27 Ogos 2007/14 Syaaban 1428 Edisi Keempat MERENTASI ... WIM IV-4.pdf · Meneruskan wadah...

4
Meneruskan wadah komunikasi dan bertukar fikiran secara terarah dan sistematik untuk semua warga kerja di pelbagai peringkat. (SNT) 2007. Pemikiran se- dang digiat untuk merancang penerbitan buku-buku untuk 5 tahun akan datang melibat- kan pelbagai pihak terma- suk asatizah yang berminat dan berkebolehan. Di samping itu, kita juga telah secara aktif mengorak pelba- gai langkah untuk meningkat- kan prestasi dari segi instruk- sional, penilaian dan peperik- saan, penyelidikan dan pem- bangunan, sumber manusia dan latihan, pentadbiran dan kewangan. Kita bersyukur kerana banyak usaha berjaya dan mendatangkan kebaikan, alhamdulillah. Ini adalah masa untuk kita melalui proses anjakan paradigma dan melakukan sesuatu yang berbeza dari biasa dalam pen- didikan khususnya. Apakah persiapan kita dalam merentasi lautan biru luas terbentang? Antara lain, be- berapa bengkel kemahi- ran terkini telah diikuti oleh pengurusan seperti Apprecia- tive Inquiry (AI), Neuro Lin- guistic Programming (NLP) dan coaching. Kemahiran- kemahiran ini mungkin dapat melengkapkan diri kita den- gan kebijaksanaan mubaligh separuh masa. Secara am sambutan dan perkemban- gan positif. Pada tahun hadapan, kita berhasrat untuk mengadakan Di- ploma Perguruan Pendidi- kan Islam (DPPI), insya Allah. Pengajian peringkat pos-menengah secara am adalah kritikal untuk me- warnai pendidikan Islam di peringkat rendah dan juga pemikiran masyarakat. Kita berjaya menyediakan e-pendidikan sejak 2005, yang membolehkan penga- jian ugama yang merentasi tempat dan masa serta melibatkan para waris se- cara aktif. Ini bermakna, belajar ugama boleh dilaku- kan sepanjang masa dan bukan separuh masa. Kini lebih dari 4,000 anak-anak KBK 1 - 6 boleh manfaat- kan e-pendidikan di mana- mana. Pada tahun hadapan, kita akan mengenalkan e- pendidikan untuk KBR pula yang ada elemen audio dan sedikit animasi, in- sya Allah. Kita harus men- gotimumkan potensi teknologi pendidikan dalam proses pengajaran- pembelajaran ugama. Kita sudah juga berjaya menyiapkan buku-buku teks ugama yang lengkap dari pra-sekolah, rendah dan menengah. Kita ber- syukur kerana ini adalah satu pencapaian yang ber- jaya dilakukan buat julung kalinya, alhamdulillah. Siri buku lengkap ini akan terus direviu agar kualiti dapat terus dipertingkat- kan. Lebih 50 asatizah kita sudah berjaya mengikuti Forum Penulis Asatisah (FPA) pada tahun 2006 dan 2007 dan digalak untuk menulis artikel, cerpen, khutbah serta menyertai Sayembara Novel Temasek MERENTASI LAUTAN BIRU LUAS TERBENTANG Oleh Encik Abdullah Othman