21 Okt - Masjid Ar-Raudhah

45
21 Okt - Masjid Ar-Raudhah 21 Okt - Masjid Ar-Raudhah Ustaz Fathurrahman Dawoed Pengurus Divisyen Pendidikan Andalus

description

SIMPOSIUM DPIA 2012 KEPENTINGAN SERTA PERANAN AL-QURAN DAN Al-SUNNAH DALAM ERA SEMASA “ Salah Faham Terhadap Al- Hadis ”. 21 Okt - Masjid Ar-Raudhah. Ustaz Fathurrahman Dawoed Pengurus Divisyen Pendidikan Andalus. OBJEKTIF. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of 21 Okt - Masjid Ar-Raudhah

Page 1: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

21 Okt - Masjid Ar-Raudhah21 Okt - Masjid Ar-Raudhah

Ustaz Fathurrahman DawoedPengurus Divisyen Pendidikan Andalus

Page 2: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

OBJEKTIFMembincangkan beberapa salah faham terhadap Al-Hadis yang dilakukan oleh para sarjana dalam kajian mereka.

Page 3: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

HUJJAH 1Al-Qur’an adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka tidak perlu rujuk kepada hadis-hadis Nabi.

Allah Ta’ala telah berfirman di dalam al-Qur’an:Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini. [al-An’aam 6 :38]

Page 4: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANYang dimaksudkan oleh Allah Ta’ala dengan kesempurnaan, kelengkapan dan perincian kitab al-Qur’an, adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Qur’an sebagai “kitab induk” yang telah mengusulkan pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat.

Page 5: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANAl-Qur’an adalah lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya.

Page 6: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANApabila dikatakan bahawa kitab al-Qur’an tidak meninggalkan atau terlupa apa-apa, ia bererti bahawa al-Qur’an tidak leka atau lengah dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran yang diperlukan umat untuk melaksanakan syari’at Allah yang indah ini dalam semua suasana dan keadaan.

Page 7: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANDalam suasana kelengkapan inilah al-Qur’an meletakkan prinsip yang jitu bahawa hadis Rasulullah wajib dijadikan salah satu dari sumber syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi. Adalah merupakan tindakan yang jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas secara zahir (face value) sehingga berkata segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an.

Page 8: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

HUJJAH 2Kitab al-Qur’anul Karim adalah sebuah kitab yang dipelihara dan dijamin ketulenannya oleh Allah Ta’ala manakala hadis-hadis tidak. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [al-Hijr 15:09]

Page 9: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANKetahuilah bahawa apabila Allah menjamin keterpeliharaan al-Qur’an, ia tidak bermaksud sekadar memelihara dan menjaga huruf-hurufnya sahaja, tetapi ia meliputi semua yang berkaitan dengan al-Qur’an, termasuk memelihara dan menjaga maksud, pengajaran dan kaedah pengamalannya. 3 perkara yang terakhir ini diwakili oleh sunnah dan hadis Rasulullah s.a.w.

Page 10: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

HUJJAH 3Rasulullah s.a.w telah melarang hadis-hadisnya ditulis oleh para sahabat. Abu Bakar dan Umar al-Khattab r.a – mereka juga melarang penulisan dan penyebaran hadis-hadis Rasulullah. Larangan ini menunjukkan bahawa hadis-hadis Rasulullah sememangnya tidak dimaksudkan sebagai sebahagian dari syari’at Islam.

Page 11: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANDalam Islam, sebelum diterima dan diperhujahkan sesuatu kisah atau riwayat, wajib disemak dan dikaji isnadnya terlebih dahulu. Apabila didapati sahih maka hendaklah riwayat tersebut difahami bersama-sama riwayat-riwayat yang lainnya, kemudian barulah dirumuskan satu kesimpulan.

Page 12: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANTelah bersabda Rasulullah s.a.w: Janganlah kamu tulis (catat) apa-apa dari aku. Dan barangsiapa yang telah menulis (mencatat) dari aku selain al-Qur’an, hendaklah dia menghapuskannya. Dan sampaikanlah (hadis) dari aku, tidak ada kesalahan di dalam melakukan itu. Dan barangsiapa yang berdusta terhadap aku dengan sengaja, maka dia akan menemui tempatnya di dalam api neraka.

Page 13: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANHadis di atas tidaklah melarang penulisan hadis secara mutlak tetapi ia hanyalah melarangan penulisan hadis di atas kertas atau lembaran yang sama dengan al-Qur’an.

