€¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19...

27

Transcript of €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19...

Page 1: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid
Page 2: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid
Page 3: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid
Page 4: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

KERANGKA ALTERNATIF PELAJAR TINGKATAN EMPAT

TERHADAP KONSEP ASID DAN BES

NOOR AZLINA BINTI HJ SUBOH

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Kimia/Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI , 2012

Page 5: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagu Maha Mengasihani. Segala pujian atas

limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas

junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat Ayahanda dan Bonda tersayang,

“HJ SUBOH BIN HJ YATIM & HJH SABARIAH BTE HJ OMAR”

Kau menjadi sumber inspirasiku dalam menempuh liku dan ranjau,

Kata perangsangmu ubat yang paling mujarab buatku,

Akan ku semat ianya di dalam kalbu,

Terima kasih ayahbonda di atas segala-galanya.

Teristimewa untuk suami yang tersayang dan dicintai

“MOHD SHAHRONI BIN HJ AMAT SERNOR”

Engkau lah segala sumber ilham dan inspirasi hidupku selama ini,

Budi dan jasamu tidak dapat dinilai dan sukar untuk ku lupakan,

Berkat iringan doa, restu dan doronganmu,

Menjadi penawar dan semangat untukku terus berjuang

Buat Penyelia Yang Teristimewa,

“DR. JOHARI BIN SURIF”

Jasamu Akan Ku Kenang Sepanjang Masa,

Kerana Mendidik Diri Ini Menjadi Insan Berguna,

Untuk Agama, Bangsa Dan Negara.

Buat Teman Seperjuangan,

Hargailah Persahabatan Yang Telah Terjalin Antara Kita,

Suka Dan Duka Akan Sentiasa Terpahat Dalam Diari Hati Ini,

Teruskan Perjuangan Kalian Sehingga Ke Akhir Hayat.

Page 6: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

iv

PENGHARGAAN

Bismillahhirahmanirahim

Dengan lafaz Bismillah dan pujian bagi Tuhan Ar-Rahman semoga dilimpahkan

rahmat dan payungan keberkatan serta keredhaan yang kekal berpanjangan. Selawat dan

salam buat Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan pembawa sinar kegemerlapan ,

sahabat-sahabatnya dan seluruh pewaris pembawa kebenaran.

Ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan ditujukan kepada Dr. Johari Bin

Surif selaku penyelia sekaligus pembimbing dan murabbi yang melimpahkan selautan

ilmu untuk penyiapan tesis projek sarjana muda ini, didikan, bimbingan serta teladan

ikutan. Sejuta penghargaan juga atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang mendewasakan

dan mengenal diri selaku insan di bumi bertuah, UTM ini. Sekalung ucapan terima

kasih juga kepada para pensyarah yang menjadi penilai atas kesediaan berkongsi ilmu

dan kepakaran.

Setinggi-tinggi penghargaan buat keseluruhan pensyarah yang mengajar dan

memberikan curahan ilmu tanpa batasan dalam semua bidang yang dicurahkan. Juga

tidak lupa buat semua pengetua, guru-guru, pelajar-pelajar sekolah di daerah Alor

Gajah, Melaka yang bersedia meluangkan masa dalam membantu menyiapkan

penyelidikan ini. Keseluruhan warga Fakulti Pendidikan, Profesor, Profesor Madya,

kakitangan akademik, tenaga pentadbiran dan kakitangan sokongan yang banyak

memberi galakkan dan melibatkan diri sama ada secara langsung atau tidak

langsung.Terima kasih tidak terhingga dan semoga segala bantuan dan pertolongan

yang diberikan akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi

Maha Pengasihani dengan rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat. Akhir sekali,

kemaafan jua dipohon atas segala kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan. Salam

hormat dan ribuan terima kasih.

