248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

39
BAHAGIAN A a) TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN Pengkaji telah memenjalankan kajian bertujuan melihat perbandingan di antara dua makalah yang dihasilakn oleh dua penulis iaitu Abdul Rahman Yusof pada tahun 1975 yang bertajuk ‘Sosiologi Sastera dan Sumbangannya Dalam Penelitian Kesusateraan Malaysia’ yang membincangkan berkenaan tokoh yang membicarakan mengenai Sosiologi Sastera. Manakala Sahlan Mohd Saman (1997) melalui makalahnya yang bertajuk ‘ Teori Sastera Melayu: Satu Perbandingan lebih menumpukan kepada pendekatan sosiologis berserta tokoh-tokoh di dalam kelompok sosiologis iaitu Kasim Ahmad, Ramli Isi dan Ungku Maimunah Mohd Tahir. Selain itu, pengkaji melihat kedua-kedua makalah tersebut merujuk kepada seorang tokoh yang bernama Kasim Ahmad mewakili peganut sosiologi sastera( A. Rahman) dan penganut pendekatan sosiologis( Sahlan Mohd Saman). Oleh yang demikian ia memberikan satu implikasi bahawa istilah-istilah ‘sosiologi sastera’ dan ‘pendekata n adalah sinonim dan sama ertinya. Di dalam makalahnya yang membicarakan berkenaan teori sastera, Sahlan Mohd Saman tidak memperincikan persamaan ciri-ciri persamaan di antara tulisan-tulisan Kasim Ahmad, Ramli Isin dan Ungku Maimunah yang menggolongkan mereka sebagai penganut ‘pendekatan sosialis’. Selain

Transcript of 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Page 1: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

BAHAGIAN A

a) TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN

Pengkaji telah memenjalankan kajian bertujuan melihat

perbandingan di antara dua makalah yang dihasilakn oleh dua

penulis iaitu Abdul Rahman Yusof pada tahun 1975 yang bertajuk

‘Sosiologi Sastera dan Sumbangannya Dalam Penelitian

Kesusateraan Malaysia’ yang membincangkan berkenaan tokoh

yang membicarakan mengenai Sosiologi Sastera. Manakala Sahlan

Mohd Saman (1997) melalui makalahnya yang bertajuk ‘ Teori

Sastera Melayu: Satu Perbandingan lebih menumpukan kepada

pendekatan sosiologis berserta tokoh-tokoh di dalam kelompok

sosiologis iaitu Kasim Ahmad, Ramli Isi dan Ungku Maimunah Mohd

Tahir.

Selain itu, pengkaji melihat kedua-kedua makalah tersebut merujuk

kepada seorang tokoh yang bernama Kasim Ahmad mewakili

peganut sosiologi sastera( A. Rahman) dan penganut pendekatan

sosiologis( Sahlan Mohd Saman). Oleh yang demikian ia

memberikan satu implikasi bahawa istilah-istilah ‘sosiologi sastera’

dan ‘pendekata n adalah sinonim dan sama ertinya.

Di dalam makalahnya yang membicarakan berkenaan teori sastera,

Sahlan Mohd Saman tidak memperincikan persamaan ciri-ciri

persamaan di antara tulisan-tulisan Kasim Ahmad, Ramli Isin dan

Ungku Maimunah yang menggolongkan mereka sebagai penganut

‘pendekatan sosialis’. Selain itu, di antara ketiga-tiga penulis ini

tidak dapat dilihat perbezaan sama ada dari segi orientasi,

penekanan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada penggolongan beberapa nama dan dalam satu

kelompok yang sama yang dikaitkan dengan ‘sosiologi sastera’ dan

‘pendekatan sosiologis’, maka pengkajimenjalankan kajian ini

bertujua bagi melihat fahaman dan penerapan ‘sosiologi sastera’

Page 2: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

dalam sastera melayu moden di damping mencari persamaan dan

perbezaan yang ketara.

b) KAEDAH PEMAHAMAN DAN PENERANGAN YANG DIBERIKAN DALAM

KAJIAN

Tujuan kajian ini diwujudkan adalah untuk mengkaji bagaimana dapat diterapkan

sosiologi sastera dalam sastera melayu moden melalui tiga pemahaman asas iaitu

Pemahaman pertama bertolak daripada andaian bahawa teks sastera bebas daripada

tuntutan dan pengaruh persekitaran. Justeru, kajian dipusatkan kepada teks semata-

mata dan ditumpukan kepada usaha menyerlahkan gambaran masyarakat fiktif seperti

yang tertera dalam teks yang dikaji.Kajian seperti ini tidak jauh berbeza daripada

kajian intrinsik yang lumrah ditemui; hanya ianya kini ditumpukan kepada gambaran

masyarakat dalam teks sastera.

Pemahaman kedua menghujahkan bahawa persekitaran mempunyai kaitan yang

penting dengan karya yang terhasil.Justeru, kajian menganalisis dinamika antara teks

dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut mempengaruhi karya yang

terhasil daripada segi isi dan bentuknya.

Pemahaman ketiga, yang juga meyakini eratnya jalinan antara persekitaran dan karya,

lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigma tertentu untuk mengkaji

permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera.Secara bandingan, pemahaman

pertama adalah jauh lebih dominan dan merupakan‘ilmu’ tentang sosiologi sastera

yang dianuti dan diamalkan dalam sastera Melayu.

c) DAPATAN KAJIAN

d)

e) IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN TERHADAP PENGAJARAN BAHASA

MELAYU

Page 3: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

BAHAGIAN B

KONSEP DAN MAKNA SASTERA

Istilah dan Definisi Kesusasteraan

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan

bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat

disampaikan dan disebarkan.Dengan bahasa juga, pembaca dapat

menikmati keindahan yang ada dalam karya kesusasteraan. Tidak

hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian

yang dianggap sangat bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.

