3 - Modul Domain Kognitif
-
Upload
faz-mza-mohamad -
Category
Documents
-
view
1.438 -
download
31
description
Transcript of 3 - Modul Domain Kognitif
DOMAIN KOGNITIF
3.0 Domain kognitif
3.1 Definisi kognitif
Dalam bidang pendidikan, terdapat tiga domain yang difokuskan untuk membantu perkembangan murid di sekolah iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran murid. Aktiviti-aktiviti mental yang dikaitkan dengan domain kognitif adalah berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Terdapat banyak teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan kognitif. Antaranya adalah Teori Pembelajaran oleh Kohler, Piaget, Gagne, Bruner dan Ausubel. Selain daripada teori pembelajaran, seorang lagi tokoh yang sangat berkaitan dengan domain kognitif adalah Bloom. Beliau mengetengahkan perkembangan pembelajaran murid secara berperingkat. Taksonomi Bloom (1959) memperlihatkan perkembangan dalam pemikiran murid kepada enam peringkat iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dalam konteks instrumen saringan domain LINUS Pendidikan Khas, domain kognitif adalah lebih berfokus kepada aras yang paling rendah iaitu pengetahuan dan kefahaman.
3.2 Masalah-masalah murid Murid yang mempunyai ketidakupayaan dalam domain kognitif sering dikenal pasti lemah dalam pengamatan. Ciri-ciri murid yang mengalami masalah pengamatan adalah;
i. Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya.
ii. Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya kepada situasi baru.
iii. Cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap.iv. Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu-buru, memberi keputusan tanpa
berfikir.v. Lemah koordinasi motor mata-tangan.vi. Ketidakbolehan membuat keputusan secara am.vii. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut serta kerana
mereka tidak dapat mengikut corak permainan ini.viii. Mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif.ix. Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat.x. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu situasi kepada
situasi yang lain.xi. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang dilakukannya.xii. Lemah dalam diskriminasi pendengaran.xiii. Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.xiv. Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang bekerjasama.xv. Mereka sering kali terlanggar alat-alat di dalam darjahnya.xvi. Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti.
3.3 Rancangan Intervensi Domain Kognitif
Bil. Kemahiran Objektif
1. Pengamatan1.1 Kemahiran mendiskriminasi objek1.2 Kemhairan mendiskriminasi bentuk1.3 Kemahiran mendiskriminasi saiz 1.4 Kemahiran menyambung titik
1.1. Murid boleh memadan objek/bentuk yang sama1.2 Murid boleh menyambung titik-titik
2. Pra Nombor2.1 Kemahiran membeza bentuk2.2 Kemahiran membeza saiz 2.3 Kemahiran menyambung titik
2.1 Murid boleh menanda haiwan yang lebih besar2.2 Murid boleh menanda objek yang paling panjang2.3 Murid boleh menanda pada bilangan yang lebih banyak2.4 Murid boleh menanda pada bilangan yang sedikit
3. Nombor3.1 Kemahiran membilang objek 3.2 Kemahiran mengenal nombor 3.3 Kemahiran memadankan objek dengan nombor3.4 Kemahiran menyusun nombor dengan urutan menaik dan menurun
3.1 Murid boleh menanda angka yang sama3.2 Murid boleh membilang objek dan menanda pada nombor yang betul3.3 Murid boleh membilang objek dan memadankan pada nombor yang betul3.4 Murid boleh mengisi nombor yang tertinggal mengikut turutan menaik dan menurun
3.4 Analisis tugasan
Objektif : 1.1. Murid dapat mengenal dan mengecam nombor 1 hingga 3 1.2. Murid boleh memadan nombor 1 hingga 3
Bil. Objektif kecil Tarikh mula Menguasai /tidak menguasai/ tarikh
1. Kenali Nombor
2. Memilih & Menyebut Nombor
3. Mengisi Stensilan Nombor
4. Memadan Nombor
5. Mewarna Nombor
Contoh Perincian Analisis Tugasan Intervensi Mengenal Nombor
Aktiviti Isi Pelajaran Aktiviti Murid CatatanAktiviti 1(5 minit)
Unsur terapi:pengamatan penglihatan, pendengaran, pertuturan
Kenali Nombor1. Guru meletakkan nombor
diatas dulang. (Satu, Dua, Tiga)
2. Guru menyebut nombor dan menunjukkan kepada murid.
1. Murid ikut menyebut nombor yang disebut oleh guru.
Nombor-nombor disediakan dalam dulang.Langkah ini dibuat berulang kali untuk peneguhan.
Aktiviti 2(10 minit)
Unsur terapi:pengamatan penglihatan &pendengaran, pertuturan,motor halus
Memilih & Menyebut Nombor1. Guru meletakan nombor
dalam dulang.2. Guru sebut nombor dan
meminta murid mengecam nombor.
3. Guru menyuruh murid mengambil nombor dan meletakkan dalam dulang dan menyusun mengikut urutan.
1. Murid menyebut nombor dan mengambil nombor dalam dulang dan meletakannya dalam raga.
2. Murid mengambil nombor dari raga dan meletakkannya dalam dulang.
3. Murid menyusun nombor mengikut urutan di dalam dulang.
Aktiviti 3(10 minit)
unsur terapi:
Mengisi Stensilan Nombor1. Guru menyediakan
stensilan nombor 1 hingga 3 dan meminta murid
1. Murid mengambil nombor 3D dan memadankan pada stensilan nombor.
motor halus memadan nombor ikut stensilan.
