2015 RENCAH MUT ARA - Penang
Transcript of 2015 RENCAH MUT ARA - Penang
EDISIJULAI – SEPT.
2015
Laman Web Jabatan : http://jps.penang.gov.my/ Emel: [email protected] Facebook: [email protected]
RENCAH MUT ARAJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG
RENCAH MUT ARA
1RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KORPORAT, ICT DAN INOVASI
PAMERAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN ULANGTAHUN KE-5 INISIATIF 'CLEANER, GREENER, SAFER & HEALTHIER
PENANGPulau Pinang- Majlis Pelancaran Perayaan Ulangtahun Ke 5 Inisiatif Cleaner,
Greener, Safer & Healthier Penang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 30 dan
31 Julai 2015 di Queensbay Mall, Bayan Lepas. Majlis perasmian ini telah dihadiri
oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, YB Chow Kon Yeow, YB Dato'Hj.
Mohd. Rashid bin Hasnon dan YB Lim Siew Kim. JPS Pulau Pinang turut
mengadakan pameran bersama-sama pihak NGO dan agensi lain bagi menyokong
dan menjayakan inisiatif ini.
Sesi bergambar bersama Tuan Pengarah di
Pameran Cleaner, Greener, Safer & Healthier
Penang
Tuan Pengarah bersama Ketua Menteri Pulau
Pinang.
‘Jom… Kita pakat-pakat ke booth JPS…’‘Hebat juga Rain Water Harvesting System ni…’
2RENCAH MUTIARA
PAMERAN HARI INOVASI JPS PULAU PINANG
Pulau Pinang –Sambutan Hari Inovasi JPS Pulau Pinang 2015 telah diadakan
pada 4 September 2015 di Auditorium A, Tingkat 5 KOMTAR, Pulau Pinang. Majlis
perasmian ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh YB Chow Kon Yeow. Ibu pejabat
bersama-sama dengan daerah telah mengadakan pameran antaranya program
pengurusan kualiti ISO 14001:2004 : Pengurusan Sungai Pinang, ISO 14001 :
2004: Pengurusan Skim Pengairan Sungai Muda, ISO 9001:2008 : Perkhidmatan
Pengurusan Data Hidrologi, JPS Goes Green dan Persijilan Green 5S. Disamping
itu pemeran ini juga memperkenalkan produk inovasi jabatan yang telah dimenangi
di peringkat negeri iaitu AT GATE dan Smart Portable Signage.
Penerangan oleh JD SPU kepada YB mengenai
AT-GATE
Penerangan oleh kakitangan JPSSPT mengenai
perlaksaaan Goes Green di pejabat SPT
Ehemm.. Ehemm.. Hmmm....bagus..bagus..kipidap ..JPS
BAHAGIAN KORPORAT, ICT DAN INOVASI
3RENCAH MUTIARA
PAMERAN PROGRAM PENGHIJAUAN 'GO GREEN'
PULAU PINANG – Malayan Banking Berhad (MAYBANK) Pulau Pinang dengan
kerjasama agensi kerajaan dan NGO telah mengadakan satu Program
Penghijauan Go Green, Act Green pada 5 September 2015 (Sabtu) 7.00 pagi
bertempat di Padang Polo, Jalan Sepoy.
Bagi bersama-sama menjayakan program tersebut, JPS Pulau Pinang telah
mengambil bahagian dengan mengadakan pameran produk JPS berkonsepkan
“Green”.Program ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat
(CSR) pihak Maybank dalam mengadakan program berbentuk amal dan
kemasyarakatan yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang peserta.
Pelbagai program telah diadakan seperti acara Fun Walk, taichi, ceramah
kesedaran, persembahan, pameran agensi kerajaan, kempen penghijauan,
penanaman pokok dan sebagainya.
Bersedia..kita lompat noh....satu,dua..tiga.... Meh tengok..inilah Rain Water Harvesting
System yang harus dipraktikkan..awesome tak...
ok.tengok betoi-betoi apa cikgu nak terangkan
nih..Yes! Dapat sijil beb.!