Istilah ‘kesusasteraan’ menurut Kamus Dewan (2005: 1396) bermaksud

hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang menpunyai

ciri-ciri keistimewaan tertentu. Istilah ini berasal daripada bahasa Sanskrit,

iaitu ‘susastra’ (Hashim Awang), ‘sushastra’ (Lalita Sinha dan Md. Salleh

Yaapar), atau ‘castra’ yang disebut ‘syastra’ (Ali Ahmad). Kata ‘susastra’

pula terbentuk hasil gabungan daripada kata ‘su’ dan ‘sastra.’ Suku kata

‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2),

kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar,

?: 1). Manakala ‘sastera / shastra’ menurut Hashim Awang bermaksud

huruf atau buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan

‘sastera / shastra’ merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak

berubah.

Definisi ini meliputi dua aspek, iaitu aspek bahasa dan aspek isi.Aspek

bahasa ialah indah dan cantik, manakala aspek isi ialah baik, berfaedah

dan tidak berubah.Dikatakan tidak berubah kerana ilmu berkenaan

dipercayai berasal daripada Yang Maha Pencipta. Oleh sebab ‘susastra’

Page 4: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

dianggap datang daripada Yang Maha Pencipta, maka ia dianggap mulia.

Justeru, kegiatan ‘susastra’ sejak zaman Greek lagi dipandang

tinggi.Kegiatan ini merupakan aktiviti seni yang mendapat perhatian

penting anggota masyarakat.Mereka mengekspresikan kegiatan ‘susastra’

dalam bentuk puisi, cerita dan lakonan.

Di Malaysia, kegiatan ‘susastra’ seperti bersyair, berpantun, berseloka,

bergurindam, berbari (bercerita), berkisah dan sebagainya telah bertapak

kukuh di hati masyarakat sejak zaman sastera lipur lara lagi. Kegiatan ini

dilaksanakan untuk tujuan pelbagai fungsi, khususnya untuk tujuan

mendidik, menghiburkan hati, mengisi masa lapang, perubatan dan juga

gambaran ekspresi kehidupan. Kesimpulan daripada gabungan istilah ‘su’

dengan ‘sastra’ ialah merujuk karya atau buku-buku atau ilmu yang indah,

cantik, baik, berfaedah, benar dan tidak berubah. Ia bermaksud kumpulan

buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi

pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat

diteladani.

Dalam Bahasa Melayu, istilah ‘susastra’ telah diberikan imbuhan apitan

ke-...-an dan sisipan “e” ditengah menjadikannya ‘kesusasteraan.’

Penambahan itu lebih untuk menyedapkan bunyi, sesuai dengan lidah

Melayu. Kalangan masyarakat umum pula lebih gemar menyebut ‘karya

sastera’ yang merujuk kesusasteraan. Di samping itu, Ali Ahmad (1994: 3)

menegaskan bahawa kehadiran “ke-“ dan “-an” pada kata “susastra”

telah menyimpulkan maksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan

indah. Orang Melayu menamakan “susastra” sebagai “persuratan” yang

merujuk ‘sekumpulan hasil seni bahasa.’

Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan

tanah air apabila mendefinisikan kesusasteraan.Baharuddin Zainal (1975)

Page 5: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

berpendapat karya sastera adalah sesuatu yang membincangkan perkara

yang berlaku dalam masyarakat, di samping mengemukakan sikap dan

pandangan pengarang. Hashim Awang (1985: 2 dan 1987: 84)

menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui

bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ciptaan

seni yang disampaikan melalui bahasa yang dituturkan disebut sastera

lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan.Ciptaan itu mesti mempunyai

keindahan dari aspek isi dan daya pengucapan.

Hal Ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang

pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat.Kamus

Dewan (2005) pula mencatatkan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam

bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan

tertentu.Muhammad Haji Salleh menegaskan bahawa karya sastera

bentuk lisan dan tulisan membawa unsur cereka yang disampaikan

melalui bahasa. Dikatakan ‘unsur cereka’ kerana sebahagian besar mesej

dalam karya disampaikan dalam bentuk cerita, baik karya berbentuk

puisi dan lebih-lebih lagi karya berbentuk prosa.

a) SASTERA RAKYAT

SASTERA RAKYAT / SASTERA LISAN

Sastera rakyat adalah hasil-hasil sastera Melayu lama yang bercorak

lisan, yang dikenali juga sebagai Folklore. Ia disampaikan secara

lisan atau dipertuturkan dan diperturunkan ( diwarisi ) dari satu

generasi ke generasi berikutnya dan menjadi milik bersama

masyarakat Melayu. Sastera rakyat hidup dan berkembang dalam

masyarakat Melayu secara lisan tanpa diketahui bila ia dicipta dan

siapa penciptanya.

Page 6: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT

a. Dari segi penyebaran

Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara

penyebarannya. Pada lazimnya sastera rakyat disebarkan atau

disampaikan melalui pertuturan atau secara lisan.Ia dituturkan

secara individu kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan

individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan suatu

cerita kepada seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa

dituturkan kepada seorang anak atau cucu. Ini bermakna hasil-hasil

sastera rakyat tersebut diperturunkan atau diwarisi dari satu

generasi ke generasi berikutnya secara lisan.

b. Dari segi penyampaian:

astera Rakyat disampaikan secara lisan oleh seorang yang

profesional, yang kerjanya "bercerita" kepada anggota masyarakat

yang lain. Dalam masyarakat melayu, profesion ini dikenali sebagi

"tok cerita" atau ‘tukang cerita’ ataupun "pawang", yang telah

menghafal cerita-cerita tertentu daripada seorang guru, untuk

menyampaikan cerita dengan cara yang menarik kepada orang

kampung, bagi menghiburkan orang kampung yang berkenaan.

Di antara tukang-tukang cerita yang terkenal ialah Mir Hassan,

Pawang Ana, Tok Selampit, Awang Batil dan sebagainya.

Penyampaian cerita sering diiringi dengan alat muzik tradisional

seperti batil, rebab dan lain-lain.

c. Dari segi penciptaan:

Sastera Rakyat merupakan hasil karya yang menjadi milik bersama

masyarakat iaitu sastera hak masyarakat dan bukannya milik

individu tertentu. Oleh itu tidak diketahui siapa penciptanya dan

bila ia dicipta atau dihasilkan.

