DoUah (Mas Adeki)Penyelenggara . antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

j2k

SULIT

(i)

7

Berikan maksud baik buruk jadikan sempadan dalam gurindam di atas?

1103/2

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah bakat kreatif seseorang perlu dikembangkan?

Kemukakan dua sebab. [3 markah]

(iii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas. [4 markah]

1103/2 ©Hak CiptaTerpelihara MPSM lCawangan Kedah) SULIT

j2k

8

SULIT 1103/2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Berbahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan a tau menggugurkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) duduk

(ii) duduk-duduk

(iii) terduduk

(iv) menduduki

(v) penduduk

(vi) kedudukan [6markah]

(b) Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Dua orang nelayan terpaksa berpaut pada tong minyak apabila bot rnereka karam dipukul ombak besar ketika menangkap ikan di perairan Pulau Beras Basah, Langkawi, Kedah. Setelah hampir s.embilan jam terapung-apung di tengah laut, akhirnya mereka diselamatkan oleh sebuah kapal dagang Indonesia yang melalui perairan itu.

[6.markah]

(c) Dalam petikan di ba.wah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan -kesalahan tersebut . Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Fenomena ombak besar sunami yang kali pertama berlaku dalam sejarah negara berikutan bergegar gempa bumi dasar taut yang berpusat di utara

Sumatera pada 26 Disember 2004 memberikan pengajaran besar kepada . kita yang selama ini teranggap bahawa Malaysia terselamat daripada mala petaka seumpama itu. Tidak ada sesiapa pun yang wajar dipersalahkan berikutan trajedi yang telah meragut lebih 60 nyawa dan kemusnahan besar di negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia kerana sememangnya kita belum bersedia hadapi bencana sedemikian rupa.

[6 markah]

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

,,.,----

j2k

9

SULIT 1.103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan /ebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semu/a.

(i) Salmiza telah menghiris ikan merah untuk dimasak oleh saya bersama-sama rakan tengah hari ini.

(ii) Setiap pagi Danial lskandar pergi ke sekolah pada pukul tujuh pagi dengan menumpang motosikal ayahnya.

(iii) Koperal itu tidak mengindahkan kecederaan yang dialami sebaliknya mengejar terus peragut itu.

[6 markah]

(e) Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa di bawah.

(i) Genggam bara api biar sampai jadi arang

.(ii) Air dicencang tidak akan putus .

(iii) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

[6 markah]

1103/2 ©Hak Cipta t~rpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

j2k

10

SULIT

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soa/an di bawah berdasarkan novel yang berikut :

(i) Papa ..... ( akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood. (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. (vi) Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. (vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Khalid Hamzah. (viii) Sutera da!am Lukisan karya Abd.Talib Hassan.

1103/2

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa pada peringkat peleraian. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persoalan tentang semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah]

KERTAS MODUL TAMAT

1103/2 ©Hak Cipta Terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

j2k

SULIT 2 1103/2

Markah penuh : 110 markah Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah (b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota:

(i) Panduan mengira perkataan: Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan

- nama khas - perkataan berganda / berulang - penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’ - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja

sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian

Isi

Markah

(i) Pendahuluan

2

(ii) Isi tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

16

(iii) Isi tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

(iv) Penutup / Kesimpulan

2

Jumlah markah

20

SULIT 3 1103/2

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Markah Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat pokok dalam kehidupan manusia di muka bumi ini / di dunia ini / di Malaysia / di negara ini. 2 Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat pokok dalam kehidupan manusia. 1 Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]

Kepentingan pokok dalam kehidupan manusia: 1. Menjadi teduhan bagi sesebuah rumah 2