BAHAGIAN KORPORAT, ICT DAN INOVASI
4RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN SUNGAI & PANTAI
SEMINAR ARCGIS WILAYAH UTARA 2015
Pada 12 Ogos 2015 ERSI Malaysia telah mengadakan Seminar ArcGIS Wilayah
Utara 2015 yang melibatkan zon utara iaitu negeri Perlis, Kedah dan Pulau
Pinang. Seminar ini diadakan di G Hotel Pulau Pinang yang bermula 8.00 pagi
sehingga 5.00 petang.
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan dan teknologi kepada para peserta
yang terlibat di dalam geospatial/remote sensing, pembangunan Sistem
Maklumat Geografi (GIS) dan Location Analytics. Seramai 130 peserta dan 6
orang tenaga pengajar serta CEO ArcGIS Malaysia terlibat di dalam seminar ini.
Foto Sekitar Seminar ARCGIS Wilayah Utara sedang berlangsung
5RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN SUNGAI & PANTAI
KURSUS PENGURUSAN DAN REKABENTUK PEMULIHARAAN SUNGAI.
Satu kursus telah diadakan pada 18 hb sehingga 20 hb Ogos 2015 di Institut
Pembangunan Modal Insan Zon Timur, dihadiri oleh 40 peserta dengan
melibatkan 5 tenaga pengajar.
Kursus ini memberi pendedahan mengenai masalah dan penyelesaian melalui
IRBM/RBO, prinsip dan konsep pemuliharaan sungai dan ciri-ciri sungai
semulajadi, sungai bandaran, kestabilan dan pemuliharaan sungai, hidraulik
dalam pemuliharaan sungai, kualiti air sungai, kajian kes dan lawatan tapak.
Pada hari terakhir kursus para peserta melawat kawasan tapak di Sungai Golok
dimana menerangkan pembinaan seperti Rip-Rap dan Armor Rock bakal
dilaksanakan sepanjang Sungai Golok ini bagi mengelakkan hakisan di sungai
berkenaan.
Foto semasa Kursus & lawatan tapak pengurusan dan rekabentuk
pemuliharaan sungai
6RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN SUNGAI & PANTAI
PROGRAM MENCINTAI SUNGAI KITA
Pada 25 Ogos 2015 Bahagian Sungai dan Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran
Pulau Pinang telah mengadakan Program Cintai Sungai Kita yang bertempat di
Pusat Infomasi Sungai Pinang. Program ini disertai oleh kanak-kanak tadika
Kampung Rawa dan tadika Free School. Seramai 40 kanak-kanak menyertai
program ini dan 4 orang guru pengiring.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik kanak-kanak bagi mengenal
kebersihan sungai serta mewujudkan rasa kecintaan kepada sungai. Antara
aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi program ini adalah tayangan video Cintai
Sungai Kita, Pertandingan ciptaan baju daripada kertas surat khabar lama bagi
segmen kitar semula, pertandingan mencantum puzzle, pertandingan mewarna
permandangan sungai kita.
Acara pengadilan serta penyampaian hadiah telah dibuat dan disampaikan oleh
Pn Hjh Norfaizah Binti Saidin, Pn Norjulia Binti Azmi dan Cik Vinotha A/P
Punudorai. Kesudian mereka bagi memeriahkan program ini amatlah dihargai.
“Comeynyaa budak-budak ni”“Susun.. Susun… susun..”
7RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
KERJA-KERJA MENAIKTARAF STESEN RANGKAIAN HIDROLOGINASIONAL SEMENANJUNG MALAYSIA.
BSAH– Kerja-kerja menaiktaraf Stesen Rangkaian Hidrologi Nasional
Semenanjung Malaysia Bagi Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi Malaysia telah
diadakan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Pulau Pinang.
Jabatan Pengairan Dan Saliran Bahagian Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi
Malaysia telah mengadakan ujijalan sistem di tapak bagi mengesahkan perkara
tersebut. Pihak kontraktor telah menyiapkan pemasangan peralatan di tapak dan
diminta untuk menjalankan pra ujijalan sistem di tapak bagi semua stesen sebelum
ujijalan sebenar dijalankan.
Kerja ujijalan sistem alatan baru di tapak Bukit Bendera, Kolam Bersih (Kebun Bunga),
Kolam Takungan Air Itam, Lorong Batu Lancang dan tapak Pintu Bagan Air Itam.
8RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
MAJLIS JASAMU DIKENANG PEGAWAI YANG BERPENCEN
Majlis tersebut telah diadakan pada 24hb Julai 2015 bertempat di Bilik
Mesyuarat Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang. Tiga orang pegawai
yang dirai iaitu En. Ariffin bin Tajudddin dari Bahagian Khidmat Pengurusan,
En. Veerappen a/l Iynarappen dan En. Zolkefli bin Yaackob dari Unit Hidrologi.
EN. ARIFFIN BIN TAJUDDIN
Pembantu Tadbir (P/O)-KUP N22
Bahagian Khidmat Pengurusan
1. Mula berkhidmat pada 15 Julai 1978 sebagai Pegawai Kerani Rendah dan
ditempatkan di Pejabat Tanah & Galian, Pulau Pinang.
2. Pada 15 Februari 1983 ditawarkan sebagai Pembantu Tadbir N9 dan
ditempatkan di Bahagian Perumahan, Tingkat 20, KOMTAR.
3. Pada 1 Jun 1996 ditukarkan dari Bahagian Perumahan ke Jabatan Pengairan
dan Saliran Pulau Pinang.
4. Beliau telah berkhidmat selamat 37 tahun sebagai penjawat awam. Semasa
berkhidmat beliau telah ditawarkan Pembantu Tadbir N22 (KUP) pada 1 Januari
2011.
5. Beliau dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2001, 2005 &
2010. Beliau juga dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) pada tahun
2013.
6. Beliau telah bersara pada umur 58 tahun pada 27 Julai 2015.
9RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
EN. VEERAPPEN A/L IYNARAPPEN
Pemandu Kenderaan H11
Unit Hidrologi
1. Mula berkhidmat pada 15 Mei 1978 sebagai Buruh Am dan ditempatkan
di Jabatan Kimia, Daerah Seberang Perai Tengah.
2. Pada 1 November 2001, beliau dilantik sebagai Pemandu Kenderaan
Bermotor dan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya, Pulau Pinang.
3. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pemandu Kenderaan Bermotor Gred
R6 dan ditempatkan di Jabatan Pengairan dan Saliran mulai 1 November
2011.
4. Telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 37 tahun. Semasa
berkhidmat beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada
tahun 1999 dan 2006.
5. Beliau telah bersara pada 30 Jun 2015
EN. ZOLKEFLI BIN YAACKOB
Pembantu Awam H11
Unit Hidrologi
1. Mula berkhidmat sebagai Buruh Am pada 10 Mac 1979 dan ditempatkan di
Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang. Telah berkhidmat sebagai
penjawat awam selama 36 tahun.
2. Semasa berkhidmat beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada
tahun 2012.
3. Beliau telah bersara pada 1 Jun 2015 atas sebab-sebab kesihatan.
MAJLIS JASAMU DIKENANG PEGAWAI YANG BERPENCEN
10RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE 58 TAHUN 2015 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam
perarakan sambutan hari kemerdekaan tersebut. Seramai 50 pegawai/kontijen
telah menyertai perarakan tersebut yang terdiri daripada kumpulan sokongan II
termasuk lelaki dan perempuan. Encik Zahid bin Zainal Abidin, Jurutera Daerah
JPS Seberang Perai Selatan telah dilantik menjadi Ketua Kontijen Jabatan pada
tahun ini. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang sesi latihan kawad sehingga
hari perarakan tersebut:-
Sesi Latihan Kawad yang diterajui oleh Encik Hasnal Bin Md Rouse dari JPS Pulau Pinang
selaku jurulatih kawad Merdeka.
Antara peserta wanita yang turut menyertai
raptai Perarakan Sambutan Hari Merdeka
Jom kita pakat-pakat posing dulu.
Sekalung Tahniah diucapkan kepada barisan kontinjen JPS Pulau Pinang yang diketuai oleh
En. Zahid bin Zainal Abidin, Jurutera Daerah JPS Seberang Perai Selatan atas penyertaan
Perarakan Sambutan Hari Merdeka yang ke 58.
