2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN...

30

Transcript of 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN...

Page 1: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00
Page 2: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00
Page 3: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

BIL UNDANG —UNDANG KECIL ASAL UNDANG –UNDANG KECIL PINDAAN

2. Kelayakan menjadi anggota

11. (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka

kepada semua pegawai dan warga kerja TEKUN

Nasional, subsidiari TEKUN Nasional dan juga

Koperasi Rakan TEKUN Berhad.

Kelayakan menjadi anggota (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada :

(a) Pegawai dan warga kerja TEKUN

Nasional;

(b) Pegawai dan warga kerja TEKUN

Nasional yang telah bersara yang

sudah menjadi anggota

sebelum bersara;

(c) Usahawan-usahawan TEKUN

Nasional ;

(d) Warga kerja Subsidiari TEKUN

Nasional; dan

(e) Warga kerja Koperasi Rakan

TEKUN Berhad.

2016 /2017

LAPORAN TAHUNAN

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 APRIL 2017

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

KALI KEDUA TAHUN 2017

PADA : 21 DISEMBER 2017 (KHAMIS)

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN AUDITORIUM TEKUN NASIONAL

TINGKAT 7 TOWER 2 BANDAR TASIK SELATAN

KUALA LUMPUR

Page 4: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

JATI DIRI KOPERASI

_______________________________________________

Definasi Koperasi

Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi.

Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang lain.

PRINSIP PERTAMA: Keanggotaan Sukarela dan Terbuka Koperasi adalah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna perkhidmatannya dan yang sedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina, lapisan masyarakat, bangsa, politik mahupun agama.

PRINSIP KEDUA: Kawalan Demokrasi oleh Anggota Koperasi organisasi demokratik yang dikawal oleh anggotanya mengambil bahagian secara aktif di dalam usaha menentukan dasar dan membuat keputusan. Lelaki dan wanita yang berkhidmat sebagai wakil yang dipilih bertanggungjawab kepada semua anggota. Di dalam Koperasi Asas, anggotanya mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu ahli satu undi) dan koperasi-koperasi di tahap lain disusun secara demokrasi. PRINSIP KETIGA: Penglibatan Ekonomi Oleh Anggota Setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu secara demokrasi. Sekurang- kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi harta bersama koperasi itu. Pada umumnya, anggota yang menyumbangkan modal sebagai syarat keanggotaan akan menerima pulangan terhad, jika ada. Anggota akan membahagikan lebihan atau keuntungan kepada tujuan berikut: memajukan koperasi mereka mungkin melalui rezab yang sebahagian daripadanya tidak boleh diagih-agihkan kepada anggota; memanfaatkan anggota mengikut nisbah urusniaga mereka dengan koperasi itu, dan membantu kegiatan lai yang dipersetujui oleh keanggotaan.

PRINSIP KEEMPAT: Autonomi dan Kebebasan

Koperasi adalah organisasi berautonomi dan berdikari yang dikawal oleh anggotanya. Jika koperasi itu membuat

perjanjian dengan organisasi lain termasuk kerajaan, atau mendapat modal daripada sumber luar, maka ia harus

memelihara prinsip kawalan demokrasi oleh keanggotaan sambil autonomi koperasi itu dikekalkan.

PRINSIP KELIMA: Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta kakitangan

supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada pembangunan koperasi mereka. Koperasi

memberi maklumat kepada rakyat umum khususnya kepada remaja dan pemimpin masyarakat.

PRINSIP KEENAM: Bekerjasama di antara koperasi

Koperasi berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan dan ia memperkukuhkan Gerakan

Koperasi jikalau ia bekerja bersama-sama dengan struktur koperasi lain, setempat, nasional, serantau dan

antarabangsa.

PRINSIP KETUJUH: Berprihatin terhadap Masyarakat

Koperasi berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya memlalui dasar-dasar yang

dipersetujui oleh anggotanya.

Nilai-nilai Koperasi

Prinsip-prinsip Koperasi

BIL UNDANG -UNDANG KECIL ASAL UNDANG –UNDANG KECIL PINDAAN

1. Aktiviti

9. (1) Bagi mencapai matlamat dan fungsi

menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8

khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada pe-

runtukan Akta dan peraturan-peraturan-

menjalankan aktiviti berikut:

(i) mengadakan kemudahan

untuk membolehkan

anggota menyimpan

sebahagian daripada

pendapatannya dan

memberi pembiayaan

mengikut syariah kepada

mereka bagi maksud

yang berfaedah;

(ii) Perkhidmatan Ar-Rahnu;

(iii) perkhidmatan takaful dan

tabung khairat;

(iv) pembangunan hartanah;

(v) perladangan dan industri

asas tani;

(vi) pemborongan dan

peruncitan;

(vii) industri pelancongan;

(viii) perniagaan import dan

export;

(ix) pembekalan barangan

premium dan barangan

pengguna;

(X) pengurusan acara; dan

(xi) perniagaan jual beli

emas;

Aktiviti

9. (1) Bagi mencapai matlamat dan fungsi

menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya,

Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan

peraturan-peraturan-

menjalankan aktiviti berikut:

(i) mengadakan kemudahan

untuk membolehkan anggota

menyimpan sebahagian

daripada pendapatannya dan

memberi pembiayaan

mengikut syariah kepada

mereka bagi maksud yang

berfaedah;

(ii) Perkhidmatan Ar-Rahnu;

(iii) perkhidmatan takaful dan

tabung khairat;

(iv) pembangunan hartanah;

(v) perladangan dan industri asas

tani;

(vi) pemborongan dan peruncitan;

(vii) industri pelancongan;

(viii) perniagaan import dan export;

(ix) pembekalan barangan

premium dan barangan

pengguna;

(X) pengurusan acara;

(xi) perniagaan jual beli emas;

(xii) menjalankan aktiviti

pelancongan, perhotelan, eco-

tourism dan perkhidmatan

agensi;

(xiii) menjalankan aktiviti

skim pembiayaan mikro ;

(xiv) menjalankan perkhidmatan

telekomunikasi;

(xv) menjalankan aktiviti berkaitan

teknologi hijau, solar , minyak

dan gas; dan

(xvi) menjalankan perkhidmatan

katering ,restoran dan farmasi.

