3 Teknik Cari Idea Tajuk eBook

7
3 teknik untuk cari idea tajuk ebook.

Transcript of 3 Teknik Cari Idea Tajuk eBook

8/13/2019 3 Teknik Cari Idea Tajuk eBook

http://slidepdf.com/reader/full/3-teknik-cari-idea-tajuk-ebook 1/7

3 teknik untuk cari idea tajuk ebook.

8/13/2019 3 Teknik Cari Idea Tajuk eBook

http://slidepdf.com/reader/full/3-teknik-cari-idea-tajuk-ebook 2/7

Pendahuluan.

Proses menulis ebook adalah lagi mudah dari proses mencari tajuk ebook untuk di

tulis. Kadangkala, yang menjadi penghalang kepada usahawan internet untuk

memiliki perniagaan ebook sendiri bukan di sebabkan tidak ada kemahiran

menulis tetapi tidak tahu hendak menulis apa.

Ebook di tulis untuk menyelesaikan masalah orang ramai. Orang ramai membeli

ebook di sebabkan mereka mahukan maklumat yang ada di dalam ebook

tersebut. Sebenarnya, anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu kemudian

anda hanya perlu menjualnya kepada mereka yang memerlukannya.

Konsepnya mudah, jual minuman pada mereka yang dahaga dan jual makanan

pada mereka yang lapar. Jual ebook pada mereka yang mahukan maklumat

tersebut. Maksudnya, anda boleh jual ebook apapun asalkan teknik pemasaran

anda bagus.

Untuk membantu anda mencari idea untuk tulis ebook, saya senaraikan tiga

teknik simple yang boleh membantu anda untuk cari idea untuk menulis ebook.

8/13/2019 3 Teknik Cari Idea Tajuk eBook

http://slidepdf.com/reader/full/3-teknik-cari-idea-tajuk-ebook 3/7

Teknik Pertama : Tulis apa yang anda tahu.

Cuba senaraikan 10 perkara atau topik yang anda tahu dan minat di dalam

kehidupan anda . Contohnya

1.  Kereta

2.  Saham

3. 

Politik4.  Motivasi

5.  Agama

6.  Memasak

7.  Hobi anda.

8.  Berkebun

9.  Meluangkan masa dengan keluarga

10. Memikat wanita.

Dari 10 perkara yang anda senaraikan itu, anda pilih tiga topik yang anda rasa

anda mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai topik tersebut. Melalui

tiga topik ini, pilih satu topik yang anda rasa, anda boleh siapkan ebook tersebut

dalam masa terdekat ini.

Contohnya, pada tapisan pertaman anda memilih tiga perkara berikut iaitu

8/13/2019 3 Teknik Cari Idea Tajuk eBook

http://slidepdf.com/reader/full/3-teknik-cari-idea-tajuk-ebook 4/7

1.  Memasak

2.  Kereta

3.  Saham

Melalui tiga perkara di atas, anda rasa topik memasak adalah topik yang anda

boleh mulakan penulisan dengan segera kerana anda hanya perlu mengambil

masa yang sekejap untuk menulis kesemua resepi yang anda tahu di sebabkan ia

berada di dalam kepala anda.

Tulis sesuatu yang paling banyak berada di dalam kepala anda. Anda tidak perlu

merujuk mana-mana buku atau bahan kajian kerana anda memang tahu. Ingat di

dalam industri ebook, anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu kerana tugas

anda hanyalah mencari sekelompok manusia yang mahukan maklumat tersebut di

Internet.

Teknik Kedua : Keadaan persekitaran.

Keadaan persekitaran juga mampu memberi anda idea untuk menulis ebook.

Dalam aktiviti seharian anda, apakah perkara yang banyak memberi masalah

kepada anda ? senaraikan masalah anda di dalam satu senarai. Contohnya,

8/13/2019 3 Teknik Cari Idea Tajuk eBook

http://slidepdf.com/reader/full/3-teknik-cari-idea-tajuk-ebook 5/7

1.  TIdak tahu dengan jelas bagaimana wang anda habis.

2.  Sangat sukar hendak mengemas rumah.

3.  Tiada masa untuk melakukan perkara yang anda minat di sebabkan

komitmen kerja.

Dari permasalahan yang anda hadapi ini, cuba anda cari satu penyelesaian bagi

satu atau dua masalah. Anda boleh cuba beberapa tips sedia ada atau anda cari

penyelesaian sendiri. Anda boleh tulis ebook berdasarkan pengalaman anda

menyelesaikan masalah yang anda ada.

Keadaan persekitaran memang boleh memberi anda idea. Teknik di atas tidak

terhad pada masalah anda sahaja, anda boleh selesaikan masalah orang lain dan

tulis ebook mengenainya.

Teknik ketiga : Melihat produk informasi yang lain.

Kadangkala apabila kita melihat produk informasi orang lain, ilham akan terdetik

di dalam minda kita bahawa anda boleh buat yang lebih baik mengenai topik

tersebut. Ketika anda membaca ebook orang lain, anda seperti rasa kekosongan

yang wujud dalam ebook mereka.

8/13/2019 3 Teknik Cari Idea Tajuk eBook

http://slidepdf.com/reader/full/3-teknik-cari-idea-tajuk-ebook 6/7

 

Melalui kekosongan inilah anda memperoleh idea untuk menulis ebook. Teorinya

mudah sahaja, anda melengkapkan ebook orang lain yang telah lengkap.

Contohnya ebook mengenai rawatan herba darah tinggi. Dari bacaan anda pada

ebook yang ada di pasaran, anda dapati penulis tertinggal beberapa herba yang

 juga berkesan dalam rawatan darah tinggi.

Jadi, anda tulis mengenai herba yang tertinggal tersebut di samping memberi

maklumat mengenai herba yang sudah ada di pasaran. Dengan penambah

baikkan ebook yang anda tulis ini, ia akan memberi kelebihan kepada anda dari

para pesaing sedia ada.

Penutup

Dengan menggunakan tiga teknik yang saya senaraikan ini, saya pasti anda akan

dapat penyelesaian bagi masalah bagaimana hendak mencari idea bagi ebook

pertama anda dan ebook-ebook seterusnya. Apabila anda sudah menemui topik

yang anda rasa anda boleh tulis, teruskan matlamat aktiviti penulisan sehingga

habis.

8/13/2019 3 Teknik Cari Idea Tajuk eBook

http://slidepdf.com/reader/full/3-teknik-cari-idea-tajuk-ebook 7/7

Jangan berhenti menulis atau cuba-cuba untuk mengubah topik. Kadangkala, di

dalam proses penulisan, perasaan ingin cepat untung telah mengkaburi minda

anda untuk memperoleh idea bagi penulisan ebook anda.

Kekal dengan matlamat anda, InsyaAllah ebook anda akan siap dan boleh di jual.