2016.09.09 - Memo 023 Makluman Penguatkuasaan Jadual Penghantaran Pelajar Sakit

2
MEMO RASMI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ UNITI (HEP UNITI) KOLEJ UNITI KEPADA Semua pelajar Kolej UNITI; dan Semua staf Kolej UNITI DARIPADA Encik Ahmad Turmizi Bin Mohd Khalil, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Kolej UNITI (HEP UNITI). SALINAN KEPADA Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Kolej UNITI (HEP UNITI). PERKARA MAKLUMAN PENGUATKUASAAN JADUAL PENGHANTARAN PELAJAR SAKIT TARIKH MEMO 09 September 2016 (Jumaat) TINDAKAN MAKLUMAN KOMEN BALAS SEGERA م الس عليكم ورحمة وبركاتهSALAM SEJAHTERA Perhatian kepada warga UNITI, pelajar dan staf Kolej UNITI Port Dickson. Perkara di atas adalah dirujuk. Untuk makluman semua, suatu jadual penghantaran pelajar sakit khas akan dilaksanakan dan dikuatkuasakan mulai 19 SEPTEMBER 2016 (ISNIN). Jadual tersebut adalah seperti berikut:- Hari Isnin sehingga Jumaat (Kecuali Cuti):- WAKTU PENGHANTAR CATATAN SESI 1: 08:45 AM – 09:00 AM Pegawai HEP UNITI - Lapor diri ke pejabat atau hubungi pejabat HEP UNITI. - Pelajar akan diambil dan dihantar oleh penghantar. SESI 2: 01:45 PM – 02:00 PM SESI 3: 07:45 PM – 08:00 PM Felo Bertugas - Rujuk jadual felo atau hubungi felo angkat masing-masing. - Pelajar akan diambil dan dihantar oleh felo bertugas. SESI 4: 11:15 PM – 11:30 PM Hari Sabtu dan Ahad, serta Cuti Umum:- WAKTU PENGHANTAR CATATAN SESI 1: 08:45 AM – 09:00 AM Felo Bertugas - Rujuk jadual felo atau hubungi felo angkat masing-masing. - Pelajar akan diambil dan dihantar oleh felo bertugas. SESI 2: 01:45 PM – 02:00 PM SESI 3: 07:45 PM – 08:00 PM SESI 4: 11:15 PM – 11:30 PM Berikut adalah perkara untuk makluman dan peringatan para pelajar dan staf Kolej UNITI Port Dickson:- 1. Penghantaran ini hanya akan dibuat ke Klinik Kesihatan Pasir Panjang, dan Hospital Port Dickson. 2. Penghantaran ke Klinik Kesihatan hanya fokus kepada kes bukan kecemasan. 3. Penghantaran ke Hospital hanya fokus kepada kes separa kecemasan. 4. Pelajar perlu bawa kad pengenalan masing-masing untuk pendaftaran. 5. Pegawai HEP dan felo bertugas berhak untuk menolak sebarang permohonan penghantaran apabila dinilai tiada keperluan. Ubatan asas dan pesanan, untuk hubungi semula bila keadaan menjadi lebih teruk, akan diberikan. BIL: KUSB/HEP/MEM0-2016/023

Transcript of 2016.09.09 - Memo 023 Makluman Penguatkuasaan Jadual Penghantaran Pelajar Sakit

Page 1: 2016.09.09 - Memo 023 Makluman Penguatkuasaan Jadual Penghantaran Pelajar Sakit

MEMO RASMI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ UNITI (HEP UNITI) KOLEJ UNITI

KEPADA Semua pelajar Kolej UNITI; dan

Semua staf Kolej UNITI

DARIPADA Encik Ahmad Turmizi Bin Mohd Khalil, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Kolej UNITI (HEP UNITI).

SALINAN KEPADA Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Kolej UNITI (HEP UNITI).

PERKARA MAKLUMAN PENGUATKUASAAN JADUAL PENGHANTARAN PELAJAR SAKIT

TARIKH MEMO 09 September 2016 (Jumaat)

TINDAKAN MAKLUMAN KOMEN BALAS SEGERA

وبركاته هللا ورحمة عليكم السالم SALAM SEJAHTERA

Perhatian kepada warga UNITI, pelajar dan staf Kolej UNITI Port Dickson. Perkara di atas adalah dirujuk. Untuk makluman semua, suatu jadual penghantaran pelajar sakit khas akan dilaksanakan dan dikuatkuasakan mulai 19 SEPTEMBER 2016 (ISNIN). Jadual tersebut adalah seperti berikut:- Hari Isnin sehingga Jumaat (Kecuali Cuti):-

WAKTU PENGHANTAR CATATAN

SESI 1: 08:45 AM – 09:00 AM Pegawai HEP UNITI

- Lapor diri ke pejabat atau hubungi pejabat HEP UNITI.