Page 7: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Merupakan kepunyaan bersama Soal hak cipta tidak wujud pada

sastera rakyat. Tiada siapa-siapa yang akan mengaku bahawa

dialah pengarang bagi cerita rakyat yang tertentu. Bagi tok cerita

ataupun tukang cerita yang kerjanya bercerita, beliau juga tidak

mengakui dirinya sebagai pengarang cerita berkenaan, melainkan

meletakkan kepengarangan cerita berkenaan kepada seorang

individu yang anonmious, yakni Yang Empunya Cerita.

d. Dari segi fungsi:

Sastera Rakyat mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam

masyarakat.Sastera Rakyat berfungsi sebagai alat hiburan, alat

pengajaran dan pendidikan, alat protes sosial atau kritikan dan

sebagainya.

e. Dari segi Versi

Sastera Rakyat terdapat dalam pelbagai versi dan berlaku tokok

tambah kerana penyebarannya yang dilakukan secara

lisan.Biasanya berlaku beberapa perubahan atau penyesuaian

terhadap cerita asal mengikut penyesuaian setempat menyebabkan

lahir pelbagai versi. Namun perbezaan itu hanya pada aspek luaran

sahaja sedangkan bentuk dasarnya adalah sama dan dapat

bertahan.

f. Sastera Rakyat Adalah Cerminan Hidup Masyarakat

Sastera Rakyat adalah cerminan hidup masyarakat Melayu

tradisional.Sastera Rakyat mengandungi ciri-ciri budaya asal

masyarakat yang melahirkannya seperti kesenian, kepercayaan dan

adat resam. . Hal ini berlaku kerana sastera rakyat merupakan

satu pernyataan atau ekspresi budaya masyarakat yang

melahirkannya.Sastera Rakyat merupakan media untuk

menyalurkan tradisi itu kepada generasi berikutnya. Dengan

Page 8: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

maksud agar tradisi itu dapat dikekalkan dan diwarisi oleh generasi

akan datang.

g. Sering memiliki unsur irama

Cerita penglipur lara yang disampaikan oleh pawang ataupun tok

cerita sentiasa mengandungi unsur irama yang menarik. Pengaturan

ini adalah supaya cerita itu lebih menghibur bersamping untuk

memudahkan tok cerita berhafal.

JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi

segala pengucapan indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak

saja merujuk kepada cerita rakyat. Secara kasarnya sastera rakyat

boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang besar, iaitu sastera

rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

SASTERA RAKYAT / LISAN (NARATIF)

Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang

menghuraikan suatu peristiwa. Sub-genre sastera naratif

termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat

MITOS

Mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk

menerangkan asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian

alam, manusia, binatang, dan petempatan.Pada mulanya, mitos

merupakan satu bentuk kepercayaan yang dicipta untuk memenuhi

keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.

Cerita Mitos biasanya dikaitkan dengan sesuatu kepercayaan

seperti animisma, Hindu dan Islam.Masyarakat Melayu meletakkan

Page 9: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

cerita-cerita Mitos sebagai yang benar-benar berlaku dan

menjadikannya sebahagian dari sistem kepercayaan yang tidak

boleh dipersendakan. Pada tanggapan mereka sesiapa yang tidak

mempercayai cerita mitos akan menerima balasan buruk.

LEGENDA

Legenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu

tempat atau peristiwa zaman zilam.Lagenda mengisahkan tentang

seorang tokoh manusia yang memiliki keistimewaan seperti

keberanian dan kehandalan luar biasa. Setiap penempatan yang

bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di

Langkawi, kita akan menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita

dapat menjumpai legenda Hang Tuah, manakala di Kelantan ditemui

lagenda Puteri Saadong.

Lagenda adalah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku oleh

masyarakat pendokong berdasarkan latar tempat atau tanda-tanda

alam sebagai bukti kebenarannya.Kebiasaanya cerita lagenda

dimasukkan unsur-unsur mitos yang bertujuan mengagongkan

seseorang tokoh.Namun demikian biasanya masih dapat dibuktikan

dengan kewujudan tanda alam.

CERITA RAKYAT

Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di

kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di kalangan

masyarakat berkenaan. Dalam masyarakat Melayu, terdapat

pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka,

cerita penglipur lara dan cerita teladan / pengalaman.

Page 10: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

a. CERITA BINATANG

Cerita Binatang adalah cerita rakyat yang menggunakan binatang

sebagai watak utama.Watak binatang tersebut diberikan sifat-sifat

manusia seperti boleh berkata-kata, berfikir dan bertindak seperti

manusia.

Cerita Binatang terbahagi kepada tiga jenis iaitu cerita Binatang

Asal Usul, Cerita Binatang Fable (Pengajaran) dan Cerita Binatang

Epik ( Beast Epic).

Cerita Binatang Asal Usul mengisahkan asal usul kejadian binatang

misalnya Cerita Mengapa Harimau Mengaum, Mengapa Gagak

Berbulu Hitam, Mengapa Ular Sawa Hilang Bisa, Mengapa Puyuh

Tidak Berekor dan sebagainya.

Cerita Binatang Fable berunsurkan pengajaran, misalnya Cerita

Anjing Dengan Bayang-bayang, Cerita Kera Dengan Kura-kura,

Cerita Bangau Dengan Ketam dan sebagainya.

Manakala Cerita Epik Binatang adalah seperti Hikayat Pelanduk

Jenaka dan Hikayat Sang Kancil

b. CERITA JENAKA

Cerita Jenaka adalah cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur

humor / lucu / jenaka yang boleh menimbulkan kegembiraan atau

menggeletek hati khalayak.Watak-watak Cerita Jenaka diberikan

sifat dan peranan yang melucukan.

Cerita Jenaka terbahagi kepada 2 jenis iaitu Cerita Jenaka Tempatan

dan Cerita Jenaka Pengaruh Asing. Contoh Cerita Jenaka Tempatan

ialah Cerita Pak Pandir, Cerita Pak Kaduk, Cerita Lebai Malang,

Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai.

Page 11: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Manakala Cerita Jenaka Pengaruh Asing terdiri daripada Cerita Mat

Jenin ( Hindu ) dan Cerita Musang Berjanggut dan Cerita Abu Nawas.

