21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

22
21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan ditulis oleh tokjogho - 15 Ogo, 2009 Umum mengetahui bahawa tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Daun Misai Kucing dan herba seumpamanya empunyai pelbagai khasiat kesihatan. Ianya telah menjadi amalan pemakanan kesihatan turun temurun oleh datuk nenek moyang kita. Malah dengan adanya kaedah saintifik yang digunakan sekarang, banyak lagi tumbuhan sedemikian terbukti mempunyai khasiat kesihatan semulajadi. Pada entri ini, saya hanya ingin memaparkan hanya 10 herba terpilih mengisi slot kesihatan ini. Antaranya ialah: 1) Hempedu Bumi Nama Saintifik Andrographis Paniculata (Bum. f.) wall.ex Nees Nama Lain Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian

Transcript of 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Page 1: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

ditulis oleh tokjogho - 15 Ogo, 2009

Umum mengetahui bahawa tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Daun Misai Kucing dan herba seumpamanya empunyai pelbagai khasiat kesihatan. Ianya telah menjadi amalan pemakanan kesihatan turun temurun oleh datuk nenek moyang kita. Malah dengan adanya kaedah saintifik yang digunakan sekarang, banyak lagi tumbuhan sedemikian terbukti mempunyai khasiat kesihatan semulajadi.

Pada entri ini, saya hanya ingin memaparkan hanya 10 herba terpilih mengisi slot kesihatan ini. Antaranya ialah:

1) Hempedu Bumi

Nama Saintifik Andrographis Paniculata                          (Bum. f.) wall.ex Nees

Nama Lain Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia

Famili Acanthaceae

Page 2: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Lokasi Dijumpai:  Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Kegunaan dan Khasiat

Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.

Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan  darah tinggi meningkat.

Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.

2) Sambung Nyawa

Nama Saintifik Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.

Nama Lain Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Akarsebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa),beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina

Famili Asteraceae

Page 3: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Kegunaan Dan KhasiatDaun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam

Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.

3)Kunyit Hitam

Nama Saintifik Curcuma Caesia

Nama Lain Kunyit Hitam, Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary

Famili zingiberaceae

Kegunaan dan KhasiatIa digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkanusia seseorang.

Page 4: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

4)Pegaga

Nama Saintifik Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica

Nama Lain Tapak Kuda(Indonesia),IndianPennywort, Gotu Kola

Famili Apiaceae/Umbelliferae

Khasiat dan Kegunaan

Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik.

Di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.

Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan  menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Lain-lain khasiat ialah untuk mengurangkan masalah:

Pembengkakan HatiDemam, CampakSakit Tekak, Batuk Kering,Asma, Brokitis, PleuritisRadang Mata MerahKeputihanTekanan Darah TinggiSakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir

Page 5: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir  Keracunan MakananBatuk Darah, Muntah DarahBusung, bisulInfeksi Saluran Kencing (kencing kotor)

5)Temulawak

Nama Saintifik curcuma xanthorrhiza

Nama Lain Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, skuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmer, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih

Famili Zingiberaceae

Kegunaan dan Khasiat

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:

1.    Rheumatik dan kesakitan pada otot.2.    Ubat demam( anti-pyretic)3.    Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang4.    Penyakit kulit5.    Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang6.    Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum7.    Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit8.    Batuk dan demam pada kanak-kanak.9.    Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada  vagina.10.  Penyakit kencing manis.11.  Gastrik dan gas berlebihan

Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit hati (liver). Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapapenyakit liver yang lain.

Kegunaan-kegunaan lainBoleh digunakan untuk merawat :1.    Batuk

Page 6: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

2.    Sariawan (penyakit mulut & kerongkong)3.    Bronchitis4.    Jerawat5.    Keputihan6.    Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi7.    Demam berdarah8.    Bau mulut9.    Haid tidak teratur10.  Asma11.  Radang kerongkong12.  Luka terbakar13.  Kudis, kurap kaki14.  Bisul dan menghilangkan gatal15.  Sakit mata

6) Dukung Anak

Nama Saintifik Phyllanthus Niruri

Nama Lain Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida(India)

Famili Eurphorbiacea

Kegunaan dan KhasiatDukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawatpenyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini bolehmembersihkan darah dalam.

Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagaipenawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran.

Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretikdan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakansebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrheadan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daunmudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

7) Misai Kucing

Page 7: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Nama Saintifik Orthosiphon aristatus /stamineus benth

Nama Lain Kumis kucing, cat whisker,kabling gubat, Java Tea, Kidney Tea, Koemis  Koetjing  and Yaa Nuat Maeo

Famili Lamiaceae

Kegunaan dan Khasiat

Membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. Arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah.Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing   manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya

Ulam Raja

Nama Saintifik Cosmos Caudatus

Nama Lain King Salad, Intan Berayun

Famili Asteraceae

Kegunaan dan KhasiatMemperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid. Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide,

Page 8: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat terencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

9) Kacip Fatimah

Nama Saintifik Labisia Pumila

Nama Lain Mata Pelanduk hutan

Famili Myrsinaceae

Lokasi dijumpai   :  Malaysia, Thailand, Indochina

Kegunaan dan KhasiatMempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile)Merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), Gonorrhea.

10) Tongkat Ali

Nama Saintifik Eurycoma longifolia Jack

Nama Lain Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.

Famili Simaroubaceae

Kegunaan dan Khasiat

Page 9: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).

11) Mas Cotek

Nama Saintifik Ficus Deltoidea

Nama Lain Sempit-sempit, Tabat barito, Mistletoe  fig, dan Kangkalibang

Famili Moraceae

Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea.