Page 14: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANPenjelasan ini adalah berdasarkan hadis berikut dari Abu Hurairah radiallahu-anhu:Adalah kami menulis apa yang kami dengar dari Nabi s.a.w. Maka di satu hari beliau datang kepada kami dan berkata: Apakah tulisan-tulisan ini ? Maka kami menjawab: Apa yang kami dengar dari engkau.

Page 15: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANLalu beliau berkata: Tulisan bersama Kitab Allah (al-Qur’an) ? Kami menjawab: (Ya !) iaitu apa yang kami dengar (dari engkau). Lalu bersabda Nabi s.a.w: Tulislah Kitab Allah (al-Qur’an) dan jagalah ketulenan Kitab Allah. Tulisan selain kitab Allah ? Jagalah ketulenan kitab Allah dan janganlah mencemari ia.

Page 16: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANManakala larangan menulis dan menyebarkan hadis oleh Abu Bakar dan Umar al-Khattab, hampir semua riwayat-riwayat yang melarang penulisan dan penyebaran hadis di zaman pemerintahan mereka adalah daif (lemah).

Page 17: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANAntara yang masyhur dikatakan tentang Abu Bakar adalah kononnya beliau telah mengumpul 500 buah hadis dalam sebuah buku lalu akhirnya beliau membakarnya.

Kita lihat apa komentar para ulama hadis mengenai riwayat ini.

Page 18: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANDikeluarkan oleh al-Hakim dan dinukil oleh adz-Dzahabi dalam Tazkirah al-Huffaz, jld 1, ms 10-11 dari jalan Musa bin Abdullah bin Hasan bin Hasan, dari Ibrahim bin Umar bin Ubaidullah at-Taymi, diceritakan kepada aku oleh al-Qasim bin Muhammad, bahawa berkata A’isyah radiallahu-anha ....... sepertimana mana di atas. Isnadnya daif kerana memiliki beberapa kecacatan, iaitu:

Page 19: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPAN1-Ali bin Saleh – berkata Ibnu Katsir: Tidaklah dia dikenali. al-Hindi – Kanz al-Ummal – no: 294602-Musa bin Abdullah - beliau diperselisihkan, lihat Lisan al-Mizan, jld 6, ms 123; al-Kamil fi ad-Dhuafa’ al-Rijal, jld 6, ms 346 dan Daif al-Uqaili, jld 4, ms 159, perawi no: 1730.3-Ibrahim bin Umar bin Ubaidullah – beliau tidak dikenali. Biografinya tidak disebut atau dibicarakan oleh mana-mana ahli hadis.

Page 20: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANOleh itu berkata adz-Dzahabi dalam Tazkirah al-Huffaz, jld 1, ms 11 setelah mengemukakan riwayat ini: Maka riwayat ini – tidaklah ia sah, Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui. Dan berkata Ibnu Katsir sebagaimana nukil al-Hindi dalam Kanz al-Ummal – no: 29460: Hadis dengan wajah seperti ini adalah aneh.

Page 21: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANSementara dalam satu riwayat lain kononnya Abu Bakar telah berkata: Maka janganlah kalian menceritakan hadis dari Rasulullah s.a.w sesuatu apapun. Jika sesiapa yang bertanya kepada kalian, berkatalah antara kami dan kamu ada Kitab Allah, maka apa yang kalian dapati dihalalkan maka halalkanlah ia dan apa yang diharamkan maka haramlah ia.

Page 22: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANDinukil oleh adz-Dzahabi dalam Tazkirah al-Huffaz, jld 1, ms 9 dan berkata adz-Dzahabi: Maka adalah ia mursal (iaitu isnadnya terputus). Oleh itu riwayat ini adalah daif juga.

Page 23: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANUmar al-Khattab pula kononnya didakwa telah memenjarakan beberapa orang sahabat seperti Abdullah ibnu Mas’ud, Abu Darda dan Abu Mas’ud al-Anshari radiallahu-anhum kerana banyak menyampaikan hadis.

