Jaiton Bee @ Zaitun Bee Bt Mohd Yaacob lwn Mohd Taha Bin Wan ...
lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH...
Transcript of lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH...
1
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
NMD
lwn
MA
[Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor Darul Ehsan. Kes Saman No: 10002-054-0330-
2018 ( Tuan Ali Najmi Bin Mohd Noordin, HMRS)]
[2 Julai 2018M bersamaan 18 Syawal 1439H]
Undang - Undang Keluarga Islam- Tuntutan Pengesahan Perceraian – Pemohonan
pengesahan lafaz cerai di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah – Kuasa Mahkamah
pendaftaran perceraian di luar Mahkamah – seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003
Fakta Kes
[1] Kes ini merupakan tuntutan kes permohonan pengesahan lafaz cerai di bawah
Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Bil.2 Tahun 2003 yang
difailkan oleh Plaintif, NMD (No. K/P: xxxxxxxxxxxxx). Manakala pihak Defendan,
MA (No. K/P: xxxxxxxxxxxx).
[2] Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 10hb. September 2013 di Klang, Selangor.
Hasil daripada pernikahan tersebut mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.
[3] Pada 14hb.Mei 2017 lebih kurang jam 1.00 pagi, Defendan telah melafazkan kepada
Plaintif secara lisan melalui panggilan telefon dengan lafaz “Saya lepaskan awak talak
tiga”.
[4] Menurut keterangan Plaintif, beliau mendengar lafaz tersebut dan Plaintif pada masa
itu berada di rumah di Johor Bahru manakala Defendan tidak diketahui lokasi
keberadaannya dan setakat pengetahuan Plaintif, Defendan yang bekerja sebagai
2
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
penjawat awam sibuk berkursus. Plaintif juga menyatakan sudah tidak tinggal
sebumbung dengan Defendan selama tempoh anggaran 7 bulan ke setahun.
[5] Sebelum lafaz cerai dibuat oleh Defendan, Plaintif dalam keterangan secara lisan
menyatakan ada meminta cerai daripada Defendan. Selepas beberapa hari selepas
lafaz cerai pada 14 Mei 2017 tersebut, Defendan ada menyatakan hasrat untuk rujuk
bersama Defendan tanpa mengetahui bahawa dirinya telahpun melafazkan talak tiga
terhadap Plaintif.
[6] Defendan dalam keterangan utamanya mengakui dan bersetuju dengan keterangan
Plaintif bahawa ketika melafazkan perkataan cerai, beliau berada dalam keadaan
marah tetapi tidak dalam keadaan sedar, waras dan faham dengan apa yang dilafazkan
kerana sebelum itu beliau mengambil ubat batuk yang diperoleh daripada farmasi.
Defendan juga mengakui bahawa beliau mengambil ubat batuk itu dengan kerelaan
diri sendiri disebabkan stress serta tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.
[7] Defendan juga menjelaskan selanjutnya bahawa ada berlaku pergaduhan diantara
beliau dengan Plaintif ketika itu berkenaan masalah antara mereka dan ketika lafaz
talaq itu dilafazkan, Defendan dalam keadaan tertekan dan dipengaruhi oleh
pengambilan arak dan ubat batuk.
Peguam Syarie
Plaintif : Plaintif tidak diwakili.
Defendan : Defendan tidak diwakili.
Surah al-Quran yang dirujuk
1. Surah Al-Baqarah : ayat 229.
2. Surah Al-Ahzab : ayat 28.
3. Surah An-Nahl : ayat 106.
3
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Hadith yang dirujuk
1. al-Nawāwī, Imām. 1997. Syarh Sahih Muslim. Jilid 3. Beirut: Dār al-Kutub al-Ilmiyyah.
2. Ibn Hajr al-Asqalānī. t.th. Fath al-Bāri : Syarh Sahih Al-Bukhārī. Jilid 9 dan Jilid 10.
Beirut: Dar al-Fikr.
