2015-UP2-PSK-T3

8
Bahagian A: Soalan Objektif (30 Markah) Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Apakah persamaan yang menjadi prinsip ajaran pelbagai agama di negara ini A Mewajibkan manusia mencari kekayaan B Mendorong manusia mempertikaikan amalan agama masing-masing C Mendidik manusia ke arah kebaikan D Menafikan kewujudan Tuhan sebagai Pencipta segala-galanya 2. Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada A 31 Ogos 1943. B 31 Ogos 1957. C 31 Ogos 1967. D 31 Ogos 1977. 3. Parlimen merupakan sebuah badan perundangan, badan kehakiman dan A badan eksekutif. B badan pelaksana. C badan induk. D badan pendamaian. 4. Pilih penyataan yang menunjukkan ketertinggian perlembagaan. A Merupakan undang-undang yang boleh digubal pada bila-bila masa. B Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. C Undang-undang yang dimonopoli oleh satu kaum sahaja. D Ada kuasa terbatas pada setiap masa. 5. Pilih penyataan yang menunjukkan tindakan yang wajar dilakukan oleh rakyat untuk mengakui keluhuran perlembagaan. A Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang. B Mengamalkan undang-undang tanpa prasangka. C Menerima undang-undang dan peraturan dengan bersyarat. D Memahami dan mempelajari peraturan dan undang-undang negara. 6. Ciri-ciri kerajaan Malaysia yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah A Malaysia negara yang adil. B Malaysia negara demokrasi. C Malaysia negara ASEAN. D Malaysia mempunyai raja berperlembagaan. 7. ‘Hukum Kharma’ dalam agama Buddha dan Hindu menegaskan bahawa A setiap manusia akan menemui ajalnya pada suatu hari nanti B kepercayaan kepada Tuhan merupakan elemen penting dalam kehidupan

description

PSK Tingkatan 3

Transcript of 2015-UP2-PSK-T3

Page 1: 2015-UP2-PSK-T3

Bahagian A: Soalan Objektif (30 Markah)Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Apakah persamaan yang menjadi prinsip ajaran pelbagai agama di negara ini A Mewajibkan manusia mencari kekayaanB Mendorong manusia mempertikaikan amalan agama masing-masing

C Mendidik manusia ke arah kebaikanD Menafikan kewujudan Tuhan sebagai Pencipta segala-galanya

2. Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada A 31 Ogos 1943. B 31 Ogos 1957. C 31 Ogos 1967. D 31 Ogos 1977.

3. Parlimen merupakan sebuah badan perundangan, badan kehakiman dan A badan eksekutif.

B badan pelaksana. C badan induk.

D badan pendamaian.

4. Pilih penyataan yang menunjukkan ketertinggian perlembagaan. A Merupakan undang-undang yang boleh digubal pada bila-bila masa. B Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. C Undang-undang yang dimonopoli oleh satu kaum sahaja. D Ada kuasa terbatas pada setiap masa.

5. Pilih penyataan yang menunjukkan tindakan yang wajar dilakukan oleh rakyat untuk mengakui keluhuran perlembagaan.

A Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang. B Mengamalkan undang-undang tanpa prasangka. C Menerima undang-undang dan peraturan dengan bersyarat. D Memahami dan mempelajari peraturan dan undang-undang negara.

6. Ciri-ciri kerajaan Malaysia yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah A Malaysia negara yang adil.

B Malaysia negara demokrasi. C Malaysia negara ASEAN.

D Malaysia mempunyai raja berperlembagaan.

7. ‘Hukum Kharma’ dalam agama Buddha dan Hindu menegaskan bahawa A setiap manusia akan menemui ajalnya pada suatu hari nanti

B kepercayaan kepada Tuhan merupakan elemen penting dalam kehidupan C setiap tindakan manusia akan mendapat pembalasan Tuhan

D amalan bersembahyang harus ditunaikan

8. Parlimen dan dewan yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan

A Dewan Negara.B Dewan Persekutuan.

C Dewan Parlimen.D Dewan Senat.

Page 2: 2015-UP2-PSK-T3

9. Suruhanjaya yang bertanggungjawab untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah

A Suruhanjaya Reid.B Suruhanjaya Pangkor.

C Suruhanjaya Cobbold.D Suruhanjaya Gurney.

10. Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada______ bahagian, ____________ perkara. A 16; 185

B 13; 180 C 15; 183

D 15; 185

11. Perlembagaan Malaysia A memberikan kuasa mutlak kepada Raja. B menentukan cara sesebuah negara ditadbir. C menentukan sifat pemimpin negara. D memberikan kebebasan kepada rakyatnya dalam segala hal.

12. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan A Sistem republik. B Sistem raja berperlembagaan. C Sistem demokratik. D Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

13. Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial dengan A mengakibatkan jurang ekonomi yang ketara. B menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. C menentukan rangka dan bentuk pemerintahan untuk menerajui negara. D mewujudkan pengagihan saksama dari segi pembangunan negara keseluruhannya.