Page 24: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANDaif: Dikeluarkan oleh ath-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath – no: 3449 dan dinukil oleh adz-Dzahabi dalam Tazkirah al-Huffaz, jld 1, ms 12 dan dalam Siyar A’lam Nubala, jld 7, ms 206. Juga dikeluarkan oleh an-Nasai dan dinukil oleh adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam Nubala, jld 11, ms 555. Kedua-duanya dari jalan Abdullah bin Idris, dari Syu’bah, dari Sa’ad ibnu Ibrahim, dari ayahnya, dari Umar. Isnadnya daif juga kerana beberapa sebab:

Page 25: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANSyu’bah – adalah beliau diragukan. Ibnu Hazm – al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, jld 2, ms 256-258. Ibrahim bin Abdul Rahman bin Auf, beliau tidak pernah bertemu dengan Umar al-Khattab. Ibrahim lahir pada 20H manakala Umar meninggal pada 23H. Tidak mungkin Ibrahim meriwayatkan hadis pada umur 3 tahun melainkan beliau mendengarnya dari seseorang lain yang tidak diketahui. Justeru isnad riwayat ini terputus. Majma az-Zawaaid, jld 1, ms 149.

Page 26: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

HUJJAH 4Sahih atau tidak sesuatu hadis bergantung kepada jujur atau tidak para perawinya. Ini sudah tentu satu kaedah yang amat longgar kerana kejujuran seseorang hanyalah didasarkan kepada penilaian orang lain dan ini sudah tentu relatif kepada banyak faktor dan keadaan.

Page 27: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANMenentukan kesahihan sesuatu hadis berdasarkan sifat para perawinya memiliki dasar dalam al-Qur'an itu sendiri. Perhatikan bahawa apabila al-Qur’an menetapkan hukuman bagi jenayah zina, ia mensyaratkan persaksian 4 orang saksi, dan para saksi ini hendaklah dari kalangan orang yang beriman, baligh, berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa.

Page 28: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

HUJJAH 5Hadis-hadis Rasulullah s.a.w banyak yang bercanggah dan berlawanan antara satu sama lain. Oleh itu adalah mustahil untuk merujuk dan menukil sesuatu hukum atau kefahaman dari hadis-hadis.

Page 29: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANtidak dinafikan terdapatnya beberapa percanggahan, pertentangan dan pertembungan antara hadis. Hal ini terjadi kerana beberapa sebab, yang utama adalah kerana Rasulullah mendakwahkan Islam selama 22 tahun lebih dan sepanjang tempoh yang lama tersebut, bicara dan dakwah ditujukan kepada sekian banyak orang atau kumpulan dari latarbelakang yang berbeza. Bagi menguraikan “percanggahan” ini, para ilmuan Islam telah menggariskan beberapa langkah dan kaedah seperti berikut:

Page 30: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPAN1- Memastikan bahawa antara dua hadis yang bercanggah setiap darinya memiliki status kekuatan yang sama. Jika yang bercanggah adalah antara hadis sahih dengan hadis daif, maka percanggah ditamatkan dengan mengambil hadis sahih sahaja.

Jika kedua-dua hadis adalah sahih maka kaedah selanjutnya adalah:

Page 31: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPAN2- Mengkaji bilakah Rasulullah s.a.w menyabdakan hadis-hadis tersebut. Adakalanya dua hadis bercanggah antara satu sama lain kerana yang pertama disabdakan di zaman awal Islam manakala yang kedua disabdakan di zaman akhir Islam. Hadis yang terakhir membatalkan hadis yang pertama. Hadis yang membatalkan disebut nasikh manakala hadis yang dibatalkan disebut mansukh.

Page 32: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPAN3- Mengkaji kepada siapakah sesuatu hadis itu ditujukan. Kadang-kadang dua hadis nampak bercanggah kerana ia ditujukan oleh Rasulullah s.a.w kepada dua individu atau kumpulan yang berlainan.

Page 33: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPAN4- Mengkaji suasana dan keadaan sekeliling apabila sesuatu hadis disabdakan. Adakalanya wujud percanggahan kerana satu hadis disabdakan dalam suasana perang dan hadis yang lain pula dalam suasana damai.

Page 34: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

HUJJAH 6Hadis-hadis Rasulullah s.a.w banyak yang aneh lagi pelik. Hadis-hadis seperti ini tidak meninggalkan kita apa-apa pilihan kecuali menolak keseluruhan hadis-hadis kerana ia sebenarnya hanyalah rekaan dan dustaan manusia selepas kewafatan Rasulullah.

