3 Tugasan 1

14
TUGASAN 1 “Sejauhmana anda berpendapat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kedua mazhab ini boleh memberi kesan ke arah perubahan tingkah laku pelajar yang dikehendaki.” Teori atau mazhab Behaviorisme ini sangat dominan dalam tahun 1950-an dan1960-an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui ‘dogsalivation-experiment’ nya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike, Watson, dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif. Aspek penting teori behaviorisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah termasuklah tingkah laku guru menimbulkan perasaan keseronokan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Bahan bantu mengajar (BBM) ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.

description

Murid dan Alam Belajar

Transcript of 3 Tugasan 1

TUGASAN 1Sejauhmana anda berpendapat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kedua mazhab ini boleh memberi kesan ke arah perubahan tingkah laku pelajar yang dikehendaki.Teori atau mazhab Behaviorisme ini sangat dominan dalam tahun 1950-an dan1960-an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui dogsalivation-experimentnya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike, Watson, dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif.Aspek penting teori behaviorisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah termasuklah tingkah laku guru menimbulkan perasaan keseronokan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Bahan bantu mengajar (BBM) ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman drama, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainyaMenurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkah laku (Behaviorisme), terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran . Berdasarkan sembilan elemen ini, jika dikaitkan dengan pengajaran topik zaman batu dalam mata pelajaran Sejarah beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas. Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer, pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai zaman batu ke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu murid-murid bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan murid-murid kepada pengetahuan mengenai zaman awal sejarah iaitu zaman batu. Guru perlu memberitahu murid-murid tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap murid-murid kelak. Selain itu, sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru itu harus merangsang murid-murid untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini. Guru juga harus mempersembahkan bahan rangsangan iaitu melalui kepingan gambar, beberapa soalan, suara guru haruslah jelas dan berintonasi, susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir, gambar rajah dan juga slaid projektor. Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu. Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari. Sebagai contoh, guru memberi tugasan kepada murid-murid tentang ciri-ciri zaman batu ataupun yang berkaitan dengan zaman air batu. IMPLIKASI TEORI BEHAVIORISME TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PEMBELAJARAN MASTERI)Perhubungan antara ransangan dengan gerak balas kerap berlaku dalam situasi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, tingkah laku kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung kepada pertalian antara peneguhan guru dan gerak balas kanak-kanak dalam bilik darjah.Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku apabila perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Melalui kaedah pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang lain, satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain (gerak balas) dapat diingatkan. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai.

Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran. Objektif hendaklah khusus. Satu objektif bagi satu langkah kecil.

Buat analisis tugasan Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil.

Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat. Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran. Susunan langkah hendaklah secara progresif/ansur maju. Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepada langkah seterusnya.

Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai. Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah laku.Teori Pengajaran Tingkahlaku dapat membantu guru untuk memerhatikan tingkahlaku seseorang pelajar, mengawal tingkah laku tersebut dan guru turut dapat mengawal tingkah laku pelajarnya. Contohnya, guru perlu memberikan rangsangan seperti memberi kata pujian atau ganjaran kepada pelajar terutamanya pelajar yang kurang minat untuk belajar. Melalui rangasangan yang diberikan, guru akan dapat memerhatikan tingkahlaku pelajar tersebut sebelum dan selepas diberikan rangsangan. Kemudian guru secara tidak langsung dapat mengawal tingkahlaku pelajar itu seterusnya guru akan dapat mengawal tingkahlaku pelajar tersebut pada kelas yang seterusnya. Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai. Berdasarkan masa: Masa tetap dan masa berubah. Berdasarkan kandungan: Nisbah tetap dan nisbah berubah.Menurut Mahmood Nazar Mohamed 1990), peneguhan positif ialah ransangan yang diberi kepada organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon Sang (2003), menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambah kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan.Berdasarkan takrifan-takrifan yang diberikan dapat kita simpulkan bahawa peneguhan positif ini merupakan suatu ransangan yang boleh menyebabkan berulangnya sesuatu tingkah laku yang dikehendaki. Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Peneguhan (reinforcement) terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga pujian yang diberikan bagi menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara berulang-ulang. Peneguhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Peneguhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah.Implikasi Skinner dalam bilik darjah ialah pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, motivasi dan lain-lain. Langkah ini memberi kesan positif apabila diberi peneguhan positif. Contohnya, dalam situasi murid dapat menjawab soalan yang telah diajukan oleh guru di dalam kelas. Murid tersebut mendapat pujian ataupun barangan alat tulis yang membuatkan murid tersebut berasa gembira dan kesan positif yang berkemungkinan berlaku, murid akan lebih bersemangat jika ada soalan yang akan datang diajukan oleh guru kelak. Manakala pelajar yang memberikan jawapan yang salah, guru boleh memberikan kata-kata semangat supaya pelajar tersebut tidak berputus asa.Ia juga menggunakan prinsip penghapusan dalam bilik darjah serta motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Manakala, implikasi Behavioris pula adalah menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan pembelajaran berikan peneguhan yang banyak ketika mewujudkan tingkah laku yang baru serta menggalakkan pelajar berdamping situasi yang menakutkan sekiranya tindakan itu tidak menimbulkan hasil yang negatif. Contohnya dalam situasi guru melakukan perkara yang disukai oleh murid bersama-sama dalam melakukan aktiviti membuat kolaj huruf. Hal ini akan meningkatkan semangat dan motivasi murid sekali gus memupuk minat murid untuk menjalankan aktiviti dalam mata pelajaran tersebut. Guru boleh memberikan peneguhan tersebut secara berterusan,berkala tetap, berkala berubah, berkala nisbah tetap ataupun secara berkala nisbah berubah.Kesan perubahan sosial terhadap orientasi tingkah laku individu dan tindak balas subsistem integrasi. Perubahan zaman mempengaruhi pola fikir, sikap, tindakan dan nilai-nilai yang dihayati masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku dalam dan terhadap masyarakat akan turut tempias dalam tingkah laku individu baik secara langsung ataupun tidak langsung.Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh itu, lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran.Peneguhan negatif pula ialah sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh individu (Mohamad Saleh Lebar, 1999). Sebagai contoh, seorang murid akan membersihkan papan hitam bagi mengelakkan dimarahi oleh gurunya dan bukan untuk mendapatkan pujian. Aplikasi hukum kesedian. Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. Sediakan situasi yang merangsangkan. Cungkil rasa ingin tahu/motivasi pelajar.Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan, boleh menghasilkan sesuatu yang menyakitkan atau yang boleh menyebabkan kurang selesa (Roediger dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008). Hukuman dibahagikan kepada hukuman persembahan (presentation punishment) dan hukuman penyingkiran (removal punishment). Aplikasi hukum latihan. Banyakkan pengulangan dan latih tubi. Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) hukum latihan sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan, perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah jika diulang-ulang. Guru perlu memberikan penekanan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang. Guru perlu memberikan latihan yang konsisten dan berterusan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka dalam pelajaran. Oleh itu,rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk kelaziman. Contohnya, seorang murid, Azmi telah menyiapkan latihan yang diberikan dengan cepat daripada pelajar lain. Jadi guru boleh memberi peneguhan dengan memberikan kata-kata pujian kepada Azmi. Hal ini akan menyumbang untuk membentuk kelaziman di mana Azmi akan lebih berusaha untuk menyiapkan latihan yang diberikan lebih awal pada kelas yang akan datang kerana dia mahukan kata-kata pujian daripada guru.Di sini merujuk kepada kaedah hafalan tetapi bukan hafalan panjang. Sebagai contoh setelah teknik atau kaedah baru dipelajari, pelajar akan menjadi lebih baik. Pertama dengan menggunakan kaedah visual seperti peta minda dan kemudiannya menghafal. Tambahan lagi kini, penggunaan ICT yang memudahkan dapat mempercepatkan proses pemahaman setiap pelajar kerana kepelbagaian pelajar yang unik membawa kepada penerimaan gaya belajar yang berbeza. Secara tidak langsung pelajar akan menjadi lebih faham dan ingat mengenai topik yang diajar. Satu bentuk perubahan tingkah laku akan terhasil kesan daripada pengulangan yang kerap. Aplikasi hukum kesan/akibat.Hukum terakhir menurut Thorndike ialah hukum kesan. Bagaimana pelajar mendapat sesuatu tindak balas setelah mempamerkan kesediaan dan hukum latihan tadi. Mengikut hukum kesan, setelah sesuatu tingkah laku diperlihatkan, diikuti dengan kepuasan seperti mendapat pujian, ia akan diulang tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan seperti ditampar oleh ibu, tingkah laku itu akan lenyap. Hukum kesan menyatakan jika satu tindakan yang mengalami perubahan mendatangkan keseronokan kebarangkalian perbuatan itu akan diulangi akan meningkat dan begitulah sebaliknya.IMPLIKASI TEORI BELAJAR HUMANISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru hendaklah membantu pelajar menentukan matlamat yang realistik.Dalam implikasi ini, guru memainkan peranan dalam membantu pelajar menentukan matlamat yang realistik selaras dengan objektif yang telah ditetapkan dalam PdP. Contohnya dalam PdP Matematik, guru haruslah menekankan kegunaan topik yang telah dipelajari dapat diaplikasikan ketika di luar kelas mahupun dalam kehidupan seharian. Guru juga boleh memberikan contoh-contoh yang realistik dalam kehidupan seharian yang berkait dengan PdP. Hal ini akan memudahkan murid memahami dan seterusnya mengaplikasi pengetahuan yang telah dipelajari dalam kehidupan. Murid-murid akan lebih berhati-hati dalam kehidupan yang berkaitan dengan matematik dan pengiraan khususnya dalam proses jual beli di kantin seterusnya meningkatkan proses kematangan murid-murid agar tidak mudah tertipu oleh penjual kantin khasnya. Guru hendaklah melibatkan pelajar dalam gerak kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif. Hal ini akan dapat membina hubungan sosial dan kemahiran emosi. Dalam implikasi guru ini, gerak kerja kumpulan merupakan salah satu kaedah PdP yang melibatkan perbincangan kumpulan yang melibatkan 2 hingga 4 orang dalam satu kumpulan. Dalam gerak kerja ini, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, membina hubungan sosial dan mengawal emosi. Contohnya dalam PdP Sejarah, guru menggunakan kaedah gerak kerja kumpulan dalam membincangkan topik tempat tinggal masyarakat zaman batu. Guru meminta murid menyenaraikan kegunaan tempat tinggal yang berlainan setiap kumpulan. Setiap ahli kumpulan mestilah berbincang dan mengemukakan pendapat masing-masing dan dicatat pada kad manila dan seterusnya dibentangkan kepada kelas. Hal ini memberi kesan kepada tingkah laku positif murid-murid yang mana murid akan lebih berani menyuarakan pendapat masing-masing dan membina kepercayaan kepada diri sendiri untuk bersuara di depan rakan sekelas. Guru bertindak sebagai fasilitator bagi perbincangan kumpulan.Fasilitator sebaiknya memberi perhatian kepada penciptaan suasana awal, situasi kelompok, atau pengalaman kelas. Fasilitator membantu untuk memperoleh dan memperjelas tujuan-tujuan perseorangan di dalam kelas dan juga tujuan-tujuan kelompok yang bersifat umum.Dia mempercayai adanya keinginan dari masing-masing siswa untuk melaksanakan tujuan-tujuan yang bermakna bagi dirinya, sebagai kekuatan pendorong, yang tersembunyi di dalam belajar yang bermakna tadi. Dia mencoba mengatur dan menyediakan sumber-sumber untuk belajar yang paling luas dan mudah dimanfaatkan para siswa untuk membantu mencapai tujuan mereka. Dia menempatkan dirinya sendiri sebagai suatu sumber yang fleksibel untuk dapat dimanfaatkan oleh kelompok.Di dalam menanggapi ungkapan-ungkapan di dalam kelompok kelas, dan menerima baik isi yang bersifat