20150601095831 BMK-Aktiviti Penyampaian

30

description

aktiviti penyampaian pidato

Transcript of 20150601095831 BMK-Aktiviti Penyampaian

  • Definisi Pidato

    Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan & menjelaskan sesuatu tajuk

  • Memberi peneranganMemberi keyakinan kepada pendengarMemberitahu pendengar tentang sesuatu topik/perkaraMempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian
  • Pembuka kata

    Menyatakan penghargaan kepada hadirin & pihak2 tertentu

    Menarik minat & membina keyakinan pendengar

    Bahagian permulaan/pendahuluan kepada isi tajuk pidato

    Isi atau amanat

    Merupakan bahagian terpenting

    Perlu diberikan penekanan

    Penutup isi/amanat

    Kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi

  • Penutup pidato

    Bahagian yang terakhir

    Pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat.

    Contoh; pihak penganjur

    Melafazkan ribuan ampun & maaf

    Menyampaikan harapan

  • Mengetahui tujuan pidato, sama ada penerangan, menyampaikan maklumat, memberi inspirasi atau memujuk/mempengaruhiMenganalisa pendengar

    Apakah jenis & tujuan majlis

    Siapakah bakal pendengar

    Bilangan pendengar

    Minat pedengar

    Tahap ilmu pengetahuan pendengar, kelulusan @ kelayakan

    Sikap pendengar

    Jantina

    umur

  • Mengumpul maklumatMenyusun maklumat & mengelompokkan kepada 3 kategori utama;

    Fakta yang wajib disampaikan

    Fakta yang harus dimasukkan untuk tujuan memantapkan lagi pidato

    Fakta yang dimasukkan jika perlu/masa mengizinkan

    Menganggarkan masaPerlu meneliti tempat pidato sama ada di dewan/ di luar dewanKenalpasti kemudahan-kemudahan lain
  • Sampaikan salam mengikut kesesuaian majlisMenyampaikan kata-kata aluanMenarik minat & keyakinan pendengar melalui;

    Penyataan fakta yang memberangsangkan

    Kenyataan yang proaktif

    Soalan yang membangkitkan minat & perasaan ingin tahu

    Petikan/data yang memeranjatkan pendengar

    Menyatakan/memperkenalkan tajuk keseluruhan pidato dengan mengetengahkan beberapa idea utama
  • PEMILIHAN KATAPEMILIHAN AYATPENYUSUNAN FAKTAKESEPADUANKOHERENPERTAUTANRINGKAS & TEPAT
  • Memulakan pidato dengan keyakinan tinggi

    Pandang tepat kepada pendengar

    Pengaliran idea secara berterusan

    Berhenti seketika pada tiap-tiap akhir penyampaian sesuatu fakta

    Kawalan masa-tepat mengikut masa yang ditetapkan

    Elakkan penggunaan wacana seperti; eh, em, ya

    Penyampaian mesti mengikut tempo yang sebenar

  • Nada tinggi & penuh bersemangat

    Nada perlahan untuk merayu/meminta simpati

    Nada sederhana tetapi mesra untuk memujuk

    Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi pendengar

    Nada tinggi & suara lantang apabila membakar emosi

  • Pemilihan perkataan yang tepat dan bahasa yang gramatisAras bahasa yang sesuai dengan pendengarMenyelitkan unsur-unsur keindahan bahasa, seperti pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaanPenggunaan ayat yang mampu mempengaruhiPenggunaan laras yang sesuaiPenggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab
  • Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah diselaraskan untuk menekankan faktaJangan kaku & terlalu berlebihanMenggunakan mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, senyum apabila gembira, sedih apabila gundah, marah apabila emosi tinggiPandang tepat ke arah pendengarSelitkan unsur humorPakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis
  • Perlu membuat rumusan keseluruhan & menegaskan pendirianGunakan nada suara yang lantangMenggunakan unsur-unsur keindahan bahasaTinggalkan pendengar dengan soalan rangsangan untuk renungan dan penilaianMengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibatMemohon maaf kepada para hadirin
  • Tajuk : Ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera

    Yang Mulia saudara pengerusi majlis, yang dihormati pensyarah penasihat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

    Ke arah pengisian wawasan pendidikan, begitulah bunyinya tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada petang ini.

  • Isi pertama

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

    Wawasan 2020 merupakan satu cita-cita besar untuk mengangkat maruah, martabat dan harga diri bangsa Malaysia. Bekas Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir b. Mohamad, ingin mewujudkan sebauh negara yang maju menjelang 2020. Beliau telah mengajak seluruh rakyat Malaysia memandang masa hadapan bangsa dan negara secara optimistik. Hasrat ini telah disuarakan oleh beliau dalam pembentangan kertas kerja beliau yang berjudul Malaysia Melangkah ke Hadapan, dalam Majlis Perdagangan Malaysia yang telah diadakan pada 28 Februari 1991.