Page 7: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kerangka alternatif pelajar tingkatan

empat terhadap konsep asid dan bes. Kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan

menggunakan reka bentuk deskriptif. Seramai seratus empat puluh orang pelajar

tingkatan empat dari daerah Alor gajah, Melaka telah dipilih secara rawak mudah di tiga

buah sekolah untuk menjadi responden. Instrumen kajian yang digunakan adalah set

ujian kefahaman (paper and pencil test) yang dibina untuk mengkaji kefahaman pelajar

terhadap konsep asid dan bes. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik

deskriptif melibatkan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan berlaku

kerangka alternatif dalam kalangan pelajar dalam topik asid dan bes dalam konsep asas

asid dan bes, konsep skala pH dan konsep kekuatan asid dan bes. Implikasi kerangka

alternatif ini telah menghalang proses pembelajaran itu berlangsung dan seterusnya

pelajar tidak dapat menguasai konsep sains serta mengekang proses pembelajaran. Ini

menyebabkan pelajar cenderung untuk menghafal tanpa kefahaman. Dapatan ini

diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas untuk memperbaiki strategi pengajaran

dan pembelajaran kimia dengan lebih berkesan pada masa yang akan datang.

Kesimpulannya, kerangka alternatif pelajar perlu dikenal pasti dan diperbetulkan bagi

mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kimia serta memberi

gambaran yang jelas mengenai sesuatu konsep yang dipelajari untuk memperbaiki

strategi pengajaran dan pembelajaran kimia dengan lebih berkesan pada masa yang

akan datang.

Page 8: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify an alternative framework on the

concept of acids and bases for form four students. The research utilized qualitative

method using a descriptive design. A total of one hundred and forty-four students from

three secondary schools at Alor Gajah, Malacca were randomly selected as respondents.

A set of comprehension tests (paper and pencil test) was given as research instrument to

study students' understanding of the concept of acids and bases. The data were analyzed

by using descriptive statistics involving frequency and percentage. The study showed

that alternative framework occur among students on the topic of acids and bases in the

basic concepts of acids and bases, concept in pH scale and the concept in strength of

acids and bases. The implications of this alternative framework has hindered the process

of learning takes place, hence, students cannot master the scientific concepts. This lead

to rote learning. These findings would help to improve chemistry teaching and learning

strategies in the future. It is imperative that student’s alternative framework be

identified and corrected in order to upgrade the effectiveness of teaching and learning

process. Besides, it could also enhance the teaching and learning strategies for

chemistry in the future.

Page 9: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

Pengakuan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Senarai Kandungan vii

Senarai Jadual xii

Senarai Rajah xiii

Senarai Singkatan xiv

Senarai Lampiran xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.2.1 Kesukaran Pelajar Dalam Konsep Asid dan Bes 5

Page 10: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

viii

1.2.2 Punca-punca yang menyebabkan kerangka 6

alternatif pelajar tidak selari dengan

penguasaan konsep kimia.

1.2.2.1 Pengalaman yang telah sedia ada. 6

1.2.2.2 Kepercayaan bukan saintifik 7

1.2.2.3 Pemahaman dan pengaplikasiaan yang

berbeza 7

1.2.2.4 Kerangka Alternatif yang dikekalkan

sehingga peringkat dewasa. 8

1.2.3 Implikasi kerangka alternatif terhadap

pembelajaran dan pengajaran sains 8

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Skop dan Batasan Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.7.1 Kepada Guru 11