3. Mālik bin Anas, Imām. 1998. al-Muwatthā`. Juzuk 2. Beirut: Dar al-Marifah.
Kitab yang dirujuk
1. Taqiyuddin Abī Bakr bin Muhammad, Imām. 1999. Kifāyah al-Akhyār fī HillĪ Ghāyh al-
Ikhtisōr. Juzuk 2. Beirut: Dar al-Khair.
2. Muhammad bin Muhammad al-Khotēb al-Syarbini, Imam. 1994. Mughnī al-Muhtāj ilā
Macrifati Maā
cnī alfāz al-Minhāj. Juzuk 4. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
3. Dr. Abdul Karem Zaidan. 1997. Al-Mufassol Fi Ahkam al-Mar`ah wal-Baitil Muslim Fi
al-Syariah al-Islamiyyah. Juzuk 8. Muassasah Al-Risalah.
4. Dr. Wahbah Az-Zuhaili. 1997. al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuh. Juzuk 9. Dar Al-Fikr.
5. Muhammad Ali al-Sobuni. Tafsir Ayat al-Ahkam min Al-Qur`an. Juzuk pertama. Dar
Ihya` al-Turath al-Arabi.
6. Ust. Dr. Mahmud Ali As-Sarthowi. 1997. Syarah Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah. Dar
Al-Fikr.
7. Dr. Muhammah Uqlah. 1990. Nizhom al-Usrah fi al-Islam. Juzuk ketiga. Maktabah Al-
Hadithah.
8. Ali Ahmad An-Nadwi. 1994. al-Qawa`ed al-Fiqhiyyah. Damshik: Dar A-Qalam.
Undang-undang yang dirujuk
1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 – s. 62 (2) (b), s. 61
(3) (b).
2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 – s. 2, s 4, s.
45, s. 57.
3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003 – s. 3, s. 17 (1),
(2), (3).
4
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Kes-kes yang dirujuk
1. Sharifah Laila bt Syed Shamdin lwn. Abdul Latif bin Arshad, (1994 ) 9 bhg. 1 J.H 16.
Penghakiman Tuan Ali Najmi Bin Mohd Noordin, HMRS
[8] Di dalam menentukan samaada sabit atau tidak berlakunya perceraian sebagaimana
yang didakwa antara Plaintif dan Defendan, Mahkamah terlebih dahulu telah meneliti
beberapa perkara seperti berikut;
1. Bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes ini berdasarkan
peruntukan undang-undang yang sedia ada.
2. Adakah sabit talaq tiga dengan sekali lafaz.
Isu Pertama: Bidangkuasa Mahkamah dalam memutuskan kes ini
[9] Mahkamah berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan ini
berdasarkan Seksyen 62(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
Tahun 2003 yang memperuntukkan bahawa " Mahkamah Rendah Syariah, dalam
bidangkuasa Mal ; boleh mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding
yang Mahkamah Tinggi dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana
jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi Seratus Ribu Ringgit
atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang ". Seksyen ini dibaca bersama
Seksyen 61(2)(b)(i) Enakmen yang sama yang memperuntukkan bahawa : Mahkamah
Tinggi Syariah hendaklah dalam bidangkuasa Mal mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan
berkaitan dengan :
(i) Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan
( fasakh ), atau perpisahan ( faraq ).
5
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[10] Selain dari itu, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun
2003 iaitu melalui Seksyen 57 yang mana secara khusus memberi kuasa kepada
Mahkamah Syariah untuk mengesah dan mendaftarkan perceraian yang berlaku di
luar Mahkamah. Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) Tahun 2003 memperuntukan:
(1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan
isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa
kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari
pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.
(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan
sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum
Syarak.
(3) Jika Mahkamah berpuashati bahawa talaq yang telah dilafazkan
itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah
hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125—
(a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan
talaq;
(b) merekodkan perceraian itu; dan
(c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang
berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.
