29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

13
1.0 INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN MELAYU SERTA KESANNYA 1.1 Pendahuluan Sarjana dalam bidang ilmu tamadun berpendapat sesebuah tamadun tidak boleh hidup bersendirian. Oleh sebab itu, sesebuah tamadun sentiasa berinteraksi dan berhubung dengan tamadun – tamadun lain. Kewujudan interaksi ini berlaku kerana semua tamadun mengamalkan sikap toleransi yang tinggi serta saling hormat – menghormati. Sifat – sifat yang baik itu akan membuka ruang percambahan fikiran dan budaya serta dapat memperkayakan lagi tamadun berkenaan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan interaksi antara tamadun akan meninggalkan beberapa kesan dalam tamadun berkenaan, sama ada kesan negatif atau kesan positif. Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tamadun atau civilization bermaksud kemajuan atau dalam tingkat penghidupan atau peradaban. Dari bahasa Arab, perkataan tamadun atau peradaban sering dikaitkan dengan beberapa istilah seperti madaniah dan hadarah. Perkataan tamadun lahir daripada perkataan maddana yang mempunyai dua pengertian, iaitu merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota, serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Ibnu Khaldun, bapa ilmu ketamadunan dalam bukunya Muqaddimah menggunakan istilah umran untuk menerangkan konsep tamadun. Umran pada asalnya bermakna suatu tanah atau tempat yang didiami manusia yang mempunyai persediaan yang cukup bagi manusia dan keperluannya. Saiyid Qutb mendefinisikan tamadun Islam sebagai segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politk, ekonomi, dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai – nilai moral Islam. Manusia tidak akan dapat mencari satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. 1

description

interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

Transcript of 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

Page 1: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

1.0 INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN

TAMADUN MELAYU SERTA KESANNYA

1.1 Pendahuluan

Sarjana dalam bidang ilmu tamadun berpendapat sesebuah tamadun tidak boleh hidup

bersendirian. Oleh sebab itu, sesebuah tamadun sentiasa berinteraksi dan berhubung dengan

tamadun – tamadun lain. Kewujudan interaksi ini berlaku kerana semua tamadun mengamalkan

sikap toleransi yang tinggi serta saling hormat – menghormati. Sifat – sifat yang baik itu akan

membuka ruang percambahan fikiran dan budaya serta dapat memperkayakan lagi tamadun

berkenaan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan interaksi antara tamadun akan meninggalkan

beberapa kesan dalam tamadun berkenaan, sama ada kesan negatif atau kesan positif.

Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan (kebendaan dan

kerohanian) dan sopan santun. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tamadun atau

civilization bermaksud kemajuan atau dalam tingkat penghidupan atau peradaban. Dari bahasa

Arab, perkataan tamadun atau peradaban sering dikaitkan dengan beberapa istilah seperti

madaniah dan hadarah. Perkataan tamadun lahir daripada perkataan maddana yang mempunyai

dua pengertian, iaitu merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota, serta perbuatan

memperhalus budi pekerti. Ibnu Khaldun, bapa ilmu ketamadunan dalam bukunya Muqaddimah

menggunakan istilah umran untuk menerangkan konsep tamadun. Umran pada asalnya bermakna

suatu tanah atau tempat yang didiami manusia yang mempunyai persediaan yang cukup bagi

manusia dan keperluannya. Saiyid Qutb mendefinisikan tamadun Islam sebagai segala bentuk

kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan,

politk, ekonomi, dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai – nilai

moral Islam. Manusia tidak akan dapat mencari satu etika tamadun jika tidak mempunyai

masyarakat yang bermoral.

1

Page 2: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang

digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia

Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu – Indonesia

(Malay – Indonesia Achipelago), Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawa dan sebagainya.

Menurut Mohd Ghouse Nasuddin 1993, tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa

yang berasal daripada satu punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza dari

segi pengaruh alam perskitaran. Dari segi kesenian ia adalah lebih luas, merangkumi kawasan

dunia Melayu lama iaitu yang terletak di kawasan kepulauan dan benua Asia Tenggara dan

berpusat di kerajaan – kerajaan Srivijaya, Majapahit, Melaka dan Kedaram. Manakala, dalam

keadaan geopolitik, sekarang dunia Melayu lama merangkumi Malaysia, Brunei, Indonesia, Thai

Selatan, sebahagian Kemboja dan Selatan Filipina.

