2.5 keagresifan dalam sukan

17
5.5 Keagresifan Dalam Sukan

Transcript of 2.5 keagresifan dalam sukan

Page 1: 2.5 keagresifan dalam sukan

5.5 Keagresifan Dalam Sukan

Page 2: 2.5 keagresifan dalam sukan

Pelajar Sains Sukan 2014/15 SMK Zainab ( 2 ) :

Azan,Naidham,Alif,Rusdin,Mohamad,Amirul,Amilyn,Hamidah,Arrisha,Atikah,Ain,Ezzati,Shazuani,Izatu,

Idayu,Robiatun,Cikgu Adzlean

By

Page 3: 2.5 keagresifan dalam sukan

Definisi keagresifan• Menurut Baron dan Richardson(1994),

keagresifan adalah apa jua bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup dan bermotivasi untuk mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan.

• Menurut Wann(1997), keagresifan adalah satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologi ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri daripada dicederakan.

Page 4: 2.5 keagresifan dalam sukan

Jenis –jenis keagresifan

Keagresifan ketara

Keagresifan instrumental

Keagresifan asertif

Page 5: 2.5 keagresifan dalam sukan

Perbandingan dan contoh jenis Keagresifan ketara , Keagresifan instrumental dan

Keagresifan asertif

Page 6: 2.5 keagresifan dalam sukan

Keagresifan Ketara(KK)

• KK merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada perasaan marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain serta niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan atau kecederaan, ganjarannya adalah dengan melihatnya cedera dengan tindakan tersebut.

Sebagai contoh, seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan). Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan. Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.

Page 7: 2.5 keagresifan dalam sukan

Keagresifan Instrumental(KI)• KI merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat mencederakan atlet lain dengan matlamat

kecederaan atlet tersebut akan memberi faedah kepada pasukannya.

• Tindakan tersebut dianggap ‘instrumental’ bagi mencapai matlamat pasukannya.

• Sebagai contoh, tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain. Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.

• Perlu ditegaskan di sini bahawa kedua-dua jenis tindakan agresif di atas sebenarnya salah serta tidak boleh diterima dalam konteks sukan. Ini kerana niat untuk mencederakan pemain pasukan lawan masih ada sedangkan tindakan ini bersalahan dengan peraturan mana-mana jenis sukan. Penggunaan strategi ini khususnya di peringkat profesional perlu dibenteras kerana tindakan pemain profesional ini lazimnya akan menjadi ikutan pemain muda.

Page 8: 2.5 keagresifan dalam sukan

Keagresifan Asertif(KA)

• Tindakan KA kebiasaannya kita lihat sebagai taktikal sesebuah pasukan.

• Namun ia seringkali disalah erti sebagai mencederakan dengan niat. Contohnya, tackle dalam permainan ragbi.

• Penggunaan istilah asertif jarang digunakan dalam konteks sukan.

• Jika berlaku sebarang kecederaan semasa tindakan asertif ini, ia tidak dikira sebagai agresif yang melampau kerana terdapat sukan yang dibenarkan bagi tindakan agresif ini. Contohnya ragbi.

Page 9: 2.5 keagresifan dalam sukan

• Sebagai contoh, penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan “bersih” serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.

• Dalam situasi pertandingan, tugas untuk memastikan sama ada pelakuan itu dianggap sebagai perlakuan yang agresif atau asertif terletak ditangan pengadil. Adalah amat sukar untuk menentukan dan menilai niat seseorang pemain apabila mereka melakukan sesuatu dalam konteks permainan kerana ia berlaku dengan pantas khususnya dalam sukan yang bercorak dinamik serta kemahiran terbuka (open skills).

Page 10: 2.5 keagresifan dalam sukan

Faktor penyebab keagresifan

• Kebangkitan fisiologi– Biasanya berkait rapat dengan persekitaran khasnya suhu dan suasana

penonton.– Keadaan ini akan menyebabkan atlet akan bertindak agresif kerana

suasana kurang selesa dan merimaskan dan mudah marah.– Menurut Donnerstein dan Watson(1976), mendapati suasana bising

yang tinggi akan merangsang respons agresif atlet.

Page 11: 2.5 keagresifan dalam sukan

• Persepsi individu– Keagresifan akan meningkat jika terdapat

pemain yang merasakan diri mereka akan menerima asakan kasar dari pemain lawan.

– Secara tidak langsung persepsi ini akan mencetuskan tindakan yang lebih agresif jika pertembungan berlaku antara kedua-dua pemain.

Page 12: 2.5 keagresifan dalam sukan

• Perbezaan mata/Jaringan

Menurut Cox(1999), semakin besar perbezaan mata/jaringan, maka semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pasukan yang ketinggalan.

Page 13: 2.5 keagresifan dalam sukan

• Lokasi perlawanan• Tindakan atau permainan yang agresif

akan lebih banyak ditonjolkan oleh pemain tuan rumah jika mendapat sokongan penonton atau penyokong.

Page 14: 2.5 keagresifan dalam sukan

• Keputusan pertandingan– Pasukan yang biasanya ketinggalan atau

tidak lagi berpeluang untuk memenangi perlawanan akan lebih agresif.

– Keadaan ini berbeza dengan pasukan yang mendahului kerana mereka akan bermain secara selamat dengan melengahkan perlawanan, keadaan inilah yang menyebabkan kekasaran akan berlaku.

Page 15: 2.5 keagresifan dalam sukan

• Penggunaan dadah– Kesan dadah dalam sukan juga

mempengaruhi keagresifan seseorang atlet.

– Hal ini disebabkan sebarang tindakan mereka adalah bawah sedar kerana kesan pengambilan bahan terlarang tersebut.

Page 16: 2.5 keagresifan dalam sukan

Kesan pendekatan agresif terhadap individu dalam sukan

• Dalam sukan agak sukar untuk mengurangkan atau menghapuskan sifat agresif.• Ini kerana setiap pasukan atau atlet yang terlibat mempunyai matlamat

tersendiri dalam acara sukan.• Kesan boleh dilihat melalui 3 aspek iaitu :

1.Individu – Mengalakkan sikap agresif dalam permainan dan menjadi role model

kepada atlet lain.– Menjadikan sikap agresif ini sebagai taktikal pasukan setiap kali menghadapi

perlawanan.– Akan wujud jurulatih yang mengalakkan sikap agresif ini diterapkan dalam

taktikal permainan.– Memberi motivasi– Mendisiplin atlet dengan sikap yang betul

Page 17: 2.5 keagresifan dalam sukan

2. Masyarakat• memisahkan penyokon pasukan• Membuat pemeriksaan terhadap penonton

3. Global. Media tidak menyalahgunakan peranannya sebagai penyampai

informasi maklumat