21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

15
21 Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Rabu, April 02, 2014 Hal Guru , Inovasi , Kreatif 21 comments Bulan April dah mula menjengah. Maka bermulalah juga Bulan Sains dan Matematik di sekolah saya. Banyak juga aktiviti yang dah dirancangkan. Jom saya kongsikan sket cadangan 21 Aktiviti menarik bagi Bulan Sains dan Matematik. Mudah-mudahan dapat membantu rakan guru di luar sana dalam mencari idea untuk diadakan di sekolah masing-masing. 1. Pertandingan Fotografi Sains Pertandingan fotografi ini adalah seperti pertandingan fotografi yang lain. Janji gambar nampak cantik di mata cikgu, maka cikgu dah boleh isytiharkan siapa pemenangnya. Bagi pertandingan ini, subjek dan temanya mesti lah ada kena mengena dengan Sains. Sebagai contohnya, tumbuhan berbunga atau tumbuhan tidak berbunga. Penggunaan kamera bergantung kepada cikgu sendiri, sama ada nak sediakan banyak-banyak kamera, atau pun benarkan pelajar

description

21 Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik

Transcript of 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

Page 1: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

21 Aktiviti Menarik Bulan Sains dan MatematikRabu, April 02, 2014  Hal Guru, Inovasi, Kreatif  21 comments

Bulan April dah mula menjengah. Maka bermulalah juga Bulan Sains dan

Matematik di sekolah saya. Banyak juga aktiviti yang dah dirancangkan.

Jom saya kongsikan sket cadangan 21 Aktiviti menarik bagi Bulan Sains

dan Matematik. Mudah-mudahan dapat membantu rakan guru di luar

sana dalam mencari idea untuk diadakan di sekolah masing-masing.

1. Pertandingan Fotografi SainsPertandingan fotografi ini adalah seperti pertandingan fotografi yang

lain. Janji gambar nampak cantik di mata cikgu, maka cikgu dah boleh

isytiharkan siapa pemenangnya. Bagi pertandingan ini, subjek dan

temanya mesti lah ada kena mengena dengan Sains. Sebagai contohnya,

tumbuhan berbunga atau tumbuhan tidak berbunga. 

Penggunaan kamera bergantung kepada cikgu sendiri, sama ada nak

sediakan banyak-banyak kamera, atau pun benarkan pelajar

menggunakan kamera sendiri. Pertandingan ini sebenarnya saya dah

kongsikan secara detail dalam entri yang terdahulu. 

Page 2: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

2. Pameran SainsIni adalah aktiviti yang agak biasa dijalankan di mana-mana sekolah.

Bezanya mungkin bergantung kepada apa benda yang nak dipamerkan.

Jika ada bahan pameran yang menarik dan boleh membuatkan pelajar

rasa teruja nak melihat dan membelek bahan pameran anda, maka

dipersilakan. Jika bahan pameran adalah biasa-biasa sahaja, maka saya

rasa aktiviti ini agak membosankan.

3. Pertandingan Telur KebalPertandingan Telur Kebal ini adalah pertandingan mencipta bahan

sokongan bagi telur, supaya tak pecah jika dijatuhkan daripada tempat

yang tinggi. Kalau tak pecah, maka kebal lah telur itu. Pelajar boleh

menggunakan kaedah masing-masing sekreatif mungkin, tetapi masih

berpandukan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

Page 3: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

Semakin ketat peraturan yang cikgu tetapkan, maka semakin kreatif lah

hasil daripada pelajar nanti. Aktiviti ini agak menarik dan cukup

menghiburkan. Jangan terkejut dengan kreativiti anak murid cikgu dalam

menghasilkan produk mereka!

4. Kuiz Sains (bertulis)Ini juga adalah aktiviti turun temurun dan menjadi kebiasaan kepada

hampir semua sekolah. Namun, rakan guru boleh mengkreatifkan kuiz ini

dalam bentuk yang lebih terkini. Sebagai contoh, dengan menggunakan

Makmal Komputer bagi menjawab soalan yang sudah diselaraskan. Minta

bantuan daripada rakan guru yang mahir dalam menetapkan

penggunaan ICT, inshaAllah aktiviti kuiz ini juga boleh jadi aktiviti yang

menarik.

5. POPKUIZ SainsAktiviti kuiz yang berbentuk seperti POPKUIZ ini juga dapat menarik

minat pelajar untuk mengikuti aktiviti Bulan Sains dan Matematik

dengan jayanya. Adakan kumpulan daripada setiap kelas yang terdiri

daripada 2 / 3 orang dalam satu kumpulan. 

Page 4: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

Beberapa pusingan boleh diadakan bergantung kepada kreativiti cikgu.

Mungkin pusingan pertama memberi peluang kepada setiap kumpulan

untuk memilih soalan, diikuti pusingan kedua yang memberi peluang

kepada kumpulan yang paling pantas menjawab soalan. 

6. Pertandingan AmaliPertandingan amali adalah pertandingan yang mengkhususkan kepada

kemahiran menjalankan eksperimen dengan baik. Pemilihan eksperimen

adalah bergantung kepada guru. Lebih susah eksperimen yang

dijalankan, lebih mencabar pertandingan tersebut kepada pelajar.

