2.2.docx

5
2.2 BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN Menurut Kamus Dewan (2005), Bahasa Kebangsaan ditakrifkan sebagai " bahasa yang diterima dan digunakan rasmi oleh penduduk sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat ." Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang pesat. Setelah kemerdekaan, bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah. Selain itu, bahasa Melayu turut mendukung peranan sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan pelbagai bahasa. Bahasa Melayu turut menjadi bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Perkataan bangsa bermakna suku kaum, ras dan juga kerakyatan atau kerwarganegaraan. Cogan kata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bahasa Jiwa Bangsa telah menunjukkan bahawa bahasa itu merupakan identiti serta lambang bagi sesuatu bangsa. Bahasa kebangsaan hanya boleh ditentukan apabila terdapat satu ciri kebersamaan yang dapat mempertemukan rakyat pelbagai kaum. Ini kerana jika diteliti dan dikaji, penguasaan bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil bagi pelbagai kaum di Malaysia ini adalah sedikit. Selain itu, jika bahasa Inggeris yang dijadikan bahasa kebangsaan, ia tidak dapat melambangkan identiti rakyat Malaysia kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa bangsa asing yang pernah menjajah kita suatu ketika dahulu dan bahasa Inggeris merupakan lambang serta identiti bangsa penjajah. Jika dilihat dari sudut sejarah, Malaysia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi ketika penjajahan British. Tiada usaha yang padu yang dijalankan untuk memilih satu bahasa kebangsaan untuk membolehkan penduduk Tanah Melayu menjalankan hal-hal pentadbiran negara dengan sendiri. Selain itu, adalah kurang daripada 10% penduduk pada masa itu yang 8

Transcript of 2.2.docx

Page 1: 2.2.docx

2.2 BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN

Menurut Kamus Dewan (2005), Bahasa Kebangsaan ditakrifkan sebagai

"bahasa yang diterima dan digunakan rasmi oleh penduduk sesebuah negara

yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat." Bahasa Melayu telah

mengalami proses perkembangan yang pesat. Setelah kemerdekaan, bahasa

Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan menggantikan

bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu telah menjadi

bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke

peringkat menengah. Selain itu, bahasa Melayu turut mendukung peranan

sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang

kaum dan pelbagai bahasa. Bahasa Melayu turut menjadi bahasa kebangsaan

yang melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Perkataan ‘bangsa’

bermakna suku kaum, ras dan juga kerakyatan atau kerwarganegaraan. Cogan

kata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), “ Bahasa Jiwa Bangsa” telah

menunjukkan bahawa bahasa itu merupakan identiti serta lambang bagi sesuatu

bangsa. Bahasa kebangsaan hanya boleh ditentukan apabila terdapat satu ciri

kebersamaan yang dapat mempertemukan rakyat pelbagai kaum. Ini kerana jika

diteliti dan dikaji, penguasaan bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa

Tamil bagi pelbagai kaum di Malaysia ini adalah sedikit. Selain itu, jika bahasa

Inggeris yang dijadikan bahasa kebangsaan, ia tidak dapat melambangkan

identiti rakyat Malaysia kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa bangsa asing

yang pernah menjajah kita suatu ketika dahulu dan bahasa Inggeris merupakan

lambang serta identiti bangsa penjajah.

Jika dilihat dari sudut sejarah, Malaysia menggunakan bahasa Inggeris

sebagai bahasa rasmi ketika penjajahan British. Tiada usaha yang padu yang

dijalankan untuk memilih satu bahasa kebangsaan untuk membolehkan

penduduk Tanah Melayu menjalankan hal-hal pentadbiran negara dengan

sendiri. Selain itu, adalah kurang daripada 10% penduduk pada masa itu yang

8

Page 2: 2.2.docx

berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula, Tanah

Melayu juga baru mencapai kemerdekaan pada masa itu. Oleh itu, keperluan

untuk menubuhkan bahasa kebangsaan adalah amat mendesak pada ketika itu.

Untuk menentukan bahasa yang sesuai sebagai bahasa kebangsaan, terdapat

beberapa faktor yang telah dipertimbangkan. Jika dilihat dari sudut bilangan

penduduk, bilangan kaum Melayu adalah 43% peratus daripada penduduk

Tanah Melayu. Kaum Cina 36% manakala India ialah 8%. Selain itu, bahasa

Melayu merupakan lingua franca sejak zaman berzaman lagi dan turut dituturkan

oleh golongan bukan Melayu.

Dari segi undang-undang, bahasa Melayu telah dimaktubkan sebagai

bahasa kebangsaan yang tunggal di Malaysia dan telah menjadi lambang identiti

kebangsaan hingga kini menurut perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan

Persekutuan, Bahasa Kebangsaan telah menyatakan bahawa bahasa

kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang

diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen. Peruntukan di bawah

perkara 10 (4) turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara

yang kedudukannnya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan lambang jati

diri. Merujuk kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,

bahasa Melayu merupakan lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini

sangat penting kerana setiap negara mempunyai bahasa mereka yang tersendiri.

Sebagu contoh, negara Jepun dengan Bahasa Jepun, Perancis dengan Bahasa

Perancis dan Rusia dengan Bahasa Rusia. Untuk menjadi lambang Malaysia di

persada dunia, bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting. Bahasa

Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi

memenuhi kemajuan mengikut acuan sendiri. Oleh itu, terdapat program yang

telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran iaitu Memartabatkan Bahasa

Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Program ini dilancarkan

9

Page 3: 2.2.docx

agar rakyat Malaysia dapat mencapai kemajuan dengan menggunakan bahasa

kita sendiri, Bahasa Melayu. Jika negara lain seperti Jepun, Jerman dan

Perancis mampu untuk berdiri megah dengan lambang identiti mereka, bahasa

kebangsaan mereka sendiri, apa kurangnya kita.

