2016.09.07 - Memo 022 Makluman Penguatkuasaan Kawasan Asrama UNITI Village Bebas Kereta

2
MEMO RASMI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ UNITI (HEP UNITI) KOLEJ UNITI KEPADA Semua pelajar Kolej UNITI; dan Semua staf Kolej UNITI DARIPADA Encik Ahmad Turmizi Bin Mohd Khalil, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Kolej UNITI (HEP UNITI). SALINAN KEPADA Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Kolej UNITI (HEP UNITI). PERKARA MAKLUMAN PENGUATKUASAAN KAWASAN ASRAMA UNITI VILLAGE BEBAS KERETA TARIKH MEMO 07 September 2016 (Rabu) TINDAKAN MAKLUMAN KOMEN BALAS SEGERA م الس عليكم ورحمة وبركاتهSALAM SEJAHTERA Perhatian kepada warga UNITI, pelajar dan staf Kolej UNITI Port Dickson. Perkara di atas adalah dirujuk. Bagi menggalakkan aktiviti luar, termasuk sukan dan rekreasi, oleh warga UNITI (pelajar dan staf), pihak pengurusan Kolej UNITI telah menetapkan bahawa kawasan asrama UNITI Village akan dikuatkuasa sebagai kawasan larangan parkir bagi kereta dan kenderaan sejenis dengannya, iaitu empat roda. Hanya motorsikal dan basikal, serta kenderaan sejenis dengannya, iaitu 2 roda, dibenarkan memasuki dan parkir di tempar parkir yang disediakan, kecuali dalam kawasan larangan parkir motorsikal. Bersama memo ini ialah peta premis UNITI Village yang terkandung catatan ‘Kawasan Parkir Kereta’, dan ‘Kawasan Larangan Parkir Motorsikal’. Perkara ini akan dikuatkuasakan mulai 19 SEPTEMBER 2016 (ISNIN). Pengecualian diberikan kepada para felo dan staf yang menginap di UNITI Village sebagai persediaan bagi sebarang urusan kecemasan pelajar. Sebarang permohonan untuk membawa masuk kenderaan bagi tujuan menghantar barang boleh diajukan kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Pihak Kolej UNITI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan yang berlaku terhadap barangan dan milikan pelajar di kawasan parkir motorsikal dan kereta. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui saluran perhubungan kami seperti berikut:- No. Telefon Pejabat: 06 – 661 0523 Emel: [email protected] Perhatian dan pertimbangan Tuan / Puan amatlah kami hargai dan kami dahulukan dengan ribuan terima kasih. Sekian, harap maklum. BIL: KUSB/HEP/MEM0-2016/022

Transcript of 2016.09.07 - Memo 022 Makluman Penguatkuasaan Kawasan Asrama UNITI Village Bebas Kereta

MEMO RASMI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ UNITI (HEP UNITI) KOLEJ UNITI

KEPADA Semua pelajar Kolej UNITI; dan

Semua staf Kolej UNITI

DARIPADA Encik Ahmad Turmizi Bin Mohd Khalil, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Kolej UNITI (HEP UNITI).

SALINAN KEPADA Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Kolej UNITI (HEP UNITI).

PERKARA MAKLUMAN PENGUATKUASAAN KAWASAN ASRAMA UNITI VILLAGE BEBAS KERETA

TARIKH MEMO 07 September 2016 (Rabu)

TINDAKAN MAKLUMAN KOMEN BALAS SEGERA

وبركاته هللا ورحمة عليكم السالم SALAM SEJAHTERA

Perhatian kepada warga UNITI, pelajar dan staf Kolej UNITI Port Dickson. Perkara di atas adalah dirujuk. Bagi menggalakkan aktiviti luar, termasuk sukan dan rekreasi, oleh warga UNITI (pelajar dan staf), pihak pengurusan Kolej UNITI telah menetapkan bahawa kawasan asrama UNITI Village akan dikuatkuasa sebagai kawasan larangan parkir bagi kereta dan kenderaan sejenis dengannya, iaitu empat roda. Hanya motorsikal dan basikal, serta kenderaan sejenis dengannya, iaitu 2 roda, dibenarkan memasuki dan parkir di tempar parkir yang disediakan, kecuali dalam kawasan larangan parkir motorsikal. Bersama memo ini ialah peta premis UNITI Village yang terkandung catatan ‘Kawasan Parkir Kereta’, dan ‘Kawasan Larangan Parkir Motorsikal’. Perkara ini akan dikuatkuasakan mulai 19 SEPTEMBER 2016 (ISNIN). Pengecualian diberikan kepada para felo dan staf yang menginap di UNITI Village sebagai persediaan bagi sebarang urusan kecemasan pelajar. Sebarang permohonan untuk membawa masuk kenderaan bagi tujuan menghantar barang boleh diajukan kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Pihak Kolej UNITI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan yang berlaku terhadap barangan dan milikan pelajar di kawasan parkir motorsikal dan kereta. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui saluran perhubungan kami seperti berikut:-

No. Telefon Pejabat: 06 – 661 0523

Emel: [email protected]

Perhatian dan pertimbangan Tuan / Puan amatlah kami hargai dan kami dahulukan dengan ribuan terima kasih. Sekian, harap maklum.

BIL: KUSB/HEP/MEM0-2016/022