[11] Dari peruntukan Undang-Undang di atas, jelaslah bahawa kuasa menentukan sah
atau tidaknya sesuatu perceraian itu diberi kepada Mahkamah ini secara khusus
berbanding tidak ada peruntukan seumpama itu sebelum Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dikuatkuasakan. Setelah
pindaan dilakukan dengan memasukkan peruntukan yang khusus ke dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 maka
permohonan yang lebih jelas boleh dibuat.
[12] Mengenai pemastautinan, Plaintif dan Defendan telah memenuhi syarat mastautin
yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
6
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Selangor). Berdasarkan keterangan Plaintif, beliau menetap atau tinggal bersama
dengan Defendan di Klang, Selangor sebelum mereka tinggal berasingan.
[13] Fakta-fakta tersebut jelas menunjukkan bahawa permohonan ini telah memenuhi
kehendak peruntukan Seksyen 4 dan juga Seksyen 45 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 yang hanya memerlukan
pemastautinan salah satu pihak ketika permohonan dibuat adalah di Negeri Selangor.
[14] Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003
pula memperuntukkan : kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya,
Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam negeri
Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam negeri Selangor
tetapi tinggal di luar Selangor.
[15] Manakala Seksyen 45 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
Tahun 2003 juga menyebut bahawa:
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-
apa jua dalam enakmen ini membolehkan mahkamah membuat sesuatu
perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau
membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali ;
(a) Jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai
didaftarkan dibawah Enakmen ini; atau
(b) Jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum
Syarak; dan
(c) Jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada
masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Selangor.
[16] Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003
juga memperuntukkan “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya
bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu. Di dalam kes Sharifah Laila bt Syed
Shamdin lwn. Abdul Latif bin Arshad, ( 1994 ) 9 1 J.H. 16, Mahkamah rayuan Syariah
7
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Selangor telah menyatakan bahawa perkataan mastautin seperti yang terdapat di
dalam Seksyen 2 Enakmen tersebut hanya mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap
dalam sesuatu kawasan atau pada lazimnya tinggal di sesuatu kawasan, tidak
disyaratkan hendaklah menjadi rakyat negeri di dalam kawasan ia berada.
[17] Setelah berpuashati bahawa Plaintif dan Defendan telah memenuhi kesemua syarat-
syarat yang dinyatakan dan berdasarkan kepada kepada keputusan Mahkamah Rayuan
Selangor, Mahkamah ini berpendapat ia mempunyai bidangkuasa untuk mendengar
dan memutuskan permohonan ini.
Isu Kedua: Adakah sabit talak tiga dengan sekali lafaz
[18] Isu seterusnya adalah bagaimana Mahkamah hendak menentukan sah atau tidak
sesuatu perceraian itu sebagaimana yang telah dilafazkan oleh Defendan terhadap
Plaintif.
[19] Untuk tujuan ini, mahkamah merujuk kepada kitab حاشية إعانة الطالبني juzuk 4, muka
surat 3, terbitan Dar Al-Fikr (1998) ada menyatakan matan Fath Al-Muin yang
bermaksud:
“Dan adapun rukun talaq itu ada lima, iatu suami, lafaz yang
digunakan, diqasadkan talaq,kepada siapa talaq itu ditujukan
ataupun isteri dan talaq dijatuhkan dengan kekuasaan suami ”.
[20] Dalam kes ini, Defendan telah memenuhi rukun pertama iatu suami yang sah, Islam
yang mukallaf dan aqil baligh.
[21] Mengenai rukun talaq yang kedua pula iatu as-sighah atau lafaz yang digunakan,
sebagaimana yang terdapat di dalam kitab كفاية األخيار يف حل غاية اإلختصار juzuk kedua,
muka surat 388, terbitan Dar Al-Khair 1994 ada disebutkan iatu :
( الطالق ضرابن، صريح وكناية )
8
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Terjemahan:
Talaq itu ada dua bahagian, iatu yang nyata ( soreh ) dan yang
sindiran ( kinayah ).