Tamadun Islam merupakan penghayatan Islam sebagai sebuah cara hidup (way of the

life) yang menyeluruh. Berbeza daipada tamadun – tamadun dunia yang lain, kelahirannya tidak

disebabkan faktor – faktor material. Perkembangannya bermula dengan turunnya ayat al – Quran

kepada Nabi Muhammad S.A.W pada abad ke – 7 Masihi. Baginda menjadi role model kepada

seluruh umat Islam dalam pengembangan tamadun Islam sehingga kini agar pembinaan tamadun

yang gemilang hendaklah berasaskan kepada penghayatan Islam itu sendiri. Kemajuan tamadun

Islam tidak terbatas hanya pada kemajuan kebudayaan semata – mata, malahan ia merupakan

kemajuan yang serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia

yang lain kerana ia meletakkan al – Din sebagai asas yang membentuk tamadun berbanding

dengan tamadun lain yang diasaskan oleh manusia.

2

Page 3: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

1.2 Konsep interaksi dalam konteks perkembangan tamadun

Interaksi secara mudahnya memberi maksud hubungan, pertemuan, komunikasi dan lain – lain

yang berlaku dalam kelompok, masyarakat dan seterusnya negara. Ini bermaksud interaksi antara

peradaban, bukanlah merujuk kepada interaksi antara tamadun itu sendiri, tetapi secara realitinya

merujuk kepada interaksi antara individu atau masyarakat yang mana individu atau masyarakat

tersebut mewakili sesuatu peradaban (tamadun).

Tiada peradaban yang tulen secara mutlak iaitu tiada tamadun yang wujud dan

berkembang secara ekslusif iaitu bergantung kepada faktor dalaman semata – mata. Pengalaman

dan penerimaan daripada peradaban yang lain melalui proses interaksi tamadun adalah proses

yang biasa dalam pembinaan sesebuah peradaban, misalnya dalam proses pembinaan. Tamadun

Melayu dapat dikesan melalui beberapa aspek seperti aspek fizikal, aspek agama, aspek bahasa,

aspek pakaian, aspek makanan, gaya hidup dan sebagainya. Aspek – aspek ini merujuk kepada

proses interaksi yang berlaku dengan tamadun atau peradaban luar.

Peradaban mempunyai jenis – jenis interaksi yang tersendiri. Jenis – jenis interaksi antara

peradaban ialah interaksi fizikal, interaksi teologi dan agama, interaksi sains dan teknologi dan

interaksi budaya. Interaksi fizikal ialah merujuk kepada hubungan yang berlaku dalam aspek

biologi antara kaum. Ia berlaku di sepanjang sejarah manusia. Kemudian, menerusi interaksi

toelogi dan agama, ramai berpendapat bahawa agama adalah satu sistem yang tertutup. Dari satu

segi, ia memang benar kerana terdapat agama yang unik yang hanya dapat dipraktikkan oleh

bangsa tertentu sahaja misalnya agama Shinto (Peradaban Jepun). Di samping itu, interaksi sains

dan teknologi merupakan unsur yang paling ketara dalam mana – mana peradaban. Contohnya

Peradaban Hidu yang kaya dalam bidang sains dan falsafah, sebahagian ideanya dalam aspek ini

adalah hasil interaksinya dengan tamadun China. Selain itu, interaksi budaya merupakan

interaksi yang paling jelas terlihat pada mana – mana tamadun. Interaksi budaya meliputi

pelbagai aspek kehidupan seperti makanan, pakaian, senibina, seniukir, muzik dan sebagainya.

3

Page 4: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

Selain itu, setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat – sifat, pencapaian serta

keunikan yang tersendiri. Namun demikian, ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan

tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun.

Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Ia berlaku di

sepanjang sejarah. Interaksi antara tamadun ini berlaku melalui proses yang tertentu dan juga

pelbagai toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan

tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya

percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai

aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yang

akhirnya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara tamadun berlaku disebabkan pelbagai

faktor.

4

Page 5: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

1.3 Faktor yang mempengaruhi interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun Islam.

Interaksi antara tamadun tidak akan berlaku tanpa adanya faktor – faktor yang membolehkannya

berlaku. Terdapat beberapa faktor yang membawa berlakunya proses interaksi antara tamadun

antaranya ialah :

Perkembangan agama Islam

Tamadun Islam berkembang di Alam Melayu melalui perkembangan agama Islam.