Page 5: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

BAHAGIAN 5 :

PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL

LOGO KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD

Logo Koperasi Rakan TEKUN Berhad (KRTB) di ilhamkan dari singkatan nama koperasi itu

sendiri yang mana ianya menjadi mercu tanda bagi KRTB

Bentuk dan tulisan ini mengambarkan ke eratan gabungan ahli didalamnya serta warna biru yang

merupakan warna resmi Koperasi Rakan TEKUN Berhad ( KRTB ). Bagi huruf T yang berwarna

merah dimana koperasi ini bernaung di bawah TEKUN Nasional.

Logo ini juga mengambarkan KRTB sebagai sebuah koperasi yang unggul dengan memenuhi

keperluan dan matlamat anggota-anggotanya berasaskan prinsip–prinsip dan nilai–nilai

keusahawanan selain menjadi sebuah koperasi yang menyediakan perkhidmatan cemerlang

kepada anggota dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota

Page 6: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

SEPINTAS LALU

Koperasi Rakan TEKUN Berhad ( KRTB ) baru ditubuhkan pada 14 Ogos 2015 oleh pihak

pengurusan TEKUN Nasional. Penubuhan ini bertujuan untuk menjadikan KRTB sebagai sebuah

koperasi yang unggul dengan memenuhi keperluan dan matlamat anggota-anggotanya berasaskan

prinsip–prinsip dan nilai–nilai keusahawanan.

Misi KRTB adalah menjadi sebuah koperasi yang menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada

anggota dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota.

Penubuhan KRTB adalah untuk mencari sumber tambahan kepada anggota yang bakal menjadi

ahli dan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan

adalah berbentuk jangka pendek dan juga jangka panjang. Penubuhan KRTB akan memberi impak

yang menyeluruh kepada usahawan dalam bentuk dana, latihan dan tambah nilai perniagaan yang

diceburi.

PENGURUSAN KRTB

KRTB dikendalikan seramai 9 orang Anggota Lembaga yang telah dilantik di dalam Mesyuarat

Agung Permulaan pada 2 Jun 2015 dengan dibantu oleh 7 orang kakitangan sepenuh masa. Di

samping itu, Anggota Lembaga juga sedang dalam perancangan untuk menambah beberapa orang

lagi kakitangan bagi menganggotai Jawatankuasa Pengurusan yang akan mengurus, merancang,

mengawasi dan menilai urusniaga dan aktiviti KRTB.

PERBELANJAAN

Elaun Mesyuarat ALK

Nota 4

RM

9 orang x RM 250 x 6 kali

13,500.00

Elaun JAD

3 orang x RM 250 x 4 kali

3,000.00

Gaji, Elaun & Caruman KWSP & PERKESO

Nota 5

RM

Gaji

48,000.00

Kwsp

6,240.00

Perkeso

828.60

JUMLAH SETAHUN

55,068.60

Page 7: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

Nota-nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018

Nota 1

PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN

TEMPOH : 10 TAHUN

JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

JUMLAH PEMINJAM : 200 KADAR KEUNTUNGAN : 4.99%

KOS DANA : 2.50%

MARGIN KEUNTUNGAN : 2.49%

Nota 2

SEWA BANGUNAN 3 TINGKAT ,JOHOR BHARU

RM

Tingkat Bawah (AR RAHNU) 4,000.00

Tingkat Satu & Dua (TEKUN NA-

SIONAL) 4,800.00

8,800.00

SETAHUN

105,600.00

Nota 3

KOS KENDALIAN REMITTANCE

Andaian 2000 transaksi sebulan dalam @ RM 1000 setiap transaksi

SUBJEK

Jumlah Pendapatan: RM22 x 2,000 KOS RM44,000

TOLAK:

Gaji pekerja dan elaun RM1500 + RM2,000 RM3,500

Sewa kedai (10 kaki x 10 kaki) + utiliti RM3,000

Fee Pengurusan kepada PRC RM1,500

Elaun Ahli Lembaga Pengarah RM3,000

Pentadbiran dan aktiviti pemasaran RM1,000

Jumlah RM12,000

Keuntungan Bersih RM32,000

Setahun 384,000.00

VISI

Menjadikan KRTB sebagai sebuah koperasi yang unggul dengan memenuhi keperluan dan

matlamat anggota – anggotanya berasaskan prinsip-prinsip Koperasi dan nilai–nilai

keusahawanan.

MISI

Menjadi sebuah koperasi yang menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada anggota tanpa ada

pilih kasih dan kompromi dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Objektif utama penubuhan KRTB ialah untuk:

Menyediakan dana tambahan untuk keperluan anggota;

Meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kebajikan para anggota mengikut prinsip koperasi;

Menggalakkan kerjasama dan jaringan di kalangan usahawan TEKUN disamping menjalankan

aktiviti perniagaan yang menguntungkan;

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pelbagai bentuk seperti pembiayaan peribadi, Ar

Rahnu, agen Takaful/Insurans, kedai serbanika, dan tabung khairat kematian anggota dan

sebagainya;

Menjalin hubungan dan usahasama dengan Koperasi-Koperasi mengikut bidang keperluan

yang berpotensi.