( Arab/Parsi/Islam )

Watak-watak dalam Cerita Jenaka Tempatan terbahagi kepada 3

golongan iaitu Watak Bodoh-Pintar seperti Pak Pandir, Watak Bodoh-

Sial seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang dan Watak Pintar-Lucu

seperti Pak Belalang dan Si Luncai.

c. CERITA PENGLIPUR LARA

Cerita Penglipur Lara adalah cerita rakyat yang paling popular.

Cerita Penglipur Lara merupakan cerita roman yang mengandungi

unsur-unsur percintaan putera-puteri Raja diikuti dengan

pengembaraan, peperangan dan berakhir dengan kegembiraan

( Happy-Ending ).

Cerita Penglipur Lara disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang

biasanya diiringi dengan alat-alat bunyian tradisional seperti rebab,

belanga, selampit dan sebagainya.

Penceritaannya diselangselikan dengan puisi Melayu Tradisional dan

bahasa berirama ( runs ).

Di antara contoh Cerita Penglipur Lara ialah Hikayat Malim Dewa,

Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat

Anggun Cik Tunggal dan sebagainya.

d. CERITA TELADAN

Cerita teladan ialah sejenis cerita rakyat dalam kesusasteraan

rakyat / sastera lisan. Cerita yang mengisahkan tentang golongan

rakyat biasa yang mengetengahkan gagasan bahawa watak yang

baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, sebaliknya watak

Page 12: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

yang jahat akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan

perbuatan yang dilakukan oleh mereka.

Cerita teladan penuh dengan unsur didaktik dan pendidikan moral,

yang diterapkan melalui nilai-nilai murni.

Antara contoh Cerita Teladan ialah Cerita Bawang Putih Bawang

Merah, Batu Belah Batu Bertangkup dan Cerita Si Tenggang.

SASTERA RAKYAT BUKAN NARATIF

Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang

indah-indah yang tidak mengandungi penceritaan suatu

peristiwa.Bentuk sastera ini sebenarnya wujud di sekeliling kita,

tetapi umumnya orang ramai tidak menyedari kewujudannya.

PERIBAHASA

Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk

mengindahkan penuturan dalam kehidupan seharian. Perkara yang

termasuk dalam peribahasa termasuk perumpamaan, simpulan

bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan.

TEKA-TEKI

Teka-teki adalah sastera lisan yang popular dalam kalangan kanak-

kanak.Ia adalah soalan yang disampaikan dengan berirama dan

penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk permainan.

PUISI MELAYU TRADISONAL NARATIF

a. SYAIR

Puisi Melayu Tradisional yang berbentuk naratif didominasikan oleh

syair.Syair berasal daripada perkataan Arab “syir” yang bermaksud

puisi.

Page 13: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Syair dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu

lama.Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat

Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang

daripada bentuk syair Arab.

Syair Melayu dihasilkan berangkap-rangkap.Setiap rangkap terdiri

daripada empat baris dan rima akhirnya adalah a-a-a-a.Setiap baris

mengandungi purata 4 – 5 patah perkataan dengan 8 – 12 suku

kata.

Setiap rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri kerana memerlukan

lebih daripada satu rangkap bagi melengkapkan sesuatu idea.

Syair dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu syair agama,

syair romantis, syair sejarah dan syair kiasan.

PUISI MELAYU TRADISIONAL BUKAN NARATIF

Puisi Melayu Tradisional terdiri daripada Pantun, Gurindam, Seloka,

Teromba, Talibun, Mantera, Peribahasa Berangkap, Nazam, Ruba-i,

Masnawi, Qit’ah, Ghazal, Barzanji, Rejang, Endoi, Zikir, Selawat,

Hadrah dan Dabus.

a. PANTUN

Pantun adalah puisi Melayu asli atau jati.Pantun tergolong sebagai

puisi Melayu tradisional berbentuk bukan naratif.Pantun terdiri

daripada empat baris ayat. Setiap baris ayat mempunyai antara

tiga hingga lima patah perkataan. Setiap rangkap terdiri daripada

sampiran atau pembayang maksud dan maksud.Dua baris awal

merupakan pembayang maksud atau sampiran, manakala dua baris

akhir merupakan maksud.Rima akhir pantun adalah a-b-a-b.

Pantun berfungsi sebagai alat pendidikan, menyampaikan kerinduan

dan kasih sayang, menyindir, mengenang budi, menyampaikan

buah fikiran dan menghibur.

Page 14: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

b. GURINDAM

Gurindam tergolong sebagai puisi Melayu tradisional bukan naratif

terikat. Gurindam terdiri daripada dua baris serangkap, rima

akhirnya sama (a-a), baris pertama disebut syarat dan baris kedua

disebut jawab.

Gurindam berperanan sebagai alat untuk menyampaikan

pendidikan. Unsur-unsur pendidikan yang ditekankan ialah iman

dan moral yang baik

c. SELOKA

Seloka adalah sejenis puisi Melayu bebas, tidak tetap rangkapnya,

tidak tetap jumlah baris serangkap, tidak tetap jumlah perkataan

sebaris dan sama ada berima atau tidak. Isinya membawa maksud

sindiran, ejekan, bergurau atau berjenaka.

d. TEROMBA

Teromba ialah ungkapan-ungkapan puitis yang mengisahkan

tentang adat.Teromba digunakan untuk memberi panduan hidup

kepada masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih.Teromba

merupakan sejenis puisi bebas.Di dalamnya mungkin disisipkan

dengan gurindam, pantun, peribahasa berangkap dan sebagainya.

Dari sudut bentuk dan struktur, teromba dapat dibahagikan

mengikut jumlah baris dalam serangkap dan hubungannya dengan

bentuk-bentuk genre yang lain.

e. TALIBUN

Page 15: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Talibun adalah sejenis puisi bebas. Dalam seuntai talibun mungkin

disisipkan rangkap daripada genre lain seperti pantun, syair,

gurindam, seloka dan lain-lain. Untaian puisi ini berperanan sebagai

selingan dalam sesebuah cerita.Isinya ialah pemerian khas tentang

sesuatu hal. Misalnya keindahan sesuatu tempat, kecantikan

seseorang puteri atau kesaktian sesuatu senjata. Talibun biasa

digunakan dalam cerita-cerita Penglipur Lara.

f. MANTERA

Mantera ialah kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan

sesuatu dengan kuasa ghaib (melalui mimpi).Jampi ialah kata-kata

tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan kesaktian (seperti

menyembuhkan penyakit dan sebagainya).

