24804541 Kerja Kursus Anatomi Basketball
Transcript of 24804541 Kerja Kursus Anatomi Basketball
1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
Anatomi ialah kajian terhadap binaan tubuh badan, susunan organ-organ,
struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal
daripada perkataan Yunani “ana” bermaksud asingkan dan “tome” bermaksud
memotong. Fisiologi bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan dan cara
struktur tubuh badan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan
tubuh badan. Tubuh badan terdiri daripada unsur-unsur dan sebatian-sebatian kimia.
Sebatian-sebatian kimia ini berasal dari bahan-bahan organan seperti protein, lemak
dan karbohidrat, dan bahan-bahan bukan organan.
Di samping itu, anatomi dan fisiologi meliputi sistem integumentari, sistem
rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem darah dan jantung, sistem
limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan
metabolisme serta sistem urinari.
2.0 MATLAMAT
Tugasan Anatomi dan Fisiologi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
para pelatih lebih memahami struktur-struktur tubuh badan, fungsi-fungsinya melalui
teori dan amali serta mengetahui dan menguasai kemahiran asas sukan atau
permainan dengan baik.
1
3.0 OBJEKTIF
Melalui tugasan Anatomi dan Fisiologi ini kita dapat:
1. Mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan Anatomi dan Fisiologi.
2. Memupuk semangat patriotisme melalui permainan.
3. Mengetahui cara pengurusan dan pengelolaan sukan.
4. Memahami kesan psikologi dan sosiologi sukan yang mempengaruhi gerak laku
manusia dan prestasi sukan.
5. Mengetahui hubung kait antara sistem tubuh badan dengan pergerakan.
6. Memahami kesan senaman ke atas fisiologi tubuh badan dan kaitannya dengan
prestasi sukan.
7. Mengamalkan aktiviti fizikal dan memahami kesannya terhadap kehidupan dan
kesihatan diri.
8. Memahami dan mengaplikasi prinsip dan kaedah latihan.
9. Memahami dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan mengurangkan
risiko kecederaan sukan.
10.Memahami pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan pergerakan.
2
4.0 PENGENALAN TULANG, SENDI DAN OTOT
Terdapat banyak sistem di dalam tubuh badan kita. Antaranya, sistem rangka
yang terdiri daripada tulang, sendi dan otot merupakan sistem yang penting bagi tubuh
badan kita. Tulang, sendi dan otot memainkan peranan yang berbeza. Iaitu tulang
berfungsi sebagai bentuk sistem rangka yang menyimpan mineral, menghasilkan sel
darah merah, memberi perlindungan kepada organ dalaman, menyokong postur badan
dan membantu pergerakan.
Manakala sendi merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan dengan
tulang. Struktur sendi dipengaruhi rapat oleh hubungan pada titik pertemuan
pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligament dan tendon. Sendi-
sendi berada di bahu, siku serta pergelangan tangan dan kaki.
Apabila kita membuat suatu pergerakan, otak akan menghantar utusan kepada
otot, dan otot akan mengecut atau mengendur. Selain itu, tulang juga akan bergerak
bersama dengan otot pada masa yang sama.
3
5.0 SEJARAH RINGKAS BOLA KERANJANG
Permainan ini dikatakan mempunyai persamaan dengan permainan kuno kaum
Indian di Mexico yang dikenali sebagai ‘pok-ta-pok’. Ianya dimainkan sebagai salah
satu upacara keagamaan. Dalam permainan ini para pemain cuba menolak bola getah
dengan siku ke dalam gelung besi yang dipasang pada dinding kuil. Sesungguhnya,
peraturan ‘pok-ta-pok’ ini adalah sangat kejam. Pemain pasukan yang kalah akan
dikorbankan untuk upacara pemujaan
Permainan bola keranjang mula dimainkan pada tahun 1891 di Springfield,
Massachusetts, Amerika Syarikat. Idea permainan bola keranjang diperkenalkan oleh
jurulatih pendidikan jasmani bernama James Naismith. Oleh sebab itulah permainan ini
asalnya dikenali sebagai ‘Bola Naismith’. James Naismith telah diarahkan untuk
mencipta sejenis permainan yang boleh dimainkan dalam musim sejuk. Beliau telah
memutuskan untuk menggunakan bola yang lebih besar dan ringan supaya mudah
dikawal dengan tangan. Keduanya, oleh kerana kawasan yang kecil dan terhad, pemain
tidak dibenarkan berlari dengan bola, tetapi ia harus melontar bola. Akhir sekali, pemain
tidak dibenarkan menghalang lawan dengan kaki, menolak, memegang atau
menjatuhkan lawan. Sasaran yang digunakan untuk melontar bola merupakan sebuah
bakul yang diletakkan di tempat yang tinggi berukuran 3 meter dari aras gelanggang.
