220508842-RPH-P-Moral

11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL Masa : 60 minit (9.00.pagi – 10.00 pagi) Tahun : 1 Marikh Mata pelajaran : Pendidikan Moral Standard Kandungan: 1.1 Mengetahui Keunikan Alam Standard Pebelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat; 1.1.1 menyatakan keadaan alam di kawasan tempat tinggal. 1.1.2 menceritakan kepelbagaian ciptaan Tuhan 1.1.3 menghargai alam ciptaan Tuhan. EMK : Kreativiti Aktiviti : i) Murid dipertontonkan video lagu “Bangau Oh Bangau”. ii) Murid menyatakan alam ciptaan Tuhan berdasarkan video yang ditonton. iii) Murid mendengar cerita “Kebijaksanaan Sang Kancil. 1

description

lo

Transcript of 220508842-RPH-P-Moral

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN MORAL

Masa : 60 minit (9.00.pagi 10.00 pagi)Tahun : 1 MarikhMata pelajaran : Pendidikan MoralStandard Kandungan: 1.1 Mengetahui Keunikan AlamStandard Pebelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat;1.1.1 menyatakan keadaan alam di kawasan tempat tinggal.1.1.2 menceritakan kepelbagaian ciptaan Tuhan1.1.3 menghargai alam ciptaan Tuhan.EMK : KreativitiAktiviti : i) Murid dipertontonkan video lagu Bangau Oh Bangau. ii) Murid menyatakan alam ciptaan Tuhan berdasarkan video yang ditonton. iii) Murid mendengar cerita Kebijaksanaan Sang Kancil. iv) Murid menyatakan nilai moral berdasarkan cerita . v) Guru meminta murid menyatakan cara mengingati kebaikan orang lain terhadap diri sendiri. vi) Murid menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau bersama-sama. Masa / Isi PengajaranIsi Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)Aktiviti Pengajaran Pembelajaran1. Murid menonton video lagu Bangau Oh Bangau2. Murid bersoaljawab tentang video.3. Murid menyatakan alam ciptaan Tuhan yang dilihat dalam video.Contoh soalan;i.Apakah haiwan yang kamu lihat?ii.Apakah alam lain selain daripada haiwan yang terdapat dalam video?iii.Adakah manusia boleh mencipta haiwan dan tumbuhan?iv.Siapakah pencipta alam?

BBM : komputer, LCD, video

Pembelajaran media.

Teknik soal jawab

Langkah 1(15 minit)1. Murid mendengar cerita daripada guru.2. Murid menyatakan nama haiwan dalam cerita.3. Murid menyatakan nilai moral dari cerita.4. Murid menyatakan tauladan dari cerita.Pendekatan berpusatkan murid

Teknik bercerita

Langkah 2(10 minit)1. Guru mempamerkan gambar-gambar alam dan benda-benda seperti matahari, bumi, bulan, haiwan, pokok bunga, komputer, meja, buku, rumah dan kereta melalui skrin.2. Murid menyebut gambar dan mengeja perkataan yang ditunjukkan.3. Murid membezakan alam ciptaan Tuhan dengan benda buatan manusia.

Langkah 3(10 minit)1. Guru mengedarkan lembaran kerja.2. Murid menandakan gambar alam ciptaan Tuhan.3. Murid mewarnakan gambar alam ciptaan Tuhan(Lampiran)

Teori Kecerdasan Pelbagai - Ruang

Langkah 4(15 minit)1. Murid menonton semula video.2. Murid menyanyi beramai-ramai sambil beberapa orang murid melakonkan situasi dalam video.

Penutup(5 minit)1. Guru merumuskan isi pelajaran dan murid menyatakan nilai murni yang diperoleh daripada pembelajaran pada hari ini.

