2a. Peranan pendidikan dalam pembangunan nasional halatuju pendidikan negara

4
Peranan pendidikan dalam pembangunan nasional halatuju pendidikan negara Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Pendidikan adalah aset penting dalam pembangunan nasional. Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam pembangunan modal insan dan juga eknomi. 1. Membentuk warganegara yang beraklak mulia dan masyarakat Malaysia yang bebas daripada gejala sosial seterusnya mewujudkan negara yang aman dan damai. Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Pendidikan membentuk para pelajar yang mempunyai kecemerlangan dari segi Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-nilai yang prograsif, Sikap mengejar kemajuan, Bakat, Bermaklumat, Daya saing yang tinggi, Patriotik. Pendidikan memupuk nila-nilai kewarganegaraaan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kebangsaan boleh dicapai. Pendidikan menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara

Transcript of 2a. Peranan pendidikan dalam pembangunan nasional halatuju pendidikan negara

Page 1: 2a. Peranan pendidikan dalam pembangunan nasional halatuju pendidikan negara

Peranan pendidikan dalam pembangunan nasional halatuju pendidikan negara

Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan

pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk

melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga

masyarakat dan negara.

Pendidikan adalah aset penting dalam pembangunan nasional. Pendidikan

memainkan peranan yang besar dalam pembangunan modal insan dan juga eknomi.

1. Membentuk warganegara yang beraklak mulia dan masyarakat Malaysia

yang bebas daripada gejala sosial seterusnya mewujudkan negara yang

aman dan damai.

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara

demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi keadilan sosial,

dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat

yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Pendidikan membentuk

para pelajar yang mempunyai kecemerlangan dari segi Pengetahuan,

Kemahiran, Nilai-nilai yang prograsif, Sikap mengejar kemajuan, Bakat,

Bermaklumat, Daya saing yang tinggi, Patriotik. Pendidikan memupuk nila-

nilai kewarganegaraaan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat

dan identiti kebangsaan boleh dicapai. Pendidikan menghasilkan insan yang

mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan

kehendak individu, masyarakat dan negara

Page 2: 2a. Peranan pendidikan dalam pembangunan nasional halatuju pendidikan negara

2. Menjana Pembangunan Modal Manusia (Human Capital)

Pendidikan adalah asas utama bagi membentuk masyarakat berpengetahuan

atau. Dasar pendidikan yang lebih liberal yang memberi peluang yang lebih

terbuka kepada semua golongan untuk mendapatkan pengetahuan dan

kemahiran perlu digubal bagi mencapai matlamat ini. Modal manusia meliputi

pengetahuan, kemahiran, kepakaran, bakat, kualiti personal, potensi dan

sebagainya.Pelaburan ke atas modal manusia merupakan satu pelaburan

yang penting kepada sesuatu masyarakat atau negara. Selain daripada

pembangunan fizikal dan ekonomi, pembangunan modal manusiamerupakan

satu kepentingan strategi dalam era k-ekonomi iaitu perubahan ekonomi

disebabkan oleh ICT. Pelaburan ke atas modal manusia juga boleh memberi

kesan langsung terhadap pembasmian kemiskinan, melahirkan tenaga mahir

dan profesional dan membentuk golongan yang berilmu pengetahuan yang

boleh menjadi penggerak kepada ekonomi.

3. Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi dan boleh menyumbang

kepada pembangunan negara.

Pekerja atau buruh merupakan satu faktor yang panting kepada pengeluaran

dankemajuan ekonomi. Buruh dalam konteks ini merangkumi tenaga kerja

profesional,mahir, separuh mahir, dan tidak mahir yang menjadi penggerak

kepada kemajuan ekonomi. Pendidikan membolehkan wujudnya tenaga kerja

yang mempunyai pengetahuan, terlatih, kreatif, inovatif, mempunyai daya

saing, mempunyai sifat - ketahanan diri, berdaya maju, produktif, berbakat,

serta berpotensi menjana pelbagai peluang pekerjaan. Mereka juga dapat

menjadi pekerja yang memberi sumbangan yang produktif kepada

pembangunan negara. Peranan pendidikan dalam era ekonomi ialah

membendung masalah pengangguran dan dapat meneroka bidang

keusahawanan berasaskan pengetahuan yang mereka miliki.

4. Membentuk golongan usahawan muda

pendidikan membentuk golongan usahawan muda yang boleh menyumbang

kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi. Peranan pendidikan ialah

mendorong minat golongan muda supaya dapat melibatkan diri secara aktif

dan progresif dalam menangani perubahan ekonomi. Pendidikan

Page 3: 2a. Peranan pendidikan dalam pembangunan nasional halatuju pendidikan negara

menyediakan rangka tindakan membentuk dan melahirkan golongan

usahawan muda yang berpengetahuan, berani mengambil risiko, berminat

memajukan diri dalam ekonomi, mempunyai semangat patriotik, sanggup

berjuang, mengambil cabaran dalam ekonomi, komited untuk mengangkat

maruah bangsa dan negara melalui kemajuan ekonomi. Membentuk

usahawan muda adalah satu strategi penting bagi membenteras kemiskinan,

menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah dan golongan

muda, Usaha ini juga dapat membangunkan semula masyarakat dalam

kegiatan ekonomi dan memastikan pcrtumbuhan mampan, pengagihan

kekayaan dan pendapatan melalui ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan

ekuati ekonomi.

5. Mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan ekonomi

Pendidikan berperanan dalam memberikan kesedaran generasi muda tentang

kepentingan ekonomi yang mempengaruhi masa depan mereka, masyarakat

dan juga negara. Kemunduran dan kemiskinan yang dialami oleh kebanyakan

negara membangun, termasuk Malaysia adalah disebabkan produktiviti yang

rendah, taraf pembangunan teknologi yang tidak cekap, tidak

berpengetahuan, tahap pendidikanyang rendah, kadar buta huruf yang tinggi,

kurang daya kreatif dan inovatif, kurang daya usaha dan ikhtiar, tahap

modenisasi yang rendah, pengurusan dan perancangan sumber manusia

sertai sumber lain kurang cekap dan kurang menguntungkan, serta

pembaziran masa dan tenaga dengan pulangan yang rendah. Dengan

melahirkan masyarakat berpengetahuan corak penggunaan tenaga dan

modal manusia akan menjadi peransang kepada pertumbuhan dan kemajuan

ekonomi. Pendidikan dan profesion perguruan juga perIu rnembentuk

warganegara yang progresif dan dapat mempengaruhi perkembangan

ekonomi yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan hidup mereka,

Pengetahuan ekonomi merupakan satudaripada keperluan pendidikan

kenegaraan. OIeh sebab itu generasi muda perlu didedahkan dan menguasai

berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran tentang ekonomi supaya mereka

dapat memainkan peranan yang konstrukcif dalam era kekonomi.