Pada asalnya permainan bola keranjang dimainkan
berasaskan 13 peraturan.
4
Rajah 3. James Naismith
Tujuan utama permainan ini ialah melontar bola ke dalam bakul lawan. Pasukan
yang banyak menjaringkan gol dikira menang. Pada peringkat awal permainan ini
menggunakan bakul buah-buahan. Kemudian diubah kepada keranjang jaring dawai.
Pada tahun 1906, gelung besi pula telah digunakan. Ini diikuti pula dengan penggunaan
papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola. Bentuk papan ini sering
berubah sehinggalah ke bentuk sekarang. Pada mulanya, permainan ini dijalankan
dengan satu pasukan hanya mengandungi tujuh pemain sahaja. Ia kemudian ditambah
menjadi sembilan orang. Bagaimanapun, bilangan ini dikurangkan kembali kepada
lapan orang dan akhirnya menjadi lima orang seperti yang ada sekarang. Masa
permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang setiap satunya mengandungi 15
minit.
6.0 PERMAINAN ANTARABANGSA
5
Lama-kelamaan, bola keranjang telah berupaya disebarkan ke negara seperti
Eropah, Rusia dan juga Asia. Undang-undang permainan ini pula sentiasa dikemaskini
dari masa ke masa. Bagi menyelaraskan lagi permainan ini Persekutuan Persatuan
Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) telah ditubuhkan pada tahun 1932. Ibu
pejabatnya di Munich, Jerman. Pada awalnya, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh
lapan buah negara sahaja, tetapi kini ia meningkat kepada 160 buah negara. Pada
tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik di
Berlin, Jerman. Tahun pertama kemasukannya terdapat sebanyak 22 buah negara
telah mengambil bahagian. Dalam sukan Olimpik, Amerika Syarikat merupakan Negara
paling banyak memenangi pingat emas dalam permainan ini. Sementara itu bagi
wanita, ia mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1976. Kejohanan
bola keranjang yang agak popular ialah seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika
Syarikat (NBA) dan Kejohanan Asia. Di samping itu, terdapat juga bola keranjang
profesional, khususnya di Amerika Syarikat di mana para pemain dibayar gaji secara
kontrak dan dibayar mengikut kepakaran dan kemahiran seseorang pemain tersebut.
Michael Jordon adalah antara pemain bola keranjang yang paling terkenal dan
menerima bayaran yang paling tinggi.
7.0 BOLA KERANJANG DI MALAYSIA
6
Kemasukan bola keranjang ke negara kita, Malaysia pula dipercayai bermula
pada awal abad ke 20. Ia dibawa oleh orang-orang Inggeris, tetapi tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan. Perkembangan sukan ini agak memberangsangkan
selepas perang dunia kedua. Ini kerana adanya sekolah-sekolah yang mula
memperkenalkan sukan bola keraanjang sebagai permainan utama mereka. Walau
bagaimanapun, mengikut sumber lain, pada sekitar tahun 1920-an, kebanyakan guru
sekolah Cina mendapat pendidikan dari negeri China. Semasa belajar mereka
diperkenalkan kepada permainan bola keranjang. Kemahiran ini dikembangkan pula
kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia. Sekitar penghujung tahun 1920-an,
sudah ada pertandingan liga bola keranjang di Malaysia. Pada awal tahun 60-an,
Persatuan bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) telah ditubuhkan dan pertandingan
antara negeri bagi merebut Piala Agong dimulakan beberapa tahun kemudian. Selain
itu, terdapat juga pertandingan dan kejohanan antara kelab, sekolah, persatuan dan
pertubuhan yang diadakan dari setahun ke setahun.
