3. Dr. Azhar Harun-Kepemimpinan Guru · AMALAN KEPEMIMPINAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH Azhar Harun,...

1
AMALAN KEPEMIMPINAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH Azhar Harun, PhD Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Tel: 019-9568796 / e mel: [email protected] Ramli Basri, Ph.D Universiti Putra Malaysia e mel: [email protected] Abstrak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melalui anjakan ke-5 (Guru dan Pemimpin Sekolah) bagi mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan rakan setugas dalam gelombang ke-3 (2021 – 2025). Berdasarkan anjakan tersebut, satu kajian tentang amalan kepemimpinan guru yang membuka ruang kepada perkongsian kepemimpinan dalam kalangan guru sebagai satu bentuk baru kepemimpinan yang perlu diterokai. Justeru itu objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk pasti tahap amalan kepemimpinan guru dan seterusnya, menentukan perbezaan persepsi berdasarkan faktor demografi responden terhadap kepemimpinan guru di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik Teacher Leadership School Survey (TLSS) oleh Katzenmeyer dan Moller (2001). Responden kajian terdiri daripada 400 responden dalam kalangan guru sekolah menengah di zon timur Semenanjung Malaysia. Statistik diskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepemimpinan guru berada pada tahap yang tinggi (M = 4.13, SP = .51). Berdasarkan faktor demografi, guru pasca siswazah mempunyai persepsi yang lebih tinggi dan signifikan terhadap kepemimpinan guru berbading guru siswazah. Seterusnya faktor tempoh perkhidmatan dan tempoh berkhidmat di sekolah semasa juga yang menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap kepemimpinan tersebut. Kajian ini memberikan nilai tambah bagi memandu KPM/JPN/PPD/sekolah memantapkan kepemimpinan disemua peringkat. Berdasarkan peranan Institut Pendidikan Guru yang berperanan memberikan latihan perguruan, kajian ini mencadangkan agar institusi tersebut dapat menyediakan modul-modul latihan yang memberikan pendedahan awal kepada bakal-bakal guru tentang kepemimpinan guru untuk menghasil kepemimpinan pendidikan masa hadapan yang berkualiti dan berkesan selaras dengan aspirasi PPPM 2013 – 2025. Kata kunci: Kepemimpinan Guru

Transcript of 3. Dr. Azhar Harun-Kepemimpinan Guru · AMALAN KEPEMIMPINAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH Azhar Harun,...

Page 1: 3. Dr. Azhar Harun-Kepemimpinan Guru · AMALAN KEPEMIMPINAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH Azhar Harun, PhD Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Tel: 019-9568796 / e mel: azhar@iab.edu.my

AMALAN KEPEMIMPINAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH

Azhar Harun, PhD Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah

Tel: 019-9568796 / e mel: [email protected]

Ramli Basri, Ph.D Universiti Putra Malaysia

e mel: [email protected]

Abstrak

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melalui anjakan ke-5 (Guru dan Pemimpin Sekolah) bagi mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan rakan setugas dalam gelombang ke-3 (2021 – 2025). Berdasarkan anjakan tersebut, satu kajian tentang amalan kepemimpinan guru yang membuka ruang kepada perkongsian kepemimpinan dalam kalangan guru sebagai satu bentuk baru kepemimpinan yang perlu diterokai. Justeru itu objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk pasti tahap amalan kepemimpinan guru dan seterusnya, menentukan perbezaan persepsi berdasarkan faktor demografi responden terhadap kepemimpinan guru di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik Teacher Leadership School Survey (TLSS) oleh Katzenmeyer dan Moller (2001). Responden kajian terdiri daripada 400 responden dalam kalangan guru sekolah menengah di zon timur Semenanjung Malaysia. Statistik diskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepemimpinan guru berada pada tahap yang tinggi (M = 4.13, SP = .51). Berdasarkan faktor demografi, guru pasca siswazah mempunyai persepsi yang lebih tinggi dan signifikan terhadap kepemimpinan guru berbading guru siswazah. Seterusnya faktor tempoh perkhidmatan dan tempoh berkhidmat di sekolah semasa juga yang menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap kepemimpinan tersebut. Kajian ini memberikan nilai tambah bagi memandu KPM/JPN/PPD/sekolah memantapkan kepemimpinan disemua peringkat. Berdasarkan peranan Institut Pendidikan Guru yang berperanan memberikan latihan perguruan, kajian ini mencadangkan agar institusi tersebut dapat menyediakan modul-modul latihan yang memberikan pendedahan awal kepada bakal-bakal guru tentang kepemimpinan guru untuk menghasil kepemimpinan pendidikan masa hadapan yang berkualiti dan berkesan selaras dengan aspirasi PPPM 2013 – 2025.

Kata kunci: Kepemimpinan Guru