265620213 Laporan Dialog Prestasi
-
Upload
saravana-kumar-balakrishnan -
Category
Documents
-
view
316 -
download
25
description
Transcript of 265620213 Laporan Dialog Prestasi
LAPORAN RUMUSAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KERUH
KOD SEKLAH : ABD 7047
BILANGAN : 1
PENGERUSI : PUAN SELVARANI A/L MUNIANDY (Guru Besar)
HADIR BERSAMA : TIADA
TEMPAT : Bilik Guru
TARIKH : 14 APRIL 2015
MASA : 2.30 PETANG – 5.00 PETANG
AGENDA :
Pembentangan “Headcount” Murid Tahun 6 & Perbincangan Intervensi
Nama Pembentang : Puan Selvarani A/P Muniandy
Tajuk Pembentangan : Perbezaan Pencapaian Murid Tahun 6 antara Ujian Diagnostik dengan Ujian Bulan Mac 2015
1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi1.1 Puan Selvarani memulakan perjumpaan dengan mengucapkan salam dan ucapan terima
kasih kepada guru-guru yang hadir.1.2 Puan Selvarani memberitahu bahawa Dialog Prestasi perlu diadakan di sekolah bertujuan
untuk guru-guru mengetahui perkembangan pencapaian murid dari semasa ke semasa.
2.0 Ucapan Guru besar2.1 Cik.Anuratha memaklumkan bahawa setiap Dialoq Prestasi yang diadakan di sekolah,
pelaporannya mestilah di hantar ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk di nilai.2.2 Beliau juga memberitahu, isu-isu yang dibincangkan dalam Diakog Prestasi dikhususkan
kepada pencapaian akademik murid.2.3 GPS bagi Ujian Bulan Mac yang telah disemak oleh pihak PPD adalah 3.08. Hal ini telah
meletakkan SJKT Keruh berada dalam Zon Merah.2.4 Beliau mengingatkan supaya guru-guru mengenal pasti kelemahan murid serta
menyegerakan langkah-langkah intervensi yang perlu diambil untuk memperbaiki kelemahan murid dari semasa ke semasa.
3.0 Pembentangan Pencapaian Murid 3.1 Perbezaan GPS keseluruhan bagi Ujian Diagnostik dengan Ujian Bulan Mac adalah masing-
masing 3.08 dan 2.92. Ini bermakna pencapaian murid meningkat dan GPS terkumpul mengecil sebanyak 0.16.
3.2 Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, pada Ujian Diagnostik GPS terkumpul sebanyak 3.50 manakala bagi Ujian Bulan Mac GPS terkumpul ialah 3.40. Ini bermakna berlaku sedikit peningkatan dan GPS terkumpul mengecil sebanyak 0.10.
3.3 Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas Pemahaman, pada Ujian Diagnostik GPS terkumpul sebanyak 2.75 manakala bagi Ujian Bulan Mac GPS terkumpul ialah 2.50 Ini bermakna berlaku sedikit peningkatan dan GPS tekumpul mengecil sebanyak 0.25.
3.4 Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas Penulisan pada Ujian Diagnostik GPS terkumpul sebanyak 2.80 manakala bagi Ujian Mac GPS terkumpul sebanyak 2.85. Ini bermakna GPS terkumpul menurun dan meningkat sebanyak sebanyak 0.05.
3.5 Bagi mata pelajaran Sains, pada Ujian Diagnostik GPS terkumpul sebanyak 3.08 manakala bagi Ujian Bulan Mac GPS terkumpul ialah 3.05 . Ini bermakna berlaku sedikit peningkatan dan bacaan GPS terkumpul mengecil sebanyak 0.03.
3.6 Bagi mata pelajaran Matematik, pada Ujian Diagnostik GPS terkumpul sebanyak 3.01 manakala bagi Ujian Bulan Mac GPS terkumpul ialah 2.75. Ini bermakna berlaku sedikit peningkatan dan bacaan GPS terkumpul meningkat sebanyak 0.25.
4.0 Intervensi4.1 Encik Saravanakumar menyatakan bahawa penyediaan langkah intervensi amat penting
kerana ia dapat membantu guru dan murid untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada murid dengan segera.
4.2 Intervensi yang disediakan nanti perlu didokumentasikan dan disediakan fail khusus.4.3 Guru-guru berkongsi secara ringkas tentang langkah-langkah intervensi yang telah di ambil.4.4 Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Puan Selvarani memberi pendekatan menyediakan
perkatan Bahasa Melayu untuk diterjemahkan oleh murid ke dalam Bahasa Inggeris.4.5 Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Cik Anuratha memberi pendekatan kepada murid
dengan memberi latihan membina dan menyalin karangan. Bagi menjawab soalan bahagian A dan C kertas penulisan, Cik Niwasini telah membiasakan murid menggunakan formula-formula ringkas yang akan memudahkan mereka menjawab soalan tersebut.
4.6 Bagi mata pelajaran Matmematik, Encik.Saravanakumar telah menghidupkan susasana Bijak Sifir dan setiap daripada murid perlu menyediakan buku sifir masing-masing. Sebelum kelas bermula murid-murid perlu menyiapkan sifir dengan pantas. En.Pushparaja juga akan menyoal secara rawak semasa P&P dan juga di luar waktu P&P.
4.7 Encik Saravanakumar mencadangkan kepada Puan Monica supaya memghidupkan suasana Bijak Sifir semasa perhimpunan pagi. Pilih dua orang murid tahun 6, minta mereka membuat persediaan untuk membaca sifir pada perhimpuanan pagi pada minggu hadapannya.
4.8 Cik Niwsini sebagai guru tahap 1 turut memberi kerjasama sebagai guru berpengalaman dalam membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
5.0 Penutup5.1 Puan Selvarani menangguhkan Dialog prestasi sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan
kelak.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
SARAVANAKUMAR A/L BALAKRISHNAN PUAN SELVARANI A/P MUNIANDYSetiausaha, Guru besar,SJK(T)KERUH SJK(T)KERUHPengkalan Hulu Pengkalan Hulu