Di samping itu, Malaysia juga sering menjadi tuan rumah untuk beberapa
kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia, Kejohanan Kelab-kelab Asia dan
Kejohanan Terbuka Malaysia. Malaysia juga sering memenangi pingat emas dalam
Sukan SEA. Dalam kejohanan Asia pula, Malaysia pernah beberapa kali menduduki
tempat keempat di belakang China, Korea Selatan dan Jepun.
8.0 OBJEKTIF KAJIAN ANATOMI PERMAINAN BOLA KERANJANG
7
Objektif tugasan ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti otot-otot yang terlibat.
2. Mengenalpasti tulang-tulang yang terlibat.
3. Mengenalpasti sendi-sendi yang terlibat.
4. Melabel dan melukis otot, sendi dan tulang yang terlibat.
5. Mengenalpasti mekanisme pergerakan.
9.0 TULANG
Kandungan Tulang
Bahan Organik : sel-sel tulang, serat dan bahan dasar termasuk glikoprotein
glikosaminoglikin.
Bahan Bukan Organik : garam mineral seperti kalsium karbonat dan kalsium
fostat.
Kalsium dan fosfurus adalah bahan-bahan mineral yang membentuk struktur badan
manusia. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadi tulang keras dan tegap.
Klasifikasi Tulang
Terbahagi kepada 2 bahagian :
1. Rangka paksi ( Axial skeleton ) – 80 tulang
2. Rangka anggota ( Appendicular skeleton ) -126 tulang
8
Axial : sokongan, tengkorak, vertebra, sternum, tulang rusuk, lebih teguh,
medial longitudinal axis
Appendicular : rangka untuk pergerakan, tangan, kaki, pelvic girdles,
kecederaan boleh berlaku dan lebih serious.
Jenis-jenis Tulang
Tulang panjang : tangan, peha, betis
Tulang pendek : pergelangan tangan atau kaki
Tulang tak sekata : sakrum, vertebra, koksil
Tulang pipi/leper : skapula, strenum
Tulang bulat : patela
Tulang-tulang kita digabung oleh ligamen-ligamen. Iaitu tisu-tisu berfiber yang
menyambung dua atau lebih tulang. Tisu ini adalah liat dan kuat dan berwarna putih
atau kuning pucat. Manakala tendon merupakan tisu penyambung yang menyambung
otot ke tulang. Ia adalah jalur tisu yang kuat dan berwarna putih. Tendon bersifat tidak
kenyal tetapi tidak boleh melentur.
Selain itu, sendi juga merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan
dengan tulang. Struktur sendi dipengerahui rapat oleh hubungan pada titik pertemuan
pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligamen dan tendon. Oleh
itu, apabila kita membuat suatu pergerakan, banyak struktur tubuh badan kita akan
terlibat dan berfungsi secara tidak perasan.
9
10.0 SENDI
Sendi dibahagikan kepada tiga jenis iaitu diathroses atau gerakan bebas
( pergerakan pelbagai arah ), amphiathroses atau gerakan terhad ( pergerakan yang
sedikit ) dan synarthroses atau tidak bergerak ( dua tulang akan rapat tetapi tiada
pergerakan ).
Jenis-jenis sendi
Sendi paksi – sendi antara Atlas
Sendi lengsung – sendi di bahu ( skapula, humerus )
Sendi engsel – sendi siku ( humerus, ulna )
Sendi elipsoidal – sendi pergelangan tangan ( radiokarpus )
Sendi pelana – sendi di tapak tangan dan metakarpus ibu jari )
Sendi melongsor – sendi pergelangan tangan
Gerakan sendi
Sendi lesung ( bahu ) – ekstensi, fleksi, rotasi, abduksi, aduksi
Sendi engsel ( siku ) – ekstensi, fleksi
Sendi elipsoid ( radiokarpus ) – fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi
Sendi pelana ( tapak tangan, jari ) – fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi
Sendi melongsor ( karpus ) – hanya melongsor, tidak mempunyai paksi
Sendi paksi – pergerakan putaran seperti roda pada paksi ( atlas dengan aksis )
10
11.0 OTOT
Sebahagian besar dari berat tubuh manusia terdiri daripada tisu otot. Tisu otot
boleh dibahagikan kepada beberapa jenis :
1. Otot jantung / kardiak ( cardiac muscle )
Otot ini merupakan sejenis otot bebas istimewa yang boleh bertindak tanpa
rangsangan saraf, tetapi kuncupannya boleh dicepatkan atau dilambatkan
dengan kuasa sistem saraf otonomi. Fungsi utamanya adalah untuk mengepam
darah ke keseluruhan badan.