- Pelajar akan diambil dan dihantar oleh penghantar. SESI 2: 01:45 PM – 02:00 PM

SESI 3: 07:45 PM – 08:00 PM Felo Bertugas

- Rujuk jadual felo atau hubungi felo angkat masing-masing.

- Pelajar akan diambil dan dihantar oleh felo bertugas. SESI 4: 11:15 PM – 11:30 PM

Hari Sabtu dan Ahad, serta Cuti Umum:-

WAKTU PENGHANTAR CATATAN

SESI 1: 08:45 AM – 09:00 AM

Felo Bertugas

- Rujuk jadual felo atau hubungi felo angkat masing-masing. - Pelajar akan diambil dan dihantar oleh felo bertugas.

SESI 2: 01:45 PM – 02:00 PM

SESI 3: 07:45 PM – 08:00 PM

SESI 4: 11:15 PM – 11:30 PM

Berikut adalah perkara untuk makluman dan peringatan para pelajar dan staf Kolej UNITI Port Dickson:- 1. Penghantaran ini hanya akan dibuat ke Klinik Kesihatan Pasir Panjang, dan Hospital Port Dickson. 2. Penghantaran ke Klinik Kesihatan hanya fokus kepada kes bukan kecemasan. 3. Penghantaran ke Hospital hanya fokus kepada kes separa kecemasan. 4. Pelajar perlu bawa kad pengenalan masing-masing untuk pendaftaran. 5. Pegawai HEP dan felo bertugas berhak untuk menolak sebarang permohonan penghantaran apabila

dinilai tiada keperluan. Ubatan asas dan pesanan, untuk hubungi semula bila keadaan menjadi lebih teruk, akan diberikan.

BIL: KUSB/HEP/MEM0-2016/023

Page 2: 2016.09.09 - Memo 023 Makluman Penguatkuasaan Jadual Penghantaran Pelajar Sakit

Senarai kes bukan kecemasan, yang tidak memerlukan anda mengunjungi Jabatan Kecemasan & Trauma, adalah seperti berikut:- 1. Batuk dan selsema. 2. Cirit-birit yang tidak terus. 3. Daily dressing. 4. Demam ringan. 5. Kesakitan tubuh badan yang tidak serius. 6. Luka dan lebam. 7. Mata merah yang tidak berkaitan dengan kecederaan atau terkena bahan kimia. 8. Muntah. 9. Najis berdarah sekali-sekala. 10. Pemeriksaan perubatan biasa. 11. Pendarahan hidung yang tidak serius. 12. Penyakit berjangkit seperti campak, beguk, dan cacar air. 13. Penyakit bisul. 14. Permohonan untuk sambung MC (cuti sakit). 15. Rawatan penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. 16. Ruam-ruam kulit kronik atau tidak. 17. Rujukan daripada doktor swasta untuk penyakit yang tidak serius. 18. Sakit kepala biasa. 19. Sakit perut yang tidak teruk (gastrik). 20. Sakit ketika kencing. 21. Terkena gigitan serangga yang tidak serius. 22. Tidak menghadiri temujanji klinik pakar. Senarai kes kecemasan, yang memerlukan pegawai HEP dan felo bertugas untuk hantar pelajar segera tanpa ikut jadual tersebut, adalah seperti berikut:- 1. Kecederaan parah akibat kemalangan atau jatuh. 2. Kecederaan kepala yang menyebabkan muntah, atau / dan pendarahan dari hidung, telinga, dan mulut. 3. Melecur atau kecederaan akibat terbakar. 4. Pendarahan tanpa henti. 5. Strok. 6. Serangan jantung. 7. Konvulsi atau sawan. 8. Tulang patah atau retak. 9. Sakit dada berterusan. 10. Kesukaran bernafas. 11. Sakit perut atau pendarahan ketika hamil. 12. Tidak sedarkan diri, atau koma. 13. Pengsan 14. Dehidrasi teruk. 15. Keracunan. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui saluran perhubungan kami seperti berikut:-

No. Telefon Pejabat: 06 – 661 0523

Emel: [email protected]

Perhatian dan pertimbangan Tuan / Puan amatlah kami hargai dan kami dahulukan dengan ribuan terima kasih. Sekian, harap maklum.