26.7.2012 Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

11
PERSELISIHAN PENDAPAT MENGENAI BILANGAN AYAT & SEBAB MEMBAWA KEPADA PERSELISIHAN

description

mengenai perselisihan bilangan ayat al-quran dan sebab berlakunya perselisihan ini

Transcript of 26.7.2012 Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

Page 1: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

PERSELISIHAN PENDAPAT

MENGENAI BILANGAN AYAT

& SEBAB MEMBAWA

KEPADA PERSELISIHAN

Page 2: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

Ilmu ini dibincang secara mendalam oleh ulama, dan ilmu ini diberi nama Ilmu

Fawasil.

Fawasil ialah satu ilmu yang membahaskan tentang surah dan bilangan ayat al-Quran secara khusus dari segi bilangan ayat bagi

satu-satu surah, hujung setiap ayat (ra’su al-ayah), dan permulaan ayat. Mafhum Matan di atas ialah keterangan-keterangan berkenaan sanad-sanad Imam-imam Fawasil yang telah

ringkaskan seperti jadual di bawah:

Page 3: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

Menurut Al-Dani, ijmak dalam menghitung ayat

Al-Quran berjumlah 6600 ayat tetapi

terdapat perselisihan tentang berapa jumlah

ayat yang lebih daripada jumlah

tersebut.

Page 4: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

Pendapat ulama’ bagi jumlah ayat Al-

Quran• Ulama’ Madinah – 6214 ayat• Ulama’ Bashrah – 6210 ayat• Ulama’ Kufiah – 6217 ayat• Ulama’ Syam – 6226 ayat• Ibn Abbas – 6616 ayat

Page 5: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

• Hitungan jumlah ayat Al-Quran yang paling tepat ialah hitungan yang disahkan oleh ulama’ Al-Azhar yang diketuai oleh Hafni Bek Nashif pada

Malik Fuad ialah :

6236 ayat

Page 6: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

SEBAB MEMBAWA KEPADA PERSELISIHAN

Pendapat 1:Rasulullah S.A.W kadang-kadang berhenti

ketika membaca Al-Quran di awal ayat sebagai satu pengajaran kepada sahabat

tentang awal ayat sehingga mereka mengetahui hal tersebut lantas

rasulullah menyambung pula bacaan tersebut kerana kesempurnaan makna. Oleh itu, sebagian sahabat menyangka

tempat yang disambung bacaan tersebut bukan al-fasil dan menganggap ia

sebagai satu ayat dan sebahagian lain beranggap ia ayat yang lain.

Page 7: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

Pendapat 2:

kesungguhan al-Salaf al-Soleh sendiri iaitu para sahabat ra yang hidup bersama-sama dengan Nabi saw, yang mereka ini sering memerhati, melihat dan mengambil kira

semua gerak-geri, pertuturan, dan pendirian Nabi saw.

Nabi saw sendiri mengaku akan kesungguhan mereka dalam berpegang

dengan agama Islam seperti sabda Baginda saw :

"Sebaik-baik umatku adalah kurun yang aku diutuskan kepada mereka, kemudian kurun

yang berikutnya ".( Riwayat Muslim dalam sahihnya, hadis ke-

2534)

Page 8: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

• :: bahawasanya merekalah orang yang bersungguh dalam menjelaskan

bilangan ayat-ayat al-Quran dan huruf-hurufnya. Sukanya mereka

mengira-ngira ayat al-Quran ketika dalam solat. Sibuk mengira-ngira dengan jari-jemari mereka ketika

solat akan berapa ayat yang sudah dibaca oleh Nabi saw atau mereka

sendiri ketika solat malam dan sebagainya kerana anjuran dari Nabi saw supaya mereka meraih sebanyak

mungkin pahala membaca dengan bilangan tertentu.

Page 9: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

Berkata Abdullah bin Umar ra :

"Sesiapa yang membaca ketika malam sepuluh ayat maka dia tidak

ditulis dari al-ghofilin (golongan pelupa), dan sesiapa yang membaca seratus ayat maka dia ditulis dari al-

qonotin (golongan yang taat dan khusyuk), dan sesiapa yang membaca dua ratus ayat maka dia ditulis dari al-fa izin (golongan yang berjaya)."(Riwayat al-Darimi hadis ke-3457).

Page 10: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

Berkata Tamim al-Dari dan Fadholah bin 'Ubaid :

"Sesiapa yang baca lima puluh ayat pada waktu malam maka dia ditulis dari golongan al-hafizin (golongan yang menghafaz)".(Riwayat al-Darimi hadis ke-3447).

Dan sabda Baginda saw :"Dan sesiapa yang membaca pada waktu malam lima ratus hingga seribu ayat maka untuknya satu qintor (dari pahala) di Hari Akhirat kelak". Mereka bertanya : "Apa dia qintor?" Maka Sabda Baginda : "Dua belas ribu".(Riwayat al-Darimi hadis ke-3459).

Page 11: 26.7.2012   Perselisihan Pendapat mengenai bil. ayat dan sebab

Oleh kerana hal demikian, haloba yang bersangatan para sahabat ra dan umat Islam selepas itu mengira-ngira dengan jari-jemari

mereka di dalam sembahyang untuk mengetahui bilangan

ayat yang sudah dibaca demi meraih pahala yang telah

dijanjikan.