Nilai: Menjaga kebersihan, Bersyukur

Teknik soal jawab

KEBERKESANAN DAN KESESUAIAN TEKNIK BERCERITA DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORALMurid-murid Tahun 1 ialah murid yang baru terdedah kepada sistem pembelajaran secara formal. Semasa di tadika atau prasekolah, pembelajaran kanak-kanak ini lebih kepada belajar sambil bermain. Mereka akan berasa bosan jika pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu di dalam kelas. Justeru, saya telah merancang sesi pdp yang lebih terbuka dan beberapa aktiviti yang dirasakan sesuai untuk murid-murid tahun 1.Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semasa menjalankan pdp, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya ialah bahan bantu mengajar yang saya sediakan iaitu buku cerita amat menarik perhatian pelajar dan menjadikan mereka seronok. Murid-murid mudah memahami cerita yang disampaikan.Aktiviti tayangan video pada set induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Isi video yang berunsurkan kartun amat menarik minat murid kerana jiwa kanak-kanak masih tebal dalam diri mereka. Unsur nyanyian dalam video ini menjadikan kelas aktif dan ceria. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan tayangan video ini. Saya juga menyediakan gambar-gambar yang menarik agar murid dapat memahami cerita yang disampaikan dengan jelas. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar.Aktiviti tambahan iaitu menjawab soalan pada lembaran kerja memberi pengukuhan kepada murid-murid. Ativiti membaca perkataan akan membantu murid-murid lebih menguasai kemahiran bahasa. Aktiviti mewarna gambar memberikan peluang kepada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kecerdasan untuk mengembangkan bakat dan melembutkan jari mereka agar mahir menggunakan alat tulis. Selain itu, aktiviti ini dapat meredakan suasana pembelajaran.Sebelum mengakhiri sesi pdp. murid-murid perlu diberikan motivasi agar mereka akan berminat untuk terus belajar mata pelajaran ini. Saya memberi peluang kepada murid-murid untuk menyanyi beramai-ramai di samping melakonkan watak kartun dalam video. Mereka sungguh seronok dan gembira. Ketika ini saya menerapkan nilai murni iaitu menjaga kebersihan sekolah agar alam sentiasa terpelihara. Saya berpendapat kaedah bercerita yang dimasukkan di dalam sesi pdp yang saya rancang amat berkesan dan sesuai untuk murid-murid tahun 1 sekolah saya.

REFLEKSIAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya berjaya menyiapkan tugasan subjek ELM3102E Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral walaupun terpaksa melalui banyak rintangan.Mata pelajaran Pendidikan Moral ialah mata pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid bangsa Cina, India, Serani dan lainnya di Malaysia. Mata pelajaran ini adalah bagi menggantikan Mata pelajaran Pendidikan Agama Islam bagi murid yang bukan beragama Islam.Oleh itu mata pelajaran ini agak asing bagi saya kerana saya tidak pernah mengajar murid-murid berbangsa selain daripada bangsa Melayu.Sebelum melakukan tugasan ini, saya berasa agak panik seketika kerana saya tidak berpengalaman mengajarkan mata pelajaran ini. Namun demikian saya bersyukur kerana dengan kemajuan teknologi kini, saya mudah mengakses maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Perkara pertama yang saya lakukan ialah mengumpulkan maklumat berkenaan sukatan pelajaran dan Dokumen Standard Pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 1.Ketika membuat menulis Rancangan Pelajaran Harian, saya mengambilkira kebolehan murid. Standard Kandungan yang saya pilih ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Isi pelajaran yang saya sampaikan ringkas dan menggunakan buku cerita dan bahan bantu berasaskan teknologi komputer. Murid-murid gembira dan seronok dengan cerita yang saya sampaikan.Proses-proses yang saya jalankan semasa menyiapkan tugasan telah banyak membantu saya memahami Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral. Saya bersyukur dapat menyambung pelajaran ketika ini kerana ianya sangat berguna bagi pendidik seperti saya. Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang proses pembelajaran sangat bermanfaat dan boleh diaplikasikan terhadap anak-anak murid di sekolah. Di samping itu, terdapat juga cabaran yang perlu saya tempuh dalam menyiapkan tugasan. Kekangan waktu ialah satu cabaran yang cukup hebat buat saya. Kesibukan tugas sebagai guru dan menguruskan keluarga kadangkala boleh melemahkan jiwa saya. Walaubagaimanapun, cabaran itu juga ialah satu proses pembelajaran. Akhir kata ingin saya merakamkan jutaan terima kasih pada Pensyarah Pembimbing, Puan Noor Lela binti M Sharif, di atas dorongan dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Hanya Allah SWT jua yang dapat membalasnya. Tidak lupa juga kepada rakan sekumpulan dan ahli keluarga yang amat memahami. Akhirnya doakan kejayaan saya dan segala yang baik datangnya dari Allah dan segala kekurangan dari dari kelemahan diri saya sendiri, Kita mampu merancang hanya Allah SWT juga yang maha menentukannya.

Sekian, terima kasih.

..MOKHTAR BIN NORDINPPG SAINS AMBILAN FEB 2012

BIBLIOGRAFIAbdul Rahman Md. Aroff & Chang L.H (1994). Pendidikan Moral: Siri pendidikan. Kuala Lumpur: Longman Sdn. Bhd.Abdul Rahman Md.Aroff(1999). Pendidikan Moral:Teori etika dan amalan moral. Serdang: Penerbit Universiti Putra MalaysiaPusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Huraian Sukatan Pendidikan Moral Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Eow. B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.Rajendran, N.S. & Ee, A.M (1998) Pendidikan Moral untuk bakal guru. Kuala Lumpur: Longman8