Perkembangan agama Islam berlaku secara aman kerana rantau Melayu telah lama dikenali oleh

pedagang – pedagang Islam sejak abad pertama Hijrah (abad ke – 7 M). Ini dibuktikan oleh

rekod Cina yang melaporkan telah terdapat sebuah kerajaan Isalm yang dikenali sebagai Ta –

shih di sekitar Sumatera Utara yang mempunyai hubungan dengan Tamadun Cina pada tahun

650M. Sebahagian besar pedagang Islam pada masa tersebut dipercayai datangnya dari Yaman,

iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat dalam perdagangan. Di samping itu, selain kedatangan

Islam dari Tanah Arab terdapat dua lagi teori kedatangan Islam iaitu dari Cina dan India.

Geografi

Melalui kedudukan yang strategik kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan antara Timur

dengan Barat, beberapa tamadun telah bertembung dan berinteraksi. Antaranya ialah interaksi

yang berlaku di Kepulauan Melayu. Kedatangan Islam ke gugusan Melayu telah memberikan

dampak yang mendalam terhadap kebudayaan atau cara hidup di kawasan tersebut. Selain itu,

kedudukan Kepulauan Melayu yang lebih terbuka kawasan geografinya (laluan perdagangan)

menjadi lebih terbuka sifatnya dalam orientasi ketamadunannya. Ini akan menyebabkan mereka

lebih terdedah kepada tamadun luar. Kerajaan Srivijaya dari kurun ke – 7 hingga ke – 11

merupakan kerajaan maritim Melayu yang terpenting dan telah mendominasi seluruh pesisir laut

di utara dan barat Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Jawa Barat serta perairan Selat

Melaka dan Sunda.

5

Page 6: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

Perdagangan

Perdagangan merupakan antara kaedah penting di dalam memperkembangkan Islam. Ini kerana,

hanya dengan bantuan aktiviti perdagangan sahaja yang memungkinkan Islam yang berasal di

sebuah wilayah yang jaraknya beribu – ribu batu dari Alam Melayu mampu berkembang.

Meskipun jalan darat juga mempunyai peranan besar dalam melihat kedatangan Islam, namun ia

masih kecil berbanding pengaruh yang dapat dimainkan oleh perdagangan serta laluan laut.

Perdagangan yang berlangsung antara masyarakat Arab dengan Alam Melayu yang berlaku sejak

sebelum Islam turut berkembang semasa zaman Islam. Alam Melayu yang mempunyai sejumlah

hasil yang penting dalam perdagangan menjadi tarikan utama kepada pedagang – pedagang Arab

ini. Malah dalam menjalankan aktiviti pedagangan, pedagang – pedagang Arab terutamanya dari

Hadramaut turut menjalankan aktiviti menyebarkan Islam. Ini kerana Islam itu sendiri

merupakan agama yang bersifat dakwah dan penyebaran Islam merupakan satu tugas setiap

penganutnya. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika diperhatikan bahawa kebanyakan tapak

awal Islam di Alam Melayu adalah juga merupakan pelabuhan – pelabuhan utama seperti

Melaka, Aru, Perlak dan sebagainya.

Ekonomi

Faktor perdagangan secara jelas berkaitan dengan kepentingan ekonomi. Tamadun yang terlibat

dengan perdagangan, sikap mereka lebih terbuka kerana memperoleh pengalaman berinteraksi

dengan tamadun lain. Di Asia Tenggara, misalnya salah satu perkara yang membawa keagungan

dan kemasyhuran sesebuah tamadun ialah kepesatan perdagangan. Pada zaman Melaka (1400 –

1511), perdagangan merupakan perkara penting yang membawa kegemilangan tamadun Melayu

Melaka. Pedagang dari pelbagai pusat perdagangan seperti India, Arab, Siam, Kepulauan

Melayu, Cina, Burma dan tempatan telah berkunjung ke Melaka untuk menjalankan aktiviti

perdagangan mereka. Kemakmuran perdagangan ini membawa Melaka ke mercu kegemilangan

dan dihormati oleh kerajaan sekitarnya.

