2018 71 Kandungan - jupem.gov.my · tujuan pemetaan dan 3D Modelling selain latihan dalam...

59

Transcript of 2018 71 Kandungan - jupem.gov.my · tujuan pemetaan dan 3D Modelling selain latihan dalam...

KandunganOKT - DIS

201871

SEMINAR JURUUKURDAN JURUGEOSPATIAL 2018

“ Juruukur dan Jurugeospatial ke Arah Industri 4.0 -Mendepani Cabaran, Melakari Kejayaan”

Jabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaWisma JUPEM

Jalan Sultan Yahya Petra50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618www.jupem.gov.my

02

0816

20

26

34

37

3940

34 48

03

0816

26

34 37 39

40

14

19

20

SEMINAR JURUUKUR / JURUGEOSPATIAL JUPEM 2018INSTUN | PERAK

PERSIDANGAN PENGARAH - PENGARAH UKUR 2018IPOH | PERAK

JUPEM SERTAI PERHIMPUNAN SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN 1440H / 2018M | PUTRAJAYA

JUPEM MENANDATAGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN

MALAYSIA DAN DIPERTUA MAJLIS PERBADANDARAN SEREMBAN BERKAITAN PERKONGSIAN MAKLUMAT

GEOSPATIAL | SEREMBAN

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH UKURDAN PEMETAAN MALAYSIA KE PEJABAT PANGLIMA ATM

|KUALA LUMPUR

MESYUARAT KE-42 JAWATANKUASA BERSAMA SEMPADAN PENANDAAN DAN PENGUKURAN

SEMPADAN ANTARABANGSAINDONESIA - MALAYSIA (JIM - 42) | INDONESIA

JUPEM WP KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA MENGADAKAN TAKLIMAT DAN PAMERAN PENCEGAHAN DENGGI SERTA

GOTONG-ROYONG BEBAS DENGGI DI KUARTERS JUPEM | KUALA LUMPUR

MAJLIS PELANCARAN EKSA KE ARAH PENSIJILAN SEMULAJUPEM PULAU PINANG | PULAU PINANG

AKTIvITI JUPEM

jabatan ukur dan pemetaan malaysia2

Seminar Juruukur/Jurugeospatial JuPEM 2018 telah berjaya diadakan di Institut Tanah dan ukur negara (InSTun), Behrang, Perak pada 5 hingga 7 Oktober 2018. Seminar yang bertemakan ‘Juruukur dan Jurugeospatial ke arah Industri 4.0 - Mendepani Cabaran, Melakari Kejayaan’ ini bertujuan memperkasakan peranan juruukur/jurugeospatial, menyuntik motivasi, berkongsi pengalaman serta memperjelaskan halatuju JuPEM bagi tahun yang mendatang. Seminar yang dirasmikan oleh YBhg. dato’ Sr Mohd noor bin Isa, Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan Malaysia berjaya menghimpun seramai 319 pegawai meliputi juruukur, jurugeospatial dan lain-lain perkhidmatan di Bahagian Ibu Pejabat, JuPEM negeri serta yang berkhidmat di jawatan kader dari pelbagai jabatan/agensi.

Intipati seminar Jurukur 2018 selama dua hari ini melibatkan beberapa slot program yang disusun rapi dan berinformasi bagi memberi pendedahan kepada Juruukur dan Jurugeospatial. antara slot yang menarik adalah Keynote I bertajuk JuPEM: ‘The Way Forward’ yang disampaikan oleh YBrs. Sr Mohamad Kamali bin adimin, Timbalan Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan I, Keynote II bertajuk Perundingan di dalam Pengurusan Sempadan: apa Yang Mereka Tidak diajar di universiti oleh YBrs. Sr dr. azhari bin Mohamed, Pengarah ukur Bahagian (Ehwal

SEMInaR JuRuuKuR/JuRugEOSPaTIaL JuPEM 2018“SEMINAR JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL KE ARAH

INDUSTRI 4.0”

Persempadanan); Keynote III bertajuk Profesional dan Pengurusan Organisasi oleh YBrs. Sr Haji Ramli bin nor, Pengarah ukur Bahagian (Kadaster); Keynote IV bertajuk Senario, Cabaran Sebagai Juruukur oleh Sr Haji Mohammad azmi bin Mohd. Zin, Presiden Royal Institution of Surveyors Malaysia; Keynote V Imej dan Ketrampilan Pegawai awam dan Keynote VI Protokol dan Etiket Sosial oleh Puan Rahimah binti Yeop; demonstrasi Inovasi Johan KIK JuPEM 2018, Kumpulan Kunci (Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak; Solat & Ceramah Agama oleh YBhg. S.S Dato’ Dr. Seri Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Taklimat Kesihatan dan Pemakanan Sihat oleh Puan Ili dalila binti Tajudin; Pengukuhan Integriti & Pencegahan Rasuah dan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh PsK. Mohammad nasir bin Mat Jam. Seminar ini diakhiri dengan slot dialog Perdana Bersama Pengurusan Tertinggi JuPEM yang mana perbincangan dua hala ini bagi membentuk organisasi yang berkesan dan dapat memberi penyampaian yang terbaik kepada rakyat.

3Berita ukur 71

jabatan ukur dan pemetaan malaysia4

5Berita ukur 71

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera darat telah diadakan pada 30 Oktober 2018 bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur, Kementerian Pertahanan Malaysia. Pada majlis tersebut, YBhg. dato’ Sr Mohd noor bin Isa, Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan Malaysia telah dianugerahkan Kolonel Kehormat Juruukur angkatan Tentera. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Jeneral dato’ Seri Panglima Haji ahmad Hasbullah bin Haji Mohd nawawi, Panglima Tentera darat, angkatan Tentera Malaysia.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKATPEGAWAI KANAN TENTERA

DARAT

jabatan ukur dan pemetaan malaysia6

30 Oktober 2018 (Selasa), Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia (JuPEM) telah menyertai pameran sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018 (HPBS) peringkat negeri Selangor. Pihak JuPEM telah menyertai pameran ini dengan mempamerkan tiga produk Jabatan iaitu aplikasi SKIP SmartKadaster, model STaPS (Stesen air Pasang Surut) dan beberapa buah pesawat dron di seminar yang telah diadakan di Setia City Convention Centre Setia alam, Selangor. Seminar yang bertemakan Selangor Ke arah Bandar Berdaya Huni dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan desa negeri (JPBd) Selangor telah dirasmikan oleh duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bersama duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor. Seminar ini juga turut dihadiri oleh Yang amat Berhormat dato’ Menteri Besar Selangor bersama dif jemputan yang lain. Pameran dari JuPEM ini telah berjaya menarik perhatian peserta seminar memahami dan mengetahui kebolehupayaan JuPEM dalam memperkasa maklumat geospatial melalui aktiviti ukur dan pemetaan. Peserta seminar juga diberi penerangan ringkas berkenaan aktiviti cerapan air pasang surut yang dilaksanakan oleh JuPEM.

JUPEM MENYERTAI PAMERAN DI HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2018 (HPBS) PERINGKAT NEGERI SELANGOR

7Berita ukur 71

Persidangan Pengarah-Pengarah ukur 2018 telah berlangsung di Ipoh, Perak pada 31 Oktober 2018 hingga 1 november 2018 dengan kehadiran barisan pengurusan Jabatan diketuai YBhg. dato’ Sr Mohd noor bin Isa, Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan Malaysia; YBrs. Sr Mohamad Kamali bin adimin, Timbalan Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan I; YBrs. Sr John Elvis Koh, Timbalan Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan II; Pengarah ukur Bahagian; Pengarah Bahagian; Pengarah ukur dan Pemetaan negeri; Penasihat undang-undang dan Ketua unit Integriti. Sebanyak 23 kertas kerja telah dibentangkan semasa persidangan tersebut.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA8

PERSIDANGANPENGARAH-PENGARAH

UKUR TAHUN 2018

jabatan ukur dan pemetaan malaysia8

9BERITA UKUR 68 9Berita ukur 71

Lawatan ke tanjung tuaLangtindredge no. 5 (tt5)

jabatan ukur dan pemetaan malaysia10

11Berita ukur 71

jabatan ukur dan pemetaan malaysia12

13BERITA UKUR 68

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA ANTARA JUPEM DAN PEJABAT SUK PERAKPada 31 Oktober 2018 bertempat di Bangunan Perak darul Ridzuan telah berlangsung Majlis Menandatangani nota Kerjasama antara Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia dan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak berkaitan perkongsian maklumat geospatial yang telah disempurnakan oleh YBhg. dato’ Sr Mohd noor bin Isa, Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan Malaysia dan YB Tuan Haji Zainal azman bin abu Seman, Setiausaha Kerajaan negeri Perak. Kerajaan negeri Perak merupakan kerajaan negeri yang pertama menjalinkan kerjasama dengan Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia berkaitan perkongsian maklumat geospatial.