Mantera juga diberi pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang

digunakan pawang dan bomoh Melayu dalam upacara-upacara yang

mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama

seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada

segala bencana iaitu digunakan dalam upacara-upacara ritual,

pemujaan kepada penunggu dan semangat, juga dalam kerja-kerja

bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan (supaya

menjauhkan bala dan kerosakan segala bencana).

g. PERIBAHASA BERANGKAP

Peribahasa berangkap ialah ungkapan peribahasa yang terdiri

sekurang-kurangnya dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris

atau lebih. Kemungkinan baris-baris itu tidak berhubungan dari segi

rima tetapi terjalin dalam hubungan yang seimbang, iaitu sebagai

pembanding atau pelengkap kepada yang lain.

h. NAZAM

Nazam ialah Puisi Melayu Tradisional warisan Arab-Parsi.Temanya

selalu berhubung dengan keagamaan, pendidikan dan keilmuan.

Page 16: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

“Nazam dalam bahasa Arab bermakna puisi (poem) atau (poetry).

Secara umum, samalah seperti syair dalam bahasa Arab bermakna

puisi…. Dalam Bahasa Melayu istilah nazam memberi makna lagu

atau zikir, dan ‘bernazam’ ialah melagukan suatu jenis puisi untuk

satu tujuan, sambutan atau keramaian”

i. MASNAWI

Masnawi atau juga masnu’i, mathanawi, dan mathnawi merupakan

bentuk puisi yang berasal daripada Parsi dan di bawa ke alam

Melayu.Sebagai puisi yang bersumberkan puisi Arab-Parsi, masnawi

tidak popular di kalangan masyarakat Melayu dan oleh itu, genre ini

tidak berkembang.

Masnawi dalam bahasa Melayu diperkenalkan oleh Bukhari al-

Jauhari, di dalam karanganya, "Tajus Salatin" (Mahkota segala Raja).

Masnawi bertemakan puji-pujian tentang kehandalan, ketokohan

dan kemasyhuran seseorang tokoh. Masnawi berfungsi sebagai

panduan , pengajaran dan nasihat kepada pendengarnya.

j. ZIKIR / DIKIR

Zikir adalah puisi tumpangan warisan Islam. Perkataan dikir berasal

perkataan Arab, zikir yang bermakna puji-pujian terhadap Allah

s.w.t. dan rasul-Nya

Dikir / Zikir ialah sejenis puisi Melayu yang bermakna puisi puji-

pujian. Dikir/zikir juga merupakan puisi yang mengandungi isi

tentang unsur-unsur agama, sama ada tentang ibadat, puji-pujian,

pengajaran atau tentang Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran-

ajarannya.

k. REJANG

Rejang merupakan puisi tumpangan warisan Melayu yang tidak

mempunyai bentuk yang tersendiri tetapi menumpang bentuk-

bentuk puisi yang lain.

Page 17: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Rejang menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan

nama hari atau hari bulan berdasarkan firasat, raksi dan

kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan dikaitkan dengan

binatang, buah-buahan dan tumbuhan.

l. ENDOI

Endoi adalah puisi tumpangan warisan Melayu berasal daripada

kata “endul” yang bermaksud buaian.Endoi merupakan tradisi lisan

berbentuk perbuatan yang disambut oleh masyarakat Melayu dalam

majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk memeriahkan

suasana.

Endoi sebagai bentuk puisi tumpangan menggunakan bentuk syair,

nazam dan juga pantun sebagai wadah penyampaiannya.Biasanya

endoi berasaskan syair yang dilagukan dalam upacara berendoi.

Ia merupakan istiadat menyatakan kesyukuran selepas ibu berjaya

melepasi masa pantang dan anak di dalam keselamatan. Endoi

diungkap secara berlagu dalam majlis sambutan berkenaan secara

beramai-ramai.

FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT)

1. Sebagai “Alat” Hiburan

2. Sebagai “Alat” Mengajar dan Mendidik.

Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi

unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat

tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan,

yang sangat berguna sebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup

masyarakat.Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan

sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang

terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita

Binatang.

Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar

tidak derhaka kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka

tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dalam

Page 18: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin,

sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong

yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam

mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

3. Sebagai “Alat” Mengkritik.

Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat

kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan.

Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas

menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak,

pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup

rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit

unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan

kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas

diri orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu dan

kekayaan diri sendiri.

4. Sebagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi.

Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi

menjadi alat perhubungan yang paling istimewa untuk

menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orang-

orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara

wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin

perempuan.Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung

adat meminang dan ketika majlis persandingan.

5. Sebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”.

Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu

kemestian undang-undang atau peraturan masyarakat yang perlu

dipatuhi.Malah kata-kata tersebut menjadi “pantang larang” dalam

masyarakat.

b) SASTERA EPIK

c) SASTERA HIKAYAT

Definisi :

Page 19: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang

menggunakan bahasa Melayu lama dengan langgam bahasa dan

stuktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang berunsur

hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya.

Pembahagian/penggolongan Sastera HIkayat

Sastera Hikayat terbahagi kepada 3 golongan :

i. Sastera Hikayat Berunsurkan Hindu

ii. Sastera Hikayat Berunsurkan Hindu-Islam ( Zaman Peralihan )

iii. Sastera Hikayat Berunsurkan Islam

SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU

DEFINISI:

Sastera hikayat menurut Emies M.G dalam buku Bunga Rampai

Melayu Kuno ialah cerita-cerita yang bentuk bertulis dalam langgam

bahasa dan struktur yang tertentu, yang membawa cerita ajaib

yang berunsur hiburan.Cerita sastera hikayat ini berkisar di istana

dengan watak utama yang terdiri daripada putera dan puteri yang

jelita, berani serta pahlawan.