6

Page 7: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

Faktor perkahwinan

Faktor ini telah merujuk kepada perkahwinan yang berlangsung antara kalangan pedagang dan

ulama’ Islam yang datang ke alam Melayu dengan wanita – wanita tempatan. Ini kerana, sebagai

pedagang atau ulama’, kehadiran mereka tidaklah diiringi oleh kaum wanita sehingga

menyebabkan mereka memilih untuk berkahwin dengan wanita tempatan di kawasan – kawasan

yang mereka pilih untuk menetap. Oleh kerana kalangan pedagang ini merupakan mereka yang

dihormati serta mempunyai kekayaan yang besar, maka masyarakat tempatan sering sahaja tidak

menolak apabila urusan perkahwinan ingin dilangsungkan, malah ia secara tidk langsung telah

meningkatkan kedudukan sosial sesebuah keluarga tersebut di kaca mata masyarakat setempat.

Perkahwinan antara seorang raja yang telah memeluk Islam dengan anak raja yang tidak Islam

turut memperkembangkan Islam. Ini kerana, perkahwinan tersebut mestilah dilangsungkan di

dalam keadaan Islam.

Faktor politik dan penaklukan

Faktor politik dan penaklukan turut menjadi antara faktor penting di dalam melihat pekembangan

Islam di Alam Melayu. Antara contoh yang paling jelas ialah penguasaan Melaka ke atas

beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Perak, Pahang dan sebagainya

hingga sering sahaja dikatakan bahawa Islam di Perak dibawa dari Melaka

7

Page 8: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

Peranan ahli – ahli sufi

Kalangan pendakwah merupakan antara pihak yang mempunyai tanggungjawab utama di dalam

mengembangkan agama Islam di Alam Melayu. Golongan ulama’ ini bukan sahaja memiliki

pelbagai ilmu Islam bahkan mereka amat bertakwa kepada Islam serta mempunyai keperibadian

serta karisma yang mulia sehingga mampu menarik pengaruh masyarakat setempat. Pendakwah

yang juga kebanyakannya merupakan ahli sufi menjalankan usaha penyebaran Islam dan telah

meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kerajaan – kerajaan Islam Melaka, Acheh, Demak

dan sebagainya. Di Melaka, antara yang penting termasuklah Sheikh Ismail, Syed Abdul Aziz,

Maulana Abu Bakar, Maulana Ishak, Maulana Yusuf dan Sidi Arab. Di Acheh pula muncul

Hamzah Fansuri, Samsudin al – Sumatrani, Nurudin Raniri, Abdul Rauf Singkel dan sebagainya.

8

Page 9: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

1.4 Kesan positif Tamadun Islam dalam Tamadun Melayu

Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan di mana bangsa

Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu – Buddha. Mereka percaya kepada Tuhan Yang

Maha Esa, hormat – menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf.

Kedatangan dan penerimaan agama Islam telah menghasilkan beberapa ciri utama dalam

tamadun Melayu, misalnya mengenai sistem politik dan pentadbiran, sistem pemerintahan

empayar Uthmaniyah telah diperkenalkan dan meletakkan sultan sebagai ketua negara dan ketua

agama Islam.

Mengenai sistem pendidikan, perkembangan ilmu pengetahuan dan pandangan semesta

ternyata agama Islam telah membawa perubahan dan pembaharuan kepada tamadun Melayu dan

istana dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan, terutamanya agama Islam.

Semua golongan tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat dan mempelajari

ilmu pengetahuan. Kesannya, muncullah golongan intelektual, terutama alim ulama’ yang telah

menghasilkan tulisan mereka, terutama karya – karya berbentuk keagamaan yang disampaikan

dalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera kitab.

Kedatangan Islam memberi jiwa yang baharu dan besar kepada kebudayaan Melayu

khususnya bahasa Melayu. Kedatangan pengaruh Islam menjadikan bahasa Melayu kaya dan

mampu digunakan untuk membahas perkara – perkara yang ilmiah seperti falsafah (yang tidak

pernah berlaku pada masa sebelum kedatangan Islam sekalipun pengaruh Hindu cukup kuat

bertapak pada kebudayaan Melayu pada ketika itu). Kehadiran ilmu Tasawuf, hukum dan undang

– undang, penterjemahan al – Quran (misalnya, Abdul Rauf al – Fansuri menterjemahkan al –

Quran buat pertama dalam bahasa Melayu pada abad ke – 17 M), perbahasan ilmu Hadis, ilmu

Hadis, ilmu fekah dan berbagai – bagai ilmu lagi. Ringkasnya, kedatangan Islam menjadikan

bahasa Melayu mampu untuk digunakan bagi membahas perkara – perkara yang bersifat

intelektual.