2. Bekalan oksigen yang menjadi nadi kehidupan manusia diperoleh 2

3. Menjadi penebat haba yang menghalang haba daripada masuk ke dalam

rumah 2

4. Melindungi manusia daripada terik cahaya matahari 2

5. Membantu menyejukkan badan 2

6. Membantu menghalang hakisan tanah 2

7. Menyerap dan mengurangkan kadar kelajuan air hujan 2

8. Mencantikkan pemandangan dengan pokok yang teratur 2

9. Membantu mengembalikan fungsi penyaman udara semula jadi 2 10. Mengurangkan kebergantungan manusia terhadap penyaman udara

moden 2 Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

Langkah-langkah menggalakkan masyarakat menanam pokok: 1. Memberi info / mengadakan ceramah / kempen “Hijaukan Bumi Kita” 2

2. Mengadakan pertandingan landskap indah (peringkat komuniti) 2

3. Mewajibkan pemaju perumahan menanam pokok 2

4. Mendenda pihak yang menebang pokok secara

sewenang-wenangnya 2

5. Menyemai perasaan cinta akan suasana hijau dalam diri generasi muda 2

(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

SULIT 4 1103/2

Penutup 1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedari kepentingan pokok dalam

kehidupan manusia agar / supaya kualiti hidup dapat ditingkatkan. 2 2. Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedari kepentingan pokok dalam

kehidupan manusia 1 3. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar kesejahteraan

hidup manusia sentiasa terpelihara. 0

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat

Markah Isi

Markah Bahasa

Huraian

Baik

18 – 20 15 – 17

9 – 10 7 – 9

• Kesinambungan isi baik. • Struktur ayat / tatabahasa baik • Kosa kata luas • Tanda bacaan / ejaan betul

Sederhana

12 – 14 8 – 11

6 – 7 4 – 6

• Kesinambungan isi masih baik • Struktur ayat / tatabahasa masih

memuaskan. • Kosa kata masih memuaskan • Tanda bacaan / ejaan juga

memuaskan

Lemah

1 – 7

1 – 4

• Pada keseluruhannya dalam

serba kekurangan / tidak memuaskan

Nota

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat,perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walau pun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong. [Markah bahasa maksimum: 10 markah]

SULIT 5 1103/2

Soalan 2 Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

Soalan 2 (a) : 9 markah Soalan 2 (b) : 9 markah Soalan 2 (c) : 8 markah Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna. 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan

separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH - Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis

2

- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup - Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis

1

- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH - Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis

3

- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis - Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis

2

- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1 - Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis

0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis

4

- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3 - Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2 - Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1

SULIT 6 1103/2

- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0 Soalan 2 (a) – Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata unsur yang menjadi penghalang

- elemen yang bertindak sebagai penghadang/penyekat/perintang 2 - elemen yang bertindak sebagai penghalang 1 - unsur yang menyekat / mengekang 1

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Sebab-sebab : ( isi cukup – 2 ) - cuaca di bandar lebih panas berbanding di kampung - setiap bilik (di sesebuah rumah) memerlukan penyaman udara - perlu ditukar selang beberapa tahun akibat rosak

[Maksimum : 3 markah]

(iii) Kesan-kesan : ( isi cukup – 3 ) - akan memusnahkan ekosistem alam. - mengancam habitat flora dan fauna. - menyebabkan suhu bumi / alam sekitar meningkat / kesan rumah hijau. - berlakunya pencemaran alam / banjir / tanah runtuh. - kawasan tadahan hujan musnah. - kualiti hidup manusia akan terjejas / kos hidup meningkat.

[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] [Maksimum : 4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

(i) Pendapat ayah tentang samudera - samudera akan terus bergelora meskipun telah banyak mengalami kemusnahan 1 - samudera akan terus menyumbangkan baktinya kepada manusia. 1

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Perkara-perkara yang perlu dilakukan (Isi cukup – 2) - menyokong setiap pembangunan yang ingin dilaksanakan asalkan kawasan persisiran pantai tidak terjejas. - mematuhi arahan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan pantai. - tidak membiarkan pelancong membuang sampah di kawasan pantai / memastikan sampah dibuang di tempat yang disediakan. - membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada pihak lain yang melakukan pencemaran laut. [*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] [Maksimum : 3 markah]