13Berita ukur 71

PROgRaM MELIHaT FEnOMEnagERHana BuLan PEnuH

11 november 2018, ahad - Workshop – UAV Handling & UAV Data Processing, Surveillance, Mapping & 3D Modeling 2018 yang dianjurkan oleh Malaysia uaV developments association (Muda) telah diadakan di australia International School, Malaysia (aISM) dengan tema UAV-Disruptive Innovation & Technology Malaysia-UAV Empowered Nation. Program ini telah dirasmikan oleh YaB Tun dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Hadir sama pada program berkenaan adalah datuk Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan, datuk Lester Tay Kean Boon, pengasas Muda serta wakil-wakil dari agensi kerajaan dan swasta yang terlibat seperti Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia (JuPEM).

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA14

JUPEM SERTAI PAMERAN SEMPENA WORKSHOP – UAV HANDLING & UAV DATA PROCESSING, SURVEILLANCE,

MAPPING & 3D MODELING 2018Program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 november 2018 sehingga 11 november 2018 ini telah mengetengahkan latihan dalam mengawal uaV bagi tujuan pemetaan dan 3D Modelling selain latihan dalam pemprosesan uaV menggunakan Agisoft Photoscan Software. Program yang mendapat sambutan oleh lebih seribu pengunjung ini juga turut memberi pendedahan dalam tatacara dan penggunaan uaV berdasarkan pematuhan undang-undang penerbangan CaaM, peraturan JuPEM dan peraturan-peraturan MCMC.JuPEM telah diberi penghormatan mengadakan pameran sempena program tersebut. Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai produk dan perkhidmatan JuPEM khususnya dalam bidang berkaitan uaV. Turut membantu dalam pameran pada kali ini adalah Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK) dan Bahagian geospatial Pertahanan (BgSP) dari Ibu Pejabat JuPEM.

jabatan ukur dan pemetaan malaysia14

15BERITA UKUR 68 15Berita ukur 71

JUPEM SERTAI PERHIMPUNAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTANMAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1440H/2018M

20 november 2018 (Selasa) – Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia (JuPEM) telah diundang oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JaKIM) untuk menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M di Pusat Konvensyen antarabangsa Putrajaya (PICC). Pihak JuPEM telah menghantar 50 orang peserta bagi mengimarahkan lagi majlis yang turut diserikan dengan kehadiran Sultan nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan azlan Muhibbuddin Shah, Timbalan Yang di-Pertuan agong, bersama Tuanku Zara Salim, Tuanku Permaisuri Perak. Hadir sama, YaB Tun dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri, YB dato’ Seri dr Wan azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan datuk Seri dr Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kira-kira 4,000 peserta kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar daripada institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah turut menghadiri perhimpunan ini yang bertemakan “Menyantuni umat Membawa Berkat”.Sementara itu, seorang individu telah dipilih sebagai penerima anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M dan empat individu lagi dipilih sebagai penerima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.Turut membanggakan salah seorang penerima anugerah ini adalah YBrs. Sr dr azhari bin Mohamed, Pengarah ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan), Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia bersama penerima lain iaitu dr anisah ab ghani, pakar rujuk ibadat haji, Encik Yaakob Lazim, aktivis Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), serta datuk abd Rahman Ibrahim, ahli perniagaan dan dermawan. Manakala anugerah Perdana telah dikurniakan kepada YBhg. datuk Paduka nik Jaafar nik Ismail, tokoh agama dan guru al-Quran.Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan besar individu terbabit dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak.

jabatan ukur dan pemetaan malaysia16

SEMInaR SEHaRI BERSaMa PEnERBIT 2018PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

17BERITA UKUR 68

Pada 21 november 2018, Seminar Sehari Bersama Penerbit 2018 Malaysia bertempat di auditorium PnM telah dianjurkan oleh Perpustakaan negara Malaysia. Seminar ini yang berobjektif mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran tentang peraturan akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (akta 331), memantapkan koleksi negara selain menyokong pembangunan industri perbukuan negara telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Nafisah binti Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan negara Malaysia. Pada seminar ini, JuPEM telah dianugerahkan sebagai Penerbit Serahan Terbanyak Bahan Perpustakaan 2017 di bawah akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 186 (akta 331) di bawah kategori agensi Kerajaan. YBrs. Sr Wan Mohamad darani bin ab Rahman, Pengarah ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) telah mewakili Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia bagi penerimaan sijil anugerah tersebut. Setiap tahun JuPEM sentiasa komited dalam mengeluarkan produk-produk bahan bacaan dan rujukan berkaitan ukur, pemetaan dan geospatial seperti Peta Topografi dan Peta Rampaian, Laporan Tahunan, Buku Jadual Ramalan air Pasang Surut, Berita ukur, lain-lain bahan bacaan dan konsisten menyerahkan kepada Perpustakaan negara Malaysia untuk tujuan rujukan, koleksi dan bahan bacaan orang awam sejajar dengan slogan “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya” yang diperkenalkan oleh Perpustakaan negara Malaysia. Tahniah diucapkan kepada JuPEM.

17Berita ukur 71

jabatan ukur dan pemetaan malaysia18

Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia (JuPEM) telah mengadakan Program gotong Royong Perdana pada 11 Oktober 2018. Program telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Mohamad Kamali bin adimin, Timbalan Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan I. Simbolik perasmian program ini adalah penanaman pokok jenis Horsfieldia SP yang telah disumbangkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Program ini telah disertai oleh pegawai serta kakitangan dari Bahagian di Ibu Pejabat JuPEM dan dengan kerjasama dewan Bandaraya Kuala Lumpur (dBKL), Institut Penyelidikan Perhutanan negara (FRIM), Jabatan Pertahanan awam negara (JPaM), serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

PROGRAMGOTONG - ROYONG

PERDANAIBU PEJABAT JUPEM

19Berita ukur 71

PROgRaM MELIHaT FEnOMEnagERHana BuLan PEnuH

23 november 2018, Jumaat - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) antara Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia (JuPEM) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah diadakan di Seremban, negeri Sembilan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg dato’ Sr Mohd noor Isa, Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan Malaysia dan YBhg dato’ Haji Zazali bin Salehudin, Yang diPertua MPS. Hadir sama pada majlis berkenaan adalah pegawai-pegawai tertinggi Ibu Pejabat JuPEM, JuPEM negeri Sembilan dan pegawai-pegawai dari MPS.