2. Otot licin ( smooth muscle )
Otot licin juga dikenali sebagai otot perut, otot luarkawal atau otot tanpa jalur. Ia
hanya terdapat pada dinding saluran pencernaan,saluran darah dan juga
kelopak mata. Tindakan otot jenis ini bergantung kepada kawalan Sistem Saraf
Otonomi dan gerakannya tidak dapat dikawal dengan kemahuan diri kita.
3. Otot rangka ( skeletal muscle )
Otot rangka juga dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur. Ia membaluti
keseluruhan sistem rangka tubuh dan berfungsi dalam pergerakan rangka
badan. Tindakan otot ini bergantung kepada kawalan Sistem Saraf Pusat dan
gerakannya boleh dikawal dengan kemahuan diri kita.
11
Klasifikasi otot
Fleksor
Ektensor
Abduktor
Adduktor
Retraktor
Protaktor
Jenis kontraksi
Isometrik – pengecutan otot tanpa melibatkan sendi tidak ada pergerakan.
Isotonik – melibatkan pergerakan otot anggota badan, 2 jenis konsentrik ( otot
pendek bila gerakan halang ) dan esentrik ( otot memanjang ).
Isokinetik – pengecutan otot melibatkan bantuan alatan. Otot-otot sentiasa dalam
keadaan regang.
12
12.0 SATAH
3 demensional planes and axis
Jenis satah
Jenis satah yang telah digunakan dalam pergerakan menjaring bola keranjang
ialah jenis satah frontal. Iaitu aksi ekstensi-hyperekstensi-fleksi digunakan apabila
menjaring bola keranjang. Aksi gerakan ekstensi dan fleksi terlibat dalam pergerakan
menjaring bola keranjang kerana terdapat gerakan anggota badan dari hadapan ke
belakang dan ke hadapan semula iaitu apabila pergelangan tangan bergerak untuk
menjaring bola.
13
Apabila menjaring bola, bahagian siku ke bahagian tapak tangan berada pada
satah frontal. Manakala bahagian axis terletak pada bahagian siku apabila menjaring
bola dalam keadaan lurus dari bahagian belakang ke hadapan. Tangan dibengkok ke
arah badan dan ditolak ke hadapan apabila menjaring bola keranjang.
Otot-otot utama yang terlibat
14
Gambar rajah pandangan hadapan tangan
Gambar rajah di atas menunjukkan otot-otot utama yang digunakan dalam
pergerakan menjaring bola keranjang. Antaranya otot-otot yang terlibat ialah Trapezius,
Deltoid, Subscapularis, Coracobrachialis, Medial Border of scapula, Short head of
biceps brachii, Long head of biceps brachii dan Brachialis.
Dari bahagian siku ke tapak tangan, otot-otot yang terlibat ialah Suprinator,
Prenator teres, Brachioradialis, Flexo carpi radialis, Extensor carpi, Radialis longus,
Palmaris longus, Flexo carpi ulnaris, Flexor digitorum superficialis, Pronator quadrates
dan Flexor retinaculum.
15
Gambar rajah pandangan belakang tangan
Tulang-tulang yang terlibat
Tapak tangan Humerus Ulna
Radius skapula
Tulang-tulang utama yang digunakan dalam pergerakan menjaring bola
keranjang ialah skapula, humerus, radius, ulna, karpus, metacarpus, dan falanks.
16
Sendi-sendi yang terlibat
1 2
Sendi lesung sendi engsel (hinge joint)
3 4
Sendi paksi (pivot joint) sendi gelungsur
5 6
Sendi kondil (Condyloid joint) sendi pelana
17
13.0 CARA PERGERAKAN DIHASILKAN
Jaringan statik
Rajah jaringan statik
Posisi pertama
Jika bermain dengan tangan kanan, kaki dan bahu kanan perlu mengarah ke
sasaran gol. Kemudian, arahkan siku tangan yang menolak bola ke arah gol.
Mengambil bola dengan menggunakan jari dan mempunyai sedikit ruang di antara bola
dengan tapak tangan. Selepas itu, membawa bola turun ke paras dada dengan
bengkokkan kedua belah lutut. Sekarang tangan dan kaki berada dalam keadaan fleksi
dan otot bisep mengecut manakala otot trisep mengendur.