intelektual dan sikap-sikap perasaan dan mencoba untuk menanggapi dengan cara yang sesuai, baik bagi individual ataupun bagi kelompok. Penerima kelas telah mantap, fasilitator beransur-ansur dapat berperanan sebagai seorang pelajar yang turut berpotensi, seorang anggota kelompok, dan turut menyatakan pendangannya sebagai seorang individu, seperti siswa yang lain. Guru harus tetap waspada terhadap ungkapan-ungkapan yang menandakan adanya perasaan yang dalam dan kuat selama belajar. Peranan sebagai seorang fasilitator, pimpinan harus mencuba untuk mengenali dan menerima keterbatasan-keterbatasannya sendiri. Guru hendaklah menjadikan dirinya teladan dan role model kepada pelajar untuk memupuk sikap kepercayaan dan tabiat yang baik.Guru menjadikan dirinya role model kepada pelajar dari pelbagai aspek termasuklah etika berpakaian, cara berkomunikasi dan menunjukkan tingkah laku yang positif. Hal ini akan memupuk kepercayaan kepada murid dan akan ditiru dan diikuti oleh pelajarnya. Apabila guru memakai pakaian yang kemas, cantik, dan bersih tidak mustahillah murid akan suka dan menyayangi guru tersebut dan cuba untuk menampilkan diri sama seperti guru tersebut. Tingkah laku pelajar mengalami perubahan ke arah positif apabila penampilan dan tingkah laku guru dijadikan role model dalam diri para pelajar. Guru hendaklah memberi pujian dan gerak balas kepada perasaan pelajar.Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat daripada kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Menurut Pavlov (1894) setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas akan mewujudkan proses pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan menghasilkan gerak balas. Gerak balas ialah tingkah laku yang timbul kesan daripada rangsangan manakala rangsangan pula ialah tenaga yang menghasiklkan gerak balas (Pavlov, 1894).Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas.Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi pujian dan rangsangan setiap kali murid mendapat hasil yang baik , maka gerak balas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Sebagai contoh, sekiranya pelajar mendapat galakan untuk belajar subjek Sejarah dengan tekun, maka sudah pasti pelajar akan berusaha dengan lebih gigih untuk mengekalkan pujian dan rangsangan itu. Guru seharusnya peka terhadap setiap rangsangan yang telah mereka berikan kepada pelajar. Hal ini kerana penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh di atas, jikalau guru tidak memberikan rangsangan dan peneguhan kepada murid, lama-lama nanti murid tidak akan percaya dan berharap pada guru lagi maka berlakulah proses penghapusan. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Guru hendaklah menyesuaikan isi pelajaran dengan aras pemikiran, gaya pembelajaran dan keperluan pelajar.Penyesuaian isi pelajaran dengan aras pemikiran pelajar harus dititikberatkan oleh guru, begitu juga dengan gaya pembelajaran dan keperluan pelajar. Penerimaan pelajar terhadap PdP adalah berbea antara satu sama lain, jadi gurulah yang berperanan supaya pelajar dapat menerima apa yang pembelajaran tersebut. Kekreatifan guru di sini diambilkira untuk memastikan murid menerima pembelajaran. Hal ini akan meningkatkan lagi semangat untuk belajar dan memupuk minat murid dalam mendalami topik tersebut. Seterusnya meningkatkan motivasi dan tingkah laku pelajar di dalam kelas.Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.Pelbagai lagi implikasi yang guru boleh buat, antaranya ialah perancangan pengajaran mengambil kira minat, kecenderungan, kesediaan belajar dan perbezaan individu, motivasi guru dan murid berada pada tahap tinggi, hubungan guru dan murid berbentuk mesra murid berasaskan penerimaan tanpa syarat. perasaan dan amalan saling menghormati membantu pembelajaran berkesan, keyakinan guru terhadap potensi pelajar bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan akan menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, pegangan bahawa semua murid boleh belajar jika tempoh masa mencukupi, memotivasikan guru untuk menyediakan pembelajaran yang selaras dengan keupayaan murid, guru hendaklah memberikan fokus kepada pelajar, bukannya subjek, guru hendaklah melayani pelajar sebagai insan terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai pelajar, guru hendaklah menerima setiap pelajar tanpa syarat, mengikut potensi dan keupayaan masing-masing, guru hendaklah memberikan peluang kepada pelajar untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran apabila ada peluang berbuat demikian, guru hendaklah memanfaatkan idea pelajar serta menggunakan idea pelajar untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran seterusnya, dan pelajar menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan bahan dapat membentuk konsep kendiri yang positif.