3 Persoalan Tema Perutusan

10
1 MEMAHAMI SAJAK MEMAHAMI SAJAK Tema, Persoalan dan Perutusan

description

Sajak - Persoalan, Tema & Perutusan

Transcript of 3 Persoalan Tema Perutusan

Page 1: 3 Persoalan Tema Perutusan

1

MEMAHAMI MEMAHAMI SAJAK SAJAK

Tema, Persoalan dan

Perutusan

Page 2: 3 Persoalan Tema Perutusan

2

Pengenalan Pengenalan Sajak perlu dihayati dan difahami. Dibaca beberapa kali sehingga benar-benar difahami setiap patah dan baris yang ada. Setiap perkataan yang ditemui mengandungi makna yang boleh dihuraikan dengan panjang lebar. Si penyajak gemar menggunakan kata-kata yang paling ekonomis dengan makna yang luas. Maka itu, pembaca haruslah mula mentafsir dari tajuk hingga baris akhir dalam sajak. Kadang-kadang tarikh dan nama tempat yang disertakan oleh penyajak di akhir sajaknya dapat juga membantu pembaca untuk memahami dan menghayatinya dengan lebih mendalam lagi.

Page 3: 3 Persoalan Tema Perutusan

3

Persoalan Persoalan Perkara-perkara atau isu-isu sampingan yang dikemukakan oleh penjayak dalam sesebuah karya puisi/sajak. Cth: persoalan dalam cerpen, persoalan-persoalan yang dikemukakan dalam sajak menyokong tema yang dikemukakan dalam sajak tersebut.

-satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. -satu rangkap mengandungi satu persoalan.- seperti kemiskinan, kebebasan sosial, cinta remaja dsbnya.

Page 4: 3 Persoalan Tema Perutusan

4

Persoalan Persoalan

Untuk mendapatkan persoalan:

1. berikan maksud keseluruhan sajak dari rangkap ke rangkap. Setiap rangkap mempunyai persoalannya tersendiri.

2. persoalan-persoalan sajak ialah rumusan daripada kesemua rangkap sajak yang telah dihuraikan maksudnya.

Page 5: 3 Persoalan Tema Perutusan

5

Tema Tema Tema ialah persoalan pokok atau idea utama yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca melalui sajaknya. Persoalan pokok ini merupakan perkara yang menjadi fokus dalam sesebuah sajak. Tema menjadi dasar kepada karya dan menggerakkan jalan cerita atau isi sajak secara keseluruhan. Dalam sesebuah sajak atau karya, hanya terdapat SATU tema.

Page 6: 3 Persoalan Tema Perutusan

6

TemaTema

- Proses mendapatkan tema perlulah melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan.

- Biasanya salah satu daripada persoalan yang dikemukakan oleh penyajak dapat dijadikan tema sajak.

- Persoalan yang paling penting atau paling banyak diperkatakan oleh penyajak boleh disimpulkan sebagai tema.

Page 7: 3 Persoalan Tema Perutusan

7

TemaTema

- Proses mendapatkan tema dapat dilihat

seperti berikut:

Rangkap 1 → Maksud → Persoalan

Rangkap 2 → Maksud → Persoalan

Rangkap 3 → Maksud → Persoalan

Rangkap 4 → Maksud → Persoalan

TEMA

Page 8: 3 Persoalan Tema Perutusan

8

Perutusan Perutusan - Disebut juga sebagai amanat, motif atau tujuan sebenar penyair menghasilkan puisi. - Ia bersifat positif dan konstruktif atau mengarah kepada hal-hal yang baik dalam kehidupan manusia. - Perutusan pada hakikatnya dapat disebut sebagai PESANAN penting yang ingin disampaikan oleh PENYAJAK di sebalik pemikiran yang terdapat di dalamnya. - Sebagai contoh, sesungguhnya sesuatu sajak itu mengisahkan tentang pohon atau sungai tetapi ia mempunyai perutusan yang positif di sebaliknya dan menjadi amanat atau pesanan yang baik kepada pembaca.

Page 9: 3 Persoalan Tema Perutusan

9

Memberi MAKSUD atau Memberi MAKSUD atau MENGHURAI. MENGHURAI.

Memberi MAKSUD sesuatu sahaja itu TIDAK Memberi MAKSUD sesuatu sahaja itu TIDAK SAMA dengan MEMPROSA. SAMA dengan MEMPROSA. Dalam memberi maksud atau menghurai, kita Dalam memberi maksud atau menghurai, kita mempunyai kebebasan yang lebih mengikut mempunyai kebebasan yang lebih mengikut kefahaman yang diperoleh. kefahaman yang diperoleh.

Satu rangkap hendaklah dihurai dalam satu Satu rangkap hendaklah dihurai dalam satu perenggan dengan huraian yang jelas dan perenggan dengan huraian yang jelas dan terperinci. Tujuan huraian ini adalah untuk terperinci. Tujuan huraian ini adalah untuk memberikan kefahaman sebenar kepada memberikan kefahaman sebenar kepada pembaca lain. Ini bermakna memberi maksud pembaca lain. Ini bermakna memberi maksud biasanya menjadi lebih panjang daripada sajak biasanya menjadi lebih panjang daripada sajak asal ataupun daripada bentuk memprosa. asal ataupun daripada bentuk memprosa.

Page 10: 3 Persoalan Tema Perutusan

10

Memberi MAKSUD atau Memberi MAKSUD atau MENGHURAI. MENGHURAI.

Dalam keadaan sedemikian, kita hendaklah memberi makna sebenar kepada setiap kata atau istilah yang digunakan oleh penyajak. Unsur-unsur simbolik hendaklah diselesaikan dengan makna yang sebenarnya. Dengan kata lain, kita sebenarnya cuba menyampaikan mesej dalam bentuk huraian biasa yang dipindahkan daripada satu sajak atau kata-kata yang ekonomis.

Memberi maksud atau menghuraikan sesuatu sajak itu adalah lebih mencabar berbanding memprosa. Memprosakan sajak itu mudah dan ramai yang dapat memprosakan sajak dengan baik. Namun, tidak ramai yang mampu untuk menghurai atau memberi maksud sajak dengan baik.