Page 8: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

KEAHLIAN KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD

(KRTB)

Syarat –syarat keahlian :

Wargakerja TEKUN Nasional

Fi anggota - RM50

Saham anggota - RM500 (min)

Yuran Anggota bulanan - RM30 (min)

Keistimewaan menjadi Anggota KRTB :

Fi

Dividen tahunan

Layak menghadiri mesyuarat Agung

Kemudahan pembiayaan peribadi

Peluang menjana pendapatan dengan menjadi agen SSPNi plus Koop

Takaful dan talian RedOne

ANGGARAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN TAHUN 2018

NOTA ANGGARAN

RM

SUMBER PENDAPATAN

Pendapatan dari aktiviti :

Pembiayaan Tunai 1 177,044.00

Fi masuk 10,000.00

Keuntungan REPO CIMB Bank 180,000.00

Sewa Bangunan Johor Bharu 2 105,600.00

Barangan Premium 45,700.00

Kooptakaful 66,000.00

SSPN-I Plus 20,000.00

Talian Mobile RedOne 20,000.00

Remittance 3 384,000.00

Jumlah Pendapatan 1,008,344.00

PERBELANJAAN/BELANJAWAN

Elaun Anggota Lembaga & JAD 4 16,500.00

Gaji,Elaun & Caruman KWSP & PERKESO 5 55,068.60

Alatulis,Percetakan & Fotostat 3,000.00

Perkhidmatan Guaman & Konsultansi 50,000.00

Belanja Mesyuarat Agong 15,000.00

Kos Kendalian Mobile Redone 11,800.00

Kos Kendalian KoopTakaful 88,000.00

Keraian 6,000.00

Elaun Perjalanan 5,000.00

Perubatan 1,200.00

Yuran Pemprosesan / Lesen 1,000.00

Caj Bank 240.00

Bayaran balik Hibah Tekun Nasional 250,000.00

Bayaran balik Pinjaman TMP 42,000.00

Pelbagai Perbelanjaan 12,000.00

Jumlah Perbelanjaan 556,808.60

LEBIHAN / KURANGAN PENDAPATAN 451,535.40

Page 9: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

ANGGARAN PENDAPATAN

DAN PERBELANJAAN

TAHUN 2017/2018

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT KORPORAT

Struktur Organisasi Koperasi

Maklumat Koperasi

Anggota Lembaga Koperasi 2016/2017

Pengurusan Koperasi

Jawatankuasa Audit Dalam Koperasi

Senarai Keanggotaan Koperasi

BAHAGIAN 2 : URUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Notis Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke - 2

Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke - 2

Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali –1

BAHAGIAN 3 : LAPORAN LEMBAGA KRTB

Laporan Ahli Lembaga KRTB

Kehadiran Ke Mesyuarat Bulanan Ahli Lembaga KRTB

Imbasan KRTB 2016/ 2017

Bahagian 4 : LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN PENYATA KEWANGAN KRTB

• Laporan Audit Dalam

• Laporan Juruaudit Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

• Laporan Berkanun Lembaga

• Kunci Kira-kira

• Akuan Pembahagian Keuntungan

• Akaun Untung Rugi

• Penyata Aliran Tunai

• Nota-nota Kepada Akaun

• Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tahun 2017/2018

BAHAGIAN 5 : PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL

Undang-undang kecil pindaan sebahagian

Page 10: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

BAHAGIAN 1 :

MAKLUMAT KORPORAT

Page 11: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00
Page 12: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

MAKLUMAT KOPERASI

Nama Koperasi : Koperasi Rakan TEKUN Berhad

Tarikh/No. Daftar : 14 Ogos 2015 / W-4-1059

Alamat Pejabat

Operasi

: Koperasi Rakan TEKUN Malaysia (KRTB)

Ibu Pejabat TEKUN Nasional

T5-01-01, Menara 5

Lingkaran Maju

Jalan Lingkaran Tengah 2

Bandar Tasik Selatan

57000 Kuala Lumpur.

No telefon : 03-9059 8888

No Faks : 03-9059 9292

Fungsi Utama : Kredit

Jumlah Anggota : 45 orang

Jumlah Modal Syer : RM 13,700

MAT Terakhir : 22 November 2016

Audit Terakhir : 30 April 2017

Auditor : SKM

Bank : CIMB Bank

Page 13: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

MAKLUMAT KORPORAT KOPERASI 2016/2017

ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

Pengerusi : YBhg Datuk Baharom Bin Embi

Timbalan Pengerusi : YBhg Dato’ Adam Bin Abd Ghani

Setiausaha : Pn Nadiah Hani Binti Ali

Bendahari : Encik Omar Bin Othman

Anggota Lembaga : Encik Redzuan Bin Yaacob

Encik Misman Bin Hussin

Encik Khalid Bin Adnan

Encik Syamsul Kamal Bin Ahmad

Encik Azri Bin Ibrahim

PENGURUSAN KOPERASI : Encik Aziz Bin Saleh

Encik Muhamad Fazri Bin Yaakop

Encik Norshazli Bin Ramli

Puan Norzarifah Binti Zainal Abidin

Cik Irmawathy Binti Amir Osman

Puan Norsalawati Binti Mansor

Puan Wirdaningsih Binti Delail

JAWATANKUASA AUDIT DALAM KOPERASI : Puan Nora Binti Mat Ail

Encik Emmy Nizan Bin Taib

Encik Alias Bin Mohamed

JAWATANKUAS AUDIT LUAR KOPERASI Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Page 14: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