SULIT 7 1103/2

(iii) Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan : - Nilai menghargai/cinta akan alam sekitar. Contohnya, Mir terdengar suara ayahnya yang memintanya memelihara laut daripada tercemar.1 + 1 - Nilai bertanggungjawab. Contohnya, Mir memegang amanah yang telah diberikan oleh ayahnya. 1 + 1

[Maksimum : 2 markah]

Satu nilai murni yang terdapat dalam cerpen : - Nilai keprihatinan. Contohnya, Hakimah mengambil berat masalah yang dihadapi oleh Mir. 1 + 1 - Nilai keberanian. Contohnya, Ayah Mir berani membelah samudera yang ganas untuk mencari rezeki. 1 + 1 - Nilai kasih sayang. Contohnya, kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi. 1 + 1 - Nilai kesabaran. Contohnya, Mir kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan. 1 + 1 - Nilai kepatuhan kepada agama. Contohnya, ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama dan turut menghadiahkan tudung kepada Amirah. 1 + 1 - Nilai rasional. Contohnya, Ayah Amirah rela menerima suratan takdir apabila rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan. 1 + 1 [Maksimum : 2 markah]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional (i) Maksud : - Awang Sulung meminta izin / kebenaran untuk balik / pulang 2 - meminta izin / kebenaran untuk balik / pulang 1 (ii) Tindakan-tindakan (Isi cukup – 2 ) - menghalang cubaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang hendak terjun ke laut - membawa tuan puteri masuk ke magun / bilik - meminta Awang Sulung tidak menyakat tuan puteri lagi (kerana akan menyusahkan mereka) [Maksimum : 3 markah]

SULIT 8 1103/2

(iii) Tidak wajar : (isi cukup – 2) - salah di sisi agama

- menjejaskan imej baginda sebagai puteri raja / menjejaskan imej keturunan raja - menunjukkan bahawa baginda tidak berfikiran matang / membuat keputusan terburu-buru / terlalu mengikut perasaan - membahayakan keselamatan diri sendiri

[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] [Maksimum : 3 markah]

Soalan 2(d) – Gurindam (i) Maksud baris: - perkara yang elok dan tidak menyenangkan yang berlaku dalam hidup kita perlu dijadikan panduan 2

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Sebab bakat kreatif perlu dikembangkan: (isi cukup – 2) - supaya kebolehan dirinya boleh dikenal pasti - dapat menjadi haluan kepada kerjayanya pada masa hadapan - untuk menunjukkan potensi dirinya agar dapat dinilai oleh orang lain - dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang

[Maksimum : 3 markah]

(iii) Nilai murni : (isi cukup – 2) - Kita hendaklah menghargai masa dalam kehidupan. 1+1 Contohnya, tidak menangguhkan kerja yang patut dilakukan pada masa itu. - Kita hendaklah tekun/gigih semasa bekerja . 1+1 Contohnya, orang yang tekun bekerja akhirnya akan membawa kejayaan. - Kita hendaklah bersederhana dalam kehidupan. 1+1 Contohnya, seseorang itu perlu bersederhana dalam kehidupan. - Kita hendaklah sabar dalam menempuh cabaran. 1+1 Contohnya, seseorang itu perlu sabar dalam menghadapi cabaran. - Kita perlulah bertimbang rasa/prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang lain. 1+1 Contohnya, seseorang itu perlulah prihatin terhadap orang lain. - Kita hendaklah ikhlas dalam menjalankan tugas. 1+1 Contohnya, seseorang itu hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.