11RENCAH MUTIARA
PELAKSANAAN AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014 (GST) BAGI PEROLEHAN KERAJAAN
BAHAGIAN UKUR BAHAN
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST) yang telah
berkuatkuasan mulai 1 April 2015 merupakan salah satu langkah Kerajaan
dalam menyusun semula struktur percukaian negara supaya lebih telus,
cekap dan mesra peniaga.
Semua jenis perkhidmatan pembinaan yang dilaksanakan di Malaysia juga
tidak terkecuali daripada dikenakan GST. Dalam konteks ini, mana-mana
syarikat yang perolehan tahunan melebihi nilai ambang (threshold)
RM500,000 dalam 12 bulan ke belakang atau 12 bulan ke depan adalah
bertanggungan untuk berdaftar GST dengan Jabatan Kastam DiRaja
Malaysia (JKDM).
Orang yang bertanggungan berdaftar di bawah Akta GST, akan
mengenakan cukai ke atas perkhidmatan pembinaan yang dibekalkan.
Perkhidmatan pembinaan yang tertakluk kepada kenaan GST adalah
termasuk nilai semua kerja dan bahan kekal yang digunakan atau dipasang
dalam projek pembinaan, dan apa-apa barang boleh alih yang boleh
dikenakan bayaran oleh kontraktor terhadap Kerajaan.
Selaras dengan Akta GST yang telah berkuatkuasa, Kementerian Kewangan
telah menetapkan kaedah pelaksanaan GST dalam Kontrak perolehan
Kerajaan melalui perenggan 6(xiv), PK 1/2013 yang merangkumi perolehan
bekalan, perolehan kerja serta perkhidmatan perunding dan bukan
perunding. Kaedah ini terpakai kepada semua Kementerian serta Jabatan
Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
12RENCAH MUTIARA
HARI KELUARGA JPS PULAU PINANG TAHUN 2015
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
KEDAH - Program Hari Keluarga JPS Pulau Pinang telah diadakan pada 12
September 2015 (Sabtu) bertempat di The Carnivall Theme Park Sungai Petani.
Program anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan JPS Pulau Pinang ini diadakan
setiap dua tahun sekali. Jumlah kehadiran pada hari tersebut adalah kira-kira 767
orang, termasuk ahli keluarga warga JPS. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan
Pengarah JPS Pulau Pinang selaku Yang Dipertua Kelab.
Kalau rasa gembira… Tepuk Tangan…
“Ramainya peserta Hari Keluarga tahun ni…”
Antara yang hadir pada Hari Keluarga JPS Pulau Pinang
13RENCAH MUTIARA
HARI KELUARGA JPS PULAU PINANG TAHUN 2015
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
“Yeay yeay.. Dapat hadiah..”
Acara Tarik tali dalam air yang dipertandingkan
Ewah… ewah… Semanrobik kita..
Jangan berebut… Semua dapat gula-gula ya..
Nak Tarik ka.. Nak salam ni…
14RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
HARI PERASMIAN PUSAT INFORMASI RUMAH PAM BUMBONG LIMA DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
JPS PULAU PINANG 2015
SEBERANG PERAI UTARA - Hari perasmian Pusat Informasi Rumah Pam
Bumbong Lima telah diadakan pada 4hb Ogos 2015 (Selasa) bersamaan 19
Syawal 1436H pada pukul 10.30pagi hingga 2.30petang bertempat di Rumah
Pam Bumbong Lima, Kepala Batas. Majlis perasmian ini telah digabungkan
bersama majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri JPS Pulau Pinang. Majlis ini telah
dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ab. Qahar Bin Osman, Pengarah
Kanan di Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia.
Sebagai simbolik perasmian acara memotong tali belon dilakukan oleh Tuan
Pengarah Kanan JPS Malaysia diikuti acara melepaskan anak ikan ke dalam
kolam berhampiran Pusat Informasi. Seterusnya lawatan ke Pusat Informasi oleh
tetamu VIP sebelum acara kemuncak iaitu jamuan Hari Raya Aidilfitri JPS Pulau
Pinang. Majlis berakhir pada jam 2.30 petang.
