3) SET 2 BAHASA MELAYU PT3.pdf

7
TERHAD 1 SET 2 Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B,Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A (25 markah) 1. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Berkat dorongan kedua ibu bapanya, Adam telah berjaya menempa nama dalam sukan tenis. _________________________________________________________ ii) Norehan sangat sukakan biskut yang dibuat oleh ibunya. _________________________________________________________ iii) Perlawanan bola sepak antara SMK Bestari dan SMK Taman Sari telah diadakan di Stadium Ipoh . _________________________________________________________ iv) Sikap saling bantu-membantu wajar diamalkan dalam masyarakat. _________________________________________________________ (8 markah) 2. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Ayah telah membeli insuran kereta di pejabat pos. ________________________________________ ii) Aturcara majlis perasmian Bulan Kemerdekaan Kali Ke-55 itu terpaksa diubah kerana Pengetua terpaksa menghadiri mesyuarat yang penting. ________________________________________ iii) Para peserta ekpedisi itu bertungkus lumus membina rakit walaupun hari sudah senja. _____________________________________ (3 markah)

Transcript of 3) SET 2 BAHASA MELAYU PT3.pdf

  • TERHAD

    1

    SET 2

    Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B,Bahagian C dan satu soalan

    Bahagian D.

    BAHAGIAN A

    (25 markah)

    1. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

    kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak

    perlu menyalin ayat itu semula.

    i) Berkat dorongan kedua ibu bapanya, Adam telah berjaya menempa nama

    dalam sukan tenis.

    _________________________________________________________

    ii) Norehan sangat sukakan biskut yang dibuat oleh ibunya.

    _________________________________________________________

    iii) Perlawanan bola sepak antara SMK Bestari dan SMK Taman Sari telah

    diadakan di Stadium Ipoh .

    _________________________________________________________

    iv) Sikap saling bantu-membantu wajar diamalkan dalam masyarakat.

    _________________________________________________________

    (8 markah)

    2. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

    betulkan kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

    i) Ayah telah membeli insuran kereta di pejabat pos.

    ________________________________________

    ii) Aturcara majlis perasmian Bulan Kemerdekaan Kali Ke-55 itu terpaksa diubah

    kerana Pengetua terpaksa menghadiri mesyuarat yang penting.

    ________________________________________

    iii) Para peserta ekpedisi itu bertungkus lumus membina rakit walaupun hari

    sudah senja.

    _____________________________________ (3 markah)

  • TERHAD

    2

    3. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah.

    i) Ceramah motivasi itu berjaya mengubah sikap pelajar.

    Subjek :_______________________________________

    Predikat :_______________________________________

    ii) Batu kristal yang ditemui di Gunung Kriang itu berkilau-kilauan.

    Subjek :_______________________________________

    Predikat :_______________________________________

    iii) Anak- anak gadis Pak Mail cantik sungguh.

    Subjek :_______________________________________

    Predikat :_______________________________________

    iv) Kakak menghidangkan kuih-muih kepada rakannya yang datang ke rumah.

    Subjek :_______________________________________

    Predikat :_______________________________________

    v) Rumah di tepi sungai itu hanyut akibat banjir besar.

    Subjek :_______________________________________

    Predikat :_______________________________________

    (10 markah)

  • TERHAD

    3

    4. Lihat gambar di bawah dengan teliti,kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai

    dengan gambar tersebut.

    i) ______________________________________________________

    ii) ________________________________________________________

    (4 markah)

  • TERHAD

    4

    BAHAGIAN B

    (30 markah)

    5. Baca cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    i) Mengapakah Hajah Tom tinggal bersendirian(3 markah)

    i) Mengapakah Hajah Tom tinggal bersendirian?

    (3 markah) _________________________________________________________________

    _________________________________________________________________

    ii) Petikan cerpen di atas menggambarkan sebahagian daripada nilai murni yang

    diamalkan oleh masyarakat kampung.

    Apakah nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat kampung tersebut?

    (3 markah)

    _________________________________________________________________

    _________________________________________________________________

    iii) Pada pendapat anda,bagaimanakah anda dapat membalas jasa guru?

