2.Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Harian

16
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5 Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun : 5 Pintar Tarikh : 16 April 2010 (Isnin) Masa : 60 minit (10.15- 11.15 Pagi ) Bilangan Murid : 28 orang Tajuk : Malaysia Negaraku Tema : Berbangga dengan identiti negara Objektif : Pada akhir pelajaran , 1. 80% pelajar dapat menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. 2. Menyatakan ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi. 3. Menulis perkataan, frasa, ayat, dan peribahasa yang terdapat dalam teks. 1

description

rph

Transcript of 2.Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

Mata Pelajaran:Pendidikan Sivik Dan KewarganegaraanTahun

:5 PintarTarikh

:16 April 2010 (Isnin)

Masa

:60 minit (10.15- 11.15 Pagi )

Bilangan Murid:28 orang

Tajuk

:Malaysia NegarakuTema

: Berbangga dengan identiti negaraObjektif

:Pada akhir pelajaran , 1. 80% pelajar dapat menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.

2. Menyatakan ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi.

3. Menulis perkataan, frasa, ayat, dan peribahasa yang terdapat dalam teks.HASIL PEMBELAJARAN:i. Menjelaskan kepentingan identiti negara

ii. Memberi sumbangan kepada negara

iii. Menunjukkan perasaan bangga dan taat setia kepada malaysiaSISTEM BAHASA

Tatabahasa :Kata tunggal, Kata bilangan, Kata adjektif, Kata sendi, Imbuhan

Kosa Kata:Sebutan dan Intonasi : PENGISIAN KURIKULUM

i. Ilmu

:Pendidikan Sivik, Sains, Kajian Tempatan

ii. Nilai Murni

:Keberanian, Kerajinan, KerjasamaSemangat Bermasyarakat

iii. Kemahiran Nilai Tambah

Kemahiran Berfikir : Mencirikan, Mengumpul maklumat.

Kecerdasan Pelbagai : Verbal Linguistik

Kontesktual : Menghubungkaitkan dan mengalami.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Pernah dan tahu

Mengenai Sains dan Teknologi Membezakan ayat topik dan ayat huraian Mengetahui maklumat asas Sains dan TeknologiBAHAN BANTU MNGAJAR Kad Imbasan Lembaran Kerja Power Point

VideLangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi

( 5 Minit)i.Guru menanyakan soalan.

Guru bertanya siapa mempunyai komputer, kereta dan telefon di rumah? Murid memberi jawapan dan menyatakan apa yang mereka ada. Guru menunjukkan kad imbasan kepada murid-murid iaitu gambar :-Kereta

-Telefon

-Komputer Guru memberitahu kepada murid-murid tajuk pembelajaran iaitu Sains Teknologi dan Reka Cipta.

BBM :Kad imbasan(Lampiran)KB

Kemahiran Berfikir

Langkah 1

(15 minit)1. Gambar dan teks Maju Sains Maju Negara.

Guru menerangkan isi berkaitan dengan Gambar dan teks Maju Sains Maju Negara . Murid diminta membaca secara mekanis teks yang terdapat pada gambar tersebut. Murid berbincang secara berpasangan perkara yang dinyatakan di dalam teks tersebut.

Murid diminta menyenaraikan perkara penting yang terdapat dalam gambar.

BBM:

Gambar dan teks Muju Sains Maju negara(Powerpoint)KB :

Mengumpul maklumat

Verbal Linguistik

Langkah 2

(10 Minit) Teknologi Teras Warisan. (Membaca Syair)

Murid dikehendaki duduk bersama pasangan yang ditentukan oleh guru.

Guru membimbing murid membaca petikan syair Teknologi Teras Warisan tersebut dengan intonasi yang betul diikuti oleh murid. Secara berpasangan, murid membaca syair tersebut dengan intonasi yang betul. Guru membincangkan tentang isi yang terdapat dalam petikan Syair.

Murid memberi sumbangsaran terhadap perbincangan tersebut. Murid diminta untuk mencari maksud rangkap yang telah digariskan.