1.7.2 Kepada Pelajar 12

1.8 Definisi Operasional 12

1.8.1 Kerangka Alternatif 13

1.8.2 Konsep 14

i. Konsep Asas Asid dan Bes 14

ii. Konsep skala pH 14

iii. Konsep Kekuatan Asid dan alkali 14

1.9 Penutup 15

Page 11: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

ix

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17

2.3 Konsep Skala pH 18

2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19

2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka

Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid dan Bes 19

2.5.1 Konsep Asas Asid dan Bes 20

2.5.2 Konsep Skala pH 22

2.5.3 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 23

2.5 Penutup 25

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Tempat Kajian 27

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 29

3.5.1 Jangka Masa Kajian 31

3.6 Kajian Rintis 31

3.7 Prosedur Kajian 32

3.8 Kaedah Penganalisisan Data 33

3.8.1 Statistik Deskriptif 33

3.9 Penutup 34

Page 12: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

x

BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 35

4.2 Latar Belakang Responden 36

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut

Jantina 36

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Bangsa 37

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Gred Sains PMR 37

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut

Pencapaian Peperiksaan Pertengahan

Tahun bagi Matapelajaran Kimia 38

4.3 Bahagian B : Analisis Deskriptif 39

4.4 Analisis berdasarkan Persoalan Kajian 40

4.4.1 Kerangka alternatif Pelajar Terhadap

Konsep Asas Asid-Bes 40

4.4.2 Kerangka alternatif Pelajar Terhadap

Konsep skala pH 45

4.4.3 Kerangka alternatif Pelajar Terhadap

Konsep kekuatan asid dan bes 48

4.5 Penutup 52

Page 13: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

xi

BAB 5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan Kajian 54

5.3 Kerangka Alternatif Pelajar Dalam Konsep Asas

Asid Dan Bes 54

5.4 Kerangka Alternatif Pelajar Dalam Konsep Skala pH 55

5.5 Kerangka alternatif pelajar Dalam Konsep Kekuatan

Asid Dan Bes 56

5.6 Implikasi Kajian 58

5.6.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran 58

5.6.2 Pembentukan kurikulum 60

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 62

5.8 Penutup 63

RUJUKAN 64

Lampiran A-E 72-91

Page 14: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL PERKARA MUKA

SURAT

3.1 Jumlah Populasi dan Sampel Kajian Bagi pelajar 28

3.2 Pengagihan item bahagian B dan C, bagi topik asid

dan bes 30

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar mengikut

Jantina 36

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar mengikut bangsa 37

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar mengikut

pencapaian gred pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah

(PMR) untuk mata pelajaran sains 38

4.4 Kekerapan dan peratusan pelajar mengikut pencapaian

peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran kimia 39

4.5 Jadual kekerapan dan peratusan bagi Kerangka alternatif 41

Pelajar Terhadap Konsep Asas Asid Dan Bes

4.6 Jadual kekerapan dan peratusan bagi Kerangka alternatif

Pelajar Terhadap Konsep Skala pH 45

4.7 Jadual kekerapan dan peratusan bagi Kerangka alternatif

Pelajar Terhadap Konsep Kekuatan asid dan bes 49

Page 15: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Tiga aras Pengkonsepan Kimia 4

Page 16: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

PSM - Projek Sarjana Muda

Page 17: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Set Ujian Kefahaman Asid dan Bes 73

B Surat Kebenaran EPRD 84

C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran

Melaka 86

D Surat Pengesahan Diri Pelajar 88

E Surat Pengesahan Instrumen Kajian 90

Page 18: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan Negara membangun yang sedang berusaha menjadi negara

maju menjelang tahun 2020. Untuk mencapai hasrat ini negara memerlukan ilmu sains

dan teknologi sebagai langkah awal dalam merealisasikan matlamat tersebut.

Masyarakat bukan sahaja berpengetahuan dan berpendidikan tinggi dari segi semua

bidang malahan hendaklah memandang sains itu sebagai teras kepada kehidupan. Sains

merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai saintifik. Gabungan

daripada elemen-elemen ini sangat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains.

Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang

membolehkan pelajar memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini

menjadi lebih bermakna kepada pelajar apabila mereka dibimbing untuk

menghubungkaitkan fakta dengan konsep, membuat pengitlakan, mengaitkan

pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada serta mengaplikasikan ilmu ini dalam

kehidupan harian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, konsep merupakan

asas yang perlu difahami, dibina dan dikuasai oleh para pelajar. Konsep sains itu

terbentuk dari diri pelajar itu sendiri melalui pengalaman mereka sebagai pelajar dan

melalui interaksi terhadap alam persekitarannya yang membantu pelajar untuk lebih

menguasai konsep sains itu sendiri.

Page 19: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

2

Subjek sains merupakan pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia.

Justeru itu, mata pelajaran ini sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar.

Walau bagaimanapun ramai pelajar yang mengganggap sains sebagai satu mata

pelajaran yang susah dan sukar untuk memahaminya. Ini kerana bidang sains

merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam kehidupan, menyiasat alam fizikal,

menyiasat alam bahan, bumi dan alam semesta serta dunia teknologi. Topik ini dianggap

susah dan sukar difahami kerana kebanyakan konsepnya bersifat abstrak dan lebih

daripada pemerhatian kita. Pendidikan sains di Malaysia yang dilaksanakan melalui

KBSR dan KBSM mempunyai matlamat membina masyarakat saintifik yang progresif.