18
Posisi kedua
Tinggikan badan semula dan mulakan pergerakan bahagian kaki, diikuti oleh
badan, lengan, tangan dan akhirnya jari. Gunakan Ikut lajak pergerakan sehingga tumit
tergantung di udara atau kedua belah kaki melonjak ke atas. Pada masa ini, tangan dan
kaki berada dalam keadaan ekstensi dan otot bisep mengendur manakala otot trisep
mengecut.
Posisi ketiga
19
Apabila menolak bola ke arah gol, pergelangan tangan akan bertindak secara
hyperextension iaitu bergerak ke arah badan kita dan seterusnya bertindak secara fleksi
untuk menolak bola dan akhirnya bertindak secara ekstensi. Bola yang dilontar perlu
dilepaskan dari tangan sebelum lonjakan mencapai ketinggian sebenar.
Kemahiran asas Prinsip sains Huraian
Menjaring Pemindahan daya Membuat lonjakan untuk
menjaringkan gol.
Daya lonjakan dipindah
dari tolakan kaki, lenturan
badan,lengan,pergelangan
tangan dan akhir sekali
jari.
20
REFLEKSI
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak hasil pembelajaran
yang telah saya perolehi. Walaupun pada mulanya kursus Anatomi dan Fisiologi ini
agak sukar untuk difahami bagi saya. Namun, setelah menyiapkan tugasan ini dan
mendengar pembentangan serta penerangan semasa kuliah yang diberikan oleh
pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani, saya mendapati tugasan ini
tidaklah begitu sukar. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing saya En. Alyes yang sentiasa membimbing saya apabila saya menghadapi
masalah berkenaan dengan isi kandungan kursus ini.
Setelah mendapat tugasan ini, saya segera mendapatkan maklumat dan bahan-
bahan tugasan dari Internet, dan pusat sumber. Saya juga berkongsi maklumat dengan
rakan-rakan yang lain dan saling bertukar pendapat. Terlebih dahulu saya memahami
apa yang perlu dilakukan dan membaca segala maklumat yang dicari. Saya juga telah
berjumpa dengan senior saya untuk bertanyakan pendapat dan tunjuk ajar mereka
serta bertanyakan apa yang perlu ditambah lagi dalam tugasan saya ini, kerana saya
ingin mendapatkan kepastian supaya tugasan yang saya siapkan ini lebih sempurna. Di
dalam proses mencari bahan tugasan ini, saya telah dapat mengukuhkan pengetahuan
saya dalam subjek ini bagi memantapkan pengajaran saya pada masa hadapan.
Banyak ilmu pengetahuan yang tidak terkira telah saya perolehi sepanjang
menyiapkan tugasan ini, saya akan menghargainya dan menerapkannya dalam
profesion saya. Untuk ini, saya akan menggunakan ilmu yang saya dapat sepanjang
kursus ini dalam pengajaran dan pembelajaran saya kelak. Diharap juga saya dapat
menjadi seorang guru yang berjaya.
21
BIBLIOGRAFI
BUKU
1. Donna Van Wynsherghe, Charles R. Noback & Robert Carola (1995), Human
Anatomy and Physiology Third Edition, Mc Graw, Hill, Inc.
2. Elaine N.Marieb (1995) Human Anatomy and Physiology Third Edition, The
Benjamin Cummings Publishing Company, Inc.
3. Anne Waugh, Katheleon J.W. Wilson OBE (1996), Anatomy and Physiology in
Health and Illness Eight Edition, Churchill Civing Stone Medical Division of
Pearson Professional Ltd.
4. Bryan Derrickson & Gerald J. Tortora (2006). Principles of Anatomy and
Physiology Eleventh Edition, John Wiley & Sons, Inc.
INTERNET
1. Human Muscular System Picture (2009)
http://www.innerbody.com/image/musbov.html.
Diakses pada 18.9.2009
2. MUSCULAR SYSTEM (2009)
http://en.wikipedia.org/wiki/Muscular_system.
Diakses pada 18.9.2009
3. THE MUSCULAR SYSTEM (1996) http://library.thinkquest.org/2935/Natures_Best/Nat_Best_Low_Level/Muscular_page.L.html.
Diakses pada 18.9.2009
22