2A.koko Surat Pengesahan Penubuhan Pergerakan Unit Beruniform

download 2A.koko Surat Pengesahan Penubuhan Pergerakan Unit Beruniform

of 2

description

education

Transcript of 2A.koko Surat Pengesahan Penubuhan Pergerakan Unit Beruniform

SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN

TAMAN PERPADUAN, 31150 ULU KINTA

PERAK DARUL RIDZUAN.

KOD SEKOLAH: ABA2053

TEL: 05-5333859

Email: [email protected]

FAKS: 05-53307981 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Rujukan Tuan: SKP/21/01/P(01)

Rujukan Kami: SKP/21/01/(03)

Tarikh: 2 Februari 2015

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Perpaduan.

Melalui:

Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah Tuan,

PERMOHONAN PENGESAHAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SK PERPADUANSaya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan.2. Sukacita dimaklumkanbahawa Mesyuarat Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah Kebangsaan Perpaduan telah diadakan pada 21 Januari 2015 jam 1.00 petang di Dewan Terbuka SK Perpaduan.Mesyuarat telah memutuskan dan mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan,Senarai Aktiviti Utama,dan Senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masingt-masing sehinggalah ke tarikh Mesyuarat Agung yang pertama akan diadakan secepat mungkin.

3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah SK Perpaduan dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah SK Perpaduan ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah Pasukan Badan Beruniform dalam bidang kokurikulum di sekolah ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,No.11, Tambahan No.21, Perundangan (A): P.U.(A) 1996, bertarikh 21 Mei 1998.4. Bersama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan,Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama.5. Jasa baik pihak tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..

(EN.ABU KAMAL BIN GHAZALI )

Setiausaha,

b/p Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah,Sekolah Kebangsaan Perpaduan.s.k - Guru Penolong Kanan Kokurikulum - Fail Kelab Pencegahan Jenayah