14. Antara berikut, yang manakah benar mengenai nilai dan prinsipnya? A Ikhlas - berdisiplin dan menepati janji B Amanah–mengelak daripada melakukan penyelewengan dari segi masa, kuasa dan tenaga C Berdisiplin – berusaha bersungguh-sungguh mencapai kesempurnaan dalam hidup D Berperibadi mulia – mempamerkan etika kerja dan profesionalisme yang tinggi

15. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terpaksa dipinda pada tahun 1963 kerana A mendapat tentangan kaum India dan China. B perubahan pucuk pimpinan. C rang undang-undang yang sedia ada tidak sesuai dengan keadaan semasa. D penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak.

16. Pada tahun 1957, perlembagaan yang dibentuk dinamakan A Perlembagaan Malayan Union.

B Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. C Perlembagaan Malaysia.

D Perlembagaan Tanah Melayu.

Page 3: 2015-UP2-PSK-T3

17. Perkara yang diambil perhatian oleh Suruhanjaya Reid ketika menggubal Perlembagaan Tanah Melayu ialah

A hak istimewa orang Melayu.B kedudukan residen.

C kedudukan ekonomi kaum pendatang.D menyediakan orang Melayu berkerajaan sendiri.

18. Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai ketua negara, namun baginda tidak boleh mengatasi tahap ketertinggian perlembagaan. Penyataan ini berkaitan dengan

A perlembagaan mempunyai kuasa veto. B kedudukan Yang di-Pertuan Agong lebih tinggi daripada perlembagaan negara. C kuasa yang ada tertakluk di bawah perlembagaan. D Yang di-Pertuan Agong menjadi lambang ketertinggian perlembagaan.

19. Kesan buruk yang mungkin berlaku ke atas negara kita sekiranya tidak mempunyai perlembagaan ialah

A negara menjadi huru-hara. B rakyat hidup dengan aman. C Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa terhad. D pemimpin tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya.

20. Mengapakah prinsip dan ajaran agama penting diamalkan? A Merupakan tanggungjawab setiap individu B Merupakan warisan nenek moyang C Untuk membentuk masyarakat yang berdaya maju D Untuk menghalang daripada melakukan perkara yang tidak baik

21. Penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia menyebabkan Perlembagaan Persekutuan ini telah dipinda oleh

A Suruhanjaya Reid.B Suruhanjaya Cobbold.

C Suruhanjaya Pilihan Raya.D Suruhanjaya Khas.

22. Mengapakah Perlembagaan Malaysia telah mengalami beberapa pindaan? A Untuk menjamin keselamatan serantau. B Untuk melindungi kepentingan pendatang asing. C Supaya relevan dengan keperluan semasa. D Untuk mengeratkan hubungan dua hala.

23. Bilakah Malayan Union diperkenalkan? A Pada tahun 1945. B Pada tahun 1946. C Pada tahun 1951. D Pada tahun 1963.

24. Pilih penyataan yang tepat tentang peranan bahasa kebangsaan kita. A Memupuk perpaduan.

B Menjaga keamanan. C Merapatkan hubungan kekeluargaan.

D Mengukuhkan politik negara.

Page 4: 2015-UP2-PSK-T3

25. Pilih cara yang tepat untuk meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan di negara ini. A Belajar bahasa itu.

B Kurikulum yang sama di sekolah. C Dalam pertuturan harian.

D Dalam surat-menyurat.

26. Antara berikut yang manakah nilai-nilai sejagat yang ditekankan dalam setiap agama?I. KebaikanII. KesetiaanIII. KebersihanIV. Kewajipan sosial

A I, II dan III B I, III dan IV C II, III dan IV D Semua di atas

27. Apakah tujuan penganut agama Hindu membawa kavadi semasa perayaan Thaipusam? A Membuang dosa B Berniat terhadap sesuatu yang dihajati C Menghilangkan penderitaan D Membayar nazar kepada Tuhan

28. Apakah nama kitab agama bagi orang Sikh A Nishan Sahib

B Guru Granth Sahib C Kara D Vaisakhi

29. Buah apakah yang dipecahkan dalam upacara sembahyang semasa perayaan Deepavali dan Thaipusam?A Pisang

B Mangga C Kelapa D Limau

30. Pemberian angpau semasa Tahun Baru Cina hanya kepada golonganA yang sudah berkahwinB yang tinggal jauh dari keluarga

C muda yang belum berkahwinD kurang upaya

Page 5: 2015-UP2-PSK-T3

BAHAGIAN B: Soalan Struktur (30 markah)

1. Lengkapkan peta konsep tentang sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia

(20 markah)

SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

1 April 1946 -

1 Februari 1948 -

27 Julai 1955 -

1956 -

15 Ogos 1957 -

31 Ogos 1957 -

11 Mei 1946 -

27 Mei 1961 -

April 1962 -

16 Sept 1963 -

Page 6: 2015-UP2-PSK-T3

2. Jawab semua soalan di bawah

a. Apakah maksud Perlembagaan

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

(2 markah)

b. Beri empat kepentingan perlembagaan kepada negara dan rakyat Malaysia

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

(4 markah)

c. Sebagai warganegara, nyatakan cara kamu menyanjung keluhuran Perlembagaan Malaysia

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

(2 markah)

d. Terangkan maksud Sistem Demokrasi Berparlimen seperti yang diamalkan oleh Malaysia

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

(2 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT. SELAMAT BERJAYA