Kegunaan dan KhasiatSelain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Antara khasiat dan kegunaannya ialah untuk mengecutkan rahim, merawat masalah wanita, mengekal awet muda. Boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan rawatan sakit kulit, migraine, angina akhmar, memotong kolesterol.

Page 10: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

12) Gandarusa

Nama Saintifik Justicia Gendarussa Linn

Nama Lain Daun Rusa(Melayu), Gendarussa(English

Famili Acanthaceae

Kegunaan dan Khasiat:Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.

Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakitkepala, mata dan telinga.

Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

13) Kucing Galak

Nama Saintifik Acalypha Indica

Nama Lain Indian Copperleaf,India Acalypha

Famili Euphorbiaceae

Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar

Kegunaan dan khasiat:Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batinPenyakit yang di ubati1. Disentri2. Batuk3. Muntah Darah4. Pendarahan & Luka Luar

Page 11: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

5. Asma6. Bronkitis7. Menambahkan Tenaga Batin.

14) Cekur

Nama Saintifik Kaempferia galanga Kaempferia

Nama Lain Indian Copperleaf,India Acalypha

Famili Zingiberaceae

Kegunaan dan KhasiatMeransang seleraMembuang anginIbu bersalin melancarkan buang airMenghilangkan gatal tekakMengurangkan bengkak

15) Kapal terbang

Nama Saintifik Eupatorium odoratum Linn

Nama Lain Pokok Jepun, Pokok Jerman, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea

Famili Asteraceae

Page 12: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Tumbuhan ini menutupi padang ragut dan kawasan lapang. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Kadang kala, pokok ini boleh memanjat, hingga ketinggian 4.5 hingga 6.0 meter (Bennett and Rao, 1968).

Sifat Asal Pokok Kapalterbang

Keseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan ?-pinen, ß-cubebene, 7- dan 9-Angeloylretroneecine, intermedine, riderine dan 3′-acetylrinderine.

Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati.

Kegunaan dan KhasiatDari segi perubatan tradisional daun dan bunganya boleh dijadikan ubat penahan darah. Ianya mesti digunakan secara luaran sahaja.  Boleh juga digunakan sebagai racun serangga.

Rujukan: http://naturecures.forestexplorers.com/pokokkapalterbang.shtml

(16) Senduduk Putih

Nama Saintifik Melastoma malabathricum

Nama Lain Senduduk Putih

Famili Melastomaceae

Page 13: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat. Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.

Kegunaan dan khasiatDari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.

Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.

Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air

Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.

(17) Gelenggang Besar

Nama Saintifik Cassia alata Linn

Nama Lain Gelenggang Besar

Famili Leguminosae

Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki.Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.

Kegunaan dan khasiat? Tumbuhan Cassia alata Linn ini boleh mengubati penyakit kulit seperti kurap, kudis dan panau  dengan kaedah mengikis permukaan kulit yang dijangkiti. Kemudiannya ramas

Page 14: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

daunnya bersama minyak tanah dan kapur, lalu digosok pada bahagian yang terkena jangkitan.

Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat sembleit dan digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan selepas wanita bersalin. Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk merawat sembelit, penyakit cacacing serta ulser mulut (seriawan mulut)

Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal.

**Amaran, perempuan mengandung, menyusukan akan dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya. Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.

(18) Patawali

Nama Saintifik Tinospora crispa(miers)

Nama Lain Akar seruntun, brotowali, batang wali

Famili Menispermaceae

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda. Kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.

Kegunaan  dan KhasiatDari segi perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Page 15: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).

Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit siflis.

(19) Kadok

Nama Saintifik Piper sarmentosum

Nama Lain Sireh duduk

Famili piperaceae

Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicicah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

Kegunaan dan Khasiat:

Page 16: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit malaria, cacing, lemah dan sakit dalam tulang, batuk dan panau

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau tersebut.

(20) Bangun-bangun

Nama Saintifik Solenostemon amboinicus

Nama Lain Ati-ati hijau, allspice

Famili Labiatae

Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Kegunaan dan Khasiat:Bangun-bangun terkenal dalam perubatan Melayu dan Cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.

Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daun nya yang dilumatkan dapat menjadi penawar gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

(21) Letup-letup

Nama Saintifik Physalis minima

Page 17: 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan

Nama Lain Wild capegooseberry

Famili Solanaceae

Di Malaysia terdapat banyak jenis pokok yang dipanggil dengan nama vernakular letup-letup. Nama panggilan ini berdasarkan sifat buah pokok-pokok ini yang akan meletup apabila matang dan melepaskan bijinya kepersekitaran untuk pembiakan. Salah satu pokok yang dipanggil letup-letup ini ialah physalis minima yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan-kawasan pertanian atau kawasan tanah terbiar. Ia tergolong dalam kategori rumpai. Ia selalunya tumbuh dikawasan bertanah poros(berpasir) yang kaya dengan bahan organik. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba kecil dengan ketinggian mencapai hingga 1.5 meter. Tumbuhan ini mempunyai bau yang kuat. Daunnya berbentuk oval dan lembut. Baunya kuat. Buahnya berbentuk beri dan tersimpan dalam kaliks yang mempunyai sepuluh kedutan dan tercantum diatasnya. Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan kaliks disekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering. Buahnya yang masak mengandungi jus yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimakan serta dijadikan jem.

Kegunaan dan Khasiat:Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk  pening , sakit  pinggang  dan  kanser .

Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak dan dijadikanjus boleh digunakan untuk merawat sakit kerongkong.

Semoga artikel ini dapat memberi maklumat dan panduan kepada semua. Banyak lagi tumbuhan herba tempatan yang mempunyai khasiat dan untuk keguanaan dalam perubatan tradisional. InsyaAllah, mungkin dientri yang lain boleh dimasukkan sebahagian lagi tumbuhan herba berkenaan. Sila tulis ulasan dan komen ada di bawah,