[22] Lafaz cerai dengan perkataan talaq adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam
Surah Al-Baqarah ayat 229:
﴾ الطالق مرتن فإمساك بعروف أو تسريح بحسان ﴿
Maksudnya:
Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu
boleh ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang
makruf (sepatutnya) atau melepaskan (menceraikan) dengan cara
yang baik.
[23] Manakala lafaz cerai dengan perkataan sarahah (lepas) pula sebagaimana firman
Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 28:
ن يا وزين ت ها ف ت عالني أمت عك ﴿ ن ي أي ها النب قل ألزواجك إن كن ت تردن الياة الد
﴾وأسر حكن سراحا جيال
Maksudnya:
Wahai nabi (Muhammad s.a.w.) katakanlah kepada isteri-isteri mu,
jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya,
maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut`ah dan aku lepaskan
(cerai) kamu dengan cara yang baik.
9
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[24] Di dalam kes ini, berdasarkan pengakuan Defendan, lafaz yang dilafazkan oleh
Defendan adalah soreh, terang serta jelas. Lafaz soreh yang dinyatakan didalam
keterangan kedua-dua pihak adalah seperti berikut ;
(i) Melalui keterangan Plaintif dan tidak dinafikan oleh Defendan disepanjang
perbicaraan, Defendan telah melafazkan talaq melalui panggilan telefon pada
14hb Mei 2017 dengan lafaz “Saya lepaskan awak Talak 3”
(ii) Defendan didalam pemeriksaan utama berikrar dan menyatakan bahawa
pada 14hb Mei 2017 jam 1.00 pagi, Defendan telah melafazkan talak terhadap
Plaintif melalui panggilan telefon dengan lafaz “Saya lepaskan awak Talak
3” dan defendan memberikan kenyataan bahawa beliau sedar telah
menceraikan Plaintif ketika itu dengan talak 3.
[25] Imam Taqiyuddin bin Abu Bakar ada juga menjelaskan bahawa lafaz talaq yang soreh
tidak lagi berhajat kepada niat, iatu dengan memetik pendapat Syeikh Abu Sujak;
(يفتقر صريح الطالق إىل النيةفالصريح ثالثة ألفاظ، الطالق والفراق والسراح. وال )
Terjemahan:
Lafaz talaq yang soreh itu ada tiga ; At-Thalaq, Al-Firaq (pisah) dan
As-Sarah (lepas).Talaq soreh juga tidak berhajat kepada niat.
[26] Mahkamah telah mengaitkan persoalan mengenai iqrar bagi mensabitkan perceraian
yang dipohon dalam kes ini dan merujuk kepada Kitab I`anah At-Talibin juzuk 3
muka surat 382 ada diperuntukkan yang berbunyi:
(هو لغة اإلثبات وشرعا إخبار الشخص حبق عليه. ويسمى اعرتافا :اإلقرار)
10
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Terjemahan:
Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala menurut syarak
diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas dirinya. Iqrar
disebut juga sebagai i`tiraf.
[27] Didalam Kitab I`anah At-Talibin juzuk 4, muka surat 27 ada menyebut yang
bermaksud:
) بشهادة رجلني حريني عدلني منا يثبت الطالق كاإلقرار بهإ(
Terjemahan:
“Sesungguhnya talaq itu disabitkan dengan persaksian dua orang lelaki
yang adil lagi merdeka, sebagaimana pula ianya disabitkan dengan
iqrar adanya talaq oleh suami”.
[28] Dalam Kitab Mughni Al-Muhtaj, jilid 3 muka surat 26 cetakan oleh Dar Al-Kutub Al-
Ilmiyyah 1994 dan Kitab Hasyiah I`anah At-Talibin muka surat 381 cetakan
Maktabah At-Taufiqiyyah ada menyebutkan:
( وأركانه أربعة : مقر ومقر له وصيغة ومقر به )
Terjemahan:
Rukun iqrar itu ada empat perkara, iaitu; (1)- Muqirrun (orang yang
berikrar). (2)- Muqarrun lahu (orang yang diiqrarkan untuknya oleh
orang yang berikrar). (3)- Sighah ( ucapan atau kata-kata iqrar) dan
(4)- Muqirrun bihi (hak yang diiktiraf oleh pihak yang berikrar).