Edisi Keempat 27 Ogos 2007/14 Syaaban 1428 WADAH INTEGRASI MINDA IV ATURCARA MAJLIS Ucapan Pengerusi Majlis WIM IV oleh Ust Hasbi Ahmad Saiful Bahri Ucapan Pengerusi WIM IV oleh Ust Ahmad Dahlan Hj Ibrahim Ucapan Wakil LPA oleh Enc Abdullah Othman Pembentangan 1: Maklum Balas Buku KBK & KBM dan Garis Pandu Persia- pan Slaid KBM/KBRL oleh Ukht Khaafizah Md Hanif & Usth Ruhaidah Munir Pembentangan 2: Dapatan Sesi Fokus Cordova/Andalus oleh Usth Aishah Pembentangan Bengkel NLP & AI oleh Ukht Farhanah, Usth Fifiazlina & Ukht Nur Hafidhzah Pembentangan 3: Pembentangan Kewangan Andalus/Cordova oleh Ukht Junaidah Shafie & wakil Andalus/Cordova Penutup & Bersurai Dapatan Maklum Balas Majlis WIM IV oleh Ust Hasbi Ahmad Saiful Bahri Semangat mubaligh Islam yang menyebarkan ugama Islam di Nusantara pada ku- run ke 10 -11 Masihi harus kita kaji dan fahami. Mereka bersusah-payah merentasi lautan dan daratan untuk ke sini dari Hadaramaut dan India untuk menyampaikan mesej Islam kepada bangsa Melayu (yang pada masa tersebut masih lagi belum faham dan anuti ugama Is- lam). Hasilnya mereka berjaya dan orang-orang Melayu rata- rata berugama Islam sehingga kini untuk selama lebih dari 1,000 tahun. Apakah rahsia kejayaan mereka dan bagai- mana kita boleh mempelajari dan manfaatkan pengalaman mereka? Warga kerja di An- dalus, Al-Zuhri, Cordova dan Darul Andalus harus me- warisi semangat dan kebijak- sanaan para mubaligh masa silam tetapi dalam konteks masakini. Kita harus kenal sejarah kita dengan baik dan betul; fahami selok belok berurusan dengan pelbagai pihak dari pelbagai segi untuk menjayakan misi dan visi yang dicita-citakan berse- suaian dengan persekitaran kontemporari. Kita sudah mengorak be- berapa langkah baru dan kini terdapat beberapa natijah yang positif, alhamdulillah. Buat julung-julung kalinya, kita berjaya mengasaskan sebuah Al-Zuhri sejak tahun 2001, sebagai sebuah institut pengajian Islam sepenuh masa peringkat pos- menengah. Sekarang Andalus dan Cordova sudah men- gorak langkah untuk men- yediakan pengajian diploma Isi Kandungan Merentasi Lautan Biru Luas Terbentang 1 Maklum balas buku KBK & KBM 2 Kegiatan Ko-Kurikulum 3 Yuran Tertunggak 3 Muhasabah: Memperbaiki Mutu Perkhidmatan Melalui Sesi Kumpulan Fokus 4 zaman silam di samping ilmu, kemahiran dan pen- galaman sedia ada. Kita berusaha dan berdoa bahawa setiap usaha kita adalah dengan niat yang bertepatan, di atas lan- dasan yang betul dan mendatangkan manfaat kepada semua, di dunia dan di akhirat, insya Allah. “Bertanyalah kepada orang-orang yang berpengetahuan sekiranya kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl, ayat 43)