SULIT 9 1103/2

- Setiap pemimpin perlulah mempunyai daya kepimpinan. 1+1 Contohnya, seseorang pemimpin perlulah menunjukkan teladan yang baik. - Seseorang itu perlulah berjimat dalam perbelanjaan. 1+1 Contohnya, seseorang itu perlulah berjimat dan tidak membazir ketika berbelanja. - Seseorang itu perlulah kreatif dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 1+1 Contohnya, kekreatifan perlu ada dalam diri seseorang agar bakat dapat ditonjolkan. [Maksimum : 4 markah]

Soalan 3

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah 5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

SULIT 10 1103/2

Jawapan 3(a) i) duduk - beristirahat di atas punggung / tempat letaknya / tinggal (diam / menetap)

ii) duduk-duduk

- berehat-rehat sambil mengambil angin

iii) terduduk - terjatuh duduk dengan tiba-tiba dan tidak sengaja

iv) penduduk - orang yang menetap di sesuatu daerah v) menduduki - mengambil tempat duduk / mendiami / menakluki / mengambil (mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian vi) kedudukan - tempat tinggal / tempat letaknya / keadaan atau selok-belok sesuatu perkara / tingkatan taraf (martabat, darjat)

[Maksimum : 6 makah]

Jawapan 3(b) (i) Dua orang nelayan terpaksa berpaut pada tong minyak. (ii) Bot mereka karam dipukul ombak besar. (iii) Mereka menangkap ikan di perairan Pulau Beras Basah, Langkawi, Kedah (iv) Hampir sembilan jam mereka terapung-apung di tengah laut (v) Mereka diselamatkan oleh sebuah kapal dagang dari Indonesia. (vi) Sebuah kapal dagang Indonesia melalui perairan itu.

[ Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(c) sunami - tsunami bergegar - gegaran teranggap - beranggapan / menganggap

mala petaka - malapetaka

trajedi - tragedi hadapi - menghadapi

[Maksimum : 6 markah]

SULIT 11 1103/2

Jawapan 3(d) (i) menghiris – menyiang / memotong dimasak oleh saya – saya masak (ii) pada pukul tujuh pagi – pada pukul tujuh menumpang – membonceng / menunggang (iii) mengindahkan – mengendahkan mengejar terus – terus mengejar

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(e)

(i) alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan / alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam /

alang-alang berminyak biar sampai licin (ii) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga (iii) sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

[Maksimum : 6 markah]

SULIT 12 1103/2

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4. (a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap. iii) Beri 2 markah untuk 1 isi – dua peristiwa pada peringkat peleraian iv) Markah bagi 2 isi - maksimum 4 markah. v) Markah bahasa maksimum 3 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada markah isi. vi) Markah bahasa diberi seperti berikut: Baik : 3 markah Sederhana : 2 markah Lemah : 1 markah vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa. viii) Calon tidak menjawab 0 markah. [Maksimum : 7 markah] (b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari. ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap. iii) Jawapan mesti merujuk kepada persoalan tentang semangat kerjasama setiap novel. iv) Aspek Pemarkahan: Berikan 1 markah untuk penyataan persoalan tentang semangat kerjasama bagi setiap novel. - Berikan 2 markah untuk contoh / huraian yang lengkap / jelas - Berikan 1 markah untuk contoh / huraian yang tidak lengkap / jelas - Maksimum markah setiap isi = 3 markah v) Huraian tanpa menyatakan persoalan tentang semangat kerjasama dalam novel, 0 markah vi) Markah isi maksimum, 6 markah vii) Markah bahasa maksimum, 2 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada markah isi viii) Markah bahasa diberi seperti berikut: Baik : 2 markah Lemah : 1 markah ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa. x) Calon tidak menjawab, 0 markah [Maksimum: 8 markah]

SULIT 13 1103/2

4 (a) Peristiwa peringkat peleraian: Azfa Hanani:

a. Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. 2m

b. Tengku Muzaffar semakin mendekatkan diri dengan agama. 2m

c. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpul dana sebanyak

RM16,655.00. 2m

d. Syafikah dan Fuziana bersikap baik terhadap Azfa Hanani. 2m

e. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan kini di wad ICU. 2m

f. Pasukan yang menyertai pertandingan Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah dinobatkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. 2m

g. Tengku Muzaffar membantu Ekran membina semula gerai burger milik Ekran. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. 2m

h. Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibunya

merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya. 2m

Kembara Amira:

a. Rahsia Tau sebagai makhluk berbulu terbongkar. 2m b. Konflik keluarga Tau selesai, Itai mengetahui bahawa Tau ialah bapanya