Corat – coret sepanjang majlis berlangsung
15RENCAH MUTIARA
Sesi audit SIRIM EMS ISO 14001:2004 Sistem Pengurusan Alam Sekitar bagi
Skop Pensijilan Perkhidmatan untuk Operasi dan Penyelenggaraan Skim
Pengairan Sungai Muda, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Seberang
Perai Utara, Pulau Pinang yang dijalankan pada 26 dan 27 Ogos 2015. JPS
SPU berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam perjalanan Sistem ISO
EMS ini tanpa sebarang ‘Non Conformance Report’ (NCR) buat kali ketiga
berturut-turut melalui audit yang dilaksanakan oleh pihak SIRIM.
AUDIT SIRIM EMS ISO 14001:2004 SKIM PENGAIRAN SUNGAI MUDA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Foto sekitar sesi Audit EMS ISO 14001:2004
SKIM PENGAIRAN SUNGAI MUDA
16RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
SEBERANG PERAI UTARA - Program Menyusuri Sungai Muda telah
diadakan bersama YB Exco Pertanian Negeri Pulau Pinang Iaitu YB Dr Afif
Bin Bahardin pada 6 Ogos 2015. Semua peserta bertolak dari Pejabat
Daerah & Tanah SPU menuju ke Jeti Pasar Bisik Kuala Muda, Seberang
Perai Utara untuk menaiki bot di sana. Program Ini Telah Dihadiri Lebih
Kurang 20 Orang Dari Pelbagai Agensi Kerajaan Dan Wartawan
PROGRAM MENYUSURI SUNGAI MUDA
Antara Bot yang menyusuri Sungai Muda YB Dr. Afif Bin Bahardin mengetuai lawatan
tersebut
Foto sepanjang program menyusuri Sungai Muda berlangsung
17RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Kursus EMS ISO 14001 Dan Taklimat Pematuhan Undang-Undang Alam Sekitar olehJabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Pusat Kecemerlangan JPSDaerah Seberang Perai Utara pada 10 Ogos 2015 yang dihadiri lebih kurang 70 orangkakitangan Skim Pengairan Sungai Muda. Tujuan utama taklimat ini adalah untukmemberi pendedahan kepada sistem pengurusan alam sekitar yang diamalkan di SkimPengairan Sungai Muda.
TAKLIMAT KESEDARAN EMS ISO 14001 DAN TAKLIMAT PERUNDANGAN
Para peserta khusyuk mendangar taklimat yang
disampaikan
Semua kena patuh undang-undang Alam Sekitar… Baru la
boleh kekalkan ISO 14001..
18RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
Pada 11 Ogos 2015 bersamaan 26 Syawal 1436 yang lalu JPS Daerah Seberang
Perai Tengah telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri. JPS Daerah
Seberang Perai Tengah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin
yang telah hadir dan menjayakan majlis tersebut.
Hadirin telah dijamu dengan pelbagai jamuan makanan yang dimasak secara
gotong-royong oleh kakitangan pejabat sendiri seperti menu nasi kampung ,
sambal petai special, gulai ikan talang marvelos, ulam2 , Cakoi, Teh’ Tarik
Champion, Cendol, dan lain-lain lagi. Yang paling istimewa ialah hidangan
kambing bakar.
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2015 JPS DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
Corat – coret sepanjang Jamuan Hari Raya Aidilfitri JPS SPT
19RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
LAWATAN JPS DAERAH HILIR PERAK SEMPENA KEMENANGAN JPS SEBERANG PERAI SELATAN DALAM PERTANDINGAN GOES GREEN
PERINGKAT KEMENTERIAN SUMBER ASLI
PULAU BURUNG – Lawatan ini diadakan pada 6 Ogos 2015 di Pintu Air Pulau
Burung , Seberang Perai Selatan.
Selaras dengan kemenangan JPS SPS di dalam Pertandingan JPS Goes Green
2014 ( Rumah Pam & Pintu Air ) yang lalu, ini menjadikan JPS SPS sebagai 'role
model' kepada JPS Daerah Hilir Perak, Perak untuk membuat rujukan dan melihat
dengan lebih dekat lagi aspek-aspek fizikal dan teori yang dilaksanakan oleh pihak
JPS SPS sehingga berjaya menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.