BBM :

Syair Teknologi Teras Warisan (Lampiran)KB :

Mentafsir

Nilai :

Kerjasama.

Langkah 3( 15 Minit)

Latihan Bertulis1.Aneka pilihan dan struktur (kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.) Murid menjawab dan mengemukakan pendapat tentang sumbangan sains dan teknologi dalam setiap kehidupan dalam bentuk latihan bertulis aneka pilihan (objektif) dan struktur.

BBMSoalan

(Powerpoint)

Langkah 4(10 Minit)

Maju Sains Maju Negara.(Pengajaran Pemulihan dan Pengayaan)

Murid-murid menjawab lembaran kerja tambahan. Murid menonton video.

BBM :

Soalan Bertulis(Lampiran)Video

(Powerpoint)

Penutup

( 5 Minit)Penutup kognitif :

Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi?

Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari.

Kerja rumah : Guru memberi lembaran kerja.

KB

Merumus

REFLEKSI Berdasarkan pengajaran yang berpandukan pada rancangan pengajaran harian bertarikh 16 April 2010, terdapat beberapa objektif yang telah digariskan sebagai matlamat pengajaran saya pada hari tersebut. Antara objektifnya ialah 80% pelajar dapat menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan, menyatakan ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi dan menulis perkataan, frasa, ayat, dan peribahasa yang terdapat dalam teks.Pada bahagian set induksi ataupun bahagian ransangan bagi murid-murid, saya mengemukan soalan siapa mempunyai komputer, kereta dan telefon di rumah.Hampir 90% pelajar mempunyai peralatan tersebut. Selepas itu saya memperlihatkan kad imbasan yang mengandungi gambar kereta, komputer dan telefon. Kemudian, saya mengaitkan gambar tersebut dengan sesi pembelajaran yang akan di jalankan iaitu Sains Teknologi dan Reka Cipta. Setelah 5 minit berlalu, langkah 1 dimulakan dengan tayangan powerpoint berkaitan Maju Sains Maju Negara. Dengan menggunakan perbincangan, murid dikehendaki berbincang dan mencari isi penting yang terdapat dalam teks pada gambar tersebut. Pada pemerhatian saya, murid dapat menjelaskan tentang sesuatu isi yang dibaca dengan baik.Selepas itu langkah 2 diteruskan dengan bacaan syair, murid dikehendaki duduk bersama pasangan yang ditentukan. Saya membimbing murid membaca petikan syair tersebut dengan intonasi yang betul diikuti oleh murid. Secara berpasangan, murid membaca syair tersebut dengan intonasi yang betul. Selepas itu, saya membuat pilihan untuk memilih pelajar untuk membaca syair tersebut di hadapan kelas. Ramai murid menawarkan diri mereka untuk membaca syair tersebut dan kelas menjadi bising seketika.Kemudian, murid diminta untuk mencari maksud rangkap yang telah digariskan. Mereka dapat menunjukkan sikap kerjasama dan masing-masing mahu memberi sumbang saran dan idea mereka sendiri. Namun demikian, terdapat 2 orang pelajar yang masih belum dapat mencari maksud dengan jelas. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengesan ada pelajar yang masih gagal untuk mencari maksud bagi perkataan yang mudah.

Langkah 3 diteruskan lagi dengan Latihan Aneka Pilihan dan Struktur berdasarkan powerpoint. Hampir 80% pelajar dapat mengemukakan pendapat mereka tentang sumbangan sains dan teknologi dalam setiap kehidupan mereka. Melalui latihan ini, pelajar dapat menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan yang telah dinyatakan.Langkah 4 diteruskan lagi dengan Pengajaran Pemulihan dan Pengukuhan. Murid diberi lembaran kerja bagi mengukuhkan lagi kefahaman mereka tentang topik yang telah diajar. Hampir semua pelajar dapat membuat latihan dan menulis perkataan, frasa, dan ayat tersebut dengan baik. Saya juga menayangkan tayangan video kepada mereka. Murid memberi respon yang baik terhadap video yang ditonton kerana video tersebut berkaitan dengan Kemajuan Sains dan Teknologi.Proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung dapat dilaksanakan dengan berkesan. Saya mendapati, murid dapat mencapai semua objektif yang dirancang. Hal ini demikian, mereka boleh menjawab soalan dengan tepat dan munasabah.