Majlis ini bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat antara dua pihak supaya ia boleh dilayari

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA20

JUPEM MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA DAN DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN BERKAITAN PERKONGSIAN MAKLUMAT GEOSPATIAL

secara dalam talian. Memorandum persefahaman ini juga bukan sahaja menjimatkan masa kakitangan kedua-dua jabatan, malah segala maklumat terkini boleh diperoleh dengan mudah tanpa perlu melalui proses merumitkan. Sistem ini akan sentiasa dikemaskini dan permasalahan seperti pertindihan dalam pengurusan maklumat geospatial dapat diselesaikan secara sistematik. Platform yang diwujudkan ini membolehkan JuPEM menyediakan sokongan kepakaran dan bantuan teknikal terutama dalam penggunaan data seperti data pemetaan dan data kadaster, manakala MPS akan menyokong dari segi penyaluran maklumat seperti data sempadan dan binaan.

jabatan ukur dan pemetaan malaysia20

21Berita ukur 71

PROgRaM MELIHaT FEnOMEnagERHana BuLan PEnuH

Majlis Memorandum Persefahaman (Mou) ini telah diadakan pada 27 november 2018 (Selasa) bertempat di Bangunan Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang. Majlis ini dihadiri seramai 80 orang pegawai dari kedua-dua jabatan. JuPEM diwakili oleh 35 orang pegawai yang terdiri daripada Pengarah ukur Bahagian, Pengarah ukur dan Pemetaan negeri dan pegawai-pegawai dari Bahagian Kadaster.

YBhg. dato’ Sr Mohd noor bin Isa, Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan Malaysia dan YH dato’ Fadzilla Salleh, Yang diPertua Majlis Perbandaran Kuantan telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang perkongsian maklumat geospatial yang dibangunkan

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA22

JUPEM MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA DAN DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN BERKAITAN PERKONGSIAN MAKLUMAT GEOSPATIAL

oleh JuPEM melalui inisiatif Web Service MyGeoserve.

Majlis yang berlangsung di Bangunan Ibu Pejabat MPK ini bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat antara dua pihak supaya ia boleh dilayari secara dalam talian. Mou ini juga menjadi titik tolak dalam perkongsian geospatial yang lebih sistematik serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak selain dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan masing-masing. Melalui kerjasama strategik yang dijalankan ini, perkongsian data geospatial dapat dilaksanakan secara berkesan seterusnya membolehkan JuPEM dan MPK menghasilkan peta dan maklumat geospatial yang komprehensif dan terkini.

jabatan ukur dan pemetaan malaysia22

23BERITA UKUR 68 23Berita ukur 71

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA24 jabatan ukur dan pemetaan malaysia24

25BERITA UKUR 68

Pada 24 Oktober 2018, YBhg. dato’ Sr Mohd noor bin Isa, Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan Malaysia (KPuP) telah memberikan taklimat kepada Menteri Besar Kelantan dan Exco Kerajaan negeri Kelantan darul naim mengenai status terkini pengukuran dan penandaan sempadan antarabangsa Malaysia (Kelantan) - Thailand.

Semasa taklimat tersebut YBhg. dato’ KPuP memperincikan kaedah pengukuran, jawatankuasa bersama yang terlibat, isu-isu berbangkit di sempadan yang terlibat seperti sempadan darat dan maritim di Bukit Jeli dan di Sungai golok. Selain daripada itu, YBhg. dato’ KPuP telah menjelaskan peranan JuPEM

TAKLIMAT YBHG. DATO’ KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KEPADA MENTERI BESAR DAN EXCO NEGERI KELANTAN

BERKAITAN ISU SEMPADAN SUNGAI GOLOK

dalam menentukan garis sempadan maritim negeri dan negara dari segi teknikalnya serta pemilikannya.

dalam hal ini, YBhg. dato’ KPuP memaklumkan bahawa JuPEM adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam menentukan had garisan sempadan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa, manakala perkara yang berkaitan pemilikan adalah di bawah bidang kuasa / persetujuan negeri-negeri yang terlibat.

Sempena taklimat tersebut juga, YBhg. dato’ Sr Mohd noor bin Isa telah mengadakan kunjungan hormat kepada Y.B dato’ Haji nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan.

25Berita ukur 71

YBhg. dato’ Sr Mohd noor bin Isa, Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Jeneral Tan Sri dato’ Sri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera pada 28 november 2018 di Pejabat Panglima angkatan Tentera, Wisma Pertahanan. Pada pertemuan tersebut, YBhg. dato’ Sr Mohd noor bin Isa turut membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan sempadan negara dan penambahbaikan terhadap peta-peta sempadan sedia ada yang digunakan dalam aktiviti ketenteraan.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KE PEJABAT PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

MALAYSIA

jabatan ukur dan pemetaan malaysia26

7th Plenary Meeting of the Regional Committee of United Nations Global Geospatial Information Congress Management for Asia and the Pacific (unggIM-aP) telah diadakan secara back-to-back dengan United Nations World Geospatial Information Congress (unWgIC) di deqing, Wilayah Zhejiang, Republik Rakyat China pada 22 november 2018 bertempat di deqing International Exhibition Center. Malaysia yang diwakili oleh Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia (JuPEM) merupakan salah sebuah organisasi yang terpilih menjadi unggIM-aP Executive Board Member. Mesyuarat ke-7 ini telah dihadiri oleh Sr dr. azhari bin Mohamed, Pengarah ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) dan Sr azlim Khan Bin abdul Raof Khan, Pengarah ukur Bahagian (Pemetaan utiliti). Mesyuarat ini antara lainnya melaporkan aktiviti Working Groups (Wg) bagi tempoh 2015-2018. Wg yang terlibat adalah WG1-Geodetic Reference Frame, WG2-Disaster Risk Management, WG3-Regional SDI dan WG4-Cadastre and Land Management. Setiap Wg akan membentangkan laporan aktiviti masing-masing. Mesyuarat ini juga membincangkan mengenai cadangan penglibatan Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (unESCaP) dengan unggIM-aP, di mana unESCaP bersedia mengambil alih tugas sebagai Secretariat kepada unggIM-aP.

7TH PLENARY MEETING OF THE REGIONAL COMMITTEE OF UNITED NATIONS GLOBAL GEOSPATIAL INFORMATION CONGRESS MANAGEMENT FOR ASIA AND THE PACIFIC

27Berita ukur 71

jabatan ukur dan pemetaan malaysia28

PUSPANITA induk Ibu Pejabat JuPEM telah mengadakan lawatan ke JuPEM Terengganu pada 29 november – 2 disember 2018. Rombongan yang diketuai oleh YBhg. datin noor Hasimah binti Mohd Taib, Pengerusi PuSPanITa JuPEM telah disambut meriah oleh Pengerusi PuSPanITa JuPEM Terengganu bersama ahli jawatankuasa. Sepanjang 3 hari berada di negeri Terengganu pelbagai program telah diatur bagi memastikan setiap waktu diisi dengan sebaiknya. antaranya ialah Melawat Taman Tamadun Islam, lawatan ke rumah Sejahtera Bukit Payong, lawatan ke perusahaan keropok, lawatan ke pusat kraftangan dan sebagainya. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan mengenali dengan lebih dekat serta beramah mesra antara satu sama lain di samping mengenalpasti masalah yang dihadapi memandangkan PuSPanITa JuPEM Terengganu baru ditubuhkan.Program ini juga merupakan program yang dirancang oleh PuSPanITa Induk untuk merealisasikan impian bagi mendekati setiap ahli PuSPanITa JuPEM negeri.

LAWATAN PUSPANITA INDUKKE JUPEM TERENGGANU

29Berita ukur 71

jabatan ukur dan pemetaan malaysia30

PROgRaM MELIHaT FEnOMEnagERHana BuLan PEnuH

Mesyuarat Ke-48 Jawatankuasa Teknikal Penandaan, Pengukuran dan Penyelenggaraan Sempadan antarabangsa Malaysia -Thailand (JTC-48) telah diadakan di Pattaya, Thailand pada 13 – 15 Oktober 2018. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat berjadual yang diadakan secara berkala dan dianjurkan secara bergilir antara Malaysia dan Thailand. Mesyuarat ini dipengerusikan secara bersama oleh pihak Malaysia dan Thailand, masing-masing oleh YBhg. dato’ Sr Mohd noor bin Isa, Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan Malaysia selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Malaysia dan Lt. gen. Hassadee Wongissares, director of Royal Thai Survey department selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Thailand. Tujuan mesyuarat ini diadakan

MESYUARAT KE-48 JAWATANKUASA TEKNIKAL PENANDAAN, PENGUKURAN DAN PENYELENGGARAAN SEMPADAN

ANTARABANGSA MALAYSIA -THAILAND (JTC-48)

adalah membincangkan isu-isu kepentingan bersama dalam hal-hal teknikal bagi kerja-kerja penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkenaan isu-isu semasa di persempadanan Malaysia – Thailand antaranya hasrat bagi menyediakan Joint Border Mapping di sempadan antarabangsa Malaysia – Thailand.