Hikayat Melayu pengaruh Hindu yang terkenal ialah hikayat yang

disadur secara langsung atau petikan-petikan terjemahan daripada

bahagian-bahagian tertentu daripada dua buah kitab epik Hindu

iaitu Mahabharata dan Ramayana.Mahabharata dikenali sebagai

cerita Pendawa dalam kesusasteraan Melayu.

Daripada Epik Mahabharata : Hikayat-hikayat Melayu yang disadur

atau terjemahan bahagian-bahagian tertentu dikenali sebagai

Pendawa dalam kesusasteraan Melayu ialah;

Hikayat Pendawa Lima

Hikayat Pendawa Jaya

Page 20: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Hikayat Panca Kelima

Hikayat Pandawa

Hikayat Sang Boma

Daripada Epik Ramayana : Hikayat Melayu yang disadur dari epik

Hindu ini ialah :

Hikayat Seri Rama

Hikayat Maharaja Rawana

CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU

Dalam sastera hikayat berunsur Hindu terdapat beberapa ciri yang

terkandung di dalamnya.Iaitu dari segi struktur isi cerita, watak dan

perwatakan, latar (setting) cerita, dan kaya dengan unsur-unsur

Hindu.

1. Dari segi tema

Sastera hikayat berunsur Hindu ini mempunyai tema mengenai

tentang kisah-kisah pengembaraan, percintaan serta peperangan

sehingga watak itu mendapat kejayaan dan kesenangan dalam

hidup.

Hikayat-hikayat Melayu berunsur Hindu secara umumnya

mengandungi unsur-unsur cerita roman kerana hampir keseluruhan

ceritanya dalam hikayat jenis ini membawa tema percintaan,

pengembaraan dan juga peperangan yang berakhir dengan watak-

watak utamanya mencapai kejayaan dan kebahagiaan

hidup.Misalnya dalam Hikayat Si Miskin, pertemuan antara

Marakarma dengan Puteri Cahaya Khairani membuahkan perasaan

cinta di antara kedua-dua watak tersebut. Dalam hikayat berunsur

hindu ini dipenuhi dengan peristiwa peperangan di antara wira

dengan musuh mereka. Biasanya wira kan menunjukkan

Page 21: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

kegagalannya dengan senjata kesaktian yang dimiliki oleh wira

tersebut sehingga mampu mengalahkan musuh mereka. Tema

peperangan itu merupakan klimaks dalam pertentangan antara

kuasa baik dan jahat. Walaubagaimanapun wira selalunya akan

mendapat kemenangan.

2. Dari Segi Struktur / plot

Struktur isi cerita melibatkan jalan cerita yang begitu panjang

tetapi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu awal cerita,

pertengahan dan kemudian penyelesaian cerita. Awal cerita adalah

permulaan cerita tersebut.Manakala pertengahan cerita pula adalah

bagaimana cerita itu mula berkembang.Kemudian penyelesai cerita

pula, di mana cerita itu berakhir dan disitu juga cerita itu menemui

kebahagian ataupun kesedihan.

Pada awal cerita, ia mengisahkan tentang asal usul keturunan

watak wira dan wirawati tersebut serta latar belakang keluarga

mereka, keunikan serta kesaktian yang dimiliki oleh kedua-dua

watak tersebut dan juga kisah sebelum pengembaraan wira dan

wirawati tersebut.

Manakala pada pertengahan atau ketika pengembaraan cerita

tersebut, watak utama menjadi tumpuan dan bahagian ini mula

berkisarkan tentang kisah sewaktu pengembaraan mereka. Dalam

pada itu juga, watak wira dan wirawati ini akan menghadapi

pelbagai rintangan dan halangan seperti percintaan, fitnah,

peperangan dan juga akan menempuhi pelbagai ujian hidup.

Mereka akan hidup dalam kesengsaraan. Selain daripada itu,

mereka juga akan berhadapan dengan watak-watak penghalang.

Pada penyelesaian cerita pula, biasanya berakhir dengan happy

ending iaitu kejayaan watak wira dalam perjuangannya.Watak wira

Page 22: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

dan wirawati berjaya mengatasi segala halangan dan rintangan

yang terjadi ke atas mereka ketika dalam pengembaraan ataupun

pertengahan cerita tersebut. Mereka juga berjaya mengalahkan

watak-watak utama yang cuba menjadi penghalang mereka. Mereka

mendapat kemenangan dan hidup bahagia.

3. Watak dan perwatakan :

Watak dalam sesebuah sastera hikayat itu amat penting sama

seperti di dalam novel. Ini kerana watak dapat menghidupkan lagi

jalan cerita sesebuah hikayat mahupun novel.Watak dan

perwatakan sastera hikayat Hindu melibatkan watak-watak

tempatan.Terdapat beberapa watak di dalam sastera hikayat

Hindu.Dua daripadanya ialah watak baik iaitu protogonis dan watak

jahat iaitu antogonis.

Watak protogonis melambangkan kebaikan pada watak utama

tersebut.Ia bersifat keperwiraan, gagah berani, bersemangat waja,

kental dan sedia menghadapi segala rintangan yang mencabar.

Selalunya mereka memiliki alat-alat tertentu ataupun senjata sakti

yang tidak dimiliki oleh orang kebanyakan. Wira juga selalunya akan

mencapai kejayaan.

Manakala watak jahat atau antogonis pula, melambangkan

kejahatan.Sifat yang dimiliki oleh mereka ialah sifat yang tidak

bermoral, suka menghancurkan dan menghalang kejayaan watak

utama.Watak ini juga mendatangkan masalah, menindas watak baik

dan mendapat balasan yang setimpal.

4. Latar Cerita

Page 23: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Meliputi alam yang luas dan tidak terbatas seperti alam kayangan,

di bumi dan di lautan.

Sementara dari segi latar cerita, ia meliputi alam yang luas dan

tidak terbatas. Kehidupan mereka diliputi dengan alam kayangan, di

bumi mahupun di dasar laut.Dunia khayalan yang khususnya untuk

didiami oleh para dewa.Di alam-alam kayangan tersebut terdapat

kerajaan yang diperintah oleh raja-raja yang terdiri daripada dewa-

dewa yang tertentu sahaja.