Sesuai dengan sifat sains sebagai satu proses, penekanan kepada kaedah pengajaran

sains adalah sangat penting. Pendidikan sains di sekolah Malaysia telah melalui proses

perubahan yang pesat sejak mencapai kemerdekaan. Bermula daripada kurikulum sains

yang berbentuk tradisi, pendidikan sains di sekolah menengah atas telah berubah kepada

kurikulum sains moden (1972) dan kurikulum sains KBSM (1989). Kurikulum sains

KBSM memberi penekanan kepada pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran

dan penerapan nilai secara bersepadu (Abu Hassan, 2001).

Selaras dengan matlamat Malaysia yang sedang melangkah ke arah status negara

maju, konteks penggunaan sains dalam kehidupan harian semakin ditekankan sepanjang

perkembangan kurikulum sains. Negara kita perlu mewujudkan masyarakat yang

berilmu, saintifik dan progresif serta berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya

secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi merealisasikan pembinaan insan seperti

yang dihasratkan, sains KBSM telah disemak semula dan KBSM yang terbaru telah

diperkenalkan pada tahun 2002. Kurikulum ini berfokus kepada pembelajaran sains yang

berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2001). Dengan demikian, kurikulum sains yang disemak semula memerlukan strategi

pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang lebih proaktif dan efektif seperti pembelajaran

secara kontekstual, masteri dan pelbagai kepintaran (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2001).

Page 20: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

3

Salah satu mata pelajaran dalam sains yang sangat penting ialah mata pelajaran

kimia. Kimia KBSM telah dirancang bagi membolehkan pelajar memahami bidang

kimia dengan lebih mendalam dalam aspek teori, konsep dan aplikasi dalam kehidupan

seharian. Melalui pendidikan kimia, pelajar dilatih untuk memahami kejadian alam

persekitaran dan kesejahteraan manusia yang bersesuaian dengan falsafah pendidikan

kebangsaan. Banyak kajian menunjukkan mata pelajaran kimia seringkali dianggap

sukar dalam halangan pelajar seperti mewujudkan pelbagai kerangka alternatif dalam

usaha mereka untuk menguasai konsep-konsep sains tersebut (Johari, 2009). Seperti

yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Kerangka Alternatif Pelajar dalam Asid dan Bes.

Konsep Kerangka Alternatif

1 Kebanyakan gas hidrogen dihasilkan oleh asid kuat kerana asid

kuat mengandungi lebih banyak ikatan hidrogen berbanding asid

lemah.

2 Asid lemah tidak menunjukkan sifatnya seperti asid kuat.

3 pH merupakan ukuran keasidan tetapi bukan kebesan.

4 Bes tidak mengandungi hidrogen.

5 Apabila asid dicampurkan dengan bes, tindak balas kimia tidak

berlaku dan hanya membentuk tindak balas fizik.

(Sumber: Nakhleh dan Krajcik, 1993)

Jelaslah wujud pelbagai kerangka alternatif dalam konsep asid dan bes yang

mampu menghalang proses pengajaran dan pembelajaran kimia. Justeru, satu kajian

secara terperinci mengenai kerangka alternatif pelajar mengenai konsep asid dan bes

perlu dilaksanakan.

Page 21: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Kean (1994) pembelajaran kimia adalah merupakan suatu subjek yang

abstrak dan ia memerlukan pelajar membuat imaginasi sendiri lebih daripada

pengalaman pelajar itu sendiri. Konsep-konsep asas bagi mata pelajaran sains (kimia)

perlulah dikuasai oleh setiap pelajar bagi memantapkan prinsip dan hukum-hukum sains

yang lebih kompleks. Penguasaan konsep ini tidak dapat dibina dengan mudah kerana

ianya memerlukan penguasaan yang tepat pada ketiga-tiga aras pengkonsepsian iaitu

aras makroskopik, mikroskopik dan persimbolan kerana setiap subkonsep ini adalah

saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama yang lain. Makroskopik merupakan

aras yang memerlukan pelajar dapat menyatakan sesuatu fenomena yang wujud iaitu

perkara yang dapat dilihat, dihidu dan disentuh, manakala aras mikroskopik merupakan

aras yang memerlukan pelajar dapat menyatakan sesuatu fenomena yang seni dan tidah

mudah dilihat dengan mata kasar. Persimbolan pula merujuk kepada suatu simbol

sebagai representasi pengetahuan yang dapat membantu untuk lebih memahami tentang

sesuatu fenomena. Aras pengkosepsian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah

1.1.