SENARAI ANGGOTA KOPERASI

Page 15: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

Bil Nama No Anggota

1 DATUK BAHAROM BIN EMBI KRTB100A0001

2 DATO' ADAM BIN ABD GHANI KRTB100A0002

3 OMAR BIN OTHMAN KRTB100A0003

4 EN AZRI BIN IBRAHIM KRTB100A0008

5 EN. REDZUAN BIN YAACOB KRTB100A0006

6 KHALID BIN ADNAN KRTB100A0009

7 MISMAN BIN HUSSIN KRTB100A0007

8 SYAMSUL KAMAL BIN AHMAD KRTB100A0005

9 DATO' ZULHELMI BIN HJ ABDUL HALIM KRTB100A0010

10 NADIAH HANI BINTI ALI KRTB100A0012

11 MOHD YUSLIEZAL BIN MOHD YUSOF KRTB100A0019

12 WIRDANINGSIH BINTI DALAIL KRTB100A0016

13 NURULHASANAH BINTI MOSTAMAN KRTB100A0021

14 FARAWAHIDA BINTI MOHD PADIL KRTB100A0022

15 JURIAH SALMI BINTI SALIM KRTB100A0015

16 AMINAH BINTI ABDUL MALEK KRTB100A0020

17 HIDAYATI BINTI SHAFIE KRTB100A0017

18 ANITANOOR BINTI ATAN KRTB100A0018

19 NOR AZIAN BINTI MAT HUSSIN KRTB100A0024

20 JULYANA BINTI AMRI IRAWAN KRTB100A0025

21 NOR HASIMA BINTI RADZUAN KRTB100A0026

22 MD ZAID BIN MD ISMAIL KRTB100A0023

23 SUHAILY RAINI BINTI MD HAMDAN KRTB100A0027

24 MUHAMMAD BIN OSMAN KRTB100A0028

25 SAIFUL BIN ABDUL MANAP KRTB100A0029

26 ABDULLAH BIN AWANG KRTB100A0030

27 NOR AZLIZA BINTI MOHAMAD KRTB100A0031

28 MOHD HASRUL NIZAM BIN OMAR KRTB100A0032

29 JAMAYAH BINTI SIMPAL KRTB100A0033

30 ROSLINI BINTI MUHAMMAD KRTB100A0034

Page 16: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

Bil Nama No Anggota

31 ZAINAB BINTI SULAIMAN KRTB100A0035

32 MUHAMAD FAZRI BIN YAAKOP KRTB100A0036

33 MOHD SHAHRIN BIN ABD MAJID KRTB100A0037

34 MOHD NASIR BIN RAZALI KRTB100A0038

35 NORSYAFIZA BINTI ISHAK KRTB100A0039

36 SUZANNA BINTI ABIDIN KRTB102A0040

37 NOORYANI BINTI MOHAMAD KRTB102A0041

38 HISHAM MUDIN BIN MANSOR KRTB102A0042

39 ABD FAIZALRIZAL BIN ABD LATEH KRTB100A0043

40 NOOR MOHD NASHRIQ BIN HJ KASSIM KRTB110A0044

41 SALIM BIN ABIDIN KRTB110A0045

42 AHMAD NORHAFIZ BIN CHE MAT KRTB100A0011

43 MOHD RAFYIQ BIN RAMLI KRTB100A0013

44 ABDUL KARIM @ ZAINI BIN ASIH @ ISIH KRTB110A0047

45 WAN ZUBAIDAH BIN WAN ADNAN KRTB100A0046

46 SAYPUDIN MAIDIN KRTB110A0050

47 MOHAMAD ISKANDAR BIN AZAHARI KRTB111A0051

48 MUSTAKIM BIN AMIN KRTB111A0052

49 AHMAD RIFAI BIN BASRI KRTB106A0060

50 SALIHAH BINTI SHUHAIMIE KRTB105A0059

51 MOHD SEZALI BIN HAMID KRTB102A0058

52 AL-AMIN BIN MUSTAFAR KRTB100A0057

53 SHAHRUL AMBAR BIN ABDULLAH AMBAR KRTB106A0053

54 MOHD NIZAM BIN JAMALUDDIN KRTB114A0054

55 SARIMAH BINTI ABU BAKAR KRTB105A0055

56 KAMISAH BINTI MOHD AMIN KRTB101A0056

57 MUSLIHAH BINTI ROSLI KRTB113A0061

58 NORNIZA BINTI ZAININ KRTB113A0062

59 WAN NORLI BINTI ABDULLAH KRTB113A0063

60 AISHA FAWZIA BINTI ABDUL MUHAMAD KRTB113A0064

61 MOHD FAISAL BIN ABAS KRTB114A0065

62 MARZUKI BIN MANSOR KRTB106A0067

63 OMAR BIN JOHARI KRTB110A0068

64 NURMALA BINTI RAHAN KRTB110A0069

65 PERAIM BIN KEFLINE KRTB110A0070

66 NUR HANIZAN BINTI SHAMSUDDIN KRTB100A0071

67 SITI NORWANSUHAILA BINTI HUSSIN KRTB100A0072

68 AMINUDIN BIN JASMY KRTB104A0073

69 NURUL ATIQAH BINTI SHAMSUDIN KRTB100A0074

70 MOHD FAUZEMIE BIN MOHD YUSOF KRTB104A0075

Page 17: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

Bil Nama No Anggota

71 SITI ROODEEYAH BINTI MD ISA KRTB104A0076

72 AMIR ERWAN BIN HJ ZAINI KRTB104A0077

73 ZURAIDAH BINTI SABTU KRTB104A0078

74 FARID BIN MD RAMLI KRTB100A0079

75 KHAIRUL ANHAR BIN OTHMAN KRTB100A0080

76 ROSZILAWATI BINTI ISHAM KRTB101A0066

79 MARDIANA BINTI MAT INTAN KRTB106A0081

80 ROSMAINI BINTI SULAIMAN KRTB106A0082

81 ROHANA BINTI ABDUL MANAN KRTB 113A0083

82 SITI NORBAYA BINTI BASRI KRTB113A0084

83 HAFIDZAH BINTI AHMAD KRTB102A0085

84 HERMA HAYATTY BINTI MOHD YEET KRTB100A0086

85 NORFARIZAN BINTI ZAKARIA KRTB100A0087

86 NOOR HASLINDA BINTI MD ARSHAD KRTB100A0094

87 KHAIRUMUKHRIZ BIN RIZWAN KRTB100A0095

88 FAUZIAH BINTI MAPIS KRTB100A0096

89 MOHAMAD IZZAT BIN SAID KRTB106A0097

90 MOHD REDZUAN BIN MOHD SALLEH KRTB112A0098

91 AZIZI BIN CHE LIN KRTB112A0099

92 NORAZURA BINTI BAKAR KRTB102A0100

93 CHE OTHMAN BIN CHE WIL KRTB103A0093

94 HAFATIN NABILA BINTI HARIS KRTB101A0089

95 ABDUL RAZIFF BIN ADIS KRTB100A0090

96 NORAZUANI BINTI CHE ISMAIL KRTB100A0091

97 BALAGURU GURUPATHAM KRTB100A0088

98 NUR HABIBAHANIN BINTI MAT TAHA KRTB107A0092

99 ROHAYA BINTI SAMBOHAWI KRTB100A0107

100 SITI NURAZIZAH BINTI MOHAMAD ISMAIL KRTB111A0106

101 MOHAMAD SAIDI BIN AZIZAN KRTB102A0105