Pemarkahan boleh dinilai pada hasil akhir eksperimen, kemahiran

menjalankan eksperimen dan perkara-perkara yang berkaitan dengan

nilai semasa menjalankan eksperimen.

Page 5: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

7. Drama SainsAktiviti ini juga merupakan aktiviti yang menarik. Ada kelainannya.

Setiap kumpulan diberikan masa 10 minit bagi mempersembahkan

drama yang berunsurkan Sains. Kreativiti adalah bergantung kepada

pelajar sama ada mahu menggunakan konsep sketsa, puisi dan lagu, atau

apa-apa seni persembahan lain. 

Pemarkahan diberi pada kandungan Sains yang dinyatakan dalam drama,

kreativiti dan penggunaan bahan yang sesuai. Jika ada faktor lain yang

boleh dinilai, seperti mutu lakonan dan persembahan, maka mungkin

rakan guru boleh berikan markah bonus.

8. Pertandingan VideoJika sekolah anda mempunyai budaya 'video' yang bagus, maka saya

sarankan diadakan pertandingan mencipta video berunsurkan Sains. Jika

tak ada pun, masih rakan guru boleh teruskan aktiviti ini dengan

seringkas mungkin.

Pelajar menghasilkan video pendek, dalam jangka masa 2 - 5 minit yang

Page 6: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

menerangkan mengenai apa-apa yang berkaitan dengan Sains. Video

boleh dirakam terus dengan menggunakan apa jua jenis kamera

(termasuk kamera telefon), dan boleh juga dalam bentuk yang sudah di-

edit. 

9. Membina modelPertandingan ini juga dapat membina kreativiti pelajar anda. Guru-guru

boleh tetapkan syarat dan juga peraturan yang perlu dipatuhi pelajar.

Sebagai contohnya, wajib menggunakan bahan terpakai. 

Tujuan model dibina juga boleh dipelbagaikan dengan menetapkan tema

perhiasan rumah, tema projek alam sekitar, tema barang pelbagai-guna

dan macam-macam lagi.

10. Pertandingan Memasang ModelPertandingan ini saya dapat idea semasa menjalankan pdp dalam kelas.

Pelajar sangat teruja mahu siapkan memasang model dengan masa yang

Page 7: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

paling pendek. Maka saya anjurkan pertandingan memasang model

paling cepat.

Model yang cikgu boleh gunakan adalah model manusia dan juga model

litar elektrik (selari dan bersiri). Hati-hati juga. Takut ada yang terlebih

excited nak pasang model, sampai habis rosak model yang ada.

11. Explorace Sains / Saintis MudaPertandingan ini dicedok daripada pertandingan Explorace yang popular

suatu ketika dahulu. Konsepnya lebih kurang sama, iaitu ditetapkan

beberapa stesyen, dengan setiap stesyen mempunyai tugasan tertentu

yang perlu diselesaikan. Kumpulan yang paling awal menamatkan

cabaran, akan dikira sebagai pemenang.

Page 8: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

Bagi setiap stesyen, banyak aktiviti atau tugasan yang boleh ditetapkan.

Kalau cikgu mahu lebih menarik, jalankan aktiviti ini di luar daripada

kelas dan juga makmal. Tentu meriah melihat kumpulan pelajar terkejar-

kejar ke sana ke sini bagi mendapatkan jawapan!

12. G-MathIni adalah pertandingan yang mirip kepada permainan sahibba. Bezanya

permainan ini memerlukan kemahiran asas mengira + - / x dalam

menghasilkan sesuatu persamaan matematik itu.

Bagi yang belum pernah mencuba, mungkin agak sukar. Namun jika

sudah mula bermain, G-Math ini pasti menyeronokkan. 

Page 9: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

13. Pertandingan SudokuTak sahlah kalau permainan ini tak dimasukkan dalam senarai aktiviti

bulan Sains dan Matematik. Permainan Sudoku ini agak menarik dan

mencabar kemampuan pelajar untuk berfikir dengan pantas dan tepat.

Mungkin rakan guru boleh kreatif kan lagi permainan ini dengan

mengadakan perlumbaan siapa yang dapat selesaikan masalah Sudoku

ini dengan lebih pantas! Adakan dalam beberapa pusingan, dengan

setiap pusingan menyaksikan sebilangan pelajar akan tersingkir. Tentu

lebih menarik!

14. Pertandingan Teka Berat / Teka BilanganIni juga pertandingan yang agak menarik. Guru boleh meletakkan apa-

apa barang dalam balang besar / akuarium dan kemudiannya menyuruh

pelajar untuk meneka bilangan atau pun berat barang tersebut. Guru-

guru boleh gunakan guli, biji kacang hijau, biji getah dan apa-apa yang

difikirkan sesuai. 