11
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Manakala Qaedah Fiqhiyyah juga ada menyatakan :
( املرء مؤاخذ بقراره )
Terjemahan:
Seseorang itu terikat berdasarkan pengakuannya.
[29] Selain itu peruntukan Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) Tahun 2003 ada juga menyatakan:
(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara
bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia
mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang lain
berkenaan dengan sesuatu hak.
[30] Seksyen 17 (2) Enakmen yang sama menyatakan:
Apa-apa Iqrar hendaklah dibuat--
(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil,
baligh dan 'adil.
[31] Mahkamah dalam memutuskan penghakiman dengan mengambil kira dakwaan
Plaintif serta pengakuan atau Iqrar Defendan sebagai diterima sepenuhnya setelah
memenuhi peruntukan Syarak dan juga peruntukan Seksyen 17(1) dan (2) (a)
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003.
[32] Manakala rukun ketiga perceraian iatu qasad, oleh kerana lafaz talaq tersebut adalah
soreh, jelas dan terang serta wujudnya perkataan cerai dan talaq yang dilafazkan oleh
Defendan, dan ianya cukup untuk membayangkan serta mencerminkan niat Defendan
12
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
bagi menceraikan Plaintif. Mengikut pendapat Mazhab al-Syafi'e, jika suami
melafazkan dengan terus terang (soreh) dikira jelas dan jatuh talaq walaupun tanpa
niat.
[33] Berkenaan jumlah talaq yang dilafazkan, Mahkamah setelah mendengar keterangan
Plaintif dan pengakuan Defendan telah mensabitkan bahawa telah gugur talaq kali
pertama dan berjumlah sebanyak tiga talaq terhadap Plaintif. Ini berdasarkan lafaz
yang telah disebut atau dilafazkan oleh Defendan. Mengikut pendapat Jumhur
Fuqaha` (Imam-Imam Mazhab yang empat dan Az-Zhohiriyyah) gugur tiga talaq
sekiranya suami melafazkan cerai dengan talaq tiga, iaitu dengan satu lafaz samada
sebelum melakukan hubungan suami isteri atau sebaliknya dan walaupun dalam satu
majlis.
[34] Dalam masa yang sama Mahkamah tidak pula menafikan pendapat lain (Ibn
Taimiyyah, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dan Az-Zaidiyyah serta Az-Zhohiriyyah ) yang
mengatakan talaq tiga dengan sekali lafaz adalah dikira gugur satu talaq sahaja.
[35] Mahkamah berpendapat dan berpegang bahawa setiap pendapat ada dalil-dalil dan
hujah-hujah yang tersendiri berdasarkan prinsip yang digunapakai dalam sesuatu
mazhab. Oleh itu pada pendapat Mahkamah semua pendapat yang dibincangkan dan
diputuskan oleh para Fuqaha` adalah benar dan betul semuanya dengan meraikan juga
prinsip yang digunapakai dalam menentukan (mengistinbatkan) sesuatu hukum
berlandaskan samada Al-Qur`an dan As-Sunnah bagi setiap Mazhab. Sebagaimana
yang dimaklumi di dalam kes permohonan ini, Plaintif dan Defendan adalah orang
melayu dan beragama Islam. Maka dalam kes ini wajarlah sekiranya Mahkamah
putuskan bahawa persoalan mengenai talaq adalah mengikut Mazhab al-Syafi`e
memandangkan pernikahan pihak-pihak juga dijalankan mengikut mazhab yang sama.
[36] Mengenai rukun keempat bagi perceraian iatu kepada siapa lafaz tersebut ditujukan,
melalui keterangan Plaintif dan ikrar oleh Defendan, lafaz talaq itu memang ditujukan
kepada Plaintif, NMD iatu isteri yang sah kepada Defendan dan ketika itu dalam
keadaan suci daripada haid.