Makroskopik

Mikroskopik Persimbolan

Rajah 1.1: Tiga aras Pengkonsepan Kimia

Page 22: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

5

1.2.1 Kesukaran Pelajar Mendalami Konsep Asid dan Bes

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan empat topik yang sukar difahami

oleh pelajar adalah di dalam mata pelajaran kimia adalah tindak balas stoikiometri,

keseimbangan kimia, konsep mol serta pengoksidaan dan penurunan. Justeru itu, ramai

di kalangan pelajar menghadapi masalah dalam mempelajari konsep asid-bes (Garnett et

al., 1995; Nakhlek & Krajcik, 1993). Permasalahan dan Kekeliruan yang ditunjukkan

oleh pelajar ini menunjukkan tahap penguasaan pelajar itu lemah dan perlu diperbaiki

sebelum ianya menjadi satu isu yang tidak dapat dibendung dan seterusnya menjadi satu

tekanan dan permasalahan bagi diri pelajar tersebut. Terdapat beberapa konsep di dalam

asid-bes yang sering menimbulkan kekeliruan kepada pelajar termasuk takrifan asid-bes,

peranan air dalam pembentukan asid-bes, kepekatan asid dan bes serta konsep

peneutralan. Kajian yang telah dijalankan oleh Cros et al. (1986) ini adalah mengenai

konsep asid dan bes, yang melibatkan 400 orang pelajar universiti di Perancis.

Kebanyakan pelajar di sana hanya mampu untuk menyatakan lebih daripada dua contoh

bagi asid berbanding dengan contoh bagi bes. Walau bagaimana sekalipun, sesetengah

pelajar menganggap bahawa bes adalah bahan kimia yang dapat menghasilkan asid dan

semua asid adalah mengakis serta bahaya kepada manusia. Topik asid-bes ini dikaji

dalam kajian ini kerana pemahaman dan tahap kekeliruan yang ditunjukkan oleh pelajar

terhadap konsep asas asid-bes ini akan mempengaruhi pembelajaran mereka di peringkat

yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, didapati kebanyakan pelajar masih menghadapi

kesukaran untuk menggunakan idea asas kimia yang dipelajari di bilik darjah ke dalam

kehidupan harian mereka (Costa et al., 2000; Drechsier & Schmidt, 2005). Oleh yang

demikian, kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman dan penggunaan

konsep asid-bes dalam kehidupan harian di kalangan pelajar ini adalah sangat diperlukan

serta dijalankan sebagai tambahan untuk menyedari mengenai kekurangan serta

kelemahan diri dan mempelajari mengenai konsep itu dengan lebih bermakna.

Konsep merupakan asas yang perlu difahami, dibina dan dikuasai oleh pelajar di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia (sains). Konsep asas yang telah

dikuasai ini akan menggalakkan para pelajar untuk mempelajari sesuatu konsep yang

Page 23: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

6

baru dengan lebih mudah (Aziz dan Fauziah, 1999). Kesudahannya, banyak kritikan

yang telah diterima yang menyatakan bahawa ramai pelajar tidak dapat untuk menguasai

konsep asas yang diperlukan malahan lebih ramai di antara pelajar yang hanya

menghafal sesuatu konsep yang telah dipelajari tanpa memahami apa yang mereka

perkatakan (Alias, 1998). Seseorang pelajar itu dapat menyelesaikan sebarang

permasalahan dengan lebih berkesan sekiranya dia dapat menguasai takrifan berhubung

apa yang telah dipelajari dan mengaitkan perkara itu dengan apa yang sudah diketahui

(Hesse dan Anderson, 1992). Justeru itu, tanpa pembinaan konsep yang sebenar,

perbincangan di antara guru dan pelajar menjadi terhad untuk memperolehi mengenai

sesuatu fakta dan penjelasan yang mendalam merujuk kepada makroskopik dalam

persekitaran (Sharifah Alwiah, 1987).