Hasil daripada lawatan ini, JPS Daerah Hilir Perak telah diberi penerangan secara
teori dan fizikal berdasarkan kepada empat (4) elemen pertandingan iaitu
Penjimatan Utiliti/Penjimatan Tenaga , Keceriaan & Kelestarian Struktur , Aktiviti-
aktiviti Kesedaran Goes Green dan akhir sekali Inisiatif, Idea Baru & Kreativiti.
Jurutera Daerah SPS menyampaikan
Cenderahati dari Ketua Rombongan
Sesi bergambar kenangan antara Staf JPS
SPS & JPS Daerah Hilir Perak
Antara Maklumat dan artikel yang terdapat di pusat info JPS SPS
20RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
NIBONG TEBAL – Majlis ini diadakan pada 13 Ogos 2015 di Rumah Pam Nibong
Tebal , Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang.
Perjumpaan Tuan Jurutera Daerah JPS SPS , En Zahid bin Zainal Abidin bersama
semua kakitangan JPS Seberang Perai Selatan adalah bertujuan untuk
membincangkan permasalahan dan perkara-perkara berbangkit yang ada di
antara semua kekitangan berkaitan kerja dan sebagainya. Majlis diteruskan
dengan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang disertai oleh semua
kakitangan JPS SPS dan wakil daripada JPS Daerah SPT , SPU , DTL , DBD dan
Ibu Pejabat.
Antara yang hadir adalah Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Ir Nasser Bin
Salim, Timbalan Pengarah (Pengairan & Saliran), Ir Ratna Rajah A/L
Sivapiragasam, Penolong Pengarah Kanan (Pengairan &Saliran), En Amphai A/L
Ee Bau dan Jurutera Daerah (JPS DBD), Ir Shahman bin Shaari.
Pihak JPS Seberang Perai Selatan mengucapkan terima kasih kepada semua
yang telah sudi hadir bersama-sama dalam majlis ini dan semoga bertemu lagi di
Syawal yang akan datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari JPS
Seberang Perai Selatan.
PERJUMPAAN JURUTERA DAERAH BERSAMA KAKITANGAN JPS SPS SERTA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H
DI JPS SEBERANG PERAI SELATAN
Kemeriahan Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Seberang Perai Selatan
21RENCAH MUTIARA
PERJUMPAAN JURUTERA DAERAH BERSAMA KAKITANGAN JPS DAERAH TIMUR LAUT DAN JAMUAN RAYA 2015
DAERAH TIMUR LAUT
Lebuh Macallum – Pada 4 Ogos 2015 yang lalu JPS Daerah Timur Laut telah
mengadakan satu perjumpaan di antara kakitangan dan juga Jurutera Daerah.
Antara tujuan perjumpaan tersebut adalah bagi mengetahui permasalahan yang
dihadapi oleh Operator Rumah Pam dalam menguruskan Kolam Kolam Takungan
Banjir S18 dan S10.
Selain itu, perjumpaan tersebut juga diadakan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri
2015 serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai dengan kakitangan
bawahan.
Jurutera Daerah bergambar kenangan bersama kakitangan
PROGRAM SANTAI JPS DAERAH TIMUR LAUT
Bukit Dumbar – Program Santai JPS Daerah Timur Laut telah diadakan pada 14
Ogos 2015 di gelanggang badminton Bukit Dumbar di antara Jurutera Daerah dan
juga kakitangan JPS DTL.
Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi melahirkan rakyat yang sihat dan
bebas dari gejala penyakit serta melahirkan masyarakat yang cintakan bidang
sukan.
Selain itu, program santai ini juga diadakan bagi menggalakkan dan mengekalkan
hubungan muhibbah di kalangan kakitangan JPS Daerah Timur Laut.
Sesi riadah di antara kakitangan JPS DTL
22RENCAH MUTIARA
DAERAH TIMUR LAUT
LAWATAN JPS JOHOR KE SISTEM AUTORAKE DI KOLAM TAKUNGAN BANJIR S18
Lebuh Macallum – Pada 15 September 2015, JPS Johor telah mengadakan
lawatan ke Sistem Autorake di Kolam Takungan Banjir S18 bagi melihat sendiri
Sistem Autorake tersebut beroperasi.
Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil Lantec Sdn Bhd dan
Penolong Jurutera Kanan JPS Daerah Timur Laut, Puan Nurjulia Binti Azami.