Page 35: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

HUJJAH 6Umpamanya, ada hadis yang berkata sesiapa sahaja yang akhir ucapannya adalah “La ilaha illaLlah” akan masuk syurga!! Hadis ini sudah tentu aneh jika dibandingkan dengan pelbagai syarat dan kewajipan yang telah digariskan oleh al-Qur’an untuk seseorang itu layak masuk syurga. Dari sudut sains pula, dapati hadis-hadis menyalahi penemuan ilmiah yang sah lagi terbukti seperti hadis yang berkata tidak ada penyakit yang berjangkit.

Page 36: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANSetiap dari hadis-hadis yang didakwa “aneh dan pelik” itu telahpun dijelaskan oleh para ilmuan Islam dalam kitab-kitab syarahan hadis.Pertama: Sesiapa yang akhir ucapannya: “La ilaha illaLlah” akan masuk syurga. teks sebenar hadis yang dimaksudkan. Barangsiapa akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” maka dia masuk syurga.

Page 37: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANHadis di atas disabdakan oleh Rasulullah s.a.w di zaman awal Islam di Kota Makkah. Berkata Ibnu Syihab az-Zuhri (124H), seorang tokoh generasi tabiin: Hadis sebegini hanya pada permulaan Islam sebelum turunnya kewajipan-kewajipan dan larangan. Pada saat itu belum disyari’atkan pelbagai ibadah, kewajipan, larangan dan hukuman kecuali sekadar mentauhidkan Allah dan meninggalkan segala amalan.

Page 38: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANPada waktu itu mereka yang baru memeluk Islam diugut dan dipaksa agar meninggalkan Islam dan sesiapa yang enggan – mereka diseksa hingga ke tahap dibunuh dengan kejam. Ketika sedang diugut, diseksa dan sesaat sebelum dibunuh, tiada yang diucapkan oleh mereka kecuali “La ilaha illaLlah” secara berulang-ulang sehinggalah mereka dibebaskan atau sehingga maut menemui mereka.

Page 39: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANKedua: Tidak ada penyakit berjangkit. Sabda Rasulullah s.a.w yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Tidak boleh menjangkitkan penyakit, dan tidak boleh mengundi nasib, dan tidak boleh mempercayai Hama, dan tidak boleh mempercayai (kecelakaan) bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa.

Page 40: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANPerkataan Laa ‘Udwa عدوى biasanya الditerjemahkan sebagai tiada penyakit berjangkit atau tidak ada penyakit berjangkit. Akan tetapi dalam kaedah bahasa Arab, perkataan Laa tersebut boleh memiliki dua erti: Pertama: sebagai menunjukkan satu “peniadaan” (nafyun)Kedua: sebagai menunjukkan satu “larangan” (nahyun).

Page 41: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANHaji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat Haji. [al-Baqarah 2:197]

Page 42: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANFirman Allah Subhanahu waTa’ala di atas bukanlah bermaksud satu peniadaan seperti tidak ada persetubuhan, tidak ada kemaksiatan dan tidak ada pertengkaran kerana tiga perkara ini memang sentiasa wujud dan tidak boleh dihapuskan begitu sahaja. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah larangan, iaitu jangan bersetubuh, jangan bermaksiat dan jangan bertengkar.

Page 43: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

JAWAPANHadis asal di atas, yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w adalah tidak boleh membiarkan penyakit menjangkit, membiak, menjalar, menular dan merebak. Hadis tersebut tidak bererti bahawa penyakit berjangkit tidak wujud. Bukankah di penghujung hadis sedia terdapat petunjuk bahawa wujudnya penyakit yang berjangkit, iaitu apabila Rasulullah menyuruh kita menjauhkan diri dari penyakit Kusta?

Page 44: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

10 KESILAPAN DALAM KAJIAN HADIS

1. Salah rujukan kitab. 2. Sumber rujukan yang tidak

menyeluruh.3. Penyelidikan yang tidak menyeluruh

terhadap sesebuah kitab.4. Salah rujukan pengarang kitab. 5. Menafikan kebenaran kitab.

Page 45: 21  Okt  -  Masjid  Ar-Raudhah

10 KESILAPAN DALAM KAJIAN HADIS

6. Kesalahan terjemahan teks Arab.7. Menganggap sesesuatu yang tidak

diketahui sebagai tidak wujud.8. Menyangka penciptaan hadis tanpa

bukti.9. Merumus dari sebahagian kecil teks,

jauh dari maksud yang asal.10.Menganggap para tokoh hadis lalai dan

keliru dalam menapis hadis.