2. Guru meminta murid mengikut stensilan dengan jari bagi mengecam nombor.
2. Murid menyurih stensilan dengan jari dan menyebut nombor pada stensilan.
Aktiviti 4: Aktiviti Pengukuhan(5 minit)
unsur terapi:pengamatanpenglihatan,motor halus
Aktiviti Memadan1. Guru mengedarkan
lembaran kerja.2. Guru meminta murid
memadan nombor yang serupa.
3. Guru memberi arahan kepada murid untuk mewarna nombor 1, 2 dan
1. Murid memadankan nombor yang sama dalam lembaran kerja.
2. Murid mewarna nombor 1,2 dan 3 dengan warna yang dinyatakan.
Guru boleh mengubah langkah-langkah pengajaran mengikut kesesuaian dan menambah lembaran kerja atau aktiviti mengikut aras murid
3.5 Strategi Intervensi Domain Kognitif
Kaedah VAKT Kaedah ini melibatkan penggunaan pelbagai deria iaitu penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Penggunaan pelbagai deria secara tidak langsung menerapkan elemen terapi dalam pendidikan seperti pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, motor kasar, motor halus, pertuturan, terapi cara kerja.
i) Penglihatan (visual)Penglihatan murid dirangsang melalui gambar-gambar yang bergerak atau suku kata yang berwarna-warni yang disokong oleh bunyi sebutan menggunakan bahan teknologi komunikasi maklumat (TMK). Contoh-contoh aktiviti penglihatan ialah: Melihat Memerhati - berfokus menggambarkan melukis menulis membuat kolaj
ii) Pendengaran (auditori)Murid mendengar sebutan serta melihat pergerakan mulut guru. Murid menyebut perkataan tersebut. Contoh-contoh aktiviti pendengaran ialah: mendengar rakaman mendengar sebutan menyebut semula mengecam bunyi mengambil imlak
iii) Pergerakan (kinestetik)Kinestetik bertujuan untuk membolehkan murid belajar sambil bermain, belajar sambil menyanyi serta bertukar-tukar kemahiran. Contoh-contoh aktiviti pergerakan ialah: main peranan (lakonan) permainan aktiviti luar bilik darjah mereka cipta simulasi nyanyian dan gerakan
iv) Sentuhan (Taktil)Sentuhan melibatkan penggunaan organ deria sentuh seperti jari dan tapak tangan. Kaedah sentuhan dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan motor halus kerana unsur terapi diaplikasikan. Contoh aktiviti sentuhan adalah; memegang dan merasa objek, kad rajah timbul membina objek, huruf atau nombor menggunakan tali, doh memadan objek mengikut acuan menggunakan stensilan
3.6 Panduan untuk fasilitator
Slot Domain Kognitif
Masa : 2 jam
Kaedah : ceramah, perbincangan, bengkel dan pembentangan
Bahan Ceramah : Slaid power point, kertas mahjong
Objektif Sesi Latihan; Pada akhir sesi peserta kursus dapat;
i. Mengenal pasti masalah murid Pendidikan Khas dalam domain kognitif berdasarkan kes.
ii. Mengenal pasti strategi/kaedah intervensi yang boleh diguna untuk membantu murid
meningkatkan kemahiran dalam domain kognitif
iii. Merancang aktiviti intervensi
Warmer: PengamatanMasa : 10 minitArahan:
1. Fasilitator memanggil nama peserta secara rawak untuk menguji pengamatan (penglihatan/pendengaran) mereka menggunakan slaid power point (rujuk CD- D1).
Contoh:
2. Fasilitator membuat rumusan bahawa pengamatan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah murid dalam domain kognitif.
Aktiviti 1: Kenali Kes BermasalahMasa : 30 minitArahan:
1. Peserta kursus diminta duduk dalam kumpulan 5 orang ahli dan dibekalkan kertas
mahjong.
2. Peserta kumpulan dikehendaki menganalisis contoh saringan Linus Domain seorang
murid (rujuk Sampel dari Instrumen Saringan Domain Pendidikan Khas yang dibawa
oleh peserta kursus) dan senaraikan masalah domain kognitif yang dialami.
3. Peserta kursus diminta menyenarai strategi/kaedah intervensi yang boleh diguna
untuk membantu murid tersebut meningkatkan kemahiran domain kognitif yang tidak
dikuasai.
4. Fasilitator memilih kumpulan secara rawak untuk sesi pembentangan di hadapan.
5. Fasilitator membuat rumusan kepelbagai strategi/kaedah intervensi domain kognitif.
Aktiviti 2 : Aktiviti IntervensiMasa : 20 minitArahan:
1. Fasilitator mengedarkan/menayangkan contoh aktiviti intervensi mengikut kemahiran (rujuk CD – D3)
2. Fasilitator menerangkan analisis tugasan dalam aktiviti intervensi murid.
Aktiviti 3: Strategi IntervensiMasa : 60 minitArahan:
1. Fasilitator menayangkan slaid power point satu kaedah intervensi yang boleh diguna untuk membantu meningkatkan murid dalam domain kognitif.
2. Fasilitator menerangkan kaedah intervensi VAKT menggunakan slaid power point (rujuk CD – D4)
VAKTKaedah Penggunaan
Pelbagai Deria
2. Fasilitator meminta peserta masih kekal di dalam kumpulan 5 orang ahli
3. Peserta seterusnya diminta merancang satu aktiviti menggunakan kaedah VAKT bagi membantu murid yang mempunyai masalah mengenal bentuk asas. Peserta boleh menggunakan kaedah intervensi secara satu deria sahaja atau gabungan lebih daripada satu deria.
4. Setiap peserta seterusnya secara bergilir dikehendaki membentang hasil intervensi yang dirancang di hadapan.
5. Fasilitator menutup slot intervensi domain kognitif dengan membuat rumusan kaedah intervensi lain yang bersesuaian yang boleh didapati melalui internet.