31Berita ukur 71

BENGKEL PEMURNIAN DOKUMENTASI PENSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

JuPEM Terengganu telah mengadakan Bengkel Pemurnian dokumentasi Ekosistem Kondusif Sektor awam (EKSa) pada 3 hingga 5 disember 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 8, Wisma Persekutuan, melibatkan seramai 32 orang peserta. Objektif utama bengkel ini diadakan bertujuan membuat pengemaskinian dokumen dan garis Panduan EKSa JuPEM Terengganu sekaligus sebagai langkah persediaan bagi pengauditan EKSa oleh unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MaMPu).Bagi menyemarakkan lagi dan memupuk semangat EKSa di dalam diri kakitangan JuPEM Terengganu, Jawatankuasa telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pertandingan untuk pertandingan sudut EKSa secara fizikal dan maya terbaik yang telah dianjurkan pada bulan april semasa majlis penutup bengkel tersebut.

jabatan ukur dan pemetaan malaysia32

AUDIT PENSIJILAN PEMBAHARUAN PERSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF

SEKTOR AWAM (EKSA) JUPEM WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

audit Pensijilan Pembaharuan Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor awam (EKSa) JuPEM wilayah Persekutuan Labuan telah dijalankan pada 8 november 2018 oleh MaMPu cawangan Sabah. Skop audit tersebut merangkumi Keperluan utama Pelaksanaan (dokumen dan Sudut QE), Ruang Pejabat, Perkhidmatan Kaunter, Tempat Simpanan (Stor), Tempat umum dan Kawasan Persekitaran.Pihak MaMPu cawangan Sabah yang diwakili oleh Cik Vivian nazarius telah bersetuju untuk mengesyorkan pembaharuan sijil Ekosistem Kondusif Sektor awam (EKSa) JuPEM wilayah Persekutuan Labuan bagi Tahun 2018/2019.

33Berita ukur 71

Mesyuarat Ke-42 Jawatankuasa Bersama Sempadan Penandaan dan Pengukuran Sempadan antarabangsa Indonesia - Malaysia (JIM-42) telah diadakan di Bandung, Indonesia pada 9 - 11 Oktober 2018. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat berjadual yang diadakan secara bergilir-gilir di antara Malaysia dan Indonesia dan dipengerusikan secara bersama oleh kedua-dua negara. di pihak Malaysia dipengerusikan oleh YBhg. dato’ dr Tan Yew Chong, Ketua Setiausaha Kementerian air, Tanah dan Sumber asli, manakala di pihak Indonesia dipengerusikan oleh Bapak Hadi Probowo, MM, Sekretaris Jenderal Kementerian dalam negeri. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membentangkan laporan kemajuan penandaan dan pengukuran sempadan bersama bagi tahun 2017 serta perancangan program ukur tahun 2018/2019 bagi kedua-dua Sektor Sabah - Kalimantan utara dan Sarawak - Kalimantan Barat serta membincangkan laporan kemajuan, perlaksanaan dan perancangan kerja-kerja Common Border Datum Refference Frame (CBdRF) dan Joint Border Mapping (JBM) di persempadanan kedua-dua negara. Selain itu, mesyuarat juga turut mengesahkan tiga (3) dokumen penting yang dipersetujui semasa Mesyuarat Ke -10 Kumpulan Kerja Bersama Kawasan-kawasan Bermasalah (JWg-OBP) bagi Penandaan dan Pengukuran Sempadan antarabangsa Malaysia (Sabah) dan Indonesia (Kalimantan utara) iaitu OBP Resolution, OBP Action Plan dan OBP Standard Operating Procedure (SOP). Hasil dari mesyuarat ini, kedua-dua negara telah bersepakat bahawa Outstanding Boundary Problem (OBP) Sungai Simantipal dan C 500 - C 600 telah selesai dan MOu bagi 2 kawasan ini dijangka akan ditandatangani semasa lawatan rasmi Presiden Republik Indonesia ke Malaysia.

MESYUARAT KE-42 JAWATANKUASA BERSAMA SEMPADAN PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN ANTARABANGSA INDONESIA - MALAYSIA (JIM - 42)

jabatan ukur dan pemetaan malaysia34

35Berita ukur 71

MESYUARAT SPECIAL DISCUSSION OF THE JOINT BORDER MAPPING (JBM) SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA DAN INDONESIA

Satu pasukan Projek JBM Indonesia daripada Badan Informasi geospasial, Indonesia telah dijemput oleh Bahagian Pangkalan data geospatial negara, Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia ke Mesyuarat Special Discussion of the Joint Border Mapping (JBM) Sempadan antarabangsa Malaysia dan Indonesia yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Wisma JuPEM pada 12 - 15 november 2018.

Sesi pertemuan yang dirancang ini disertai oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang delegasi Malaysia dan 10 orang delegasi Indonesia.

Objektif utama pelaksanaan projek JBM adalah bertujuan bagi penerbitan peta-peta topografi terkini dengan koridor selebar 5 km antara kedua-dua kawasan di sepanjang persempadanan Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua projek yang dijayakan bersama ini sebagai pemangkin yang diyakini dapat membantu mengembangkan lagi sosio-ekonomi kedua-dua negara, agar masyarakat di kedua-dua kawasan berjiran dapat manfaat daripada pertumbuhan pesat tersebut.

jabatan ukur dan pemetaan malaysia36

JUPEM W.P. KUALA LUMPUR&PUTRAJAYA MENGADAKAN TAKLIMAT DAN PAMERAN

PENCEGAHAN DENGGI SERTAGOTONG- ROYONG BEBAS DENGGI

DI KUARTERS JUPEM KERAMAT

17 disember 2018, Isnin – JuPEM W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Titiwangsa dan Persatuan Penduduk Kuarters JuPEM Keramat telah menganjurkan Taklimat dan Pameran Pencegahan denggi serta gotong Royong Bebas denggi di Kuarters JuPEM Keramat. Program ini dilaksanakan bagi bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada penduduk kuarters khasnya tentang kepentingan mencegah wabak denggi.

Encik Kamrol Firdaus, Pegawai Kesihatan Titiwangsa, telah memberikan taklimat tentang pencegahan denggi. Beliau telah mencadangkan penduduk kuarters sentiasa menjalankan kerja-kerja pemantauan kebersihan di sekitar kuarters dan seterusnya matlamat mencegah wabak denggi untuk jangka masa yang panjang dapat dicapai.

di samping itu, pameran mengenai wabak denggi turut dilaksanakan di Perkarangan Kuarters JuPEM Keramat. Puan norelina juga daripada Pejabat Kesihatan Titiwangsa telah memberi penerangan mengenai wabak ini dan mengedarkan risalah berkaitan abate 1g yang digunakan untuk membasmi bagi pencegahan pembiakan aedes serta menerangkan cara-cara penggunaannya.Selepas taklimat dan sesi soal jawab, gotong Royong Bebas denggi telah dijalankan di sekitar Kuarters JuPEM Keramat. Fokus utama program ini adalah menghapuskan tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar kuarters. Program ini disertai oleh semua penduduk kuarters dan berakhir pada jam 2.00 petang.