9

Page 10: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

Interaksi antara Tamadun Islam dan Tamadun Melayu telah turut mempengaruhi bidang

seni bina terutamanya seni bina masjid. Bentuk kubah potong bawah adalah pengaruh seni bina

Arab dan Parsi. Oleh kerana Islam di Asia Tenggara dikatakan datang daripada beberapa daerah

yang berbeza, maka Tamadun Islam tidak hanya membawa unsur seni bina Arab, tetapi juga

bentuk seni bina China dan India. Malah bangunan masjid yang dibina juga mempertahankan ciri

– ciri seni bina tempatan. Contohnya, di Tanah Melayu, terdapat masjid yang mempunyai

bumbung berbentuk limas potong perak. Ciri – ciri seni bina Islam turut mempengaruhi , batu

nisan, makam dan kubur – kubur. Batu nisan merupakan karya seni Islam terawal yang masuk ke

alam Melayu. Antara batu nisan yang menampakkan pengaruh Islam ialah batu nisan Syeikh

Abd al – Qakir bertarikh 903 (Kedah). Kesenian batu nisan dan makam dapat dilihat juga pada

bentuk dan hiasannya. Misalnya batu nisan Maulana Malik Ibrahim berbentuk badan kapal

terbalik yang menggambarkan pengaruh Parsi. Hiasan tulisan ayat – ayat al – Quran

membuktikan kemahiran pengukirnya dalam seni khat Arab. Tulisan syair – syair Parsi atau pola

hiasan dedaun juga menyamai gaya Parsi.

Seterusnya, kesan interaksi lain ialah aktiviti ekonomi bercorak agrarian seperti

pertanian, perikanan, penternakan dan sebagainya yang bergantung kepada alam, masih lagi

berlangsung selepas kedatangan Islam. Kedatangan Islam turut meningkatkan aktiviti

perdagangan di kalangan masyarakat Melayu. Seiring dengan itu, lahirlah pasar serta kota

bersifat antarabangsa di mana terdapat aktiviti perdagangan oleh pedagang Asing dari Arab,

Parsi, Cina, India dan sebagainya. Perdagangan yang dulu dilakukan sebagai barter dan mata

wang semakin berkembang. Sistem mata wang diguna pakai secara meluas sesuai dengan

perkembangan aktiviti perdagangan bersifat antarabangsa pada masa tersebut.

Disamping itu, tulisan Melayu – Arab atau biasa disebut tulisan Jawi meresap ke dalam

kebudayaan Melayu. Dengan tulisan ini, bahasa Melayu dapat ditingkatkan, sementara hasil –

hasil kebudayaan Melayu zaman dahulu dapat dirakamkan sehingga kita dapat menyaksikannya

sampai sekarang ini. Bahkan, karya – karya Melayu lama lebih banyak dalam bentuk tulisan Jawi

daripada yang telah dirumikan.

10

Page 11: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

Pengaruh Islam yang lain di Asia Tenggara adalah dalam bidang politik, perundangan

(pelaksanaan hukum syarak) dan pentadbiran. Ini dapat disaksikan pada sistem pemerintahan

Kesultanan Melaka (1403 – 1511M). Dalam perkara ini, peranan ulama – ulama Islam sangat

penting khasnya dalam membentuk masyarakat di Asia Tenggara, selain menjadi para pemimpin

untuk menentang pencerobohan kuasa – kuasa asing, terutama daripada penjajah Barat. Ulama’ –

ulama’ inilah juga yang telah mengajar dan mendidik masyarakat serta umat Islam untuk

menegakkan maruah bangsa, mempertahankan tanah air, agama dan bangsa, di samping

menghayati ajaran – ajaran agama Islam.

Tamadun Islam turut membawa perubahan dari segi politik dan pentadbiran. Konsep

‘devaraja’ yang menjadi pegangan polotik dan lambang daulat raja – raja tempatan telah

digantikan dengan konsep ‘khalifatullah fil – ardhi’. Raja tidak lagi dianggap sebagai penjelmaan

dewa – dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan

bumi. Gelaran Raja telah bertukar kepada gelaran Sultan. Namun demikian, unsur kesakralan

Sultan yang meliputi kesucian diri Sultan serta keturunan baginda masih lagi mempunyai

pengaruh yang penting dalam masyarakat.