5. Kaya dengan unsur-unsur Hindu

Sastera hikayat berunsur Hindu juga banyak memasukkan unsur-

unsur kesaktian seperti jelmaan watak, senjata sakti dan

sebagainya.Kebanyakan falsafah yang berunsur-unsur agama Hindu

ini amat mengagung-agungkan dewa-dewa Hindu sebagai makhluk

yang berkedudukan tinggi. Selain itu terdapat unsur-unsur

sayembara untuk mendapatkan isteri dan juga falsafah pengajaran

hindu. Dalam hikayat sastera hindu ini terdapat unsur-unsur

kepercayaan Hindu seperti “upacara berkaul” iaitu doa yang

ditujukan untuk mendapat sesuatu yang dihajatkan dari dewa

tertinggi.

i. Falsafah agama Hindu seperti keagungan kepada dewa-dewa

Hindu sebagai makhluk yang menduduki tempat yang mulia dan

tinggi. Misalnya Dewa Agni dalam Hikayat Seri Rama , penjaga api

telah menyelamatkan Sita Dewi daripada hangus terbakar.

ii. Unsur sayembara untuk mendapatkan isteri. Contoh Seri Rama

terpaksa mengadu kecekapan bermain panah sebelum berjaya

mendapatkan Sita Dewi

Page 24: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

iii. Unsur Sakti seperti senjata sakti, panah sakti, binatang-binatang

sakti seperti gajah, kijang dan burung jentayu

iv. Unsur falsafah pengajaran Hindu seperti unsur Karma dan

Darma, pembalasan kepada yang melakukan kejahatan, kejayaan

akan dicapai setelah mengalami berbagai-bagai kesusahan dan

kesengsaraan.

PERANAN / FUNGSI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU

Sastera Hikayat berunsur Hindu ini memainkan peranan yang

tersendiri.Ia berperanan sebagai menghiburkan masyarakat pada

ketika itu. Selain itu, ia menjadi tempat untuk mendidik masyarakat

dan menjadikannya sebagai pengajaran. Ini supaya masyarakat

mendapat iktibar kepada mereka. Sebagai contoh, mereka yang

membuat kejahatan akan mendapat hukuman yang setimpal

dengan perbuatan mereka. Manakala mereka yang berbuat baik

akan mendapat balasan baik.

1. Sebagai ‘alat hiburan’.

Sastera Hikayat ini memainkan peranan sebagai alat penghibur

kepada masyarakat.Ia mengisahkan tentang kecantikan, kehebatan,

keperwiraan watak wira dan wirawati. Cerita ini selalunya berakhir

dengan ‘happy ending’.Oleh sebab itu, masyarakat dapat

menikmatinya dengan rasa gembira.

2. Sebagai alat “ escapism”.

Cerita ini mempunyai unsur-unsur kesaktian. Disebabkan kerana

cerita-cerita hikayat berunsur Hindu ini berunsur khayalan, dewa

dewi, unsur-unsur kesaktian dan ajaib, boleh ‘merehatkan’ atau

Page 25: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

melupakan seketika segala masalah-masalah yang dihadapi oleh

masyarakat.

3. Sebagai ‘ alat pendidikan moral’.

Cerita sastera hikayat selalunya memberi pengajaran kepada

masyarakat dan ia kaya dengan unsur-unsur moral. Unsur-unsur

moral positif seperti ‘yang baik akan mendapat kemenangan, yang

jahat akan menerima balasan setimpal dengan perbuatannya dan

menjadi contoh teladan.Ia juga sebagai menyedarkan masyarakat

tentang balasan yang akan diterima jika berbuat baik ataupun

sebaliknya.

4. Dapat memberi gambaran kehidupan masyarakat Melayu

tradisional terutama di istana-istana raja Melayu kerana

kemewahan, kehebatan dan sebagainya.

SASTERA HIKAYAT ZAMAN PERALIHAN HINDU-ISLAM

Hikayat Hindu Islam iaitu hasil-hasil kesusasteraan Melayu yang

terdapat Zaman Peralihan iaitu bermulanya pengaruh Islam di alam

Melayu yang masih tebal dipengaruhi oleh unsur-unsur pengaruh

Hindu.Zaman ini adalah dikenali sebagai Zaman Peralihan.

Pengaruh yang utama bertapak di alam Melayu ialah kebudayaan

Hindu, iaitu sejak abad pertama masihi.Tetapi apabila Islam mula

bertapak, sedikit demi sedikit menghakis pengaruh Hindu dalam

budaya masyarakat Melayu.Walaupun masyarakat Melayu

terpengaruh dengan Islam tetapi pengaruh Hindu itu masih lagi di

amal oleh orang Melayu hingga pada masa ini.

Pendapat professor M. Taib Usman mengatakan pengaruh Hindu

berakhir abad ke 17, di mana Islam berkembang di Acheh.

Page 26: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Kemasukkan Islam ini bermula dengan jawi, asalnya dari tulisan

Arab.Dengan ini sastera bentuk lisan berubah corak kepada bentuk

tulisan.Tulisan jawi ini hanya dikalangan ulama-ulama

sahaja.Merekalah yang menghasilkan sastera Melayu lama dan

membuang sedikit demi sedikit pengaruh Hindu.Dengan perubahan

sedemikian terdapatlah kesusasteraan yang bercampur aduk iaitu

Hindu dan Islam.

CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT ZAMAN HINDU ISLAM

Ciri-ciri Hikayat Hindu Islam dapat kita lihat dari segi tema, isi cerita,

watak dan perwatakan, gaya bahasa dan bentuk.

1. Tema

Tema dan motif hikayat-hikayat masih dibelenggui dengan unsur

cerita Hindu.Iaitu terdapat motifnya tentang pengembaraan,

menyelamatkan kekasih dan sebagainya. Kalau dinilai tidak banyak

perubahan dari segi temanya dengan Hikayat Hindu yang sering

membawa tema pengembaraan, percintaan., dewa-dewi , kesaktian

dan sebagainya.

2. Isi cerita

Dari segi isi cerita pula tidak banyak perubahan daripada isi cerita

yang terdapat dalam hasil-hasil karya dalam zaman Hindu.Isi cerita

masih terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian permulaan

atau peristiwa sebelum pemgembaraan yang menceritakan tentang

asal usul watak utama, latar keluarga dan tempat serta tentang

sebab-sebab watak keluar mengembara.