37Berita ukur 71

PROJEK INTEGRASI TANDA RUJUKAN UKUR (TRU) JUPEM SELURUH NEGERI KEDAH

aktiviti Projek Integrasi Tanda Rujukan ukur yang dilaksanakan di JuPEM negeri bertujuan mengenalpasti semua TRu yang telah dibina dengan menjalankan kerja-kerja lapangan yang melibatkan kerja siasatan/tinjauan, penyelenggaraan/pembersihan dan ukuran/cerapan ke atas TRu terlibat. Projek dilaksanakan melibatkan 3 Bahagian Jud di JuPEM negeri iaitu Jud Kedah utara, Kedah Tengah dan Kedah Selatan mengikut daerah-dearah di bawah kawalan masing-masing. Projek dilaksanakan mulai bulan 1 november 2018 sehingga 31 disember 2018. Tanda Rujukan ukur (TRu) sedia ada yang telah dibangunkan sebagai infrastruktur ukur dan pemetaan Malaysia dalam kerja-kerja ukuran hak milik tanah di negeri. antaranya, stesen-stesen Peninsular

Malaysia GPS Scientific Network 1994 (PMGSN94), Titik Rujukan graviti, Tanda aras Piawai (Standard Benchmark – SBM), Tanda aras (Benchmark – BM), stesen trigonometri dan stesen-stesen trabas piawai. Pihak Pud Kedah Selatan merancang, menyelaras dan melapor kerja-kerja lapangan tersebut yang melibatkan semua TRu di sekitar negeri Kedah bagi daerah Kulim, Baling dan Bandar baharu. Perlaksanaan melibatkan semua kakitangan kerjaluar dengan mengunakan gajet telefon pintar, alatan pembersihan dan cat. Laporan disalurkan kepada pegawai kerjaluar untuk didokumentasikan sebagai maklumat tinjauan. Semua ahli Pasukan Kerja Luar yang terlibat menjalankan tugas-tugas secara sukarela sepanjang bulan november dan disember 2018

jabatan ukur dan pemetaan malaysia38

MAJLIS PELANCARAN EKSA KE ARAH

PENSIJILAN SEMULA JUPEM PULAU PINANG

Majlis Pelancaran EKSa merupakan salah satu langkah dalam mendapatkan pensijilan semula EKSa oleh MaMPu. Oleh itu, pada 19 disember 2018 yang lalu telah diadakan Majlis Pelancaran EKSa JuPEM Pulau Pinang Ke arah Pensijilan Semula bertempat di Pejabat ukur daerah Pulau Pinang. Majlis dilancarkan oleh Sr Muhammad Salim bin Mohammed asari, Pengarah ukur dan Pemetaan Pulau Pinang merangkap Penasihat EKSa JuPEM Pulau Pinang dan dihadiri oleh semua kakitangan Pulau Pinang. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Sr Rozwan Hakin bin Long pengerusi EKSa dan ucapan perasmian oleh Pengarah ukur dan Pemetaan Pulau Pinang seterusnya melancarkan EKSa JuPEM Pulau Pinang ke arah Pensijilan Semula.

39Berita ukur 71

gOTOng ROYOng PERdana JuPEM

TEREngganu

ZIaRaH Tuan PEngaRaH uKuR dan PEMETaan KELanTan

Seorang kakitangan JuPEM Kelantan yang bertugas di Pejabat Juruukur Jajahan Kelantan Selatan yang terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital untuk mendapatkan rawatan sehingga kini. Sebelum ini beliau telah dimasukkan ke wad Hospital universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Beliau yang dimaksudkan ialah Encik noor Sanusi bin Hassan. Pada tanggal 25 Oktober 2018, Sr Mustafa bin Haji Md Kasim, Pengarah ukur dan Pemetaan Kelantan, serta isteri, Puan Salasiah binti Jarkawi, pengerusi PuSPanITa JuPEM Kelantan bersama Sr Mustafa bin Yaacob, Timbalan Pengarah ukur dan Pemetaan I, serta beberapa orang pegawai dan aJK PuSPanITa JuPEM Kelantan telah melawat beliau di rumahnya di Machang. Ketika lawatan tersebut, Tuan Pengarah telah menyampaikan sumbangan berupa hamper dan wang tunai kepada beliau.

Pada 29 november 2018, JuPEM Terengganu telah mengadakan gotong royong perdana yang melibatkan sembilan zon. Program gotong Royong EKSa ini adalah merupakan salah satu inisiatif JuPEM Terengganu melalui Jawatakuasa Pelaksana Ekosistem Sektor awam (EKSa) untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan atau agensi sektor awam.

a k t i v i t i j u p e m

jabatan ukur dan pemetaan malaysia40

PROgRaM CSR anTaRaJuPEM KELanTan, RISM

CaWangan PanTaI TIMuR dan FaKuLTI PEnguRuSan

HOTEL dan PELanCOngan,uITM PunCaK aLaM

SESI PEMILIHan KEJOHanan TEnPIn BOWLIng MaKSaK TEREngganu 2019

Pada 18 dan 19 november 2018, Jabatan ukur dan Pemetaan negeri Kelantan, Jabatan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, universiti Teknologi Mara Kampus Puncak alam Selangor, Pertubuhan Juruukur diRaja Malaysia Cawangan Pantai Timur dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan ukur Kelantan (KESuKa) telah mengadakan program Corporate Social Responsibility (CSR) bertempat di JuPEM Kelantan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program dua hari tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh Sr Mustafa bin Haji Md Kasim, Pengarah ukur dan Pemetaan negeri Kelantan, merangkap Pengerusi RISM Cawangan Pantai Timur. antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong di Pusat dalam Komuniti nur Ilham, Tendong Pasir Mas dan lawatan ke tempat-tempat pelancongan di negeri Kelantan.

Pemilihan Kejohanan Tenpin Bowling MaKSaK Terengganu 2019 telah diadakan pada 12 – 14 disember 2018 bertempat di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.Seramai 12 orang kakitangan JuPEM Terengganu telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan ini diadakan bagi memilih peserta yang akan mewakili negeri Terengganu ke Kejohanan Tenpin Bowling MaKSaK peringkat kebangsaan dijangka awal tahun hadapan. dalam hal ini, seorang kakitangan JuPEM Terengganu, Encik Baharuddin bin Embong telah terpilih bagi mewakili negeri Terengganu ke kejohanan tersebut.

41Berita ukur 71

RaMaH MESRa PuSPanITa

JuPEM KELanTan

PROgRaM MEngaCau BuBuR aSYuRaJuPEM KEdaH

PROgRaM HI-TEA PuSPanITa JuPEM

TEREngganuPuSPanITa JuPEM Terengganu ditubuhkan pada penghujung april 2018 dan dipengerusikan oleh Puan Che Roziah binti abdullah, isteri kepada Pengarah ukur dan Pemetaan Terengganu. Tanggal 3 Oktober 2018, PuSPanITa JuPEM Terengganu telah mengadakan program HI-TEa bersama Pengerusi PuSPanITa JuPEM Terengganu. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan ukhuwah dan beramah mesra antara pengerusi dan ahli-ahli PuSPanITa. Program ini juga dapat memberi ruang dan peluang bagi setiap ahli untuk bersama-sama melontarkan idea secara terbuka supaya PuSPanITa JuPEM Terengganu lebih berdaya saing.

Satu perjumpaan bersama isteri Tuan Pengarah ukur dan Pemetaan Kelantan, Puan Salasiah binti Jarkawi selaku Pengerusi PuSPanITa JuPEM Kelantan telah diadakan bertempat di Bilik gerakan JuPEM Kelantan pada 9 Oktober 2018. dalam perjumpaan tersebut, pemilihan dan pelantikan aJK yang baharu telah dibuat dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan turut dibincangkan. Pengerusi berharap agar semua ahli dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti serta sama-sama menggerakkan persatuan serta menjaga kebajikan setiap ahlinya. Bagi memudahkan lagi penyampaian maklumat, kumpulan Whatsapp kumpulan PuSPanITa JuPEM Kelantan telah diwujudkan selari dengan kecanggihan teknologi masa kini.