13
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[37] Berkenaan rukun kelima, iatu Wilayah `Alaih (keupayaan suami menceraikan isteri),
Defendan dalam ikrar dan keterangannya telah menyatakan bahawa ketika
melafazkan talaq tersebut, Defendan berada di dalam keadaan marah dan was-was
dengan apa yang dilafazkan. Namun walau bagaimanapun, Defendan faham tentang
implikasi lafaz cerai tersebut memandangkan dirinya ada menyatakan hasrat untuk
rujuk kembali Plaintif selepas lafaz itu dibuat melalui panggilan telefon. Dalam hal ini
Mahkamah berpandangan lafaz cerai ini adalah dalam kerelaan Defendan sendiri
cuma dari sudut psikologinya keadaan emosi Defendan sedikit terjejas dengan
pengambilan ubat batuk dan arak.
[38] Plaintif juga di dalam keterangannya menyatakan bahawa sebaik sahaja Defendan
melafazkan cerai tersebut beliau tidak bertanya berkenaan dengan apa yang telah
dilafazkan. Sekiranya Defendan tidak sedar sewaktu melafazkan cerai Defendan pasti
akan bertanya kepada Plaintif apakah yang telah beliau lafazkan. Tindakan Defendan
tersebut menunjukkan bahawa beliau sedar dan menyesal dengan apa yang telah
dilafazkan.
[39] Daripada dua keadaan di atas dapat dirumuskan bahawa Defendan memang sedar dan
mengetahui tentang lafaz cerai yang telah dibuat. Defendan sepatutnya terlebih dahulu
boleh berfikir dan bersabar dengan keadaan yang berlaku samada secara berdiam diri
atau mengambil inisiatif lain untuk mengelakkan daripada berlakunya lafaz talaq
walaupun dalam keadaan dipaksa oleh Plaintif supaya menceraikannya.
[40] Mahkamah dapati tidak berlaku percanggahan di antara keterangan Plaintif dan
Defendan tentang wujudnya lafaz cerai bahkan keterangan-keterangan yang diberikan
adalah memuaskan serta cukup untuk mensabitkan aduan berlakunya lafaz talaq oleh
Defendan. Bersesuaian dengan sabda Rasulullah صلى هللا عليه وسلم ;
( البينة على املدعي واليمني على من أنكر )
14
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Bermaksud:
Keterangan diatas pihak yang mendakwa dan sumpah keatas pihak yang
mengingkari dakwaan.
[41] Mahkamah berpuashati di dalam kes ini bahawa rukun-rukun perceraian telah
dipenuhi oleh kedua-dua pihak dan perceraian yang berlaku adalah kali pertama bagi
pasangan ini. Seterusnya, Mahkamah meluluskan permohonan pengesahan lafaz cerai
dalam kes ini dan mensabitkan telah berlaku dan jatuh talaq tiga keatas pihak Plaintif.
KEPUTUSAN
Mahkamah setelah meneliti permohonan Plaintif dan mendengar keterangan serta pengakuan
kedua-dua pihak dan setelah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan, maka
Mahkamah dengan ini memutuskan dan memerintahkan seperti berikut;
1) Mahkamah mensabitkan bahawa lafaz talak oleh Defendan di luar dan tanpa kebenaran
mahkamah pada 14hb. Mei 2017 lebih kurang jam 1.00 pagi adalah merupakan lafaz talaq
yang sah, sabit dan menggugurkan talaq.
2) Mahkamah memutuskan mulai dari tarikh 14hb Mei 2017 jam 1.00 pagi gugurlah talaq
tiga kali pertama dan berjumlah tiga talaq terhadap Plaintif secara talaq bain kubra.
3) Mahkamah perintahkan Plaintif beriddah selama tiga kali suci.
4) Mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan dan sijil nikah Negeri Selangor No.
Siri: 117325 dipulangkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan dibatalkan.