Islam turut mempengaruhi undang – undang. Contohnya, dalam hukum Kanun Melaka

dan Undang – undang laut Melaka. Walaupun semua tidak semua artikel – artikel dalam Hukum

Kanun Melaka yang selari dengan Islam, tetapi terdapat beberapa fasal yang mempunyai

keselarian dengan hukum Islam. Contohnya, dapat dilihat pada Fasal 8 : 2, Fasal 8 : 3, Fasal 5 : 1

dan Fasal 5 : 3 yang berkaitan dengan hukum bunuh balas. Ketelitian Hukum Kanun Melaka

dalam melaksanakan hukum Islam dapat dilihat apabila ia turut membicarakan tentang barang –

barang yang boleh dan tidak boleh diniagakan. Contohnya, dalam Fasal 30, dinyatakan larangan

menjual arak, khinzir, anjing dan tuak.

Selain daripada itu, kesan interaksi antara tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah

membawa kepada kemunculan beberapa buah kerajaan Islam tempatan seperti kerajaan Islam

Pasai, kerajaan Melaka, kerajaan Acheh, kerajaan Johor – Riau di sepanjang selat Melaka dan

lain – lain kerajaan lagi. Di samping munculnya kerajaan kerajaan Islam tempatan, pengaruh

Islam turut membawa beberapa perubahan penting kepada masyarakat Asia Tenggara

11

Page 12: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

terutamanya di Kepulauan Asia Tenggara. Perubahan – perubahan yang berlaku merangkumi

aspek – aspek kepercayaan, politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial.

Kehadiran nazam atau naban yang merupakan sejenis puisi yang dilagukan. Nazam ini

berbentuk syair yang dikarang dalam bahasa Melayu dan mengisahkan riwayat Nabi Muhammad

s .a w, para nabi Allah yang lain dan juga para sahabat Rasulullah s.a.w. dalam syair ini,

diperkatakan juga tentang ajaran ilmu tasawuf, fekah dan ibadat. Persembahannya tidak disertai

sebarang alat muzik, tetapi memerlukan kemerduan suara. Persembahan seni lagu tersebut

biasanya diadakan dalam majlis – majlis perkahwinan, berkhatan, berkhatam al – Quran dan

upacara – upacara lain yang bercorak keislaman.

Dari segi sosial, kesan interaksi antara dua – dua tamadun adalah lahirnya konsep

keadilan tanpa mengenal kedudukan atau pangkat. Islam telah memperkenalkan sistem khalifah

Islam yang adil dan sistematik. Antara kesannya, gelaran Sultan, sistem mesyuarat di kalangan

ahli – ahli yang pakar disebut sistem syura, sistem hisbah iaitu menyeru kepada kebaikan dan

mencegah kemungkaran dan termasuklah kriteria perlantikan menteri.

12

Page 13: 29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya

1.5 Kesimpulan

Tamadun sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifat

inilah yang memberi peluang kepada berlakunya interaksi antara tamadun. Interaksi antara

tamadun menghasilkan dua kesan yang penting, iaitu kesan positif atau kesan negatif. Kesan

positif memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun. Elemen – elemen atau ciri – ciri tamadun

luar yang diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian.

Sementara kesan negatif pula, seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki

tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi,

sosial dan politik. Faktor yang lebih sering menjadi penyebab kepada konflik ini ialah faktor

teologi.

Dalam interaksi antara tamadun kita juga dapati kesan yang yang terhasil daripada

interaksi itu juga tidak sama bagi kedua – dua tamadun. Bagi tamadun yang tinggi dan lebih

lama, ia lebih banyak mempengaruhi ataupun meninggalkan unsur – unsur penting kepada

tamadun yang lebih rendah. Sebaliknya, tamadun yang lebih rendah pencapaiannya akan lebih

bersifat receptive, walaupun ia turut mempengaruhi tamadun yanaag lebih tinggi. Kesan positif

daripada interaksi antara tamadun ini akan dapat memperkayakan tamadun tersbeut serta

mengelakkannya menjadi jumud, beku dan statik. Hasilnya, sesuatu tamadun yang terbuka dan

dapat mengasimilasikan pengaruh luar itu akan semakin berkembang dan melahirkan perubahan

– perubahan yang penting.

13