Pada 2 Oktober 2018 telah berlangsung Program Mengacau Bubur asyura yang diadakan di dataran JuPEM Kedah. Sebanyak tiga kawah telah dikacau dengan kerjasama semua kakitangan JuPEM Kedah. Progam ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan kakitangan JuPEM Kedah, ianya juga dapat menghayati syiar Islam dalam amalan mengacau bubur asyura. Tuan Sr Haji anual bin aziz, Pengarah ukur dan Pemetaan Kedah juga mengambil peluang untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.

jabatan ukur dan pemetaan malaysia42

SuMBangan JuPEMnEgERI SEMBILan KEPada TaBung MISI KEManuSIaan PaLu, SuLaWESI TEngaH, IndOnESIa

LaWaTan TEKnIKaL BERSaMa PTg KEdaH KE

SEMPadan KEdaH-PERLIS

Tabung Misi Kemanusiaan dan Sukarelawan Belia ke Wilayah Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia telah dilancarkan oleh YaB Menteri Besar negeri Sembilan pada 10 Oktober 2018 di Wisma negeri, negeri Sembilan. Tabung ini diwujudkan adalah untuk menjalankan misi bantuan kemanusiaan serta menghantar sukarelawan belia bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam yang berlaku di wilayah tersebut. Kutipan melibatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, masjid, surau, ngO dan lain-lain.Kelab Sukan dan Kebajikan JuPEM negeri Sembilan telah menjalankan kutipan bagi membantu menjayakan misi

Jabatan ukur dan Pemetaan negeri Kedah dan Pejabat Tanah dan galian negeri Kedah telah mengadakan lawatan ke sempadan negeri Kedah-Perlis pada 13 disember 2018. Tujuan utama lawatan ialah untuk mengenalpasti dan memutuskan sempadan muktamad antara negeri Kedah dan negeri Perlis di kawasan penempatan Kuala Sungai Sanglang. Ini adalah kerana sempadan asal iaitu aliran Sungai Sanglang di kawasan berkenaan telah tiada. Hasil lawatan dapat mengenalpasti kedudukan rumah-rumah samada perlu berada di negeri Kedah atau negeri Perlis.

ini. Majlis penyerahan kutipan telah diadakan pada 19 Oktober 2018 bertempat di Wisma negeri, Seremban. Sumbangan JuPEM negeri Sembilan diserahkan oleh Sr Mohd noor bin Wagiran, Timbalan Pengarah ukur II, kepada Tuan Haji Zulkefly bin Mohamad Omar, Yang dipertua dewan undangan negeri (dun) negeri Sembilan.

43Berita ukur 71

KEJOHananBOLa TaMPaR TERTuTuP

JuPEM nEgERI SEMBILan

PEngESaHan LOT TanaH OLEH JuPEM nEgERI SEMBILan BERSaMa PERBadanan PEnguRuSan SISa PEPEJaL dan

PEMBERSIHan aWaM (SWCORP)

Kelab Sukan dan Kebajikan JuPEM negeri Sembilan telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Tertutup pada 6 disember 2018 bertempat di gelanggang Bola Tampar Centre Court, Paroi. Kejohanan ini adalah sebagai persediaan menghadapi PESuMa-32 yang akan diadakan di Melaka pada tahun 2019 dan mengeratkan silaturahim diantara ahli-ahli kelab.Kejohanan ini telah disertai oleh 7 pasukan dan dijuarai oleh pasukan Sharp Shooter, manakala pasukan kedua dan ketiga masing masing dimenangi oleh pasukan Katapang dan pasukan Old Boys Eight. Hadiah disampaikan oleh Sr nik Zamri Sham Bin nik Bahari Shah, Timbalan Pengarah ukur dan Pemetaan.

SWCorp Cawangan nilai bersama JuPEM negeri Sembilan telah mengadakan lawatan bagi mengesahkan lokasi lot tanah berhampiran Loji Rawatan air Syarikat air negeri Sembilan (SaInS) Kampung ngoi ngoi Mukim Pantai pada 8 Oktober 2018. Pihak agensi SWCorp telah menerima beberapa aduan daripada orang awam mengatakan berlaku pencemaran bau yang busuk dari premis tanah berhampiran loji berkenaan. Tinjauan dan siasatan oleh pihak agensi telah dilakukan sejak awal tahun ini. didapati tanah berkenaan telah diberikan permit bagi longgokan sampah binaan sahaja. Tetapi pemilik permit telah secara haram membenarkan lori-lori yang membawa muatan sampah atau sisa pepejal dilonggokkan di

kawasan tanah terbabit.JuPEM negeri Sembilan diwakili oleh Encik Zalizal bin abu Penolong Juruukur daerah, dan Encik norisham bin Ishak manakala SWCorp diketuai oleh Encik Mohd Hazwan bin Othman bersama 14 orang penguatkuasa terlibat dalam lawatan ini. Setelah lot dikenalpasti, SWCorp akan membuat carian rasmi di Pejabat daerah dan Tanah Seremban bagi mengenalpasti pemilik tanah untuk tindakan selanjutnya.

jabatan ukur dan pemetaan malaysia44

gOTOng-ROYOng PEJaBaT uKuR daERaH

nEgERI SEMBILan BaRaT

SaMBuTan HaRI KELuaRga JuPEM TEREngganu

Pejabat ukur daerah negeri Sembilan Barat, Seremban telah mengadakan gotong-royong membersihkan pejabat dan mengecat dinding pada 8 november 2018 bagi persediaan audit EKSa persijilan MaMPu yang akan diadakan pada 15 november 2018. gotong royong diketuai oleh Sr nornisha binti Ishak, Juruukur daerah dan tamat pada pukul 1 tengahari.

Sambutan Hari Keluarga JuPEM Terengganu telah diadakan pada 17 november 2018 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Pantai Teluk ketapang, Kuala nerus dan dihadiri oleh 400 orang kakitangan beserta ahli keluarga. Bagi menyempurnakan sambutan hari keluarga, program dimulakan dengan solat hajat, bacaan Yassin dan tahlil pada malam 16 november 2018 untuk ahli keluarga yang telah pergi menemui Illahi.Program tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim kakitangan dan ahli keluarga, menyemarakkan semangat kerjasama, saling hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di samping mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga JuPEM Terengganu sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.Majlis dirasmikan oleh Sr Hj Ramli bin nor, Pengarah ukur Bahagian Kadaster, Ibu Pejabat JuPEM. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program berkenaan

termasuk ceramah motivasi, senamrobik, acara sukaneka dan lain-lain acara termasuk pertandingan bersama keluarga, sukan tradisional dan cabutan bertuah.Lebih menarik, cabutan bertuah turut menawarkan pelbagai hadiah dan kategori seperti barangan elektrik, barangan tupperware dan hamper. anggota dan keluarga yang hadir juga dirai dengan jamuan gulai kawah, kambing bakar dan ayam pusing serta diberi cenderahati sebagai tanda penghargaan di atas sokongan penganjur Hari Keluarga JuPEM Terengganu.

45Berita ukur 71

HaRI SuKan nEgaRa 2018 JuPEM SELangOR

PROgRaM MERdEKa @ KOMunITI PERIngKaT

daERaH KuLIM

SuKan 4 PEnJuRu BadMInTOn dan BOLa SEPaK JuPEM SELangOR

Bersempena dengan Hari Sukan negara pada 13 Oktober 2018, pihak Jabatan Belia dan Sukan negeri Selangor telah meminta semua jabatan kerajaan seluruh negeri Selangor untuk menganjurkan sebarang aktiviti sukan. Sehubungan itu, dengan kerjasama pihak Pengurusan Plaza Masalam satu aktiviti senaman Zumba yang dipimpin oleh Coach Zin Myraz telah diadakan pada 12 Oktober 2018 bertempat di dewan serbaguna Plaza Masalam. acara ini terbuka kepada semua kakitangan JuPEM Selangor dan orang awam yang berminat menyertai.

Sambutan perarakan konvoi merdeka 2018 disertai oleh berbagai jabatan di peringkat negeri dan persekutuan pada 30 Ogos 2018 di sekitar bandar Kulim. Tuan Haji Musmir bin Ishak, Penolong Pengarah ukur mewakili jabatan telah menerima Jalur gemilang bagi memeriahkan sambutan kali ini.