Kekuatan saya dalam P&P pada hari tersebut ialah aktiviti dalam set induksi dapat menarik minat murid. Saya telah menayangkan Powerpoint Maju Sains Maju Negara kepada pelajar. Kelihatan mereka sungguh terhibur dengan persembahan tersebut. Selain itu, saya juga mengamalkan komunikasi mesra dengan mereka. Oleh itu, mereka tidak takut untuk memberi pandangan walaupun salah. Kesannya, ia banyak membantu pencapaian objektif yang dikehendaki.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam P&P pada hari ini antaranya ialah pengurusan bilik darjah yang kurang memuaskan. Hal ini, ramai murid ingin keluar ke hadapan kelas secara beramai-ramai ketika saya meminta mereka untuk membaca syair dan ia kelihatan bercelaru. Oleh itu, pada masa akan datang, saya akan cuba mengawal mereka supaya keadaan lebih tekawal.

Setelah 55 minit sesi pembelajaran berlalu, kini sampai kepada sesi penutup pembelajaran. Saya menggunakan kaedah penutup kognitif untuk mengakhiri pengajaran pada hari ini. Saya bertanya kepada murid-murid apakah yang telah dipelajari pada hari ini dan mereka memberi jawapan yang baik dan ini terbukti objektif yang dikehendaki telah tercapai. Sebelum meninggalkan kelas, saya memberi kerja rumah iaitu menulis sebuah karangan.

Anda dikehendaki menulis sebuah karangan bertajuk Kekuatan dan Kelemahan Sains Teknologi dalam kehidupan. Panjang karangan hendahlah antara 50-100 patah perkataan.Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan dapat menarik perhatian pelajar untuk menimba ilmu tentang Sains Teknologi dan Reka Cipta. Perasaan saya sangat gembira kerana dapat menyampaikan ilmu dengan sebaikknya.

KAD IMBASAN

SYAIR TEKNOLOGI TERAS WARISAN

Masa berlalu ditelan zaman,Usaha yang murni harus diteruskan,Usah biarkan kita ketinggalan,Agar tercapai segenap impian.

Zaman ini era pembangunan,Sains dan teknologi menuju kemajuaan,Untuk manusia merubah pendirian,Agar semua dapat kesenangan.Kemajuan diberi harus difikirkan,Janganlah nanti kita diperdayakan,Pelbagai kaedah hasil diciptakan ,Untuk kemudahan dan kemakmuran.

Manusia diberi akal dan nyawa,Mestilah bijak menggunakannya,Agar membangun sengenap maya,Bersyukurlah kita kepada yang esa.SOALAN BERTULIS1. Program Angkasawan Malaysia telah mula dirangka dengan matlamat untuk menghantar dua orang . ke angkasa lepas.

2. kriteria dalam pemilihan Program Angkasawan Malaysia ialah peserta perlu menjalani latihan selama ..di Rusia.

3. Antara contoh kemajuan sains dan teknologi dalam sektor berikut ialah :

a. Komunikasi : .

b. Pertanian:

c. Kesihatan:.

d. Pendidikan:.

4. Nyatakan pendapat anda tentang sumbangan sains dan teknologi dalam setiap bidang tersebut.i.

ii.

iii.

iv.

v.

5. Apakah kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia pada hari ini?

i. ii. iii. iv. v. LEMBARAN KERJAAnda dikehendaki menulis sebuah karangan bertajuk Kekuatan dan Kelemahan Sains Teknologi Dalam Kehidupan. Panjang karangan hendaklah antara 50-100 patah perkataan.

6