2.5 Jenis Dan Fungsi Tisu Utama

7
2.5 Jenis dan fungsi tisu utama Sifat dan fungsi tisu haiwan

description

pjm3106

Transcript of 2.5 Jenis Dan Fungsi Tisu Utama

Page 1: 2.5 Jenis Dan Fungsi Tisu Utama

2.5 Jenis dan fungsi tisu utama

Sifat dan fungsi tisu haiwan

Page 2: 2.5 Jenis Dan Fungsi Tisu Utama

• Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk melaksanakan satu fungsi khusus.

Page 3: 2.5 Jenis Dan Fungsi Tisu Utama

• Terdapat empat jenis tisu yang berlainan pada haiwan, iaitu tisu epithelium, tisu otot, tisu penghubung dan tisu saraf.

Page 4: 2.5 Jenis Dan Fungsi Tisu Utama

Sifat dan fungsi tisu haiwanTisu Fungsi

Tisu epiteliumTerdiri daripada satu atau lebih daripada

satu lapisan selTersusun rapat di antara satu sama lain

tanpa kehadiran ruang antara selTerdapat di permukaaan luar(kulit dan

ruang mulut) dan permukaan berongga di dalam badan (rongga salur pencernaan dan peparu)

Membentuk halangan yang bersifat pelindung daripada jangkitan, kecederaan, bahan kimia, pendehidratan dan mengawal atur suhu badan

Mengasingkan sel-sel di bawahnya daripada medium di luar

Tisu epitelium mungkin mengalami pengubahsuaian dari segi struktur dan fungsi untuk membentuk kelenjar yang merembeskan jus pencernaan di dalam salur pencernaan, misalnya mukus dan enzim.

Menyerap bahan seperti makanan tercerna dan membenarkan pergerakan bahan merentasnya(misalnya penyerapan gas oksigen dan gas karbon dioksida di peparu)

Melapik sesuatu permukaan atau rongga epitelium pada kulit

Sesetengah tisu mengalami pengubahsuaian untuk membentuk kelenjar pada kulit, misalnya kelenjar peluh dan kelenjar sebum.

Page 5: 2.5 Jenis Dan Fungsi Tisu Utama

Sifat dan fungsi tisu haiwanTisu Fungsi

Tisu ototTisu yang paling banyak di dalam badanTerdiri daripada sel otot dan gentian otot

(a)Otot licin yang membentuk dinding organ dan salur-salur di dalam badan

(b)Otot rangka yang menyambungkan tulang dengan tulang

(c)Otot kardium (otot utamabagi jantung )

Otot licin: membolehkan tindakan peristalsis melalui pengecutan dan pengenduran otot-otot di sepanjang lumen salur pencernaan

Otot rangka: mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan tulang dan anggota badan

Otot kardium: menyebabkan denyutan jantung untuk mengepamkan darah ke seluruh badan

Page 6: 2.5 Jenis Dan Fungsi Tisu Utama

Sifat dan fungsi tisu haiwanTisu Fungsi

Tisu saraf Sel asas disebut neuronTerdiri daripada jasad sel dan

gentian saraf

Menghantar impuls saraf Menyelaras dan mengawal

aktiviti badan

Page 7: 2.5 Jenis Dan Fungsi Tisu Utama

Sifat dan fungsi tisu haiwanTisu FungsiTisu penghubung Terdiri daripada beberapa jenis sel

yang terpisah antara satu sama lain tetapi terbenam dalam matriks bersama-sama dengan gentian

Contoh: darah, tulang rawan, tedon, ligamen

(a)Tisu darah

(b)Tisu tulang

(c)Tisu rawan

Bergantung pada jenis tisu, setiapnya mempunyai fungsi tertentu

Misalnya, tisu penghubung bergentian, iaitu ligamen menyambung tulang dengan tulang lain, tendon menghubungkan otot dengan tulang. Rawan tulang menutupi hujung tulang

Rawan juga didapati sebagai ceper antara vertebra.

Tulang pula terlibat dalam pembentukan rangka badan dan melindungi organ badan. Tisu ini juga membentuk sel darah merah di dalam sumsum tulang

Tisu darah seperti sel darah merah mengangkut gas oksigen dan gas karbon dioksida manakala sel darah putih berfungsi dalam sistem pertahanan badan.