3. Catur

2
En passant En passant ialah perkataan Perancis yang bermaksud "sambil lalu"; pada asasnya, pemain boleh memakan bidak lawan semasa ia sedang melintas lalu bidak sendiri. Apabila bidak musuh mara dua petak ke hadapan ke baris (rank) yang sama dengan bidak sendiri yang berada lajur (file) bersebelahan, pemain boleh, pada pusingan yang berikutnya sahaja, memakan bidak tersebut seolah-olah ia cuma bergerak satu petak. Kebolehan bidak untuk bergerak dua petak pada gerakan pertamanya merupakan tambahan yang agak lambat. En passant diperkenalkan untuk mengelakkan penyalahgunaan peraturan baru ini. Dalam contoh berikut, bidak Hitam mara dua petak dan ditangkap oleh bidak Putih yang bergerak secara pepenjuru ke hadapan dan ke kanan (seolah-olah bidak Hitam berada di situ). Gerakan ini cuma boleh digunakan pada pusingan pertama pilihan ini diberikan.

description

Q

Transcript of 3. Catur

Page 1: 3. Catur

En passant

En passant ialah perkataan Perancis yang bermaksud "sambil lalu"; pada asasnya, pemain boleh memakan bidak lawan semasa ia sedang melintas lalu bidak sendiri.

Apabila bidak musuh mara dua petak ke hadapan ke baris (rank) yang sama dengan bidak sendiri yang berada lajur (file) bersebelahan, pemain boleh, pada pusingan yang berikutnya sahaja, memakan bidak tersebut seolah-olah ia cuma bergerak satu petak. Kebolehan bidak untuk bergerak dua petak pada gerakan pertamanya merupakan tambahan yang agak lambat. En passant diperkenalkan untuk mengelakkan penyalahgunaan peraturan baru ini.

Dalam contoh berikut, bidak Hitam mara dua petak dan ditangkap oleh bidak Putih yang bergerak secara pepenjuru ke hadapan dan ke kanan (seolah-olah bidak Hitam berada di situ). Gerakan ini cuma boleh digunakan pada pusingan pertama pilihan ini diberikan.

Page 2: 3. Catur

Kenaikan bidak

Sekiranya bidak berjaya mara ke baris terakhir lawan (baris terjauh dari kedudukan awalnya), bidak itu akan "dinaikkan pangkat". Apabila mencapai baris tersebut, pemain boleh memilih untuk menaikkan pangkat bidak mereka menjadi sama ada menteri, tir, gajah atau kuda. Buah terbaru itu tidak semestinya diambil dari buah yang telah dimakan lawan sebelum ini. Oleh itu, seorang pemain boleh memiliki lebih dari satu menteri dan lebih dari dua tir, gajah atau kedua. Kebiasaannya, permainan akan berakhir tidak lama selepas sebuah bidak dinaikkan pangkat, kerana ketika itu, banyak buah yang telah dimakan.