Transcript of 27 Ogos 2007/14 Syaaban 1428 Edisi Keempat MERENTASI ... WIM IV-4.pdf · Meneruskan wadah...

Meneruskan wadah komunikasi dan bertukar fikiran secara terarah dan sistematik untuk semua warga kerja di pelbagai peringkat.

(SNT) 2007. Pemikiran se-dang digiat untuk merancang penerbitan buku-buku untuk 5 tahun akan datang melibat-kan pelbagai pihak terma-suk asatizah yang berminat dan berkebolehan.

Di samping itu, kita juga telah secara aktif mengorak pelba-gai langkah untuk meningkat-kan prestasi dari segi instruk-sional, penilaian dan peperik-saan, penyelidikan dan pem-bangunan, sumber manusia dan latihan, pentadbiran dan kewangan. Kita bersyukur kerana banyak usaha berjaya dan mendatangkan kebaikan, alhamdulillah. Ini adalah masa untuk kita melalui proses anjakan paradigma dan melakukan sesuatu yang berbeza dari biasa dalam pen-didikan khususnya.

Apakah persiapan kita dalam merentasi lautan biru luas terbentang? Antara lain, be-berapa bengkel kemahi-ran terkini telah diikuti oleh pengurusan seperti Apprecia-tive Inquiry (AI), Neuro Lin-guistic Programming (NLP) dan coaching. Kemahiran-kemahiran ini mungkin dapat melengkapkan diri kita den-gan kebijaksanaan mubaligh

separuh masa. Secara am sambutan dan perkemban-gan positif. Pada tahun hadapan, kita berhasrat untuk mengadakan Di-ploma Perguruan Pendidi-kan Islam (DPPI), insya Allah. Pengajian peringkat pos-menengah secara am adalah kritikal untuk me-warnai pendidikan Islam di peringkat rendah dan juga pemikiran masyarakat.

Kita berjaya menyediakan e-pendidikan sejak 2005, yang membolehkan penga-jian ugama yang merentasi tempat dan masa serta melibatkan para waris se-cara aktif. Ini bermakna, belajar ugama boleh dilaku-kan sepanjang masa dan bukan separuh masa. Kini lebih dari 4,000 anak-anak KBK 1 - 6 boleh manfaat-kan e-pendidikan di mana-mana. Pada tahun hadapan, kita akan mengenalkan e-pendidikan untuk KBR pula yang ada elemen audio dan sedikit animasi, in-sya Allah. Kita harus men-got imumkan potens i teknologi pendidikan dalam proses pengajaran-pembelajaran ugama.

Kita sudah juga berjaya menyiapkan buku-buku teks ugama yang lengkap dari pra-sekolah, rendah dan menengah. Kita ber-syukur kerana ini adalah satu pencapaian yang ber-jaya dilakukan buat julung kalinya, alhamdulillah. Siri buku lengkap ini akan terus direviu agar kualiti dapat t e r u s d i p e r t i n g k a t -kan. Lebih 50 asatizah kita sudah berjaya mengikuti Forum Penulis Asatisah (FPA) pada tahun 2006 dan 2007 dan digalak untuk menulis artikel, cerpen, khutbah serta menyertai Sayembara Novel Temasek

MERENTASI LAUTAN BIRU LUAS TERBENTANG Oleh Encik Abdullah Othman

Edisi Keempat 27 Ogos 2007/14 Syaaban 1428

WADAH INTEGRASI MINDA IV

ATURCARA MAJLIS

Ucapan Pengerusi Majlis WIM IV oleh Ust Hasbi Ahmad Saiful Bahri

Ucapan Pengerusi WIM IV oleh Ust Ahmad Dahlan Hj Ibrahim

Ucapan Wakil LPA oleh Enc Abdullah Othman

Pembentangan 1: Maklum Balas Buku KBK & KBM dan Garis Pandu Persia-

pan Slaid KBM/KBRL oleh Ukht Khaafizah Md Hanif & Usth Ruhaidah Munir

Pembentangan 2: Dapatan Sesi Fokus Cordova/Andalus oleh Usth Aishah

Pembentangan Bengkel NLP & AI oleh Ukht Farhanah, Usth Fifiazlina & Ukht

Nur Hafidhzah

Pembentangan 3: Pembentangan Kewangan Andalus/Cordova oleh Ukht

Junaidah Shafie & wakil Andalus/Cordova

Penutup & Bersurai

Dapatan Maklum Balas Majlis WIM IV oleh Ust Hasbi Ahmad Saiful Bahri

Semangat mubaligh Islam

yang menyebarkan ugama

Islam di Nusantara pada ku-

run ke 10 -11 Masihi harus

kita kaji dan fahami. Mereka

bersusah-payah merentasi

lautan dan daratan untuk ke

sini dari Hadaramaut dan

India untuk menyampaikan

mesej Islam kepada bangsa

Melayu (yang pada masa

tersebut masih lagi belum

faham dan anuti ugama Is-

lam). Hasilnya mereka berjaya

dan orang-orang Melayu rata-

rata berugama Islam sehingga

kini untuk selama lebih dari

1,000 tahun. Apakah rahsia

kejayaan mereka dan bagai-

mana kita boleh mempelajari

dan manfaatkan pengalaman

mereka? Warga kerja di An-

dalus, Al-Zuhri, Cordova dan

Darul Andalus harus me-

warisi semangat dan kebijak-

sanaan para mubaligh masa

silam tetapi dalam konteks

masakini. Kita harus kenal

sejarah kita dengan baik dan

betul; fahami selok belok

berurusan dengan pelbagai

pihak dari pelbagai segi untuk

menjayakan misi dan visi

yang dicita-citakan berse-

suaian dengan persekitaran

kontemporari.