Tiada siapa yang dapat menyangkalkan bahawa bahasa merupakan

tunggak jati diri bangsa. Jika lenyapnya sesuatu bahasa maka lenyaplah

bangsanya. Malaysia memerlukan bahasa kebangsaan sebagai satu identifikasi

kebangsaan selepas kemerdekaan. Menurut Tunku Abdul Rahman,

Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun kita memerlukan

satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan,

negara kita akan ketiadaan nyawa.

(Wong & Ee, !971, hal.78)

Bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang melambangkan identiti

kebangsaan sesuatu bangsa atau negara. Bahasa kebangsaan ialah bahasa

yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan

lazimnya merupakan bahasa rasmi sesebuah negara tersebut. Bahasa

kebangsaan merupakan lambang jati diri serta identiti negara. Ia juga merupakan

bukti bahawa Malaysia juga mampu untuk berdiri sama tinggi, duduk sama

rendah dengan negara-negara maju yang lain seperti Perancis, Jepun dan

Rusia. Bahasa kebangsaan selalunya digunakan sebagai wacana politik dan

undang-undang yang ditetapkan dalam negara kita. Oleh itu, dapat disimpulkan

bahawa bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan kerana kita

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita di samping

dapat menjadi lambang serta identiti bagi bangsa negara kita.

Sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu mampu menggambarkan

kita bangsa Malaysia sebagai bangsa yang berkuasa. Untuk mengetengahkan

Bahasa Melayu, bahasa lain juga tidak boleh ditolak. Dalam era globalisasi ini,

10

Page 4: 2.2.docx

pengetahuan dalam bahasa lain tidak akan merugikan bangsa malahan ia

adalah perlu. Namun begitu, Bahasa Melayu hendaklah menjadi “watak” utama

di pentas nasional, manakala Bahasa Inggeris merupakan “watak” sampingan

yang sama-sama mendukung peranan untuk memacu kejayaan negara. Sesuatu

bangsa itu hanya akan maju sekiranya mempelajari ilmu pengetahuan daripada

bahasa lain.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga memainkan peranan

penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Untuk memastikan bahasa

kebangsaan kita berfungsi dengan cemerlang selaras dengan perkembangan

negara, kita haruslah berusaha untuk menjdikan bahasa Melayu sebagai bahasa

yang dihormati dan lebih baik agar kita mampu untuk menyerlahkan

kegemilangan bangsa kita sendiri, bangsa Malaysia. Oleh itu, janganlah kita

merasa segan untuk menggunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan

bahasa Melayu di persada antarabangsa. Bahasa kebangsaan kita juga

merupakan wacana politik. Bahasa yang dapat membina negara bangsa, bahasa

itu juga mampu untuk melahirkan penutur yang berkualiti serta berkuasa.

Contohnya, seorang ali politik yang mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan

bermutu melalui bahasa Melayu akan dapat mengangkat Bahasa Melayu

sebagai bahasa yang berkuasa.

Sebagai kebangsaan, Bahasa Melayu digunakan dalam urusan politik

serta komunikasi rasmi. Ini bermaksud, segala hal-hal rasmi serta urusan surat

menyurat antara pejabat haruslah menggunakan bahasa Melayu. Selain itu,

bahasa kebagsaan juga merupakan alat komunikasi dalam kelompok sosial yang

besar yag mempunyai pandangan hidup yang hampir serupa. Rata-rata

penduduk Malaysia berkemampuan untuk memahami dan bertutur dalam

bahasa Malayu, oleh itu, bahasa Melayu merupakan alat komunikasi untuk

menghubungkan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia ini. Bahasa kebangsaan

juga sebagai pendekatan untuk mencapai keharmonian dalam sesebuah negara.

11

Page 5: 2.2.docx

Contohnya, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa dalam sistem pendidikan

telah menyatukan rakyat pelbagai rumpun dan etnik selepas era kemerdekaan di

mana erpaduan merupakan asas kepada perjuangan kemerdekaan pada zaman

penjajahan suatu ketika dahulu. Bahasa kebangsaan merupakan identifikasi

nasional di mana ketika perasmian Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur

pada 4 Jun 1995, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan

bahawa matlamat utama bahasa kebangsaan adalah untuk menyatupadukan

warga Malaysia yang pelbagai kaum dan etnik. Hanya dengan itulah, satu identiti

bangsa Malaysia dapat diperolehi dan dicapai.

Bahasa jiwa bangsa. Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan

sesebuah tamadun juga bergantung dengan bahasanya. Negara-negara seperti

Jepun, perancis dan Jerman mampu berdiri megah di persada dunia dengan

bahasa ibunda mereka sendiri. Bahasa sebagai tunjang penting bangsa telah

memperlihatkan tahap kemajuan kita. Hanya melalui bahasa kebangsaan, kita

dapat menggambarkan diri kita sebagai bangsa Malaysia secara utuh. Jika tiada

bahasa kebangsaan sebagai identiti kita, ia bagaikan bangsa yang tidak

mempunyai wajah. Maka, kita haruslah meningkatkan daya usaha untuk

memastikan Bahasa Melayu mengambil pentas utama hingga menjadi meta

naratif dalam pembangunan negara. Jangan sesekali dibiarkan bahasa kita

ditelan bahasa asing. Kita haru terus menyuburkan, memperkasakan dan

memperluaskan penggunaanya. Lebih-lebih lagi kita sebagi warga pendidik,

haruslah senantiasa untuk menerapkan kepentingan bahasa kebangsaan dalam

kalangan pelajar agar pelajar akan sentiasa mengetahui serta menghargai

bahasa kita yang merupakan simbolik kepada bangsa kita.

12