102 ROSLAN BIN JALIL KRTB101A0104

103 RAFAIZIL BIN AHMAD TAJUDIN KRTB114A0103

104 MARYAM BINTI MD ZAIN KRTB109A0101

105 EDI SAIFOL ADHA BIN MAZDAR KRTB100A0102

Page 18: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

Bil Nama No Anggota

106 NORZILAH BINTI ISNIN KRTB101A0116

107 HALIJAH BINTI JUSOH KRTB100A0113

108 NOR HIDAYAH BINTI ABD RAHMAN KRTB113A0114

109 SYAHIZAN BINTI MOHD NASIR KRTB106A0115

110 JAMILAH BINTI HASSAN KRTB106A0112

111 SYAHRIL BIN HJ YUSOF KRTB104A0111

112 MOHD FAIRUZ BIN HAMZAH KRTB104A0110

113 EDDY SAIFOL BIN ANUAR KRTB100A0109

114 MOHD MUZRI BIN MOHD ARIFIN KRTB106A0108

115 IBRAHIM BIN JUNUS KRTB102A0117

116 ERNA CATHYANNA BINTI ABDUL RAHMAN KRTB110A0118

117 NORISHAM BIN IDRIS KRTB111A0119

118 SITI NAZEERA BINTI JOHARI KRTB108A0119

Page 19: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

BAHAGIAN 2:

URUSAN MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN

Page 20: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00
Page 21: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

tentang keberkesanan kawalan dalamam koperasi. Sesuatu audit juga termasuk menilai

kesesuaian dasar-dasar perakaunan yang digunakan dan kemunasabahan anggaran-anggaran

perakaunan yang dibuat oleh anggota lembaga koperasi dan juga penialaian ke atas

pembentangan penyata kewangan secara keseluruhannya.

Kami percaya bahawa bukti audit yang kami peroleh memberikan asas yang wajar bagi pendapat

kami.

Pendapat

Pada pendaat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar menurut

piawaian-piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia dan Akta Koperasi 1993 bagi mem-

berikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Koperasi pada 30

April 2017 dan prestasi kewangannya serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Laporan ke atas Lain-lain Keperluan Perundangan dan Peraturan

Mengikut keperluan Akta Koperasi 1993 di Malaysia, kami juga melaporkan bahawa pada pen-

dapat kami:

a) Rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain telah disimpan dengan sempurna

mengikut kehendak Seksyen 58 Akta Koperasi 1993.

b) Penerimaan, Perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan asset-

aset oleh koperasidalam tahun kewangan berakhir 30 April 2017 adalah mengikut

kehendak Akta, Peraturan-peraturan dan Undang-Undang Kecil Koperasi.

c) Kedudukan asset-aset dan liability-liabiliti termasuk hutang-hutang belum jelas

koperasi adalah munasabah.

Perkara-perkara Lain

Laporan ini disediakan hanya untuk suruhanjaya, anggota-anggota koperasi, sebagai sebuah

badan, mengikut kehendak Seksyen 63 Akta Koperasi 1993 di Malaysia dan bukan untuk tujuan

lain. Kami tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak lain ke atas kandungan laporan

ini.

(NORA BINTI MAT AIL)

Ketua Juruaudit Dalam

Koperasi Rakan Tekun Berhad

Tarikh : 25 September 2017

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA

KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD

21 DISEMBER 2017 (KHAMIS) . 8.30 PAGI

DEWAN AUDITORIUM TEKUN NASIONAL TINGKAT 7 TOWER 2

BANDAR TASIK SELATAN KUALA LUMPUR

MASA PROGRAM

8.30 – 9.00 pagi : Ketibaan & pendaftaran anggota KRTB

Sarapan pagi

9.00 pagi -9.45 pagi : Nyanyian lagu negaraku

Bacaan doa

Ucapan Aluan oleh En Abdul Aziz Saleh

Pengurus Besar KRTB

Ucapan Perasmian oleh YBhg Datuk Baharom Embi

Pengerusi KRTB

9.45 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Rakan TEKUN Berhad bermula

11.00 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Rakan TEKUN Berhad dijangka selesai

Makan tengahari / bersurai

Page 22: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA

22 November 2016 9.00 pagi Dewan Khalifah Umar Al-Khattab Tingkat 2 TEKUN Nasional

LAPORAN JURUAUDIT KE ATAS PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 30 APRIL 2017

Kepada :

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Anggota- Anggota Koperasi Rakan Tekun Berhad

Tuan,

Laporan atas Penyata Kewangan

Kami telah mengaudit Penyata Kewangan Koperasi Rakan Tekun Berhad yang mengandungi

Kunci Kira-Kira pada 30 April 2017, Akaun Pembahagian Keuntungan, Akaun Untung Rugi dan

Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir 30 April 2017 dan ringkasan dasar-dasar perakaunan

penting dan lain-lain nota keterangan seperti yang dibentangkan bersama.

Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi ke atas Penyata Kewangan

Anggota Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab dalam penyediaan dan pembentangan

penyata kewangan yang saksama mengikut piawaian-piawaian perakaunan yang di luluskan di

Malaysia dan Akta Koperasi 1993. Tanggungjawab ini termasuk merangka, melaksana dan

mengekalkan kawalan dalaman yang relevan dengan penyediaan dan pembentangan penyata

Kewangan yang bebas daripada salah nyata yang material sama ada disebabkan oleh penipuan

atau kesilapan, pemilihan dan penggunaan dasar-dasar perakaunan yang bersesuaian dan

membuat anggaran-anggaran perakaunan yang munasabah mengikut keadaan.

Tanggungjawab Juruaudit

Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat ke atas Penyata Kewangan ini ber-

dasarkan kepada pengauditan yang dijalankan. Kami melaksanakan pengauditan menurut

piawaian-piawaian audit yang diluluskan di Malaysia. Piawaian-piawaan tersebut menghendaki

kami mematuhi etika dan merancang serta menjalankan kerja-kerja audit untuk memperoleh

keyakinan yang munasabah mengenai sama ada penyata kewangan ini bebas daripada salah

nyata material.

Sesuatu audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh bukti yang

menyokong jumlah-jumlah dan pendedahan dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang

dipilih bergantung kepada pertimbangan kami termasuk penilaian risiko salah nyata yang material

ke atas penyata kewangan sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Dalam membuat

penialain risiko, kami mempertimbangkan kawalan dalamam koperasi yang berkaitan dengan

penyediaan dan pembentangan saksama penyata kewangan bagi merangka prosedur-prosedur

pengauditan yang bersesuaian tetapi bukan bertujuan untuk memberikan pendapat

Page 23: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

BAHAGIAN 4 :

LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN & PENYATA

KEWANGAN KRTB

Page 24: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

IMBASAN KRTB 2016/2017 5. PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE 32

(22 JULAI 2017 / PWTC)

6. TAKLIMAT PRODUK PRUBSN BERSAMA WARGAKERJA TEKUN (20

SEPT 2017 / TEKUN NASIONAL

Page 25: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

IMBASAN KRTB 2016/2017 1. KURSUS WAJIB 1 ALK KRTB (2-3 OGOS 2016)

2 KURSUS WAJIB 2 ALK KRTB (16-17 MAC 2017)

3. TAKLIMAT PRODUK SSPNI-PLUS (20 JUN 2017/ TEKUN NASIONAL)

4. PENERIMAAN SIJIL LANTIKAN SAHABAT NIAGA PTPTN

(13 JULAI 2017 / PWTC )

Page 26: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

STRATEGI & RANCANGAN PERNIAGAAN

Objektif penubuhan koperasi dengan visi dan misi yang ditetapkan memastikan perkhidmatan

kepada anggota tercapai. Promosi produk pembiayaan tunai peribadi akan terus diperhebat dan

diperluas bagi memastikan pencapaian sasaran jualan RM4.0 juta. KRTB akan terus bergerak di

atas landasan-landasan integriti, profesionalisme dan kegigihan, dipacu oleh tadbir urus yang

baik, penyemarakan semula budaya kerja, kehebatan dan etika prestasi yang sihat.

PENGHARGAAN

Bagi pihak lembaga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama dalam segala bentuk bagi

menjayakan dan memajukan koperasi ini. Tidak lupa penghargaan kepada anggota lembaga

yang telah dan akan bersara kerana tamat tempoh perkhidmatan masing-masing di atas

sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia di

atas pandangan, saranan, sokongan, panduan dan bantuan yang diberikan bagi membolehkan

koperasi ini terus maju di landasan yang betul. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan wargakerja di semua peringkat di atas

kesungguhan, dedikasi yang ditunjukan serta tanggungjawab yang di amanahkan membolehkan

koperasi berada di tahap yang membanggakan.

Apa jua bentuk sokongan yang diberikan oleh anggota termasuk idea dan pandangan sentiasa

dialu-alukan kerana bermula idea inilah mencetuskan inovasi supaya impian menjadi realiti.

Diharapkan koperasi ini akan terus maju dan berkembang menyahut cabaran masa hadapan

yang lebih cemerlang.

Sekian, wasalam.

DATUK BAHAROM BIN IMBI DATO’ ADAM BIN ABD GHANI

Pengerusi Timbalan Pengerusi

NADIAH HANI BINTI ALI OMAR BIN OTHMAN

Setiausaha Bendahari

Page 27: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

PENGURUSAN RISIKO

Pengurusan Koperasi sentiasa menekankan pengurusan risiko bagi memastikan kewangan

anggota ditadbir urus dengan cekap. Koperasi telah mengambil pendekatan secara menyeluruh

untuk mengenalpasti setiap projek yang akan diceburi, mengurangi serta mengurus risiko

didalam aktiviti pengurusan koperasi. Antara langkah-langkah yang diambil adalah:

• Mengelak risiko - koperasi tidak akan melibatkan diri dalam perniagaan dan aktiviti yang

mempunyai skala risiko yang tinggi.

• Mengawal risiko – koperasi mengamalkan satu prinsip pentadbiran yang memberi

penekanan terhadap pematuhan kepada peraturan dan dasar, membuat keputusan

berdasarkan prinsip koperasi dan merit.

• Menghalang risiko – koperasi sentiasa memastikan risiko dapat dihalang dari menjadi lebih

besar dengan mengawal persekitaran melalui prosedur dan garis panduan dalaman.

MESYUARAT LEMBAGA

Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan koperasi, pihak anggota lembaga telah

mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali bagi setiap tiga bulan untuk membincangkan

perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran, perancangan perniagaan dan

agenda seperti yang telah ditetapkan dalam Undang-undang Kecil Koperasi.