Bagi melengkapkan acara Sukan 4 Penjuru yang direncanakan, sukan badminton dan bolasepak telah diadakan pada 13 - 15 november 2018. acara sukan badminton telah berlansung di Kompleks Sukan SuK negeri Selangor manakala sukan bolasepak pula diadakan di Padang Taman Koperasi Polis Fasa 2, gombak.

jabatan ukur dan pemetaan malaysia46

PEngaudITan PEnSIJILan SEMuLa EKOSISTEM KOnduSIF SEKTOR aWaM (EKSa) JuPEM SELangOR

Pengauditan Pensijilan Semula EKSa JuPEM Selangor oleh pihak MaMPu telah berlansung pada 6 disember 2018. Pengauditan ini dilaksanakan oleh Puan Jenny a/P Rayapan Ketua Penolong Pengarah Kanan selaku Juruaudit dari unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MaMPu). Sesi pembukaan audit yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 16 JuPEM Selangor ini dipengerusikan sendiri oleh Tuan Pengarah JuPEM Selangor. Selepas sahaja majlis pembukaan, Puan Jenny diiringi oleh penyelaras EKSa dan juga ketua-ketua zon mula meninjau ke zon-zon yang terlibat. Hasil pembentangan audit juga telah

LaTIHan PEngungSIan Bangunan

(FIRE DRILL) JuPEM nEgERI SEMBILan

ambang Wira Sdn Bhd selaku penyenggara bangunan di Wisma Persekutuan telah melaksanakan aktiviti latihan pengungsian bangunan (fire drill) pada 5 disember 2018 melibatkan semua penghuni Wisma Persekutuan Seremban. Latihan ini melibatkan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sembilan. Latihan dimulakan pada jam 9.05 pagi dengan loceng kecemasan dibunyikan. Semua penghuni bangunan turun melalui tangga dan berkumpul di tempat yang ditetapkan mengikut Jabatan masing-masing dan fire warden akan memastikan setiap tingkat telah dikosongkan. Pasukan Bomba telah tiba 5 minit kemudian dan bertindak melaksanakan proses menyelamat mangsa yang terperangkap di tingkat 4. Pasukan Bomba juga telah menguji keupayaan sistem kebombaan di bangunan ini. Taklimat berkenaan latihan pengungsian bangunan telah disampaikan oleh Ketua Balai Bomba Rahang dan Pengerusi Bangunan Wisma Persekutuan. Turut diadakan adalah demonstrasi memadamkan api oleh anggota bomba dan penghuni. Latihan berjaya dilaksanakan dan selesai pada jam 11.30 pagi.

dibentangkan kepada pihak JuPEM Selangor pada hari yang sama dan tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan hasil dari teguran tersebut juga telah dapat dilaksanakan di dalam tempoh hari yang ditetapkan oleh pihak MaMPu. Berdasarkan pengauditan yang dilaksanakan, JuPEM Selangor telah memenuhi sebahagian besar kehendak kriteria pensijilan EKSa MaMPu dan berjaya memperbaharui sijil EKSa dengan keputusan baik dan sijil boleh digunakan sehingga 31 disember 2020.

47Berita ukur 71

Susulan pembubaran Parlimen yang telah diumumkan oleh YaB Perdana Menteri pada 7 april 2018 (Sabtu), SPR telah mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai-Pegawai Pengurus bagi setiap Parlimen. Sr ahmad azman bin ghazali, Pengarah ukur dan Pemetaan Pulau Pinang telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus bagi Parlimen P050 Jelutong. dalam masa yang sama, satu notis pilihan raya diwartakan dan seterusnya ditampal di tempat-tempat awam untuk semakan orang ramai. notis tersebut mengandungi tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.

PengeLuaran writ

MenguruSkan ProSeS PiLiHanraYa Bagi ParLiMen P050 jeLutong Satu Coretan PengaLaMan ......

di dalam Pilihan Raya umum Ke14 (PRu 14) yang lepas, JuPEM Pulau Pinang telah diberikan

tanggungjawab oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengendalikan urusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen P050 Jelutong yang merupakan salah satu daripada 13 kawasan Parlimen di Pulau Pinang. Kawasan Parlimen ini melibatkan 3 dewan undangan negeri iaitu n29 dato’ Keramat, n30 Sungai Pinang dan n31 Batu Lancang dengan jumlah pengundi berdaftar seramai lebih daripada 70 ribu orang. untuk tujuan ini, pejabat JuPEM Pulau Pinang di Tingkat 39 KOMTaR telah dijadikan sebagai Pejabat Pegawai Pengurus bagi Parlimen P050 Jelutong. Penglibatan JuPEM Pulau Pinang dalam menguruskan kawasan ini bermula daripada peringkat awal persediaan, lantikan dan latihan kakitangan dan petugas pilihanraya seramai 1,090 orang sehinggalah selesai di peringkat pelupusan dokumen pilihanraya. Proses-proses pilihan raya yang lain adalah pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan raya, pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya

jabatan ukur dan pemetaan malaysia48

Latihan dan simulasi perjalanan pilihan raya untuk para petugas juga giat dijalankan oleh PPn dan Pejabat Pegawai Pengurus sejak sebelum tarikh pembubaran parlimen lagi bagi memastikan kesiapsiagaan jentera pilihan raya. Latihan lebih intensif kemudiannya dibuat selepas tarikh pembubaran yang meliputi proses-proses penamaan calon, tatacara pengendalian pengundian dan penjumlahan rasmi undi.

Pada hari penamaan calon yang ditetapkan iaitu 28 april 2018 (Sabtu), tepat jam 9.00 pagi, di Pusat Penamaan Calon, dewan Penang Free School, Pegawai Pengurus membuat pengumuman kepada semua hadirin bahawa penamaan calon telah bermula. Sejurus selepas itu, Pegawai Pengurus dengan dibantu oleh Penolong-Penolong Pegawai Pengurus dan petugas-petugas telah menerima borang-borang penamaan daripada calon, pencadang dan penyokong parti politik yang bertanding. Selain daripada penyerahan tiga salinan borang penamaan, calon juga perlu menyertakan deposit pilihan raya dan Borang akuan Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli dewan Rakyat dan Borang 5a untuk calon bagi ahli dewan undangan negeri. Setelah semua urusan penamaan calon selesai dan tepat jam pukul 10.00 pagi, Pegawai Pengurus seterusnya mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding. Terdapat pertandingan bagi kesemua kerusi untuk Parlimen P050 Jelutong dan ketiga-tiga dun dato’ Keramat, Sungai Pinang dan Batu Lancang yang dipertandingkan.

Pegawai Pengurus Parlimen P050 Jelutong telah melantik 6 orang Penolong Pegawai Pengurus di bawahnya untuk membantu beliau yang terdiri daripada Sr Rozali bin Harun (P050 Parlimen), Tuan Haji Zainuddin bin ahmad (dun n29 dato’Keramat), Encik Mohd Shukri bin Pah (dun n30 Sungai Pinang), Sr Mohd Zaidi bin Zakaria (dun n31 Batu Lancang), Tuan Haji Hasnan bin Arshad (Undi Pos) dan Tuan Haji Asfizale bin Othman (undi awal). Penolong-Penolong Pegawai Pengurus pula menyusun dan menguruskan perlantikan petugas-petugas di bawah tanggungjawab masing-masing yang melibatkan jawatan-jawatan seperti berikut Pembantu Pilihan Raya (PPR), Ketua Tempat Mengundi (KTM), Penyelia Pusat Mengundi (PPM), Kerani Pengundian/Kerani Mengira undi (KP/KMu), Kerani Penyemak daftar Pemilih (KPdP), Kerani Pengeluaran, Pembukaan dan Pengiraan undi Pos (KuP) dan Pemandu arah Pusat Mengundi (PaPM)Seramai 1,090 pegawai telah dilantik untuk menjawat jawatan Pembantu Pilihan Raya (PPR), Ketua Tempat

HARI PENAMAAN CALON

LATIHAN DAN SIMULASI

LANTIKAN PEGAWAI/PETUGAS

Mengundi (KTM), Penyelia Pusat Mengundi (PPM), Kerani Pengundian/Kerani Mengira undi (KP/KMu), Kerani Penyemak daftar Pemilih (KPdP), Kerani Pengeluaran, Pembukaan dan Pengiraan undi Pos (KuP) dan Pemandu arah Pusat Mengundi (PaPM) yang merangkumi kakitangan JuPEM Pulau Pinang, pegawai-pegawai daripada agensi kerajaan, kakitangan swasta dan orang awam. Seliaan terhadap petugas diuruskan oleh Pejabat Pegawai Pengurus melibatkan pengurusan maklumat peribadi, latihan, tuntutan elaun, honorarium dan saguhati serta kemaskini maklumat dan menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini daripada SPR.