Kita sudah mengorak be-

berapa langkah baru dan kini

terdapat beberapa natijah

yang positif, alhamdulillah.

Buat julung-julung kalinya,

kita berjaya mengasaskan

sebuah Al-Zuhri sejak tahun

2001, sebagai sebuah institut

pengajian Islam sepenuh

masa pe r ingka t pos -

menengah. Sekarang Andalus

dan Cordova sudah men-

gorak langkah untuk men-

yediakan pengajian diploma

Isi Kandungan

Merentasi Lautan Biru Luas

Terbentang

1

Maklum balas buku KBK &

KBM

2

Kegiatan Ko-Kurikulum 3

Yuran Tertunggak 3

Muhasabah: Memperbaiki

Mutu Perkhidmatan Melalui

Sesi Kumpulan Fokus

4

zaman silam di samping ilmu, kemahiran dan pen-galaman sedia ada.

Kita berusaha dan berdoa bahawa setiap usaha kita adalah dengan niat yang bertepatan, di atas lan-dasan yang betul dan mendatangkan manfaat kepada semua, di dunia dan di akhirat, insya Allah.

“Bertanyalah kepada

orang-orang yang

berpengetahuan

sekiranya kamu tidak

mengetahui.”

(An-Nahl, ayat 43)

Meneruskan wadah komunikasi dan bertukar fikiran secara terarah dan sistematik untuk semua warga kerja di pelbagai peringkat.

Maklum balas buku KBK & KBM merupakan salah satu

proses penting dalam persiapan buku. Tujuan utamanya

ialah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu

buku-buku terbitan Darul Andalus bagi kegunaan pelajar

di madrasah separuh masa. Untuk mencapai tujuan ini,

jabatan telah mendapatkan pandangan daripada pihak

konsultan yang berkemahiran dan bertauliah. Pada masa

yang sama, jabatan juga amat mengalu-alukan pandangan

dan saranan yang berkualiti daripada pelbagai pihak

terutamanya golongan asatizah yang telah menggunakan

buku secara praktikal bagi pengajaran dalam kelas. Secara

tidak langsung, perkara ini juga memberi peluang kepada

asatizah untuk mengeluarkan idea-idea yang lebih kreatif

dan menarik.

Maklum balas buku dilakukan melalui tiga cara iaitu; secara

tulisan (melalui borang maklum balas), lisan (sesi

perbincangan) dan praktikal (melalui pemantauan

penggunaan buku). Hasil maklum balas yang dikumpulkan

akan digunakan untuk tindakan susulan bagi memperbaiki

dan mempertingkatkan mutu buku-buku secara bertahap

dan berterusan. Pandangan dan saranan yang diberikan

juga bermanfaat bagi mereviu dan mengeluarkan buku-

buku versi baru pada masa akan datang.

Maklum balas buku KBK dan KBM merangkumi tiga

aspek iaitu kesesuaian bahasa, kandungan dan juga

teknikal. Maklumat yang dikumpulkan hasil maklum balas

dari tahun 2005 hingga sekarang telah pun dirumuskan.

Beberapa tindakan susulan telah pun diambil manakala

bakinya akan dipertimbangkan kesesuaiannya.

Gambar rajah di bawah menyenaraikan beberapa tindakan

susulan bagi buku KBK dan KBM:

Secara kesimpulan, pelbagai usaha perlu difikirkan dan

dilaksanakan bagi mempertingkatkan kemahiran dalam

penulisan dan taipset agar bahan-bahan yang dihasilkan

dapat menepati tahap piawaian (standard) yang diharapkan.

Bahan-bahan pendidikan pada masa hadapan juga perlu

memanfaatkan kemudahan teknologi pada masa kini. Pada

masa yang sama, asatizah juga perlu mempertingkatkan

kemahiran dalam cara pengajaran bagi menghadapi dan

menangani cabaran pemikiran pelajar pada zaman moden

ini. Dengan mengukuhkan kedua-dua perkara ini,

pengajaran dan pembelajaran dapat dioptimumkan dan

menjadi lebih berkesan.