Page 27: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Bahagian kedua merupakan bahagian yang terpanjang iaitu kisah

mengenai pengembaraan watak utama, meliputi kisah watak utama

menghadapi berbagai-bagai kesusahan dan halangan.Berlaku

pergaduhan, percintaan, menunjukkan kehandalan dan

kebijaksanaan bermain senjata serta mengambil masa yang lama

dalam mengembara.

Bahagian ketiga ialah kisah akhir cerita, menceritakan kejayaan

yang dicapai oleh watak utama dan berakhir dengan ‘happy

ending’, di mana watak jahat berjaya dikalahkan, watak utama

bahagia dengan kekasihnya.

3. Watak dan perwatakan

Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik dan watak

jahat.Watak baik adalah daripada kalangan anak raja, mempunyai

sifat keistimewaan dan kelebihan yang tertentu.Memiliki alat

senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan watak

utama berjaya dalam mencapai hajat dalam masa

pengembaraan.Dari segi peranan watak tidak berubah.

Perubahan hanya jelas pada nama-nama watak contohnya, terdapat

gabungan dan penyesuaian nama-nama watak Hindu dengan nama-

nama watak Islam.

Contoh

Nama Puteri Nurulain dalam Hikayat Berma Syahdan yang

mengisahkan puteri Nurulain bercinta dengan seorang raja yang

bernama Maharaja Asmara Gangga. Nama Puteri Nurulain adalah

nama Islam manakala nama Maharaja Asmara Gangga pula ialah

nama Hindu.

Page 28: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Perwatakan watak juga terdapat unsur Islam seperi pemaaf, berbudi

bahasa dan lain-lain.

4. Dari segi Judul Cerita

Cerita-cerita atau hikayat dari zaman peralihan ini memakai dua

nama iaitu nama Hindu dan nama Islam. Misalnya Hikayat si Miskin

juga dikenali sebagai Hikayat Marakarma, Hikayat Syah Nobat

dikenali sebagai Hikayat Syah al-Kamar dan sebagainya.

Contoh

Karya-karya yang terkandung dalam hasil-hasil sastera zaman

peralihan ini ialah:-

1. Hikayat Si Miskin atau Hikayat Marakarma.

2. Hikayat Serangga bayu atau Hikayat Ahmad Muhammad.

3. Hikayat Indera Jaya atau Hikayat Bikrama Datia Jaya.

4. Hikayat Syah Nobat atau Hikayat Syah al-kamar.

5. Hikayat Berma Syahdan

6. Hikayat Parang Puting

7. Hikayat Putera Jayapati

8. Hikayat Inderaputera / Hikayat Shahi Mardan

5. Dari segi Unsur / Pengaruh:

Unsur-unsur Hindu seperti penggunaan latar alam kayangan,

pertapaan, peranan ahli nujum, unsur kesaktian, pengembaraan

dan sebagainya masih dikekalkan Bagaimana pun beberapa unsur

Hindu seperti kepercayaan kepada dewi dewi telah digantikan

dengan kepercayaan kepada Allah.

Contoh:

Dalam Hikayat Putera Jayapati, Raja Kalawandu percaya kepada

kekuasaan Allah dengan berdoa supaya dikurniakan seorang putera.

Page 29: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

6. Gaya bahasa

Karya-karya di Zaman Peralihan ini banyak memasukkan istilah-

istilah yang terdapat di dalam bahasa Arab-Parsi.Di mana

permulaan ayat dimulai dengan Syahdan, al-kisah, hatta, kalakian

dan sebagainya.Nama-nama Hindu pula pada alat-alat seperti,

nobat, gangga dan dewa. Terdapat juga penyebutan nama ‘Allah’.

Contoh

Dalam Hikayat Inderaputera, di dalam bab 1 ada disebut “Wa-bihi

nasta’nu billahiala” pada bahagian akhir bab pula disebut “Wallhu

a’alam bissawab, tamat al-kalam.

7. Perantaraan Tulisan

Karya-karya yang masih tebal dengan unsur pengaruh Hindu ini

ditulis/disalin dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan

Jawi daripada tulisan bahasa Sanskrit.

8. Dari Segi bentuk

Bentuk puisi Islam iaitu Syair digunakan dan bercampur aduk

dengan bahasa Sanskrit serta unsur-unsur tempatan misalnya syair

ini:

Tempat nyiur pauh janggi,

Diserang oleh Garuda Syah Peri,

Intan dinilai oleh jauhari,

Belum dikarang lagi,

Harapkan dinilai oleh jauhari.

Page 30: 248373712-Tugasan-Ekm-322-Kesusasteraan-Melayu.docx

Perkataan-perkataan seperti garuda, janggi, nyiur tidak ada dalam

perbendaharaan Islam. Ini jelas menunjukkan unsur tempatan dan

hindu dalam bentuk puisi Islam.

Bentuk hikyatat Hindu Islam juga berbentuk prosa/cerita yang

dikenali sebagai ‘hikayat’ adalah unsur pengaruh dari

kesusasteraan Arab-Parsi.Hikayat merupakan satu bentuk yang

umum dalam kesusasteraan Melayu. Karya-karya Hindu yang

diterjemahkan dalam bahasa Melayu memakai nama ‘Hikayat’,

Misalnya Hikayat Sang Boma, Hikayat Serangga Bayu, dan Hikayatr

Inderaputera.

FUNGSI HIKAYAT HINDU-ISLAM

Fungsi-fungsi yang terdapat adalah seperti berikut:-

1. Sebagai alat hiburan kerana kisah-kisah kecantikkan,

kepahlawanan wira-wirawati mempunyai hiburan di mana diakhiri

dengan happy ending.

2. Sebagai alat escapisme daripada kesibukkan, dari cerita

dewa-dewa boleh merehat sekejap atas masaalah yang dihadapi.

3. Sebagai alat pendidikan moral, seperti baik dibalas baik, jahat

dibalas jahat.

4. Dapat memberi gambaran keadaan masyarakat Melayu

tradisional pada masa itu.

BAHAGIAN C

RPH