dan Malique ialah abang kepada Itai. Jennifer ialah bekas isteri Tau iaitu Ipah. Tau sangat gembira dapat bertemu Sabi (Malique) 2m

c. Amira menyambung pelajaran dalam bidang aeroangkasa. 2m

d. Itai menuntut dalam jurusan perubatan di Kubang Kerian. 2m

SULIT 14 1103/2

e. Malique terlibat dengan projek IT di perkampungannya. Dia juga telah menggagalkan projek perlombongan emas dengan mencipta virus untuk memusnahkan laporannya. 2m

f. Jacinta ke Paris kerana terlibat dengan perniagaan fesyen keluarganya. 2m

g. Prof. Zaidah masih berada di Bukit Mat Raya dalam fasa keempat. Beliau mengajak Amira untuk berjumpa di rumah nenek Amira yang akan disertai oleh ayah Amira. 2m

h. Dr. Zawawi menjelaskan bahawa dia telah bekerja dengan sebuah

syarikat swasta sebagai pengesan khazanah Melayu yang tenggelam dan hilang di laut. 2m

4 (b) Persoalan semangat kerjasama Azfa Hanani:

a. Persoalan semangat kerjasama dalam novel Azfa Hanani ialah kerjasama menganjurkan majlis. 1m

- Buktinya, pelajar-pelajar Tingkatan 5 menganjurkan Hari Sumbangsih. Hasil kerjasama semua pelajar, program tersebut berjaya dijalankan dengan lancar dan mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 16,655.00. 2m

b. Persoalan semangat kerjasama untuk membantu rakan. 1m

- Buktinya, Azfa Hanani bersedia menggantikan tempat Ellina sebagai Pengerusi Forum kerana kesibukan Ellina menguruskan Malam Sumbangsih . 2m

- Buktinya, Tengku Muzaffar bekerjasama dengan Ekran untuk membina semula gerai burger Ekran yang dibakarnya. 2m

c. Persoalan semangat kerjasama dalam membantu ahli keluarga yang mengalami kesusahan. 1m

- Buktinya, Tengku Mazran bekerjasama dengan Azfa Hanani untuk menyelamatkan ibunya Datin Maziah daripada tekanan jiwa dengan meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni. 2m

- Buktinya, Azfa Hanani bekerjasama dengan menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni daripada Tengku Mazran untuk membantu membiayai rawatan penyakit lumpuh Zuraini. 2m

SULIT 15 1103/2

d. Persoalan semangat kerjasama dalam pembelajaran. 1m

- Buktinya, Azfa Hanani dan rakan-rakannya di Sekolah Menengah Sri Dian bekerjasama dalam menjalankan uji kaji di makmal sains. 2m

Kembara Amira:

a. Persoalan semangat kerjasama dalam novel Kembara Amira ialah kerjasama berpasukan yang erat dalam menjalankan tugas. 1m

- Buktinya, Profesor Zaidah dan Dr. Zawawi bekerjasama dengan pelajar- pelajar menjalankan kajian arkeologi di Desa Karpus. 2m

b. Persoalan semangat kerjasama yang kedua ialah kerjasama membantu

orang yang memerlukan pertolongan. 1m

- Buktinya, Itai telah membantu menyelamatkan Amira yang hanyut dalam arus sungai yang deras. 2m

- Buktinya, Tau telah membantu Jacinta yang sesat di dalam hutan. 2m

c. Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. 1m

- Buktinya, kerjasama yang erat telah ditunjukkan oleh Amira, Itai, Jacinta,

Pak Lias dan Roslan dalam usaha mencari Malique yang hilang di dalam hutan. 2m

d. Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan misi mengesan

kewujudan tamadun manusia. 1m

- Buktinya, Tau telah bekerjasama dengan kumpulan Prof. Zaidah dengan membawa mereka ke Gunung Gua Gajah untuk menjejaki kesan-kesan kewujudan tamadun manusia. 2m