MAKLUM BALAS BUKU KBK & KBM

Oleh Ukhti Khaafizah Hanif

Halaman 2 Edisi Keempat

BUKU KBK 1 & 2

� menggunakan perkataan/ayat yang lebih mudah

� membetulkan kesilapan ejaan/fakta

� mengadakan apitan kamus

� mempelbagaikan kaedah soalan tugasan dalam buku kerja

� jumlah latihan dikekalkan buat masa ini

� menyediakan buku jawapan

� memperbaiki gambar dan warna kulit buku

Dalam pertimbangan: � menyediakan kemudahan ABM

� mengeluarkan buku berwarna

BUKU KBM 1 – 3

� menggunakan perkataan lebih mudah

� membetulkan kesilapan ejaan/fakta

� kandungan teks diselaraskan kepada 80 – 100 muka surat

� kandungan buku dipadatkan agar lebih terperinci daripada buku KBK

� memperbaiki kualiti gambar dalam buku

Dalam pertimbangan:

� mengumpulkan definisi perkataan sukar pada akhir muka surat

� mengadakan buku latihan bagi pelajar

� menyediakan buku panduan dan buku rujukan bagi asatizah

� menyediakan kemudahan ABM

Meneruskan wadah komunikasi dan bertukar fikiran secara terarah dan sistematik untuk semua warga kerja di pelbagai peringkat.

Sesebuah pusat pendidikan yang

menawarkan sistem pembelajaran

berkesan pasti akan memasukkan

program ko-kurikulum sebagai

pengayaan bagi pembelajaran yang

diajar di dalam kelas.

Andalus juga tidak ketinggalan

mengorak langkah dengan kegiatan-

kegiatan ko-kurikulumnya yang

men c a kup p e l b a g a i a s p e k

pendidikan dan memberi kesan yang

positif pada anak didik Andalus.

Kids Camp kegiatan ko-kurikulum

tahunan yang tidak asing lagi bagi

seluruh wargakerja. Matlamat yang

seterusnya ialah melibatkan asatizah

dalam program ko-kurikulum ini

dan dalam masa yang sama

membantu di dalam pengajaran yang

dilaksanakan di dalam kelas.

Salah satu inisiatif yang boleh

dilaksanakan ialah dengan memasukkan

kegiatan ko-kurikulum ke dalam

kurikulum dan diadakan dalam masa

pembelajaran sekaligus menjadikan

pengajaran dan pembelajaran tambah

menarik dan merangsang minat pelajar

rendah mahupun menengah.

Pandangan dan saranan asatizah

amat-amat dialu-alukan di dalam

memastikan pelaksanaan yang

berkesan lantas menyumbang

kepada kemajuan dari sudut

pendidikan dalam Andalus.

KEGIATAN KO-KURIKULUM ANDALUS

Oleh Ustazah Shahida Johari

Halaman 3 Edisi Keempat

Organisasi yang mempunyai penya-luran kewangan yang mantap akan dapat bertahan dan berkembang secara positif. Seandainya Andalus ingin bertahan di dalam perkhidma-tan ini ia harus mempunyai penyalu-ran kewangan yang cukup mantap dan prestasi yang baik. Kejayaan Andalus bergantung kepada kutipan yuran dan petugas yang berdedikasi dan bermotivasi. Dengan ini kedudukan kewangan Andalus yang bergantung kepada kutipan yuran seharusnya di beri perhatian sepe-nuhnya supaya tidak menimbulkan masalah kepada penyaluran kewan-gan. Sekiranya kutipan ini tidak ber-jalan dengan lancar serta lembab maka ia akan menjejas organisasi dan petugas secara keseluruhan dan individu.

Yuran yang tidak dapat dikutip pada masa yang ditetapkan itu akan menjadi yuran tertunggak. Yuran tertunggak ini lama kelamaan akan menjadi yuran lapok, tidak dapat dikutip dan akhirnya organisasi terpaksa menangggung kerugian. Kerjasama petugas amatlah penting dan Andalus telah membuat garispandu yang perlu diikuti oleh petugas yang terlibat dalam menangani masalah tersebut.

