2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan british sehingga perang...

2
2.3 ( b) Terangkan Perubahan Ekonomi di Tanah Melayu selepas Campur Tangan British sehingga Perang Dunia ke-2 Pendahuluan Sistem ekonomi sara diri merupakan amalan ekonomi utama di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Perubahan ekonomi pesat berlaku mulai pertengahan abad ke-19 dengan memberi penekanan kepada ekonomi komersial atau ekonomi perdagangan. Isi – isi i. Perlombongan Perusahaan utama ialah perlombongan bijih timah. Perusahaan bijih timah dimonopoli oleh pelombong Cina di antara 1850 hingga 1912. Mereka menggunakan cara melombong yang lebih berkesan seperti melombong dedah dan menggunakan pam. Pelabur Eropah mula berminat dalam perusahaan bijih timah awal abad ke-20. Kawasan utama lombong bijih timah seperti Larut, Lembah Kinta dan Ampang. Antara faktor-faktor membawa kepada pemkembangan pesat perusahaan bijih timah adalah kemasukan buruh Cina untuk mmengatasi kekurangan pekerja,dasar dan sistem pemerintahan British di NNMB,permintaan tinggi bagi bijih timah di pasaran dunia dan pengenalan kapal korek dalam melombong bijih timah 1929 hingga 1932,perusahaan bijih timah meleset. Harga merosot ke paras paling rendah menyebabkan pengangguran dalam kalangan pelombong- pelombong. Kerajaan British mencadangkan satu skim untuk mengawal harga dan pengeluaran bijih timah. 1931, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani buat pertama kali dan kemudian pada 1934 dan 1937. Pada zaman pendudukan Jepun, perusahaan semakin merosot kerana lombong-lombong dan peralatan bijih timah dimusnahkan oleh British,eksport bijih timah ke pasaran dunia terganggu dan permintaan bijih timah merosot Bahan galian lain yang penting ialah emas di Raub,Pahang; arang batu di Batu Arang,Selangor dan bijih besi di Johor ,Terengganu dan Kelantan.

Transcript of 2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan british sehingga perang...

Page 1: 2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan british sehingga perang dunia ke 2  { SEJARAH STPM PENGGAL  3}

2.3 ( b) Terangkan Perubahan Ekonomi di Tanah

Melayu selepas Campur Tangan British sehingga

Perang Dunia ke-2

Pendahuluan

Sistem ekonomi sara diri merupakan amalan ekonomi utama di Tanah Melayu

sebelum campur tangan British. Perubahan ekonomi pesat berlaku mulai

pertengahan abad ke-19 dengan memberi penekanan kepada ekonomi komersial

atau ekonomi perdagangan.

Isi – isi

i. Perlombongan

Perusahaan utama ialah perlombongan bijih timah. Perusahaan bijih timah

dimonopoli oleh pelombong Cina di antara 1850 hingga 1912. Mereka

menggunakan cara melombong yang lebih berkesan seperti melombong

dedah dan menggunakan pam. Pelabur Eropah mula berminat dalam

perusahaan bijih timah awal abad ke-20. Kawasan utama lombong bijih

timah seperti Larut, Lembah Kinta dan Ampang.

Antara faktor-faktor membawa kepada pemkembangan pesat perusahaan

bijih timah adalah kemasukan buruh Cina untuk mmengatasi kekurangan

pekerja,dasar dan sistem pemerintahan British di NNMB,permintaan

tinggi bagi bijih timah di pasaran dunia dan pengenalan kapal korek dalam

melombong bijih timah

1929 hingga 1932,perusahaan bijih timah meleset. Harga merosot ke paras

paling rendah menyebabkan pengangguran dalam kalangan pelombong-

pelombong. Kerajaan British mencadangkan satu skim untuk mengawal

harga dan pengeluaran bijih timah. 1931, Perjanjian Bijih Timah

Antarabangsa ditandatangani buat pertama kali dan kemudian pada 1934

dan 1937. Pada zaman pendudukan Jepun, perusahaan semakin merosot

kerana lombong-lombong dan peralatan bijih timah dimusnahkan oleh

British,eksport bijih timah ke pasaran dunia terganggu dan permintaan

bijih timah merosot

Bahan galian lain yang penting ialah emas di Raub,Pahang; arang batu di

Batu Arang,Selangor dan bijih besi di Johor ,Terengganu dan Kelantan.

Page 2: 2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan british sehingga perang dunia ke 2  { SEJARAH STPM PENGGAL  3}

ii. Pertanian dagangan atau komersial

Pembukaan kawasan bagi pertanian gambir dan lada hitam di Johor adalah

dibawah Sistem Kangcu.

Selain tanaman tradisional,peladang Eropah telah mencuba mengusahakan

jenis tanamaneksport baru seperti kopi di Perak,Selangor,Negeri

Sembilan dan Johor serta kelapa sawit di Selangor,Johor dan Perak awal

abad ke-20

Awal abad ke-20,penanaman getah secara besar-besaran diusahakan

berikutan kejatuhan harga tanaman dagangan,terutamanya kopi. Antara

faktor perkembangan perusahaan getah ialah sumbangan H.N. Ridley,

kemerosotan harga kopi ,permintaan tinggi bagi tanaman getah,tenaga

buruh India yang murah,galakan kerajaan NNMB dan peranan pusat

penyelidikan.

Harga getah merosot pada 1920-an. Rancangan Sekatan Stevenson 1922

hingga 1929 diperkenalkan untuk mengawal harga getah dengan

menghadkan pengeluaran getah.

Kejatuhan harga getah pada 1930-an disebabkan kemelesetan ekonomi

dunia dan Rancangan Getah Antarabangsa 1934 hingga 1943 diperkenalkan

Pengeluaran getah terhenti semasa Perang Dunia ke-2 kerana loji-loji

memproses getah dimusnahkan oleh British. Hubungan Tanah Melayu

dengan pasaran dunia terputus dan serangan Jepun mengakibatkan

banyak ladang getah dimusnahkan.

Penutup

Ekonomi Tanah Melayu mengalami transformasi dari ekonomi sara diri kepada

ekonomi komersial yakni perlombongan dan pertanian kepada perdagangan atau

komersial selepas campur tangan British sehingga Perang Dunia Kedua.