Page 10: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

Sediakan borang kecil yang mencatatkan maklumat peneka dan terus

sediakan kotak pertandingan. Letakkan juga balang besar / akuarium

tersebut di tempat laluan yang strategik. Tentu banyak

sambutan. Sekurang-kurangnya pelajar juga dapat menggunakan

kemahiran menganggar dengan logik dan bijak.  

15. Pertandingan Sudut MatapelajaranSetiap kelas di sekolah diminta untuk menghias sudut matapelajaran

'Sains'. Bahan yang dilekatkan perlulah bahan yang berkualiti dan

dengan persembahan yang menarik dan ceria.

Bagi memudahkan penilaian dari kelas ke kelas, rakan guru boleh

Page 11: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

menetapkan tema bagi sudut Sains tersebut. Contohnya, tema angkasa,

tema hidupan air, keseimbangan ekosistem dan lain-lain perkara yang

berkaitan dengan Sains.

16. Pertandingan Artikel SainsPertandingan menyediakan artikel Sains dengan maklumat yang

menarik. Pelajar dibenarkan untuk menggunakan sebarang bahan untuk

mendapatkan artikel Sains yang menarik. 

Jika ditetapkan penggunaan saiz A4 serta bahan yang digunakan,

mungkin juga artikel Sains yang dihasilkan oleh pelajar dalam

pertandingan tersebut dapat di-laminate dan dijadikan bahan hias sekitar

sekolah. Bahan info Sains yang menarik!

17. Buku SkrapPenghasilan buku skrap Sains juga merupakan aktiviti yang

menyeronokkan. Tema yang ditentukan kepada pelajar boleh datang

dalam bentuk yang pelbagai. Sebagai contohnya senarai tumbuhan yang

terdapat dalam kawasan sekolah. Bagi menambahkan lagi cabaran, guru

Page 12: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

boleh tetapkan juga nama saintifik bagi setiap tumbuhan yang

dimasukkan dalam buku skrap. 

Selain daripada cadangan tema di atas, guru juga boleh tetapkan tema

lain seperti senarai tumbuhan berbunga dan tidak berbunga,

monokotiledon dan dikotiledon serta serangga yang wujud dalam

kawasan sekolah. 

18. Pelancaran Roket AirRoket air juga merupakan aktiviti Bulan Sains yang boleh memberi

kelainan kepada pelajar. Pertandingan sebegini sudah tentu merangsang

kreativiti pelajar dalam menghasilkan roket air dengan inovasi yang

tersendiri.

Page 13: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

19. Lawatan ke Agensi / Pusat SainsBagi sekolah yang berada berdekatan dengan mana-mana agensi atau

pusat Sains, maka anda bolehlah membuat lawatan sambil belajar ke

pusat tersebut. Rancang aktiviti dengan baik, inshaAllah ini akan jadi

pengalaman yang berharga buat pelajar. 

Mana tahu dengan lawatan tersebut menyebabkan pelajar akan lebih

berminat untuk mendalami Sains. Selain daripada agensi / Pusat Sains,

antara tempat lain yang anda boleh adakan lawatan sambil belajar

adalah institusi seperti universiti, Pusat Kimia, kilang industri, pusat

rawatan air, pusat pelupusan sampah, empangan hidroelektrik dan apa-

apa yang berkaitan dengan Sains.

20. Ceramah / BengkelIni lagi satu aktiviti yang agak membosankan untuk diadakan di Bulan

Sains dan Matematik. Namun aktiviti zaman berzaman ini kalau nak

diadakan jugak, boleh disegarkan dengan ceramah atau bengkel oleh

individu yang lebih berpengaruh (artis, tokoh). Pokok pangkalnya

mestilah ceramah atau bengkel yang berkaitan dengan Sains.

Page 14: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

Selain daripada individu, pihak sekolah juga boleh memohon pihak

universiti atau mana-mana institusi yang berkaitan dengan Sains untuk

datang memberi ceramah di sekolah. Semoga terhibur.. ;)

21. Mencerap BintangBagi sekolah yang mempunyai peralatan yang mencukupi, pihak sekolah

boleh juga mengadakan sesi mencerap bintang di langit. Saya rasa

aktiviti ini menarik dan sangat bersesuaian dengan bulan Sains dan

Matematik. 

Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diambil kira. Terutamanya

yang berkaitan dengan perjalanan pelajar pada malam hari serta

kesediaan guru untuk meluangkan masa malam di sekolah bersama

Page 15: 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains Dan Matematik

pelajar, sambil melihat bintang yang berkerlipan. 

Inilah antara beberapa cadangan aktiviti menarik yang boleh dianjurkan

sepanjang Bulan Sains dan Matematik. Hampir kebanyakan daripada

aktiviti di atas ada dan pernah dianjurkan di sekolah saya. Ada yang

mendapat sambutan hangat dan ada yang mendapat sambutan suam-

suam kuku. Semuanya bergantung kepada kreativiti cikgu dalam

melaksanakan pertandingan dan aktiviti tersebut.

Jika sekiranya cikgu-cikgu mempunyai cadangan aktiviti lain, boleh lah

kongsikan juga di ruangan komen supaya boleh diambil manfaat oleh

rakan guru yang lain. Selamat mencuba!