49Berita ukur 71

Calon-calon parti politik yang bertanding telah memulakan kempen pilihan raya masing-masing selepas selesainya urusan penamaan calon pada 28 april 2018 untuk tempoh selama 11 hari sehingga ke tengah malam sebelum hari mengundi pada 9 Mei 2018. untuk tujuan kempen, calon-calon terlebih dahulu dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya dewan undangan negeri. Begitu juga pemasangan poster yang mana disyaratkan supaya membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan. Calon-calon juga perlu mendapat permit dan kelulusan daripada pihak PdRM bagi membolehkan mereka mengadakan ceramah terbuka masing-masing.dalam pada itu, urusan penguatkuasaan peraturan kempen pilihan raya perlu dikuatkuasakan di setiap kawasan parlimen. Bagi tujuan tersebut, ditubuhkan dua Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya bagi Parlimen P050 Jelutong masing-masing diketuai oleh pegawai JuPEM Pulau Pinang iaitu Sr nor azri Juhari bin ahmad dan Encik abdul Halim bin Mohd nor. Mereka telah dibantu oleh beberapa orang pegawai polis dan juga pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi memastikan urusan penguatkuasaan kempen berjalan lancar dan teratur.

Proses undi Pos telah dijalankan bermula dengan pengeluaran sampul undi pos seawal 30 april 2018 sehinggalah undi pos diterima kembali sebelum jam 5.00 petang pada hari mengundi sebenar 9 Mei 2018. Bagi Parlimen P050 Jelutong, Pusat undi Pos ditetapkan di Tingkat 36 KOMTaR, JuPEM Pulau Pinang. urusan pengundian pos berjalan lancar dan melibatkan pengundi-pengundi dari kalangan anggota Perkhidmatan awam yang perlu bertugas semasa hari pengundian sebenar, pengundi luar negara dan juga para petugas PRu14. Pengendalian undi Pos diketuai oleh Penolong Pegawai Pengurus (undi Pos), Tuan Haji Hasnan bin arshad.Proses undi awal telah dijalankan pada 5 Mei 2018. Bagi Parlimen P050 Jelutong, Pusat Mengundi awal telah ditetapkan di Ibu Pejabat Polis daerah Timur Laut. Pengundian berjalan lancar dan melibatkan pengundi-pengundi dari kalangan anggota PdRM. Pengendalian undi awal diketuai oleh Penolong Pegawai Pengurus (Undi Awal), Tuan Haji Asfizale bin Othman.

KEMPEN PILIHAN RAYA

UNDI POS

jabatan ukur dan pemetaan malaysia50

Sehari sebelum hari mengundi iaitu pada 8 Mei 2018, semua KTM perlu menghadiri Hari Semakan Isi Peti undi yang telah diadakan di dewan Penang Free School. Pada hari tersebut, taklimat penting telah diberikan oleh pegawai Pejabat Pengurus mengenai persiapan terakhir untuk menghadapi hari mengundi pada keesokannya. Semakan terhadap kelengkapan mengundi dibuat agar tiada berlakunya sebarang peralatan dan keperluan yan agihan Kertas undi juga dibuat kepada KTM-KTM mengikut bilangan pemilih bagi setiap saluran mengundi yang dipertanggungjawabkan kepada setiap KTM. Setelah agihan dibuat, kertas undi berserta peralatan mengundi dimasukkan ke dalam peti undi dan disita untuk keselamatan dan dimasukkan pula ke dalam beg yang disediakan untuk setiap KTM. g tercicir yang boleh mengganggu proses membuang undi.

Sebaik sahaja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiraan kertas undi di saluran mengundi masing-masing sambil disaksikan oleh agen-agen Mengira undi dan seterusnya segala dokumen pilihan raya dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi undi iaitu di dewan Penang Free School untuk diserahkan kepada Pegawai Pengurus bagi proses penjumlahan rasmi undi. Pegawai Pengurus (dan pasukan) akan menyemak maklumat yang disediakan di Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan undi) dan setelah didapati betul, beliau memaparkan maklumat tersebut di layar yang disediakan untuk orang ramai. Jika terdapat sebarang keraguan, beliau akan menyemak semula maklumat di Borang 13 (Penyata Kertas undi) untuk kesahihan. apabila semua keputusan Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan undi) dan Borang 15 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas undi Pos) diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.

PEMERIKSAAN PETI UNDI PENJUMLAHAN RASMI UNDI

51Berita ukur 71

Pada hari mengundi yang telah ditetapkan iaitu pada 9 Mei 2018, pengundi-pengundi berdaftar di dalam Parlimen P050 Jelutong telah keluar beramai-ramai menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengundi di kesemua 27 pusat mengundi yang telah ditetapkan bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

HARI MENGUNDI

jabatan ukur dan pemetaan malaysia52

Sebaik sahaja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiraan kertas undi di saluran mengundi masing-masing sambil disaksikan oleh agen-agen Mengira undi dan seterusnya segala dokumen pilihan raya dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi undi iaitu di dewan Penang Free School untuk diserahkan kepada Pegawai Pengurus bagi proses penjumlahan rasmi undi. Pegawai Pengurus (dan pasukan) akan menyemak maklumat yang disediakan di Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan undi) dan setelah didapati betul, beliau memaparkan maklumat tersebut di layar yang disediakan untuk orang ramai. Jika terdapat sebarang keraguan, beliau akan menyemak semula maklumat di Borang 13 (Penyata Kertas undi) untuk kesahihan. apabila semua keputusan Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan undi) dan Borang 15 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas undi Pos) diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.

PENJUMLAHAN RASMI UNDI

53Berita ukur 71

Pengalaman menguruskan proses pilihan raya untuk Parlimen P050 Jelutong merupakan suatu pengalaman yang amat berharga kepada kesemua pegawai JuPEM Pulau Pinang yang terlibat sebagai petugas pilihan raya. Banyak perkara yang bersangkutan dengan proses pilihan raya yang sebelumnya kurang jelas kini lebih difahami setelah mengendalikannya daripada peringkat awal sehinggalah selesai. Selain itu, dengan usaha gigih dan

PENUTUP

semangat bekerjasama secara berpasukan, JuPEM Pulau Pinang telah berjaya memastikan kepercayaan yang diberikan oleh SPR telah dapat dilaksanakan dengan sebaiknya walaupun kali pertama menggalas tanggungjawab menguruskan proses pilihan raya dan ini secara tidak langsung, telah mengharumkan nama dan imej JuPEM di kacamata rakyat di Pulau Pinang khasnya dan negara amnya.

jabatan ukur dan pemetaan malaysia54

RUJUKAN

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Kedahhttps://web.facebook.com/OfficialJKNKedah/photos/a.10151575618315892/10156363132180892/?type=3&theater&_rdc=1&_rdr

55Berita ukur 71

RUJUKAN

Blog PMNEUShttps://pmneus.blogspot.com/2016/03/senaman-regangan-ringkas-di-pejabat.html

jabatan ukur dan pemetaan malaysia56