1.2.2 Punca-Punca yang Menyebabkan Kerangka Alternatif Pelajar Tidak Selari

dengan Penguasaan Konsep Kimia

Menurut Abu Hassan (2003), kebanyakan pelajar menghadapi pelbagai masalah

di dalam sesuatu konsep yang dipelajari dan sukar untuk memahami konsep dan

mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari di dalam bilik darjah. Mereka gagal

menunjukkan perkaitan antara konsep yang telah sedia ada dalam minda mereka dengan

mempunyai pengetahuan mengenai konsep tersebut. Terdapat pelbagai faktor yang

mempengaruhi kefahaman konsep pelajar antaranya:

1.2.2.1 Pengalaman Sedia Ada

Menurut Driver dan Erickson (1983), Fensham (1984), Osborne dan Freyberg

(1985), menunjukkan kanak-kanak kebiasaanya membina kefahaman mengenai

fenomena alam semula jadi daripada pengalaman harian yang telah mereka lalui.

Melalui pengalaman ini kanak-kanak telah membina satu jangkaan dan kefahaman atau

Page 24: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

7

pemikiran intuitif bagi menjelaskan sebab sesuatu fenomena itu berlaku. Ini disebabkan

oleh idea awal yang diperoleh daripada pengalaman harian mereka.

Punca kepada kafahaman kerangka alternatif ini jarang diberikan perhatian oleh

guru dan menyebabkan idea yang tidak tepat berkekalan, bahasa harian yang tidak dapat

dibezakan dengan bahasa sains dan masalah perhubungan dengan pendekatan yang

digunakan dalam pengajaran. Masalah akan timbul sekiranya konsep-konsep yang

difahami oleh kanak-kanak bercanggah dengan penjelasan saintifik. Salah tanggapan ini

menjadi penghalang dan menyukarkan kanak-kanak bagi memahami konsep yang diajar

dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

1.2.2.2 Kepercayaan Bukan Saintifik

Kepercayaan bukan saintifik ini didapati daripada sumber-sumber ilmu lain yang

bukan di dapati dari buku atau penulisan. Tetapi ianya datang dari pemikiran manusia

yang kadang kala tidak boleh diterima akal. Sebagai contoh, kanak-kanak telah diasah

mindanya semenjak mereka masih bayi lagi dan menganggap bahawa asid itu akan

mengakis tetapi mereka masih makan buah limau. Buah limau adalah asid, yang mana

mereka keliru secara saintifiknya buah limau itu mengakis atau boleh di makan.

1.2.2.3 Pemahaman dan pengaplikasian yang berbeza

Di United Kingdom, kajian yang dilakukan oleh Ramsden (1992) terhadap

pelajar sekolah rendah mendapati ramai pelajar hanya mampu menyatakan takrifan dan

maksud bagi konsep sains tetapi mereka seolah-olah mengasingkan ilmu sains yang

dipelajari di sekolah daripada dunia di luar kelas. Akibatnya, pelajar tidak dapat

mengaplikasikan konsep sains yang dipelajari dengan baik ketika menyelesaikan

masalah kehidupan harian. Masalah yang sama didapati juga berlaku di Amerika

Syarikat dan Jepun, di mana pelajar tidak dapat menghubungkaitkan pembelajaran sains

Page 25: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

8

dengan kehidupan harian (Kumano, 1997). Di Amerika Syarikat, terdapat pelajar yang

berpendapat bahawa pembelajaran mereka tidak membawa sebarangan makna, malahan

tidak dapat menyelesaikan masalah harian. Manakala, di Jepun hanya sebilangan kecil

pelajar yang sedar akan kepentingan ilmu sains dalam menyelesaikan masalah harian

(Kumano, 1997). Perkara yang sama juga berlaku di kalangan guru.

1.2.3 Implikasi Kerangka Alternatif Terhadap Pembelajaran Dan Pengajaran

Sains

Kerangka alternatif ini memberikan implikasi yang besar di dalam pembelajaran

dan pengajaran sains kerana ianya telah menghalang proses pembelajaran itu

berlangsung dan seterusnya pelajar tidak dapat menguasai konsep sains dengan baik.