Apabila pendaftaran pelajar mening-kat dari tahun ketahun maka yuran tertunggak juga turut meningkat jika garispandu yang ditetapkan tidak di patuhi dengan baik. Untuk mengekang permasalahan ini Andalus telah mendapatkan khidmat pemun-gut hutang bagi membantu kutipan yuran tertunggak. Sedikit sebanyak ia telah membantu Andalus mengurang-

kan jumlah hutang lapok tetapi harus membayar komisen yang ditetapkan dalam perjanjian itu. Komisen yang dibayar adalah kos bagi Andalus, dari itu alangkah baiknya jika setiap daripada indi-vidu di Andalus dapat memainkan peranan masing-masing dengan cara yang berkesan. Ianya dapat mengurangkan kos perbelanjaan bagi Andalus dan jumlah yuran tertunggak tanpa menggunakan bantuan luar. Jika yuran tertung-gak berkurangan kecekapan petu-gas akan dihargai.

YURAN TERTUNGGAK

Oleh Ukhti Jorah & Ukhti Junaidah

Meneruskan wadah komunikasi dan bertukar fikiran secara terarah dan sistematik untuk semua warga kerja di pelbagai peringkat.

MUHASABAH: MEMPERBAIKI MUTU PERKHIDMATAN

MELALUI SESI KUMPULAN FOKUS Oleh Ukhti Ruzizah Safuan

Halaman 4 Edisi Keempat

Dalam konteks pengurusan Andalus, usaha mendapat maklum balas dilaku-kan dalam perlaksanaan sesuatu peran-cangan supaya sebarang kelemahan da-pat dikenal pasti dan diperbaiki agar kekurangan itu dijadikan pengajaran supaya tidak berlaku berulang kali.

Sesi Kumpulan Fokus adalah wadah untuk waris memberi saranan, kritikan dan maklumbalas. Sesi pertama diadakan pada tahun 2005 di empat cawangan, lapan cawangan pada tahun 2006 dan pada tahun ini pula, ia diadakan di empat cawangan iaitu Yishun, Admiralty, Tampines 1 dan Jurong West 1.

Mengikut ajaran Islam, sifat bermuhasabah sebagai penilaian diri selepas setiap amal atau perbuatan dilaksanakan. Individu yang mendambakan kebaikan dalam hidup mestilah menghiasi dirinya dengan sentiasa menghitung diri mencari dan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan dirinya bukan hanya menghitung segala kebaikan yang pernah dilakukan.

Sebagai dalil rujukan, Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud: ”Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang akan dilakukan untuk hari esok (akhirat)”. (Surah al-Hasyr ayat 18).

Muhasabah diri mempunyai beberapa kelebihan kepada individu. Jika setiap individu di Andalus sentiasa bermuhasabah dan menginsafi kesalahan dan kekurangan akan cuba merangka strategi untuk perbaiki diri agar kekurangan itu hanyalah sementara dalam dirinya. Ia boleh dilakukan jika setiap individu mengamalkan sifat mahmudah.

Hanya dengan membuka ruang komunikasi melalui pertemuan Kumpulan Fokus dan pengedaran borang Tinjauan Tahunan dapat meraih berbagai maklum balas, kritikan, saranan tidak kurang juga pujian daripada waris. Ianya akan dinilai dan disusuli dengan langkah pembetulan bagi memastikan kepercayaan waris tidak akan luntur dek rentetan

Muhasabah diri mempunyai

beberapa kelebihan kepada

individu. Jika setiap individu di

Andalus sentiasa bermuhasabah

dan menginsafi kesalahan dan

kekurangan akan cuba merangka

strategi untuk perbaiki diri agar

kekurangan itu hanyalah

sementara dalam dirinya.

keprihatinan yang tidak berkesudahan.

Jika setiap individu beriltizam untuk merealisasikan Misi, Visi dan Nilai Andalus sudah pasti natijah yang diharap akan dapat dijangkau.