Sistem Autorake sedang beroperasi dan diperhatikan oleh wakil-wakil JPS Johor
23RENCAH MUTIARA
DAERAH BARAT DAYA
GOTONG ROYONG ANJURAN JKKK KAMPUNG BINJAI BERSAMA COMBI DI DAERAH BARAT DAYA
JPS DBD telah menghadiri gotong royong anjuran JKKK Kampung Binjai
bersama COMBI pada 23 OGos 2015 pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Tujuan gotong royong ini diadakan adalah untuk membanteras pembiakan
nyamuk Aedes.
Jurutera Daerah JPS DBD, Encik Shahman bin Shaari
turut bersama-sama dalam kerja-kerja gotong-royong
yang sedang giat dijalankan.
Hangpa angkat kot ataih… aku potong kot sini…
24RENCAH MUTIARA
RUANG TAKZIAH
Takziah kepada Pn. Rosnani Binti Badri (Pembantu Awam –
JPS SPU) dan keluarga atas kembalinya ke Rahmatullah Suami
tersayang (Allahyarham Azizi Bin Ali) pada 22.9.2015. Semoga
Roh Beliau sentiasa dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama
para sahabat Nabi dan orang-orang Beriman.
25RENCAH MUTIARA
S I D A N G R E D A K S IPENASIHAT
Kapt. (B) Ir. Haji Anuar Bin Hj. Yahya
KETUA EDITORIr. Ratna Rajah A/L Sivapiragasam
EDITORIr. Nasser Bin Salim
PENOLONG EDITORVinotha A/P Punudorai
PEREKA GRAFIKHasnal Bin Md Rouse
Mohd Fairuz Haji Abdul Wahab
JURUFOTOMohamad Nakhaie Bin Rashid
AHLI JAWATANKUASA BAHAGIANHasnal Bin Md Rouse (IT & INOVASI)
Mohd Fairuz Haji Abdul Wahab (BPSP & BSMA)Noraini Binti Shari (KORPORAT)
Azahar Bin Hashim (KHIDMAT PENGURUSAN)Yasmin Binti Umor (KHIDMAT PENGURUSAN)
Muhammad Hakim Bin Abdul Manaff (SUNGAI & PANTAI)Hj. Md. Zahari Bin Hassan (HIDROLOGI)Salihan Binti Hassan (TEBATAN BANJIR)Subaini A/P Ganasan (UKUR BAHAN)
Aziz Bin Saad (MEKANIKAL)Nazri Bin Abdullah (Kelab Sukan & Kebajikan)
AHLI JAWATANKUASA DAERAHSiti Zawani Binti Noordin (JPSDBD)
Saripah Binti Yaakub (JPSDTL) Hasrul Nizar Bin Abdullah (JPSSPU)Mohd Zaki Bin Jamaluddin (JPSSPT)Safarina Binti Che Emby (JPSSPS) EDISI
JUL – SEP
2015
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANG
TINGKAT 55, BANGUNAN KOMTAR
JALAN PENANG
10000 PULAU PINANG
Laman Web Jabatan : http://jps.penang.gov.my/
Emel: [email protected]
Facebook: [email protected]
Daerah Timur Laut
Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Timur Laut
Negeri Pulau Pinang
Paras 29, KOMTAR, 10000,
Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia
Tel : +604 650 5145
Fax : +604 262 8452
Seberang Perai Utara
Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara
Negeri Pulau Pinang
Lahar Ikan Mati,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang, Malaysia
Tel : +604 5751 223
Fax : +604 5754 622
Seberang Perai Tengah
Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Tengah
Pulau Pinang
Kompleks JPS SPT,
Jalan Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang, Malaysia
Tel : +604 5075 525
Fax : +604 5075 536
Seberang Perai Selatan
Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Selatan
Negeri Pulau Pinang
Kompleks Pejabat Kerajaan,
14200 Jawi,
Pulau Pinang, Malaysia
Tel : +604 5826 554
Fax : +604 5826 542
Daerah Barat Daya
Pejabat Jurutera Daerah, Daerah Barat Daya
Jalan Sungai Burong,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang, Malaysia
Tel : +604 866 6700
Fax : +604 866 0337