Senarai kehadiran Anggota Lembaga dalam Mesyuarat Lembaga bagi tahun 2016/2017

ditunjukkan dalam jadual berikut :

BIL TARIKH TAHUN 2016 TAHUN 2017

1 NAMA ALK 13/5 23/6 8/9 25/10 21/12 21/2 20/4 6/6 10/8 14/9 9/11 JUMLAH

2

DATUK BAHAROM BIN EM-

BI √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ (11/11)

3 DATO' ADAM ABD GHANI √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ (11/11)

4 EN.OMAR BIN OTHMAN √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ X (10/11)

5 EN. REDZUAN BIN YAACOB √ √ √ √ X √ √ √ √ √ √ (10/11)

6

EN. SYAMSUL KAMAL BIN

AHMAD √ √ √ √ X √ √ √ √ √ √ (10/11)

7 EN. MISMAN BIN HUSSIN X √ X X X √ X √ X √ √ (5/11)

8 PN. NADIAH HANI BINTI ALI √ √ √ √ √ √ X √ √ √ √ (11/11)

9 EN KHALID BIN ADNAN X √ X X X X √ X X X X (2/11)

10 EN. AZRI BIN IBRAHIM √ X X √ √ X X X X X X (3/11)

Page 28: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

7. Penubuhan Syarikat Agensi Penghantaran Wang

KRTB dalam rangka untuk menubuhkan sebuah syarikat Agensi Penghantaran Wang

(Remittance Agent). Perbekalan pekerja asing menjadi antara beberapa industri utama

berikutan keperluan tenaga kerja asing yang semakin meningkat. Kemasukan pekerja

asing yang terus meningkat kepada 7 juta orang (termasuk illegal)dan pengaliran wang

keluar negara dijangka akan mencecah RM32 billion pada akhir tahun 2017. Samada

pekerja legal atau illegal, kesemua mereka membuat penghantaran wang balik ke negara

asal mereka setiap bulan. Agensi Penghantaran Wang yang berlesen (dikeluarkan oleh

BNM) menjadi pilihan pekerja asing kerana kos penghantaran yang lebih murah

dibandingkan dengan bank.

Untuk mewujudkan agensi ini, KRTB perlulah terlebih dahulu menubuhkan anak syarikat

KRTB dengan modal berbayar RM100,000. Syarikat ini berperanan merangka sistem

operasi, pemasaran, pengurusan, pentadbiran dan mendapatkan lokasi outlet yang

strategik.

PENTADBIRAN DAN OPERASI

Koperasi mempunyai tenaga kerja seramai 7 orang yang di pertanggungjawab bagi mengurus

perjalanan operasi dan menyediakan perkhidmatan kepada para anggota selaras dengan

keperluan koperasi. Pengurusan koperasi komited untuk mengekalkan amalan tadbir urus

korporat yang tinggi dalam menjalankan perniagaan dan hal ehwal koperasi dengan berintegriti

dan profesionalisme bagi mencapai tahap kecekapan dan daya saing berterusan.

Modal insan diperakui sebagai tunjang kepada pembangunan ekonomi sesebuah organisasi dan

juga negara. Bagi melahirkan wargakerja yang terlatih, mahir, beretika, berdisiplin, inovatif dan

produktif, pengurusan koperasi sentiasa menggalakan wargakerja koperasi menghadiri kursus-

kursus yang di anjurkan oleh Maktab Koperasi Malaysia, Angakasa dan Suruhanjaya koperasi

Malaysia.

Page 29: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

4. Produk Kooptakaful

Pada bulan Oktober 2017, KRTB telah melancarkan skim bantuan usahawan kepada

graduan dan warga kerja TEKUN Nasional yang berminat untuk menjadi konsultan takaful.

KRTB telah menjalinkan usahasama dengan syarikat takaful Prudential BSN ( PruBSN )

untuk menjalankan perniagaan yang julung kali dipelopori oleh KRTB yang dinamakan

sebagai produk Kooptakaful.

Objektif utama perniagaan Kooptakaful ini adalah untuk membantu menyediakan peluang

kepada generasi muda khususnya graduan yang masih menganggur untuk membina karier

masa depan dengan pendapatan yang lumayan pada jangkamasa sederhana ( 3 hingga 5

tahun ) sekaligus membentuk golongan usahawan bumiputra.

5. Usahasama KRTB dengan PTPTN

Program ini merupakan khidmat kepada masyarakat untuk membuka akaun SSPN-I Plus

atau membuat transakasi secara online tanpa memerlukan borang dan wang tunai.

KRTB telah mengadakan usahasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional (PTPTN) untuk pemasaran produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i

Plus). SSPN-i Plus merupakan skim simpanan pendidikan tinggi, ia merupakan satu

tabungan untuk dividen masa depan dengan pelaburan yang sangat murah serta

komprehensif. Pihak PTPTN telah mengiktiraf KRTB sebagai Sahabat Niaga PTPTN pada

15 Mei 2017. Sebagai Sahabat Niaga, KRTB membuka peluang kepada Warga TEKUN

yang berminat untuk menjadi Ejen Pemasaran online(EPO)khususnya warga kerja yang

berkhidmat di cawangan-cawangan TEKUN.

EPO akan mendapat 25% daripada jumlah pembukaan setiap akaun SSPN-i Plus dan

0.25% dari amaun simpanan bulanan selama 24 bulan.

6. Talian Telefon Red ONE

Dalam bidang telekomunikasi, KRTB akan menjalinkan usahasama dengan syarikat Red

One Sdn Bhd bagi menjalankan perkhidmatan talian mobile. Red One Sdn Bhd merupakan

salah satu syarikat TELCO yang bernaung dibawah Celcom Axiata. Sehingga kini talian

Red One telah menguasai 10% rangkaian postpaid di pasaran dengan seramai 900,000

pengguna postpaid dan 80,000 pengguna prepaid. KRTB membuka peluang kepada warga

kerja TEKUN di Cawangan-Cawangan khususnya bagi menambah pendapatan dengan

menjual produk perkhidmatan talian Redone kepada usahawan dan pelanggan yang

datang di pejabat TEKUN.

