20171127 MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN KEPADA …...Majlis Daerah Kuala Selangor RM1,919,715.00...

Click here to load reader

  • date post

    16-Jun-2021
  • Category

    Documents

  • view

    7
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of 20171127 MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN KEPADA …...Majlis Daerah Kuala Selangor RM1,919,715.00...

Microsoft Word - 20171127 MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR.docxNEGERI SELANGOR
YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran
Tahunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor pada 27
November 2017 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.
Penyerahan geran tahunan ini adalah merupakan sebahagian daripada
tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kepada negeri dan PBT, mengikut
Perkara 109 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah bagi membantu PBT
membiayai belanja mengurus masing-masing. KPKT memberi geran tahunan
kepada semua PBT di Malaysia kecuali PBT di Wilayah Persekutuan dan
agensi yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri untuk menjalankan fungsi PBT
(modified PBT). Pengiraan Geran Tahunan adalah mengambil kira aspek
seperti bilangan penduduk, taraf PBT berkenaan (sama ada dewan/majlis
bandaraya, majlis perbandaran atau majlis daerah) dan sebagainya
dengan siling maksima RM5 juta bagi satu PBT.
KPKT telah menyerahkan geran tahunan berjumlah RM46,907,240.00 kepada
12 buah PBT di Selangor yang mana agihannya adalah seperti yang berikut:
Selain penyerahan geran tahunan ini, KPKT turut menyalurkan sejumlah RM26
juta setahun bagi melangsaikan kos bil elektrik dan RM13.2 untuk Sumbangan
Membantu Kadar kepada seluruh PBT di Selangor.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya RM5 juta
Majlis Perbandaran Subang Jaya RM5 juta
Majlis Daerah Kuala Langat RM2,958,548.00
Majlis Bandaraya Shah Alam RM5 juta
Majlis Perbandaran Kajang RM5 juta
Majlis Perbandaran Sepang RM2,163,427.00
Majlis Perbandaran Ampang Jaya RM5 juta
Majlis Daerah Hulu Selangor RM3,210,793.00
Majlis Daerah Sabak Bernam RM1,654,757.00
Selepas sesi penyerahan geran tahunan, YB Menteri turut meluangkan masa
untuk berdialog bersama PBT Negeri Selangor bagi membincangkan
mengenai isu-isu yang berkaitan dengan bidang kuasa PBT dan
kesejahteraan rakyat.