Justeru itu, kerangka alternatif ini telah mengekang proses pembelajaran dan seterusnya

pelajar cenderung untuk menghafal sesuatu konsep yang dipelajari tanpa mendapat

kefahaman yang jelas mengenai konsep tersebut. Pelajar yang dapat menangani

kerangka alternatif yang terdapat di dalam dirinya dapat memahami dengan jelas

bagaimana konsep sains di dalam asid dan bes yang telah dipelajarinya. Akhirnya

kerangka alternatif yang dikekalkan sehingga peringkat dewasa sebagaimana yang

dibuktikan dalam kajian yang dijalankan oleh Abd-El-Khalick dan BouJaoude (1997) di

Lebanon, apabila guru disuruh menyatakan bahan yang biasa dilihat dalam kehidupan

yang mengandungi asid, terdapat guru yang memberi contoh limau dengan menyatakan

bahawa limau mengandungi asid asetik. Sebenarnya, cuka yang mengandungi asid asetik

manakala limau mengandungi asid sitrik. Daripada kajian-kajian lepasan, didapati ramai

di kalangan pelajar bermasalah untuk menguasai, seterusnya mengaplikasi konsep asas

kimia (sains) dalam kehidupan harian. Dalam kajian ini adalah mengenal pasti kerangka

alternatif pelajar yang wujud di dalam topik asid dan bes.

Page 26: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

9

1.3 Pernyataan Masalah

Penguasaan terhadap konsep kimia adalah penting kerana konsep dianggap

sebagai pembentukan asas ‘struktur’ kandungan dalam proses pembelajaran (Hoover,

1997). Tanpa menguasai konsep, semua pembelajaran akan menjadi hafalan dan tidak

lagi bermakna (Hanafi, 2004). Penguasaan konsep asas kimia seperti konsep asid-bes

adalah penting dalam pembinaan minda pelajar kerana ia berkaitan dengan situasi

konteks alam yang nyata. Penguasaan konsep asas asid-bes yang lemah, misalnya,

menyebabkan pelajar gagal menguasai konsep kimia yang lebih kompleks (Nakhleh,

1992). Banyak kajian menjelaskan permasalahan ini wujud disebabkan kerangka

alternatif yang mengekang pembinaan konsep sains dengan tepat. Walaupun ada pelajar

yang berkebolehan mengaplikasi konsep kimia yang dipelajari, namun tidak semua

pelajar dapat mengekalkan konsep tersebut apabila diuji pada situasi yang berbeza.

Menyedari wujudnya permasalahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia

khususnya konsep asid dan bes akibat kerangka alternatif, di samping kurangnya kajian

mengenai permasalahan ini di Malaysia, maka kajian mengenainya perlu dijalankan.

Dalam era globalisasi seperti masa kini yang banyak maklumat kita boleh dapati dari

laman-laman web pendidikan, masih tidak dapat membantu para pelajar bagi menangani

masalah yang timbul akibat dari kerangka alternatif ini. Sehubungan itu, kajian ini perlu

dijalankan untuk mengenal pasti kerangka alternatif pelajar yang wujud di dalam tiga

konsep utama di dalam asid dan bes iaitu konsep asas asid dan bes, konsep skala pH dan

konsep kekuatan asid dan bes.

Page 27: €¦ · 2.2 Konsep Asas Asid dan Bes 17 2.3 Konsep Skala pH 18 2.4 Konsep Kekuatan Asid dan Bes 19 2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Asid

10

1.4 Objektif Kajian

Terdapat tiga objektif utama yang dikemukakan di dalam kajian ini untuk

mengkaji kefahaman pelajar mengenai topik asid dan bes iaitu:

i. Mengenal pasti kerangka alternatif pelajar terhadap konsep asas asid dan bes.

ii. Mengenal pasti kerangka alternatif pelajar terhadap konsep skala pH.

iii. Mengenal pasti kerangka alternatif pelajar terhadap konsep kekuatan asid dan

bes.

1.5 Persoalan Kajian

Melalui kajian ini, beberapa persoalan telah dikemukakan seperti yang berikut:

i. Sejauh manakah kerangka alternatif pelajar di dalam konsep asas asid dan bes ?

ii. Sejauh manakah kerangka alternatif pelajar di dalam konsep skala pH ?

iii. Sejauh manakah kerangka alternatif pelajar di dalam konsep kekuatan asid dan

bes ?