    (4 markah)

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    Hajah Tom orang yang paling kami cintai antara semua yang ada di

    kampung kami. Semua cakapnya kami taati,melebihi perintah ibu sendiri. Kalau

    dia kata jangan,maka segera kami jauhi;kalau katanya mesti,maka cepat-cepat

    kami patuhi.

    Dia tinggal bersendirian dan kata ibu kami,sejak suaminya, Sarjan Omar,

    meninggal dunia ditembak pengganas di Gubir pada tahun-tahun komunis

    mengamuk, Si Hajah yang saat itu masih sangat muda dan belumpun setahun

    berkahwin,tinggal menjanda.Dia tak mahu mana-mana lelaki. Dia sangat kasih

    akan arwah suaminya itu.

    Kami tidak begitu faham itu semua,kecuali satu,dia guru Quran yang baik

    hati. Kalau kami datang mengaji selepas zuhur, dan dia nampak ada antara kami

    sangat lesu atau letih,maka cepat-cepat diusapnya kepala kami dan ditanyainya

    dengan mesra, Sudahkah kamu makan nasi?.Kami tidak menjawab. Orang

    miskin seperti kebanyakan kami yang membesar di kampung ini sudah lali dengan

    kelaparan.

    (Dipetik daripada cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana,Antologi Harga Sebuah Lukisan,

    Tingkatan 3,Dewan Bahasa dan Pustaka)

  • TERHAD

    5

    6. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN Shamsudin Othman

    Maka seorang pujangga pun berkata,

    "adalah dadah itu musuh utama negara adalah dadah itu perosak jiwa

    adalah dadah itu pembunuh semata-mata."

    Hari ini, angkara dadah telah mati seorang negarawan

    angkara dadah telah mati seorang seniman angkara dadah telah mati seorang olahragawan

    angkara dadah telah mati seorang jutawan angkara dadah telah mati seorang sasterawan

    angkara dadah telah mati seorang ilmuwan angkara dadah telah mati seorang wirawan.

    Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia

    kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga kau racun dalam khayal yang tidak terduga

    seperti tercatat dalam sejarah jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka

    oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara.

    Tuhan, bekalkan aku kudrat iman yang tulus

    untuk melewati lorong hidup yang penuh onak dan duri

    juga gelombang di laut masa depan dewasa mengejar cita-cita tegar memburu negara jaya.

    Sahabat segenerasiku,

    rimba di depan kita masih luas terbentang mari kita pilih jalan lurus ke syurga

    bukan lorong hitam ke neraka.

    (Dipetik daripada Antologi Harga Sebuah Lukisan,Tingkatan 3,Dewan Bahasa dan Pustaka)

  • TERHAD

    6

    i ) Apakah pesanan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam rangkap kelima sajak

    di atas ? ( 3 markah )

    _________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________

    ii ) Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.

    ( 3 markah )

    ________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________

    iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu terjebak

    dalam penyalahgunaan dadah. ( 4 markah )

    ________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________

    7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.

    Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin Kasih sayang terhadap keluarga menjadi satu persoalan yang dikemukakan dalam novel di atas. Berdasarkan persoalan tersebut, kemukakan tiga peristiwa sebagai bukti wujudnya persoalan tersebut dalam novel. (10 markah)

  • TERHAD

    7

    BAHAGIAN C (15 markah)

    8. Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah

    tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

    BAHAGIAN D (30 markah)

    9. Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

    i) Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang remaja.

    Jelaskan pendapat anda tentang kepentingan memilih rakan sebaya yang baik.

    ii) Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam memajukan

    negara namun penyalahgunaannya telah memberikan impak yang negatif terhadap masyarakat.

    Bincangkan penyataan ini.

    iii) Perpaduan merupakan unsur yang sangat penting lebih-lebih lagi bagi negara yang

    rakyatnya berbilang kaum seperti Malaysia.

    Tulis rencana tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

    Meluaskan

    pengetahuan

    Memenuhi masa lapang

    Meningkatkan kemahiran

    berbahasa

    Kelebihan

    amalan

    membaca