    Kini Ungkapan Wawasan 2020 sudah begitu biasa didengar kerana amat

  • Isi Peneguhan

    Demikianlah cabaran-cabaran yang perlu kita hadapi untuk mencapai wawasan pendidikan. Sebagai pendidik, kita perlu faham dan menghayati wawasan pendidikan dan apa yang perlu dilakukan untuk mengisi wawasan itu.

    Arak-arak kelapa puan.

    Tidak puan kelapa bali

    Mereka mengharap kepada tuan-tuan,

    Tidak tuan siapa lagi?

  • Penutup

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Setakat ini pidato saya petang ini. Semoga apa yang saya sampaikan tadi boleh mendatangkan manfaat kepada kita semua. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan dan keterlanjuran budi bicara.

    Sekian, terima kasih.

  • CARA MENYAMPAIKAN TAKLIMAT

    KEMAHIRAN MENTAKRIFKAN

    Dalam sesi taklimat yang memaklumkan idea-idea, kemahiran mentakrifkan sangat penting

    Contoh : menjelaskan makna-makna yang tepat tentang istilah-istilah dan idea-idea yang sedang dibincangkan

  • KEMAHIRAN MENJELASKAN

    Lazimnya beberapa perkara baru diperkenalkan

    Penjelasan-penjelasan perlu untuk menyediakan hujah-hujah yang lengkap terutamanya kepada maklumat-maklumat asas

  • KEMAHIRAN MENUNJUKKAN

    Memerlukan komunikator membuat demonstrasi atau tunjuk arah

    Perlu bersedia

  • KEMAHIRAN MEMBEZAKAN

    Membezakan untuk membandingkan dua perkara atau keadaanBertujuan untuk menyedarkan khalayak antara yang sama dan yang berbeza
  • KEMAHIRAN MELAPORKAN

    Ada ketikanya melaporkan dalam bentuk laporanKemahiran komunikator menyampaikan laporan yang baik ialah objektif lengkap dan tepat sangat diperlukan
  • MAKLUMAT

    EDARAN

    BERTULIS

    BAHAN/

    ALAT BANTU

    PROJEKTOR

    OVERHEAD

    (OHP)

    CARTA/

    GAMBAR RAJAH

    FILEM SLAID

    PITA VIDEO

  • TAJUK : MUZIUM PERAK
    OLEH : KURATOR MUZIUM

    Terima kasih saudara Pengerusi Majlis yang dihormati, Guru Besar Sekolah, Yang dikasihi Guru Penasihat Persatuan Kajian Tempatan, serta hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat pagi.

    Saya selaku Kurator Muzium Perak, terlebih dahulu ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kerana pihak Persatuan Kajian Tempatan kerana sudi menjemput saya untuk memberi sedikit maklumat tentang Muzium Perak ini.

    Untuk tidak membuang masa lagi, marilah kita bersama-sama meninjau kembali sejarah Muzium Perak ini. Muzium ini terletak di Jalan Taming sari, Taiping an merupakan muzium yang tertua di Malaysia. Muzium Perak telah diasaskan pada tahun 1883 oleh Inggeris secara berperingkat-peringkat. Pembinaan keseluruhan bangunan utama muzium ini siap dalam tahun 1903 dan merangkumi empat buah balai pameran utama dan sebuah pejabat serta perpustakaan.

    Sapaan BiasaSalamKata alu-aluanPengenalan Muzium dan Sejarah Ringkas
  • Koleksi bahan-bahan pameran memainkan peranan penting dalam penambahan jumlah bangunan muzium ini. Sejak penubuhannya, koleksinya ditumpukan kepada bahagian zoologi, herbarium, arkeologi dan ethnologi. Beberapa buah buku juga dijilid tahun demi tahun untuk perpustakaan. Sehingga kini, muzium ini mempunyai koleksi lebih kurang 127 ekor binatang, lima rangka binatang, 637 ekor burung, 117 jenis ikan dan 15 ekor reptilia. Bahagian herbarium mengandungi 200 batang pokok, bahagian ethnologi pula mempunyai 412 buah barang dan bahagian erkeologi pula mempunyai 107 barang-barang batu.

    Para hadirin sekalian,

    Pada masa sekarang, muzium ini sedang mengadakan pameran senjata zaman batu dan seterusnya akan mengadakan Hari Muzium Terbuka yang akan dirasmikan oleh D.Y.T.M Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin.

    Kandungan TaklimatKandungan taklimat
  • Setakat inilah sahaja taklimat saya tentang Muzium Perak. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila kemukakan kepada saya dalam sesi soal jawab selepas ini. Terima kasih.

    PenutupSoal jawab