20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm

17
Melayu? bangsa Melayu? bahasa Melayu? salasilah bahasa Melayu? 1 abrymd/2014

Transcript of 20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm

Page 1: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

Melayu?bangsa Melayu?bahasa Melayu?salasilah bahasa Melayu?

1abrymd/2014

Page 2: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

tinjauan dari sudut etimologi

- kajian asal usul - sejarah sesuatu perkataan

sehingga kini, asal usul bahasa Melayu masih kabur

perlukan kajian berterusan secara lebih mendalam

2abrymd/2014

Page 3: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

dikaitkan dengan kerajaan dan kawasan

malaikurram atau malayakolam (perkataan Sanskrit), iaitu Tanjung Kuantan (M.Ptolemy)

dalam kitab Hindu purba zaman Gautama Buddha, Purana, wujud istilah Malaya dvipa, sebuah tempat bernama Pulau Sumatera.

3abrymd/2014

Page 4: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

pada zaman Dinasti T’ang 644 – 645 M wujud istilah Mo-lo-yu atau Mo-lo-yue sebuah kerajaan di Jambi di dalam daerah Palembang – utusan persembahkan hasil pertanian kepada raja China

berdasarkan catatan rahib Buddha (I-Tsing) dari Canton ke India dalam tahun 675 M

Jambi ialah jajahan takluk Sriwijaya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

dalam pengajaran bahasa Sanskrit dan agama Buddha

bahasa Melayu jadi bahasa rasmi Sriwijaya

4abrymd/2014

Page 5: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

dalam kerajaan Sriwijaya, bentuk bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno atau K’un-lun (merujuk kepada hamba abdi di China) atau bangsa yang tinggal di Pulau Kundur

perkataan “Melayu” juga tertulis di belakang sebuah patung yang dijumpai di Padang Rocore, Sumatera Selatan pada 1286 M

5abrymd/2014

Page 6: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

dalam buku Sejarah Melayu, bukti “Melayu” dikaitkan dengan Sungai Melayu di Palembang

ada kajian menunjukkan perkataan “Melayu” dipinjam daripada bahasa Jawa kuno, iaitu mlayu (mengembara) – orang Melayu berpindah dari Yunan ke kawasan selatan

wujud perkataan Malayapura (Kota Melayu atau Kerajaan Melayu) pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat

6abrymd/2014

Page 7: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

rumusan oleh Abdullah Jumain bahawa istilah “Melayu” bermula di Jambi yang kemudiannya berkembang pada zaman kerajaan Sriwijaya

perkembangan tersebut menjadi semakin meluas pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam pentadbiran dan adat istiadat

7abrymd/2014

Page 8: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153, istilah “Melayu” merujuk kepada seseorang yang dapat menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, mengamalkan adat istiadat Melayu dan menganut agama Islam

dengan tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka kira-kira 1400 M, konsep kerajaan atau kawasan telah berubah kepada orang di dalam daerah dan penggunaan bahasa

nenek moyang orang Melayu berasal dari Asia Tengah dikenali Melayu-Deutro dan Melayu-Proto

Melayu ialah penduduk asal di Nusantara

8abrymd/2014

Page 9: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

pada abad ke-17, istilah “Melayu” digunakan secara lebih meluas yang mencakupi suku bangsa serumpun di Nusantara

pada tahun 1972, UNESCO memberikan pengertian terhadap istilah “Melayu” yang merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar

9abrymd/2014

Page 10: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

bangsa Melayu tinggal di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah (termasuk berdekatan Brunei), Sarawak (Bahagian Pertama dan Kuching), Brunei, Singapura, sepanjang pantai Kalimantan Barat, Selatan dan Timur, pantai timur Sumatera, kepulauan Melayu Riau, Bangka, Banda, Belitung, Natuna dan Lingga, selatan Thailand, terutamanya di Pattani, selatan Filipina serta gugusan Pulau Sulu dan Palawan, Champa di selatan Indo-China dan kawasan-kawasan penghijrahan bangsa Melayu seperti di Madagaskar, Sri Lanka dan Afrika Selatan

10abrymd/2014

Page 11: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

beberapa kajian telah dilakukan oleh ahli arkeologi dan linguistik untuk memperoleh kepastian tentang asal usul penutur bahasa Melayu

terdapat dua teori asal usul, iaitu kawasan Asia Tengah dan Nusantara

11abrymd/2014

Page 12: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

kawasan ASIA TENGAH berdasarkan teori ini, orang Melayu

berasal dari selatan China atau Yunan atau Burma melalui dua kelompok perpindahan dari utara ke selatan, iaitu Melayu Proto (P. Sarasin dan F. Sarasin) dan Melayu Deutro – diperkuat oleh kajian Von Heine Geldern pada tahun 1932

ini dibuktikan dengan terjumpanya beliung-beliung batu bersegi panjang di Sungai Hwang Ho, Sungai Yangtze, Sungai Salween, Sungai Irrawady dan Sungai Brahmaputra. Bentuk beliung-beliung sama seperti yang dijumpai di Nusantara

12abrymd/2014

Page 13: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

J. R. Logan, pengkaji budaya dan adat resam berpendapat wujud persamaan antara adat resam orang Melayu dengan kaum Naga di Assam, Burma yang disokong oleh G. K. Nieman dan R. M. Clark

Hendrik Casper Kern mendapati bahasa Melayu mempunyai persamaan dengan bahasa Filipina, Madagaskar dan Taiwan

Van Der Tuck (1916), H. Kern (1965) dan J. L. Brandes (1884) yang mengkaji fonetik bahasa-bahasa Austronesia mendapati ada persejajaran bunyi dalam kelompok bahasa di Nusantara

13abrymd/2014

Page 14: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

kawasan NUSANTARA orang Melayu tidak datang dari luar, tetapi

memang sedia ada di Nusantara buktinya ialah bahasa Melayu mempunyai

kekerabatan dengan bahasa Polinesia, Melanesia dan Mikronesia – persamaan dari segi bentuk kata dan struktur bahasa (William Marsden)

C. A. Mees juga mendapati bahasa dari rumpun Austronesia mempunyai banyak persamaan dari segi tatabahasa, sistem imbuhan dan susunan tatabahasa

14abrymd/2014

Page 15: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

John Crawfurd mendapati tanah asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa berasaskan perkembangan kebudayaan yang sangat menonjol berbanding kawasan-kawasan lain di Nusantara

pencairan glasier menyebabkan beberapa wilayah terpisah yang menyebabkan perpindahan kelompok masyarakat dari satu daratan ke satu daratan – buktinya ialah pemisahan Pentas Sunda (Nusantara) dengan Pentas Sahul (Australia dan New Guinea)

15abrymd/2014

Page 16: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

bukti daripada kajian tengkoraktengkorak Pithecanthropus Mojokerta di Nusantara berusia 670 000 tahun; tengkorak Pithecanthropus Trinil berusia 600 000 tahunBERBANDINGtengkorak Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) hanya berusia kira-kira 550 000 tahun

16abrymd/2014

Page 17: 20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm

17abrymd/2014