2.Pengenalan Perniagaan

2
Pengenalan Perniagaan Saya, Harrveen Kumar telah menjalankan satu perniagaan yang membekalkan telefon bimbit berjenama Oppa, Lenova, Yokia dan Acelsmart serta aksesori telefon iaitu Alat pembesar suara Pooh. Saya telah menjalankan perniagan saya di 506-A, 2 ½ mile, Jalan Rasa 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Selain itu, saya juga menggunakan modal sebanyak RM80 000 untuk menjalankan perniagaan ini. Perniagaan ini dibantu oleh lima orang pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM1000 sebulan. Kedai saya bernama Kedai Aksesori dan Telefon Bimbit Mewah. Saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan ini supaya dapat mewarisi perniagaan yang telah dimulakan oleh keluarga saya. Bukan itu sahaja, saya membuka perniagaan ini adalah kerana telefon bimbit merupakan alatan media massa yang sangat laris kerana banyak digunakan oleh orang ramai. Seterusnya, permintaan telefon bimbit dalam komuniti kian meningkat menyebabkan pilihan telefon bimbit semakin banyak, oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membekalkan telefon bimbit kepada orang ramai. Kelebihan saya menjalankan perniagaan ini ialah ia merupakan pusat beli-belah yang kerap dikunjungi orang ramai. Oleh kerana pusat beli-belah ini baru dibuka, saya tidak mempunyai sebarang saingan dalam perniagaan. Di samping itu, saya turut menjual stok saya dengan harga yang lebih murah agar lebih mendapat sambutan. Lokasi kedai saya yang terletak berhampiran kawasan perumahan memudahkan penduduk di sini berkunjung ke kedai saya. Antara risiko yang mungkin saya hadapi ialah stok saya berkemungkinan tidak boleh dijual kerana teknologi pada masa kini kerap berubah,maka stok lama tidak lagi mendapat sambutan. Selain itu, kedai saya mungkin akan diceroboh perompak dan menyebabkan kerugian yang besar terhadap

description

akauns folio

Transcript of 2.Pengenalan Perniagaan

Pengenalan Perniagaan

Saya, Harrveen Kumar telah menjalankan satu perniagaan yang membekalkan telefon bimbit berjenama Oppa, Lenova, Yokia dan Acelsmart serta aksesori telefon iaitu Alat pembesar suara Pooh. Saya telah menjalankan perniagan saya di 506-A, 2 mile, Jalan Rasa 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Selain itu, saya juga menggunakan modal sebanyak RM80 000 untuk menjalankan perniagaan ini. Perniagaan ini dibantu oleh lima orang pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM1000 sebulan. Kedai saya bernama Kedai Aksesori dan Telefon Bimbit Mewah.Saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan ini supaya dapat mewarisi perniagaan yang telah dimulakan oleh keluarga saya. Bukan itu sahaja, saya membuka perniagaan ini adalah kerana telefon bimbit merupakan alatan media massa yang sangat laris kerana banyak digunakan oleh orang ramai. Seterusnya, permintaan telefon bimbit dalam komuniti kian meningkat menyebabkan pilihan telefon bimbit semakin banyak, oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membekalkan telefon bimbit kepada orang ramai.Kelebihan saya menjalankan perniagaan ini ialah ia merupakan pusat beli-belah yang kerap dikunjungi orang ramai. Oleh kerana pusat beli-belah ini baru dibuka, saya tidak mempunyai sebarang saingan dalam perniagaan. Di samping itu, saya turut menjual stok saya dengan harga yang lebih murah agar lebih mendapat sambutan. Lokasi kedai saya yang terletak berhampiran kawasan perumahan memudahkan penduduk di sini berkunjung ke kedai saya.Antara risiko yang mungkin saya hadapi ialah stok saya berkemungkinan tidak boleh dijual kerana teknologi pada masa kini kerap berubah,maka stok lama tidak lagi mendapat sambutan. Selain itu, kedai saya mungkin akan diceroboh perompak dan menyebabkan kerugian yang besar terhadap perniagaan. Risiko seterusnya ialah kebakaran yang boleh memusnahkan harta benda dan stok saya.