BAHAGIAN 3:

LAPORAN LEMBAGA KRTB

Page 30: 2016 /2017 · Nota -nota kepada Anggaran Pendapatan & Belanjawan Tahun 2017/2018 Nota 1 PENDAPATAN DARIPADA PEMBIAYAAN TEMPOH: 10 TAHUN JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DIKELUARKAN : 3,000,000.00

MESYUARAT AGUNG KALI KE 2.

21 Disember 2017

Prestasi Kewangan Pada keseluruhannya, sehingga 30 April 2017 (tahun kewangan koperasi) Koperasi merekodkan

pendapatan kasar berjumlah RM20,026 iaitu kenaikan sebanyak RM10,202 atau 104%

berbanding dengan RM9,824 juta yang di perolehi pada tahun 2016. Peningkatan ini berikutan

perniagaan kecil-kecilan KRTB seperti membekal barangan premium kepada TEKUN dan hasil

sewaan lesen Ar Rahnu TEKUN Nasional. Walaubagaimana pun melalui perjanjian usahasama

Tekun Nasional dan KRTB, sewaan lesen Ar Rahnu dimansuhkan dan diganti dengan kaedah

perkongsian keuntungan bersih dengan kadar nisbah 80% kepada TEKUN dan 20% kepada

KRTB.

Aktiviti KRTB Aktiviti Pembiayaan

1 Pembiayaan peribadi KRTB yang berkonsepkan Syariah-Tawarruq telah mula

ditawarkan kepada warga kerja TEKUN Nasional pada bulan Ogos 2017. Operasi

pembiayaan dikendalikan oleh Unit Pembiayaan & Unit akaun/Kewangan KRTB. Di unit

ini, permohonan pembiayaan atau kemudahan kredit akan diproses mengikut syarat–

syarat pembiayaan yang telah dinyatakan dalam prosedur pembiayaan peribadi (SOP)

dan aturan pembiayaan. Permohonan yang telah diproses akan dibentangkan dalam

mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembiayaan untuk kelulusan dan dikemukakan kepada

Anggota Lembaga untuk pengesahan. Pegawai koperasi akan menentukan semua

syarat pengeluaran pembiayaan dipatuhi sepenuhnya. Permohonan pembiayaan yang

telah diluluskan akan dikreditkan secara online ke akaun pemohon (penerima biaya)

setelah selesai perjanjian jual beli komoditi dengan Bursa Malaysia dan lain-lain bayaran

perkhidmatan. Potongan gaji untuk bayaran balik pembiayaan akan bermula pada bulan

berikutnya.

Tahun 2017 merupakan satu tahun yang amat mencabar buat Koperasi kerana perlu

mendepani pelbagai cabaran dan saingan. Sebagaimana yang termaklum, pendapatan

koperasi ketika ini bergantung kepada peningkatan pembiayaan dikeluarkan. Sehingga

kini koperasi telah berjaya mengeluarkan pembiayaan kepada anggota berjumlah

RM1.0 juta. Dengan peruntukan dana RM4.0 juta, bermakna masih berbaki RM3.0 juta

lagi yang belum dikeluarkan. Justeru itu, kepada warga kerja TEKUN Nasional, ambillah

peluang ini untuk memohon pembiayaan daripada KRTB.

2. Perkhidmatan Ar Rahnu

Sehingga kini sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, perniagaan Ar Rahnu telah

beroperasi di Shah alam, Wangsa Maju, Semenyih dan Sentul. Prestasi keseluruhan

berjalan lancar dan masih pada tahap permulaan. Manakala pada tahun 2017, pihak SKM

telah meluluskan lesen untuk pembukaan 4 buah cawangan lagi iaitu cawangan Ar Rahnu

di Tawau, Alor Setar, Pasir Tumbuh, Kelantan dan Johor Bahru. Kerja-kerja

pengubahsuaian pejabat di semua cawangan ini sedang giat dijalankan dan dijangka akan

beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2018.

KRTB sedang mengkaji untuk membuka perkhidmatan Ar Rahnu yang akan dikendalikan

sendiri oleh KRTB, Insya Allah.

3. Hartanah & Pelancongan

Dalam bidang hartanah, pada 5 Disember 2017, lembaga KRTB telah menandatangan

perjanjian Jual Beli bangunan kedai/pejabat di Johor Bahru yang berharga

RM1,270,000.00. Bangunan tiga tingkat tersebut ketika ini sedang disewa oleh pejabat

TEKUN cawangan Johor. Bangunan ini akan diteruskan sebagai pejabat TEKUN

cawangan Johor dan perniagaan Ar Rahnu TEKUN di tingkat bawah. Pembelian

bangunan tersebut akan dibiayai 90% daripada Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) yang

diuruskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Pengurusan KRTB sedang giat mencari tanah-tanah pertanian di lokasi strategik untuk

kediaman berkeluasan antara 5 ekar hingga 10 ekar untuk dipecahkan kepada lot-lot kecil

dan dijual semula kepada anggota-anggota koperasi dangan harga mampu milik.

Dalam bidang pelancongan, Koperasi akan mengadakan usahasama dengan syarikat

pelancongan. KRTB akan menganjurkan siri lawatan ke Bali, Hanoi, Phuket, Negara

Eropah, Timur Tengah dan sebaginya.

Disamping itu, usaha KRTB untuk menjalankan perniagaan hotel bajet atau rumah inap

desa/eco-tourism sedang diteliti kepentingannya. Perniagaan hotel bajet kini dilihat sebagai

satu fenomena dan mempunyai keunikan tersendiri dalam industri pelancongan di

Malaysia. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut memperkenalkan

Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia dengan sasaran sebanyak RM168 bilion bagi

pendapatan menerusi 36 juta pelancong yang dijangkakan akan berkunjung ke negara ini

pada tahun 2020. Justeru, KRTB akan menyediakan kertas kerja bagi melihat dan menilai

potensi perniagaan hotel bajet.