2015 Tugasan Projek Gsa1072 Feb 2015

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TUGASAN PROJEK TARIKH MULA 23 Februari 2015 TARIKH HANTAR 23 Mac 2015 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Mengumpul, menyusun, mempersembahkan data serta menterjemah dan membuat kesimpulan daripada perwakilan data. 2. Membuat pengiraan ukuran kecenderungan memusat, serakan dan perihalan data. 3. Menggunakan Taburan Normal sebagai model penyelesaian masalah. 4. Menentukan korelasi antara dua pembolehubah dan membuat interpretasi. 5. Mengaplikasi statistik dalam kehidupan seharian. Kerja kursus ini menilai Hasil Pembelajaran 1, 2 dan 4. Objektif Projek: Pelajar akan dapat: 1. Menginterpretasi data yang dikumpulkan berdasarkan nilai pekali korelasi dan gambar rajah serakan yang diplotkan. 2. Mengemukakan hujah berdasarkan histogram yang dihasilkan sama ada data yang dikumpulkan bertabur secara normal ataupun tidak. 3. Menilai kefahaman topik-topik mengenai statistik deskriptif. PROGRAM : PPISMP NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : GSA1072 STATISTIK ASAS SEMESTER / TAHUN : SEMESTER 1/2015

description

2015 Tugasan Projek Gsa1072 Feb 2015

Transcript of 2015 Tugasan Projek Gsa1072 Feb 2015

Page 1: 2015 Tugasan Projek Gsa1072 Feb 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWARTUGASAN PROJEK

TARIKH MULA 23 Februari 2015 TARIKH HANTAR 23 Mac 2015

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Mengumpul, menyusun, mempersembahkan data serta menterjemah dan membuat

kesimpulan daripada perwakilan data.

2. Membuat pengiraan ukuran kecenderungan memusat, serakan dan perihalan data.

3. Menggunakan Taburan Normal sebagai model penyelesaian masalah.

4. Menentukan korelasi antara dua pembolehubah dan membuat interpretasi.

5. Mengaplikasi statistik dalam kehidupan seharian.

Kerja kursus ini menilai Hasil Pembelajaran 1, 2 dan 4.

Objektif Projek:

Pelajar akan dapat:

1. Menginterpretasi data yang dikumpulkan berdasarkan nilai pekali korelasi dan gambar rajah

serakan yang diplotkan.

2. Mengemukakan hujah berdasarkan histogram yang dihasilkan sama ada data yang

dikumpulkan bertabur secara normal ataupun tidak.

3. Menilai kefahaman topik-topik mengenai statistik deskriptif.

Tugasan Projek (100%)Tugasan ini bertujuan untuk melatih pelajar agar mahir dalam asas statistik; dapat mentadbir,

menganalisis dan menterjemah data dengan tepat. Di samping itu, pelajar dapat menentukan korelasi

antara dua pembolehubah. Kemahiran TMK disepadukan dalam tugasan ini. Penguasaan teori dan

pengalaman praktikal yang dijalani sepanjang kursus boleh diaplikasikan dalam melaksanakan

tugasan ini.

PROGRAM : PPISMP NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : GSA1072STATISTIK ASAS

SEMESTER / TAHUN :SEMESTER 1/2015

Page 2: 2015 Tugasan Projek Gsa1072 Feb 2015

Tugasan Korelasi – individu (40 %)1. Kumpulkan satu set data yang bersesuaian untuk korelasi dan anda hendaklah mengenalpasti

dua pembolehubah. Data yang dikumpul hendaklah berkaitan dengan kehidupan seharian.

2. Bilangan data adalah sekurang-kurangnya 20 data dan boleh terdiri daripada data primer atau

sekunder.

3. Analisis data yang diperolehi dan cari nilai pekali korelasi secara manual. Seterusnya

bandingkan dapatan dengan menggunakan perisian komputer.

4. Plotkan gambar rajah serakan menggunakan perisian komputer seperti MS Excel atau perisian

yang lain.

5. Buat tafsiran nilai pekali korelasi dan gambarajah serakan yang diperolehi.

Tugasan Histogram – kumpulan (30%)1. Secara berkumpulan (2 – 3 orang), pilih satu set data tugasan korelasi daripada seorang ahli

kumpulan. Daripada data yang dipilih, lukis histogram dengan menggunakan selang kelas

yang seragam.

2. Seterusnya tentukan sama ada data tersebut bertabur secara normal ataupun tidak. Huraikan

dapatan anda.

Kuiz – individu (30%)1. Menyelesaikan soalan kuiz berdasarkan statistik deskriptif.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan adalah secara individu (tugasan korelasi dan kuiz) dan kumpulan (2 – 3 orang)

(tugasan histogram).

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

a. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini

b. Fon Arial

c. Saiz huruf - 11

d. Langkau 1.5 baris

e. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association)

f. Lampiran adalah wajib

4. Panjang tugasan adalah antara 10 hingga 15 muka surat. (termasuk bahan artikel)

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan muka surat

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan

7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam empat minggu

Page 3: 2015 Tugasan Projek Gsa1072 Feb 2015

8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 100%.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-kriteria Berikut : 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :

a) Persembahan data yang jelas.

b) Analisis korelasi dan nilai pekali korelasi. Perbandingan secara manual dan menggunakan perisian komputer.

c) Gambar rajah serakan menggunakan perisian komputer.

d) Histogram dilukis menggunakan selang kelas yang seragam.

e) Huraian sama ada data bertabur secara normal atau tidak.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong tugasan ini hendaklah dikemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

5. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.

6. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam

menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

Kriteria PermarkahanTugasan akan disemak berdasarkan rubrik permarkahan yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh Disemak oleh:

……………………………….. ……………………………………………(SHUIB BIN ABDUL HAMID) (PN. SHAMSIAH BINTI ABD SAMAD)Penyelaras Kursus GSA1072 Pakar Bidang (SME) GSA1072Jabatan Matematik Jabatan MatematikIPGK Raja Melewar. IPGK Raja Melewar

Disahkan oleh:

………………………………………………………………….(PN. HJH FATIMAH ROZIHAN BINTI WAN MUHAMMAD)Ketua Jabatan MatematikJabatan MatematikIPGK Raja Melewar